Berjaya Tioman Resort

Resort
P.O. Box 4, Kampung Lalang, Pulau Tioman, Rompin, Pahang, Malaysia, 86807
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Berjaya Tioman Resort terletak di Kampung Lalang, Pulau Tioman dan merupakan hotel bertaraf empat bintang yang akan memberikan anda pengalaman penginapan mewah yang anda impikan. Hotel ini terletak di tepi pantai yang menghadap ke lautan terbuka dan langit biru yang luas. Terdapat enam jenis bilik yang ditawarkan oleh resort ini dengan masing-masing mempunyai identiti unik dan ciri-ciri khas mereka yang tersendiri. Apa yang menjadikan resort ini antara yang terbaik bukan sekadar kerana persekitaran semula jadi di sekeliling, tetapi juga kemudahan yang disediakan dapat memenuhi keperluan masa lapang dan urusan perniagaan anda. Bukan itu sahaja, resort ini juga menyediakan tawaran istimewa berkaitan dengan bilik, hidangan, keluarga, perniagaan, romantik, spa dan golf. Anda harus meninjau maklumat lebih tentang tawaran ini apabila anda membuat tempahan nanti.

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Restoran
Kolam Renang
Meja Depan 24 jam
Parkir
WiFi

Apa yang Dikatakan Tetamu Mengenai Penginapan Mereka

Lihat Semua Ulasan
Makanan Sedap (1)
Lokasi Bagus (4)
9.1
/ 10
Norashikin N.
Bilik deluxe memang sangat sesuai untuk family kami selesa dan yang penting bersih.

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
P.O. Box 4, Kampung Lalang, Pulau Tioman, Rompin, Pahang, Malaysia, 86807
Lobi Berjaya Tioman Resort
Lobi 2 Berjaya Tioman Resort

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Berjaya Tioman Resort

Berjaya Tioman Resort terletak di Kampung Lalang, Pulau Tioman dan merupakan hotel bertaraf empat bintang yang akan memberikan anda pengalaman penginapan mewah yang anda impikan. Hotel ini terletak di tepi pantai yang menghadap ke lautan terbuka dan langit biru yang luas. Terdapat enam jenis bilik yang ditawarkan oleh resort ini dengan masing-masing mempunyai identiti unik dan ciri-ciri khas mereka yang tersendiri. Apa yang menjadikan resort ini antara yang terbaik bukan sekadar kerana persekitaran semula jadi di sekeliling, tetapi juga kemudahan yang disediakan dapat memenuhi keperluan masa lapang dan urusan perniagaan anda. Bukan itu sahaja, resort ini juga menyediakan tawaran istimewa berkaitan dengan bilik, hidangan, keluarga, perniagaan, romantik, spa dan golf. Anda harus meninjau maklumat lebih tentang tawaran ini apabila anda membuat tempahan nanti.

Bagaimana untuk ke Berjaya Tioman Resort

Pulau Tioman terletak di pantai timur Pahang. Ia adalah sebuah pulau yang sangat indah dengan pemandangan alam semula jadi dari setiap arah. Resort ini terletak di sepanjang Kampung Lalang di pulau itu. Untuk ke resort ini, pertama anda perlu wujudkan diri anda di pulau itu. Anda boleh mengambil feri dari Jeti Mersing atau Jeti Tanjung Gemok yang akan membawa anda terus ke pulau itu. Sebaik sahaja anda tiba di Jeti Kg. Tekek, perjalanan ke hotel hanya akan mengambil masa sekitar enam minit. Resort itu sendiri terletak di tepi pantai, oleh itu, ia tidak sukar untuk melihatnya dari arah anda datang.

Pilihan Bilik di Berjaya Tioman Resort

Terdapat enam jenis bilik tersedia di resort ini. Rekaan dalaman di semua bilik dikekalkan dalam keadaan sederhana tanpa sebarang kekurangan dari segi kemudahan di mana setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan yang berkualiti tinggi untuk menjadikan penginapan anda lebih selesa. Jenis-jenis bilik yang dinyatakan ialah Standard Chalet, Superior Chalet, Deluxe Chalet, Standard Quad Chalet, Junior Suite dan Deluxe Triple Chalet. Semua bilik tetamu menawarkan pelbagai jenis tahap keselesaan. Kemudahan dalam bilik yang disediakan termasuk televisyen, peti keselamatan, alat pengering rambut, meja dan bilik mandi pancuran untuk memuaskan hati tetamu.

Standard Chalet dan Standard Quad Chalet ialah bilik bersaiz 33 meter persegi yang disediakan untuk kedua-dua untuk urusan perniagaan dan pelancong berkeluarga. Yang pertama memberikan suasana yang selesa untuk pelancong secara berdua atau berbulan madu kerana anda boleh memilih antara katil bersaiz Queen atau katil berkembar. Bilik yang kedua dapat menduduki empat tetamu dan sesuai untuk sekumpulan kawan/pelancong yang ingin menginap di malam hari. Terdapat empat katil bujang yang disediakan di dalam bilik ini dan kemudahan yang disediakan di kedua-dua bilik termasuk penyaman udara, telefon dengan kemudahan panggilan IDD dan kemudahan membuat teh/kopi.

Superior Chalet ialah bilik bersaiz 36 meter persegi ayang juga sesuai untuk pelancong yang menjelajah secara berdua. Untuk bilik ini, anda boleh memilih untuk menggunakan katil bersaiz Queen atau katil berkembar. Rekaan dalaman dihiasi dengan tema klasik beserta lantai kayu tradisional dan dinding berwarna lembut. Kemudahan yang disediakan di dalam bilik termasuk bar mini, televisyen kabel, balkoni individu dan penghawa dingin. Jika anda seorang yang suka duduk di balkoni luar dan menikmati pemandangan sekeliling, bilik ini sesuai untuk anda.

Deluxe Chalet dan Deluxe Triple Chalet adalah tambahan yang sesuai untuk pelancong yang mejelajah secara berdua dan pelancong berkeluarga. Kedua-duanya bersaiz 40 meter persegi di mana bilik yang pertama memberi anda pilihan sama ada untuk memilih antara katil bersaiz Queen atau katil berkembar. Bilik ini disediakan untuk dua orang. Bilik yang kedua dapat menduduki seramai empat orang tetamu, iaitu sesuai untuk pelancong secara berkumpulan datang menginap dengan empat katil bujang tersedia. Kemudahan yang disediakan di kedua-dua bilik termasuk penghawa dingin, telefon dengan kemudahan panggilan IDD dan kemudahan membuat teh/kopi.

Junior Suite memberikan anda pengalaman mewah yang anda perlukan. Hiasan dalamannya sangat bergaya dan anda akan mempunyai lebih banyak ruang untuk tetamu. Suasana di dalam suite ini sangat indah dan bilik ini terletak betul-betul di tepi laut yang akan menjadikan penginapan anda lebih sukar untuk dilupakan. Ia adalah bilik bersaiz 42 meter persegi dengan penghunian untuk dua orang. Anda akan mempunyai kebebasan untuk memilih antara katil bersaiz King atau katil berkembar. Kemudahan yang disediakan di dalam bilik termasuk balkoni individu, telefon dengan kemudahan panggilan IDD dan penyaman udara.

Restoran dan Kafe di Berjaya Tioman Resort

Hidangan terbaik boleh didapati di resort ini. Terdapat lima ruang makan istimewa yang tersebar di sekitar resort. Di tempat-tempat makan ini, anda akan berpeluang menikmati hidangan tempatan dan antarabangsa termasuk hidangan Melayu, India, Thailand, Barat dan Cina yang dibuat oleh chef profesional mereka sendiri. Suasana di setiap ruang makan berpusat pada penyediaan suasana damai dan alam yang selesa untuk pelancong yang datang untuk untuk bercuti atau atas urusan perniagaan. Tempat hidangan dalam hotel yang dinyatakana ialah Sri Nelayan, Matahari Restaurant, Beach Bar, Sunken Pool Bar dan Fortune Courtyard.

Sri Nelayan menyediakan masakan tradisional Malaysia yang disajikan dalam suasana yang paling indah dan elegan. Waktu operasi berpecah menjadi tiga sesi, iaitu bufet sarapan pagi (7:00 pagi - 10:30 pagi), menu ala carte sepanjang hari (11:00 pagi - 11:00 petang) dan bufet makan malam (7:00 petang - 11:00 petang).

Matahari Restaurant menawarkan masakan Thai daripada rempah ratus yang segar dan rasa. Keaslian hidangan dalam menu akan memberi anda pengalaman menjamu selera yang memuaskan. Terletak di tepi pantai, restoran masakan asli Thai ini beroperasi dari pukul 5 petang hingga 10:30 petang tetapi ditutup pada hari Selasa.

Beach Bar menampilkan pemandangan laut yang indah untuk anda nikmati semasa makan dan minum di bar. Bar ini menawarkan pelbagai pilihan minuman ais sejuk dan hidangan ringan dengan layanan daripada para pelayan bar yang ramah. Waktu operasi bermula dari 4:00 petang hingga 12:00 pagi.

Sunken Pool Bar mempunyai kedua-dua minuman beralkohol dan bukan alkohol. Persekitarannya sangat tropika dan santai. Ini adalah tempat terbaik untuk berehat dan nikmati masa anda di resort ini. Waktu operasi dari pukul 11:00 pagi hingga 7:00 petang.

Fortune Courtyard mempunyai kedua-dua minuman beralkohol dan bukan alkohol. Ini adalah tempat terbaik untuk melepaskan diri dari hari yang panjang dan berehat. Waktu operasi bermula dari jam 12:00 hingga 12:00 pagi.

Kemudahan dan Aktiviti di Berjaya Tioman Resort

Untuk memberikan anda pengalaman hotel yang terbaik sepanjang penginapan anda, resort ini berusaha keras untuk memastikan semua kemudahan dan aktiviti yang disediakan untuk anda berada dalam keadaan baik. Kemudahan hotel yang ditawarkan untuk semua tetamu termasuk pertukaran mata wang asing, akses Wi-Fi di tempat awam, perkhidmatan dobi, pemindahan jeti (untuk ketibaan dan keberangkatan sahaja), kad kredit utama diterima, mel dan perkhidmatan pos dan perkhidmatan penjagaan bayi atas permintaan.

Aktiviti yang boleh anda lakukan di dalam kawasan resort akan membuatkan anda inginkannya lagi. Aktiviti-aktiviti ini termasuk kolam renang, spa Ayura, gimnasium, padang golf 18-lubang, tenis, tenis meja, bola tampar pantai, bola keranjang, papan perahu, glass-bottom boat, kayak, trekking hutan, lawatan pulau, waterbee, taman marin, menyelam, aktiviti pembangunan secara berkumpulan dan pusat rekreasi serta permainan. Aktiviti ini memberikan setiap peluang untuk anda dan keluarga/rakan-rakan anda untuk menghabiskan masa yang berkualiti bersama-sama.

Tempat Menarik berhampiran Berjaya Tioman Resort

Tioman Dive Centre

-

Terletak satu kilometer jauhnya dari hotel. Pusat menyelam ini dapat memberikan anda pengalaman menyelam yang terbaik untuk menyaksikan keajaiban kehidupan akuatik. Anda akan dibimbing oleh penyelam profesional yang akan memberikan anda masa terbaik dan paling menyeronokkan dalam hidup anda.

Kelab Golf Pulau Tioman -

Terletak 3.5 km jauhnya dari hotel. Padang golf ini akan memberi anda cabaran yang anda perlukan sebagai pemain baru dan keseronokan yang anda cari sebagai pemain golf yang kerap. Tempat ini dikelilingi dengan persekitaran alam semula jadi dan pasti akan berikan pengalaman golf yang tidak dapat dilupakan.

 

Semua Kemudahan

Kolam Renang Berjaya Tioman Resort
Kolam Renang
Pusat Kecergasan Berjaya Tioman Resort
Pusat Kecergasan
Dewan Majlis Berjaya Tioman Resort
Dewan Majlis
Lobi Berjaya Tioman Resort
Lobi
Perkhidmatan Hotel Berjaya Tioman Resort
Perkhidmatan Hotel

Sukan & Rekreasi

  • Bot pisang
  • Bola keranjang
  • Bola tampar pantai
  • Biliard
  • Berkayak
  • Berbasikal
  • Menyelam
  • Memancing
  • Kecergasan
  • Bilik permainan
  • Golf
  • Padang golf
  • Kaunter golf
  • Gelanggang tenis terbuka
  • Bot kayuh
  • Pool atau Snuker
  • Snorkel
  • Ping pong
  • Tenis
  • Bola tampar
  • Sukan air

Aktiviti

  • Kerusi berjemur pantai
  • Tuala pantai
  • Payung pantai
  • Kawasan kanak-kanak bermain
  • Pusat kecergasan
  • Taman
  • Tab panas
  • Urutan
  • Kolam renang terbuka
  • Kabana kolam renang
  • Kerusi berjemur kolam renang
  • Pantai persendirian
  • Sauna
  • Spa
  • Sauna
  • Bilik wap
  • Kerusi berjemur
  • Gelongsor air

Makanan dan Minuman

  • Sarapan a la carte
  • Makan malam a la carte
  • Makan tengah hari a la carte
  • Restoran dengan penyaman udara
  • Bar
  • Bar pantai
  • Sarapan
  • Sarapan bufet
  • Makan malam bufet
  • Kafe
  • Ruang makan
  • Bar tepi kolam renang
  • Bar snek
  • Snek

Perkhidmatan Hotel

  • Tukang angkut barang
  • Pekerja rencam
  • Pengurup wang
  • Meja depan
  • Penyambut tetamu 24 jam
  • Keselamatan 24 jam
  • Penyimpanan bagasi
  • Perkhidmatan perubatan
  • Mudah alih
  • Kakitangan berbilang bahasa
  • Suratkhabar di lobi
  • Penjaga pintu
  • Lawatan
  • Perkhidmatan perkahwinan

Umum

  • Penyaman Udara
  • Bankuet
  • Bilik bercantum
  • Bilik larangan merokok
  • Kolam renang
  • Bilik rekreasi
  • Kawasan merokok
  • Bebas rokok
  • Teres

Kemudahan Umum

  • Parkir
  • Kedai kopi
  • Restoran
  • Restoran sarapan pagi
  • Restoran makan malam
  • Restoran makan tengah hari
  • Pesanan bilik
  • Peti keselamatan
  • WiFi di kawasan umum

Kemudahan Perniagaan

  • Pusat perniagaan
  • Kemudahan perniagaan
  • Stesen komputer
  • Bilik persidangan
  • Kemudahan mesyuarat
  • Mesin fotokopi
  • Projektor

Kemudahan Dalam Bilik

  • Kabel TV
  • Kaunter
  • Pengering rambut
  • Peti besi dalam bilik
  • Bar mini
  • Pancuran mandi
  • TV

Kemudahan Berhampiran

  • ATM/Perbankan
  • Kedai cenderamata
  • Kedai runcit
  • Salun rambut
  • Kedai

Mesra Keluarga

  • Kelab kanak-kanak
  • Kelab kanak-kanak (surcaj)
  • Kolam renang kanak-kanak

Pengangkutan

  • Pengangkutan dari lapangan terbang
  • Sewaan basikal

Kanak-kanak dan Haiwan Peliharaan

  • Penjagaan anak dengan surcaj

Kemudahan Internet

  • WiFi percuma

Khidmat Shuttle

  • Shuttle terminal feri

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 14:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00

Instruksi Daftar Masuk Umum

Credit card guarantee required for: -Garden View Chalet (Tioman Explorer) -Garden View Chalet (Tioman Vacay) -Garden View Chalet (Family Retreat)

Daftar Masuk Awal

Anda dibenarkan untuk daftar masuk sebelum masa daftar masuk penginapan. Sila hubungi pihak penginapan jika anda ingin daftar masuk lebih awal. Caj tambahan dikenakan
Baca Semua

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 14:00 - Sebelum 12:00
Ketersediaan Sarapan
Ya

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di Berjaya Tioman Resort?
Berikut facilities yang ada di Berjaya Tioman Resort seperti AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Berjaya Tioman Resort?
Masa check-in di Berjaya Tioman Resort bermula dari Dari 14:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00
Adakah Berjaya Tioman Resort menyediakan sarapan pagi?
Ya, Berjaya Tioman Resort menyediakan sarapan pagi. Walau bagaimanapun, anda perlu memilih bilik dengan sarapan pagi atau membayar caj tambahan jika anda menempah bilik tanpa sarapan.

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Penilaian & Ulasan Keseluruhan

Daripada 86 ulasan tetamu yang disahkan
8.2
Menyenangkan
Hebat
18
Bagus
50
Memuaskan
4
Biasa
14
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan
AM
ABDUL M. B. A.
Percutian
8.5
/ 10
23 Jun 2022
Mempunyai penginapan yang menyenangkan di sini. Dengan senang hati akan datang lagi. Semua kakitangan hebat, sangat membantu apabila diperlukan. Amat disyorkan.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

Respons Penginapan
27 Jun 2022
Encik Malek yang dihormati, Terima kasih kerana memilih untuk menginap di Berjaya Tioman Resort. Kami gembira mengetahui bahawa anda secara keseluruhannya berpuas hati dengan penginapan anda, dan kami gembira dapat memberikan perkhidmatan kepada anda. Pasukan tidak sabar-sabar untuk mengalu-alukan anda kembali ke resort tidak lama lagi. Salam hormat Pengurusan
Translated by Google Icon
An icon button
1
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Luar Bangunan 4 Berjaya Tioman Resort

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka