PromosiPeti MasukSimpanTempahan Saya
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
  1. Hotel
  2. Malaysia(12,734 hotel)
  3. Selangor(1,560 hotel)
  4. Bangi(55 hotel)
  5. Bangi Resort Hotel (Formerly known as Hotel Bangi-Putrajaya)

Bangi Resort Hotel (Formerly known as Hotel Bangi-Putrajaya)

Resort
Off Persiaran Bandar, Bangi, Selangor, Malaysia, 43650
Lobby Bangi Resort Hotel (Formerly known as Hotel Bangi-Putrajaya)
Exterior / Building Bangi Resort Hotel (Formerly known as Hotel Bangi-Putrajaya)
Exterior / Building Bangi Resort Hotel (Formerly known as Hotel Bangi-Putrajaya)
Exterior / Building Bangi Resort Hotel (Formerly known as Hotel Bangi-Putrajaya)
Exterior / Building Bangi Resort Hotel (Formerly known as Hotel Bangi-Putrajaya)
Lihat Semua Gambar
Traveloka
8.8 Mengagumkan

Daripada 680 ulasan

TripAdvisor
-

Belum ada ulasan

Lihat ulasan terbaik kami!

Baca ulasan ikhlas yang tersedia untuk mengetahui penginapan ini dengan lebih lanjut!

Sangat-sangat selesa. Bilik yang sangat besar dengan harga sangat murah bagi saya. Layanan dari staff yang sangat mesra dan peramah. For me it's so peaceful location.
Siti U. B. Y.
Kemudahan
Penyaman Udara
Restoran
Kolam Renang
Meja Depan 24j
Parkir
Lif
WiFi
Butiran Lokasi
Off Persiaran Bandar, Bangi, Selangor, Malaysia, 43650
Kawasan Berhampiran
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)Pendidikan
3.09 km
Prof Muhaya Eye & LASIK CentrePerkhidmatan Awam
3.80 km
Palm Garden Golf ClubSukan
5.49 km
Popular di Kawasan ini
Bus Terminal Bersepadu Selatan (TBS)Pusat Pengangkutan
14.96 km
Sunway Lagoon Theme ParkAktiviti & Permainan
21.68 km
Bukit BintangAlam Semula Jadi
22.24 km
Petronas Twin TowerLandskap & Tanda Mercu
23.34 km
Jarak yang ditunjukkan dikira mengikut jarak garis lurus, dan mungkin berbeza dengan jarak perjalanan sebenar.
Terokai Tempat Lain di Peta
Lebih murah jika anda tempah melalui aplikasi sekarang.
Klik di sini untuk muat turun.
Dapatkan carian lebih pantas dengan menggunakan tapisan




Ulasan Pengguna Traveloka

Berdasarkan 680 ulasan

8.8
Mengagumkan
Hebat
287
Bagus
353
Memuaskan
11
Biasa
29
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan
Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...
NA
Percutian keluarga
TARAF
9.1
/ 10
Bilik sangat bersih, luas dan selesa, walaupun perabot dalam bilik design lama, tapi tahap kebersihan sangat baik. Kolam renang besar, anak-anak enjoy. Terbaik.

Suka ulasan ini?

PM
Perjalanan perniagaan
TARAF
9.7
/ 10
Menginap di sini sangat puas hati. Staf hotel, bilik, makanan semuanya terbaik.

Suka ulasan ini?

PM
Perjalanan perniagaan
TARAF
8.8
/ 10
Saya kerap menginap di Hotel Bangi ini. Bilik memuaskan cuma ada 2 kali penginapan saya agak menganggu kerana ada gangguan bunyi yang saya tak pasti bunyi apa. Makanan sangat sedap. Staf hotel ok cuma ada seorang dua staf yang perlu berikan senyuman yang lebih kepada tetamu. Yang lain-lain semuanya memuaskan.

Suka ulasan ini?

KB
Percutian keluarga
TARAF
9.7
/ 10
cantik.. staf semua baik. bilik selasa. terima kasih

Suka ulasan ini?

MA
Percutian keluarga
TARAF
8.5
/ 10
bilik yang besar dan bersih. swimming pool yang besar. sesuai membawa anak kecil

Suka ulasan ini?

AF
Percutian keluarga
TARAF
8.5
/ 10
Staff yang baik. Food terbaik dan sedap.

Suka ulasan ini?

hh
Percutian keluarga
TARAF
8.5
/ 10
Sangat selesa dan sangat memuaskan.

Suka ulasan ini?

AN
Percutian keluarga
TARAF
8.5
/ 10
Bilik sangat besar dan selesa swimming pool bersih dan luas anak anak suka sangat, second time staying here and will repeat again next time.

Suka ulasan ini?

A
Percutian keluarga
TARAF
9.4
/ 10
Bilik yang bersih persekitaran yang mendamaikan.

Suka ulasan ini?

SZ
TARAF
6.7
/ 10
Tolong perbaiki balkoni. Ada lubang yang agak besar si bahagian jejaring besi dan sangat tidak sesuai untuk keluarga seperti saya yang ada anak kecil. Ia sangat bahaya.

Suka ulasan ini?

1
2
3
...
26
Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotellihat lagi
Keterangan Hotel
Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

Daftar masuk: 14.00
Daftar keluar: 12.00

Sebelum ini dikenali sebagai Hotel Equatorial Bangi, Hotel Bangi-Putrajaya ialah hotel bertaraf 5 bintang yang menyediakan penginapan yang selesa bagi mereka yang mencari tempat percutian yang indah. Pelancong perniagaan dan pelancong bercuti boleh memilih mana-mana antara 256 bilik tamu yang disediakan beserta dengan kemudahan lengkap dalam setiap bilik demi memastikan pengalaman penginapan yang menenangkan kepada tetamu. Para tetamu juga boleh menikmati hidangan lazat di restoran mewah mereka dan menggunakan kemudahan perniagaan bersama-sama dengan perkhidmatan pengangkutan ulang-alik untuk melengkapkan penginapan anda. Terletak di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan pusat bandar Kuala Lumpur, hotel di Kuala Lumpur ini merupakan tempat yang tepat untuk menikmati pemandangan alam sekitar dan kawasan bandar di satu tempat. Waktu mendaftar masuk bermula pada pukul 2 petang, manakala masa daftar keluar sehingga 12 malam.

Bagaimana untuk ke Hotel Bangi-Putrajaya

Memandangkan lokasi hotel tersebut berada di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan pusat bandar Kuala Lumpur, ia menjadi agak mudah untuk tiba dan / atau mencari hotel ini. Hotel itu sendiri menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik untuk para tetamu yang berada di Kuala Lumpur, jadi, mereka yang datang dari Kuala Lumpur akan mampu menaiki bas ulang-alik mengikut jadual perjalanan yang tersedia. Selain itu, tetamu juga boleh menggunakan aplikasi pengangkutan mudah alih seperti perkhidmatan kereta Uber / Grab yang akan membawa anda terus ke hotel pada harga yang berpatutan. Sekiranya anda masuk dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, perjalanan ke Hotel Bangi-Putrajaya akan mengambil masa sekitar 35 hingga 44 minit perjalanan. Walau bagaimanapun, ini bergantung kepada keadaan lalu lintas pada masa itu. Hotel ini sangat dekat dengan Bangi Golf Resort, jadi anda boleh melihatnya jika anda ingin mencari hotel. Ia sangat dekat, anda tidak akan terlepasnya. Ia juga terletak di sepanjang jalan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dan bangunan Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP). Ini juga boleh menjadi tanda tempat terkenal yang dapat membantu anda dengan navigasi anda untuk mencari hotel tersebut.

Pilihan Bilik di Hotel Bangi-Putrajaya

Terdapat 256 bilik tamu yang tersedia untuk kedua-dua pelancong perniagaan dan percutian yang memutuskan untuk datang dan bermalam di sini. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan dan hiasan dalaman mewah yang akan menjadikan penginapan anda kekal selesa dan bermakna. Terdapat 5 jenis bilik utama yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian anda seperti bilik Deluxe, Premier, Premier Family, Palm Suite dan Pool Suite.

Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan lazim dan berkualiti tinggi termasuk televisyen kabel, meja, peti keselamatan dalam bilik dan peti sejuk untuk memastikan anda mempunyai semua yang anda perlukan di mana-mana bilik yang anda diami.

Deluxe, Premier, Palm Suite dan Pool Suite menawarkan penginapan yang sempurna untuk mereka yang melancong sebagai pasangan bulan madu. Pasangan bulan madu akan mendapati Pool Suite menjadi sangat romantis dengan tambahan pemandangan kolam dan bandar yang indah. Pengembara perniagaan juga akan merasa selesa mendiami bilik Deluxe dan Premier, iaitu anda boleh memilih sama ada inginkan katil bersaiz King atau katil bujang. Kemudahan lain yang disediakan di setiap bilik termasuk kemudahan membuat teh dan kopi, perkhidmatan bilik 24 jam, tempat letak kereta percuma dan akses internet berwayar dan tanpa wayar secara percuma.

Sekiranya anda melancong di syarikat besar atau bersama ahli keluarga, bilik yang sesuai untuk anda ialah Premier Family. Premier Family akan memberikan anda ruang yang mencukupi kerana ia menyediakan 2 katil bersaiz Queen di dalamnya. Ini memberi anda dan ahli keluarga anda keselesaan apabila anda berehat di dalamnya.

Restoran dan Kafe di Hotel Bangi-Putrajaya

Jika anda mencari tempat makan di sekitar kawasan ini, anda beruntung kerana Bangi adalah salah satu kawasan yang mempunyai banyak tempat makan. Anda lebih beruntung kerana hotel itu sendiri menempatkan ruang makan mengagumkan yang anda boleh menikmati hidangan anda di bawah persekitaran berhawa dingin sambil diiringi dengan pemandangan luar biasa.

Anda boleh menikmati bufet tempatan dan antarabangsa di Funtasia. Anda boleh memilih makanan yang anda sukai dan nikmati pemandangan yang indah di sini. Kawasan ini sangat luas, jadi, ia dapat menampung jumlah tetamu yang besar. Anda boleh membawa seluruh keluarga anda untuk menikmati hidangan di restoran ini. Hiasannya bersifat ringan dan lembut dengan persembahan makanan yang mengagumkan pastinya akan membuatkan anda menginginkan hidangan kedua dan seterusnya.

Jika anda berminat dengan hidangan dan masakan Jepun, anda boleh menikmati masa anda di Kazumi Japanese Cuisine. Tempat makan ini menawarkan rasa asli masakan Jepun yang akan memuaskan selera anda. Kawasan persekitarannya sendiri akan membuatkan anda berasa seperti berada di sebuah restoran Jepun asli di Jepun. Unsur kebudayaan yang diletakkan secara unik di setiap inci restoran itu demi menghidupakan suasananya.

Rasakan keaslian masakan Kantonis dan Szechuan di Restoran Harmoni yang menawarkan makanan terbaik di bandar ini. Disediakan khas oleh chef profesional, anda akan dapat merasakan keaslian setiap ramuan dan keinginan untuk mendapatkan hidangan tambahan.

Kemudahan dan Aktiviti Hotel Bangi-Putrajaya

Hotel Bangi-Putrajaya menyediakan kemudahan dan perkhidmatan terbaik kepada semua tetamu, sama ada mereka yang melakukan percutian perniagaan dan mereka yang hanya datang untuk satu pengalaman percutian yang indah. Kemudahan awam yang disediakan oleh hotel termasuk kawasan tempat letak kereta yang mencukupi, kedai kopi untuk dinikmati ketika masa lapang anda, perkhidmatan bilik 24 jam yang akan sentiasa bersedia, peti deposit keselamatan dan akses WiFi percuma tanpa had di kawasan awam. Para pelancong perniagaan juga akan mendapati diri mereka selesa dengan kemudahan perniagaan berkualiti tinggi yang disediakan, seperti pusat perniagaan, bilik persidangan dan kemudahan mesyuarat. Antara lain, hotel ini juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk semua tetamu, iaitu bas ulang-alik percuma yang boleh membawa anda ke pusat bandar Kuala Lumpur dan sekitar tempat-tempat paling popular berdekatan termasuk IOI City Mall, Putrajaya Wetlands dan Masjid Putrajaya.

Tarikan Pelancongan berhampiran Hotel Bangi-Putrajaya

Putrajaya Wetlands Park - Putrajaya merupakan tempat ikonik untuk dikunjungi. Putrajaya Wetlands Park adalah tempat yang sempurna untuk membawa keluarga anda melihat keajaiban alam dan penduduknya. Anda juga boleh menyaksikan pelbagai spesies burung di situ.

Taman Botani Putrajaya - Jika anda menyukai pemandangan bunga, tumbuh-tumbuhan dan taman, tempat ini adalah tempat yang sempurna untuk anda. Terletak hanya 7 km jauhnya dari hotel, anda akan dapat melihat warna-warna dan bentuk bunga yang indah dan sayur-sayuran di sana. Perjalanan yang damai untuk menamatkan hari anda di Putrajaya.

Pasar Malam Setia Alam - Pengalaman membeli-belah tidak akan pernah sama di Pasar Malam Setia Alam. Ia terletak 7 km dari hotel. Mereka yang suka berbelanja akan mendapati kesukaran untuk menahan diri dari semua barangan yang menarik. Harganya juga sangat berpatutan, yakni, menjadikannya lebih berbaloi untuk dikunjungi.

 

Baca Lebih Lanjut
Polisi Hotel
<br />Bayaran tetamu tambahan boleh dikenakan dan berbeza-beza mengikut dasar hotel. <br />Pengenalan bergambar keluaran kerajaan dan kad kredit atau deposit tunai diperlukan semasa daftar masuk untuk bayaran sampingan. <br />Permintaan khas adalah tertakluk kepada ketersediaan semasa daftar masuk dan boleh dikenakan bayaran tambahan. Permintaan khas tidak dapat dijamin. <br />Perkhidmatan pengangkutan ulang-alik lapangan terbang tersedia atas permintaan. Sila hubungi hartanah lebih awal untuk membuat persiapan.
Baca Lebih Lanjut
Kemudahan
  • Perkhidmatan Hotel
    • Tukang angkut barang
    • Pekerja rencam
    • Penjaga pintu
    • Meja depan
    • Penyambut tetamu 24 jam
    • Keselamatan 24 jam
    • Perkhidmatan dobi
    • Penyimpanan bagasi
    • Kakitangan berbilang bahasa
    • Suratkhabar di lobi
    • Lawatan
    • Perkhidmatan perkahwinan
  • Kemudahan Umum
    • Parkir
    • Kedai kopi
    • Lif
    • Pesanan bilik 24 jam
    • Restoran
    • Restoran sarapan pagi
    • Restoran makan malam
    • Restoran makan tengah hari
    • Pesanan bilik
    • Peti keselamatan
    • WiFi di kawasan umum
  • Umum
    • Penyaman Udara
    • Dewan besar
    • Bankuet
    • Bilik bercantum
    • Bilik keluarga
    • Bilik larangan merokok
    • Kawasan merokok
    • Teres
  • Kemudahan Dalam Bilik
    • Kabel TV
    • Kaunter
    • Pengering rambut
    • Peti besi dalam bilik
    • Peti sejuk
    • Pancuran mandi
    • TV
  • Kemudahan Perniagaan
    • Pusat perniagaan
    • Kemudahan perniagaan
    • Stesen komputer
    • Bilik persidangan
    • Kemudahan mesyuarat
    • Mesin fotokopi
    • Projektor
  • Makanan dan Minuman
    • Sarapan a la carte
    • Makan malam a la carte
    • Makan tengah hari a la carte
    • Bar
    • Sarapan
    • Kafe
    • Ruang makan
  • Kemudahan Berhampiran
    • ATM/Perbankan
    • Salun kecantikan
    • Kedai cenderamata
    • Salun rambut
    • Dobi
    • Kedai
  • Kemudahan OKU
    • Pembolehcapaian mudah
    • Parkir mudah diakses OKU
    • Laluan mudah diakses OKU
    • Akses kerusi roda
  • Aktiviti
    • Pusat kecergasan
    • Kolam renang terbuka
    • Spa
  • Kemudahan Internet
    • Sudut internet
    • WiFi percuma
    • WiFi di kawasan umum dengan surcaj
  • Pengangkutan
    • Shuttle kawasan berhampiran
    • Parkir valet dengan surcaj
  • Mesra Keluarga
    • Kolam renang kanak-kanak
  • Khidmat Shuttle
    • Pengangkutan dari lapangan terbang dengan surcaj
  • Kanak-kanak dan Haiwan Peliharaan
    • Penjagaan anak
  • Sukan & Rekreasi
    • Gelanggang tenis terbuka
Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.
24 Jam Khidmat Pelanggan+6037 7243 501 atau +6032 1091 800
Perlu Bantuan?