Asiana Hotel Kota Kinabalu merupakan pilihan penginapan yang tepat buat anda yang mencari hotel di bandar yang berhampiran dengan pusat perniagaan, kawasan makanan terkenal, pusat membeli belah dan tarikan pelancongan. Asiana Hotel Kota Kinabalu berada di alamat No. 1, Grace Square Shophouse, Lorong Grace Square Jalan Pantai Sembulan, Pusat Bandar Kota Kinabalu. Asiana Hotel Kota Kinabalu menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang hebat untuk keselesaan para tetamu. Terdapat 4 kategori bilik utama yang dihiasi dengan peralatan moden dan bergaya lengkap dengan kemudahan asas serta hiasan unik untuk kategori bilik tertentu. Para tetamu juga boleh menjamu selera di restoran utama yang terdapat di hotel. Restorannya menawarkan pelbagai jenis makanan tempatan dan tradisional. Dengan kedudukan yang strategik dan keselesaan bilik yang ditawarkan menjadikan Asiana Hotel Kota Kinabalu ini pilihan yang terbaik buat anda ketika berada di Kota Kinabalu.
Kota Kinabalu boleh dihubungi dengan penerbangan domestik dan antarabangsa. Pintu masuk utamanya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk ke Asiana Hotel. Anda boleh menaiki penerbangan Malaysia Airlines atau Air Asia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang menyediakan penerbangan harian ke Kota Kinabalu. Selain itu, anda juga boleh menaiki perkhidmatan feri dari Labuan, Indonesia dan Filipina. Anda boleh menaiki teksi atau bas dari lapangan terbang atau terminal feri untuk ke Asiana Hotel. Terdapat banyak mercutanda yang berada berhampiran dengan hotel ini memandangkan lokasinya yang berada di tengah pusat bandar. Antaranya ialah Gleneagles Kota Kinabalu, Muzium Negeri Sabah dan pusat membeli belah IMAGO. Mercu tanda yang paling hampir dengan hotel adalah Gleneagles Hospital. Sekiranya anda berada berhampiran dengan mercu tanda ini, anda telah berada hampir dengan hotel ini.
Asiana Hotel Kota Kinabalu mempunyai 39 bilik yang dihiasi terdiri dari bilik Superior sehingga ke bilik Family. Terdapat 4 kategori utama jenis bilik yang ditawarkan. Bilik-bilik tersebut terdiri daripada Standard Room, Superior Room, Family Room dan Deluxe Room. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas dan kemudahan tambahan mengikut jenis bilik. Kemudahan asas yang terdapat di setiap bilik termasuk meja kerja dan peti ais mini, telefon IDD, TV LCD, suratkhabar harian, pancuran mandian, peralatan tandas, pembancuh teh/kopi dan banyak lagi.
Standard Room mempunyai keluasan 129 kaki persegi yang boleh memuatkan 2 dewasa dan 1 kanak-kanak. Bilik ini mempunyai 2 katil bujang atau 1 katil berkembar dan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti TV LCD, meja bekerja, pengering rambut, kelengkapan tandas dan payung. W-Fi percuma juga turut disediakan di setiap bilik.
Superior Room mempunyai keluasan 129 kaki persegi yang dihiasi dengan rekaan moden dan bergaya. Bilik ini mempunyai 2 katil bujang atau 1 katil berkembar yang boleh memuatkan 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Bilik ini mempunyai pemandangan jalan raya dan menawarkan kemudahan asas seperti meja bekerja, peti keselamatan dan perkhidmatan mengejut bangun tidur.
Family Room mempunyai keluasan 140 kaki persegi sesuai untuk para tetamu bersama keluarga. Bilik ini mempunyai pemandangan bandar dan menawarkan 1 katil bujang dan 1 katil saiz permaisuri yang boleh memuatkan 2 dewasa dan 2 kanak-kanak lengkap dengan kemudahan Wi-Fi percuma di bilik dan juga ruang rehat untuk para tetamu.
Deluxe Room mempunyai keluasan 140 kaki persegi dilengkapi dengan hiasan serba moden dan bergaya dengan mempunyai pemandangan bandaraya. Bilik ini dilengkapi dengan 2 katil bujang dan 1 katil berkembar yang boleh memuatkan 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Bilik ini juga mempunyai balkoni khas, Wi-Fi percuma, meja bekerja, pancuran mandian, almari pakaian dan lain-lain kemudahan.
Asiana Hotel Kota Kinabalu menawarkan para tetamu ruang makan yang bergaya dan elegan di restoran utamanya. Para tetamu boleh menikmati hidangan tempatan dan tradisional di Restoran Bamboo Palace. Ianya beroperasi dari jam 6.30 pagi sehingga 10.00 malam. Terdapat juga sebuah bar di hotel ini untuk kemudahan para tetamu yang ingin bersantai bersama ahli keluarga dan sahabat handai.
Kemudahan hotel yang terdapat di sini termasuklah perkhidmatan khadam, penyimpanan bagasi, surat khabar di lobi, kaunter hadapan 24 jam, perkhidmatan bilik dan Wi-Fi percuma di bilik dan kawasan awam. Para tetamu yang mempunyai urusan pekerjaan boleh menggunakan kemudahan yang disediakan seperti bilik mesyuarat, mesin faks, perkhidmatan pos dan bankuet untuk seminar dan lain-lain acara. Semua bilik penginapan dilengkapi dengan kemudahan yang sesuai untuk memenuhi keselesaan para tetamu. Hotel ini turut menyediakan aktiviti riadah seperti golf di mana anda boleh bermain golf yang terletak hanya dalam jarak 3 km dari hotel serta anda juga boleh bersantai di spa dan urutan di mana boleh membantu anda merehatkan badan setelah kepenatan dengan aktiviti seharian.
Kemudahan Popular | AC, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 14:00 - Sebelum 12:00 |