amaran

Hotel Mewah di Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Tentang

Wangsa Maju merupakan sebuah perbandaran utama di Kuala Lumpur. Kawasan ini dikelilingi oleh Setapak, Taman Melati dan Daerah Gombak di Selangor. Menurut sejarah, Wangsa Maju ini pada asalnya dimiliki oleh ladang getah Setapak dari tahun 1900an sehingga 1980an, dan kemudiannya dimajukan sebagai taman perumahan pada Tahun 1984. Dengan penubuhan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TARC) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Wangsa Maju telah menjadi kawasan kediaman utama untuk pelajar TARC dan UTAR. Perumahan di Wangsa Maju kebanyakkannya terdiri daripada perumahan jenis apartment kos rendah dan kondominium. Kebelakangan ini telah terdapat banyak pembangunan di Wangsa Maju yang telah merubah perkampungan asal yang dahulunya dipenuhi dengan kaum Cina kepada bandar besar yang membangun pesat dengan pembinaan bangunan tinggi untuk memenuhi permintaan warga kota yang ingin memiliki rumah.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1&2) anda boleh menaiki teksi ke Wangsa Maju. Jarak dari lapangan terbang ke Wangsa Maju ialah 68 km atau 1 jam 3 minit perjalanan.

Menggunakan Kereta

Wangsa Maju mempunyai jaringan jalanraya yang lengkap dan dihubungi oleh jalan persekutuan dan lebuhraya. Sekiranya anda memandu dari arah utara atau selatan Semenanjung Malaysia anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara Selatan untuk ke Wangsa Maju. Sekiranya anda dari Kuala Lumpur anda boleh menggunakan Jalan Genting Klang yang menghubungkan pusat bandar Kuala Lumpur dengan kawasan Wangsa Maju dan Setapak. Pemandu dari arah Ampang dan Pandan Indah boleh menggunakan lebuhraya MRR2. Lebuhraya DUKE juga telah memudahkan pemanduan ke bahagian selatan Wangsa Maju.

Menggunakan Kereta Api

Anda boleh menaiki keretapi dari Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral) untuk ke Wangsa Maju. Wangsa Maju menempatkan 2 stesen LRT RapidKL, iaitu Stesen LRT KJ3 Wangsa Maju dan Stesen LRT KJ4 Sri Rampai.

Tarikan Pelancongan

Royal Selangor Visitor Center

Royal Selangor merupakan tarikan utama yang dikenali dunia kerana kualiti perak serta senibinanya.Pusat lawatan Royal Selangor ini akan membawa anda mengkaji sejarah asal usul Royal Selangor dan seterusnya kepada sejarah Malaysia secara am nya. Lawatan berjadual disediakan secara percuma untuk memberi penerangan kepada para pengunjung mengenai aktiviti perlombangan di Semenanjung Malaysia seawal tahun 1800an dan juga peralatan untuk membuat perak dan matawang perak yang digunakan pada ketika itu di Pusat Muzium Perak.

Zoo Negara

Zoo Negara terletak 3 km dari Bandar Wangsa Maju dan 13km dari pusat bandar Kuala Lumpur. Zoo Negara menempatkan lebih kurang 400 spesis binatang eksotik, reptilia dan burung yang terdapat di Malaysia. Kebanyakan binatang yang terdapat disini adalah dari jenis spesis ikan dan burung dan selebihnya adalah jenis spesis mamalia dan reptilia. Akuarium yang dikenali sebagai Akuarium Tunku Abdul Rahman merupakan tarikan utama di sini. Ianya menempatkan lebih dari 80 spesis ikan air tawar dan ikan laut termasuk hidupan laut tanpa tulang belakang.

Petronas Twin Towers

Menara Berkembar Petronas adalah bangunan berkembar yang tegak berdiri pada ketinggian 88 tingkat. Mulakan lawatan anda dengan berkunjung ke Jambatan Udara Menara Berkembar yang menghubungkan kedua-dua menara di tingkat 41 dan 42. Tiada bayaran masuk dikenakan untuk lawatan tersebut tetapi para pengunjung perlu mendaftar di lobi utama kerana bilangan yang dibenarkan untuk melawat adalah terhad untuk setiap lawatan pada setiap hari. Selepas itu anda boleh meluangkan masa di pusat membeli belah Suria KLCC yang menawarkan pelbagai barangan berjenama dari serata dunia. Anda juga boleh berkunjung ke Taman KLCC yang mempunyai keluasan 17 ekar. Taman ini dilengkapi dengan trek jogging, laluan pejalan kaki, kolam air kanak-kanak, taman permainan kanak-kanak dan juga air pancut berirama.

Batu Caves

Batu Caves merupakan tarikan pelancongan utama di Negeri Selangor. Tapak ini menempatkan kuil Hindu dan patung dewa mereka. Batu Caves menarik ribuan pelancong dan pengunjung yang datang untuk beribadat semasa perayaan Thaipusam dan lain-lain perayaan penganut agama Hindu. Pengunjung boleh datang melawat ketika perayaan Thaipusam untuk menyaksikan keunikan sambutan perayaan mereka dan boleh mengambil gambar pelbagai kavadi yang berwarna-warni. Sambutan perayaan ini berlangsung selama sehari dan ianya sentiasa dipenuhi dengan pengunjung pada setiap tahun.

Wangsa Walk Mall

Untuk mereka yang gemar untuk membeli belah, anda boleh meluangkan masa dengan membeli belah di Pusat Membeli Belah Wangsa Walk yang terletak hanya 1.5 km dari Bandar Wangsa Maju. Anda boleh membeli belah, makan dan berhibur di Pusat Membeli Belah Wangsa Walk. Terdapat pelbagai jenis barangan berjenama yang dijual di sini pada harga yang berpatutan.

Hotel

Worldview Grand Hotel

Worldview Grand Hotel yang terletak di tengah pusat bandar Wangsa Maju menawarkan hiasan dalaman bilik yang menarik. Hotel bertaraf 3 bintang ini mempunyai 96 buah bilik penginapan yang dihiasi cantik, kemudahan internet wifi secara percuma di setiap bilik, perkhidmatan mengemas bilik, kaunter hadapan 24 jam dan lain-lain lagi. Bagi mereka yang mencari penginapan yang selesa serta berhampiran dengan pusat bandar Wangsa Maju, Worldview Grand Hotel merupakan pilihan yang tepat.

Columbia Hotel

Hotel bertaraf 3 bintang ini dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap dan terletak di pusat bandar Wangsa Maju. Hotel ini terletak berhampiran dengan tarikan utama pelancong serta kemudahan kenderaan awam iaitu Royal Selangor Visit Center (0.8km) dan Stesen LRT Wangsa Maju (1.6km). Dengan semua kemudahan yang disediakan di hotel ini serta lokasinya yang strategik menjadikan hotel ini pilihan penginapan yang tepat sekiranya anda berkunjung ke Wangsa Maju.