Akses Tempahan
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
  1. Hotel
  2. Malaysia(7,653 hotel)
  3. Selangor(872 hotel)
  4. Petaling Jaya(195 hotel)
  5. Best Western Petaling Jaya

Best Western Petaling Jaya

Hotel
No. 1, Jalan 13/1 Section 13, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia, 46100
EXTERIOR_BUILDING Best Western Petaling Jaya
EXTERIOR_BUILDING Best Western Petaling Jaya
LOBBY Best Western Petaling Jaya
BEDROOM Best Western Petaling Jaya
BEDROOM Best Western Petaling Jaya
Lihat semua gambar
Mengagumkan
8.5/10
Merujuk kepada 309 tetamu
Sangat selesa dan mempunyai tempat letak kereta yang luas. Kebersihan bilik terbaik!!
Ahmad F. N. B. A. R.
Lihat semua ulasan
Berdasarkan 264 ulasan tetamu
Kemudahan Hotel
Penyaman Udara
Parkir
Kolam Renang
Meja Depan 24j
Lif
Restoran
WiFi

Tarikan berhampiran
The Tun Hussein Onn National Eye Hospital
(0.72 km)
Asia Jaya LRT Station
(0.91 km)
Taman Jaya LRT Station
(1.14 km)
University Malaya Specialist Centre
(1.34 km)
Log masuk untuk mendapat tawaran hotel hebat sehingga 25%!
Log masuk sekarang.
disabledInputInfo
disabledInputInfo
Ulasan Pengguna Traveloka

Berdasarkan 309 ulasan

8.5
Mengagumkan
Hebat
69
Bagus
198
Memuaskan
23
Biasa
19
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan
Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...
9.0
- Kembara Beg Galas
Overall ok. Bilik selesa sesuai utk stay seorang. Makanan boleh pelbagaikan lagi.
9.7
Hotel yang selesa tetapi kurang kedai makanan di sekeliling.
Diterjemahkan oleh Google
9.4
- Perjalanan perniagaan
Sangat selesa dan mempunyai tempat letak kereta yang luas. Kebersihan bilik terbaik!!
6.0
Bed sheet felt like have never been changes. Sticky and room smelly
8.4
- Perjalanan perniagaan
Nice hotel but breakfast not really.. must get more variety again
8.5
- Membeli-belah & Pemakanan
It's a good hotel, clean, good location, and very reasonable room rates☺️
8.8
- Perjalanan perniagaan
The facilities in the room met my satisfaction and the breakfast food was also nice. As well as the staff. Most important is, the quality of their services is worthwhile with the value of our spending there.
8.5
- Membeli-belah & Pemakanan
Comfortable room, nice area, reasonable rate
8.5
Best.. staff really nice.. i like the room.. so comfortable
8.5
- Perjalanan perniagaan
hotel yang hebat, perkhidmatan hebat perkhidmatan yang lebih baik jika anda seorang lelaki sahaja. anda boleh menemui beberapa perkhidmatan khas di sana
1
2
3
14
Seterusnya
Akhir
Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotellihat lagi

Kemudahan Hotel

Keterangan

Polisi Hotel

  • Kemudahan Umum
    • Parkir
    • Kedai kopi
    • Lif
    • Restoran
    • Restoran sarapan pagi
    • Pesanan bilik
    • Peti keselamatan
    • WiFi di kawasan umum
  • Perkhidmatan Hotel
    • Pekerja rencam
    • Pengurup wang
    • Meja depan
    • Penyambut tetamu 24 jam
    • Keselamatan 24 jam
    • Perkhidmatan dobi
    • Penyimpanan bagasi
    • Kakitangan berbilang bahasa
  • Kemudahan Dalam Bilik
    • Kaunter
    • Pengering rambut
    • Peti besi dalam bilik
    • Bar mini
    • Pancuran mandi
    • TV
  • Umum
    • Penyaman Udara
    • Bilik keluarga
    • Bilik larangan merokok
    • Kawasan merokok
  • Makanan dan Minuman
    • Bar
    • Sarapan
    • Sarapan bufet
  • Aktiviti
    • Pusat kecergasan
    • Kolam renang terbuka
    • Sauna
  • Kemudahan Perniagaan
    • Pusat perniagaan
    • Stesen komputer
    • Mesin fotokopi
  • Pengangkutan
    • Parkir terhad
    • Parkir yang selamat
    • Parkir valet dengan surcaj
  • Kemudahan Berhampiran
    • ATM/Perbankan
    • Kedai
    • Pasar raya
  • Kemudahan Internet
    • Internet LAN

      Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

      Daftar masuk: 15.00
      Daftar keluar: 12.00

      Hotel Best Western dikenali sebagai hotel bertaraf 4 bintang yang bersaing dengan hotel terkemuka seperti Hilton dan Eastin di Petaling Jaya. Hotel ini terletak di sebuah kawasan perniagaan dan pembangunan yang baru dibina. Dalam kira-kira satu batu daripada hotel tersebut, terdapat sebuah pusat membeli-belah yang popular di kalangan penduduk Petaling Jaya (PJ) yang dinamakan, Jaya 33. Terletak kira-kira lebih satu batu jauh dari situ pula, terdapat sebuah kompleks terkenal yang menjual alat dan peralatan elektronik iaitu Digital Mall. Best Western merupakan sebuah hotel 4 bintang yang bersaing dengan hotel-hotel terkenal yang lain seperti Hilton dan Eastin di bandar Petaling Jaya. Hotel ini adalah bahagian utama yang menyempurnakan Kompleks CentreStage.


      Hotel ini berdiri menegak, sementara bahagian yang mendatar terdiri daripada kemudahan pelbagai fungsi seperti untuk tujuan perniagaan, runcit, kerja, riadah dan gaya hidup. Terbina di kawasan yang baru dibangunkan, ini bermakna Best Western boleh dikategorikan sebagai salah satu hotel baru yang dibangunkan di PJ. Ia dimiliki dan dikendalikan oleh Best Western International Corporation. Syarikat ini mula berjinak di dalam industri ini sejak tahun 2002.


      Bagaimana untuk ke Best Western Petaling Jaya


      Kedua-dua pusat tarikan ini boleh menjadi mercu tanda bagi mereka yang sedang mencari dan memandu ke hotel Best Western. Jika tetamu tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2, ia akan mengambil mereka kira-kira kurang daripada satu jam untuk memandu ke hotel ini. Jika mereka datang dengan kereta api dari KLIA atau KLIA2, mereka akan turun di KL Sentral dan mendapatkan kereta api lain yang menuju ke Kelana Jaya. Mereka boleh turun di stesen kereta api terdekat, stesen Asia Jaya atau stesen Taman Jaya dan mengambil teksi untuk hotel.


      Jika tetamu datang dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz di Subang, ia akan memakan masa kira-kira 30 minit pemanduan sama ada dengan menggunakan pengangkutan peribadi atau teksi untuk ke hotel. Dari pusat Lembah Klang atau KL Sentral, hotel ini terletak kira-kira 10 minit memandu diri daripadanya.


      Jenis-Jenis Bilik di Best Western Petaling Jaya


      Hotel Best Western menyediakan sejumlah 344 bilik yang terdiri daripada empat kategori yang berlainan kepada tetamu untuk dipilih. Kategorinya ialah Superior, Club Floor Superior, Suite Eksekutif dan Presiden Suite. Bilik-bilik yang dibina dengan reka bentuk dalaman yang moden berfungsi untuk menyediakan keselesaan kepada tetamu. Dengan ini, mereka akan lebih bersedia dan bertenaga untuk urusan kerja atau lawatan percutian di sekitar Kuala Lumpur.


      Semua bilik dilengkapi dengan peralatan membuat kopi dan teh serta dapur kecil untuk membuatkan para tetamu berasa lebih santai dan selesa . Bagi bilik biasa dan bilik mandi, kemudahan asas juga disediakan seperti servis bilik 24 jam, peti keselamatan, servis pengurusan bilik harian, pengering rambut dan tab mandi. Untuk memenuhi keperluan tetamu yang berlainan bangsa, sama ada asing atau tempatan, hotel ini menyediakan televisyen dengan kedua-dua saluran tempatan dan antarabangsa.


      Restoran di Best Western Petaling Jaya


      Selain bilik, restoran di hotel ini juga menyediakan hidangan terbaik untuk tetamu mencubanya. Dari sarapan pagi hingga lewat makan malam, mereka menyediakan nasi lemak dan masakan India yang terbaik di bandar ini dan banyak lagi hidangan lain. Bagi mereka yang lebih gemar akan masakan barat, hotel ini turut menyediakan hidangan gabungan yang terkenal iaitu sosej dan Mojito sebagai pencuci mulut. Manakala, makan malam pula terdiri daripada Bufet Bakar-Bakar Makan Malam yang terdiri daripada udang, ikan Salmon dan lain-lain.


      Kemudahan yang Disediakan oleh Best Western Petaling Jaya


      Ini bukanlah satu-satunya hotel yang dibangunkan di bandar Petaling Jaya, oleh itu, ia perlu bersaing dengan lebih banyak hotel di sini seperti PJ Hilton, Crystal Crown dan Armada. Oleh yang demikian, dalam usaha untuk memenangi hati tetamu untuk memilih Best Western, mereka menyediakan kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik kepada tetamu. Sama ada untuk urusan perniagaan atau pelancongan santai, kedua-dua memerlukan sambungan internet yang baik untuk melakukan aktiviti seharian mereka. Oleh itu, hotel ini akan sentiasa memastikan bahawa sambungan internet boleh diakses oleh para tetamu di mana sahaja mereka berada di dalam bangunan hotel. Kedua, kemudahan asas yang setiap tetamu akan lihat, iaitu kolam renang hotel.


      Hotel ini mempunyai sebuah kolam renang terbuka di atas bumbung yang menakjubkan dengan air membiru daripada pantulan warna langit biru. Dari atas bumbung tersebut juga para tetamu akan dapat menyaksikan pemandangan keseluruhan bandar PJ yang makmur ini. Sejak hotel ini terletak di tengah-tengah daerah perniagaan dan pembangunan, ia sentiasa dikunjungi oleh pengembara perniagaan. Dengan ini, Hotel Best Western telah menyediakan bilik mesyuarat yang lengkap dan pusat e-perniagaan kepada mereka. Kemudahan-kemudahan tersebut akan membuat tetamu melaksanakan urusan mereka dengan lancar walaupun mereka berjauhan dari pejabat mereka.


      Pusat Pelancongan berdekatan Hotel


      Sunway Lagoon adalah sebuah taman tema air terkenal dan nombor satu di Malaysia yang terletak di Bandar Sunway. Ia mengambil masa lebih kurang 30 minit memandu dari Hotel Best Western. Taman tema ini menjadi tarikan sesuai untuk bukan sahaja kanak-kanak, tetapi juga orang dewasa. Terdapat enam kategori tema untuk pengunjung lawati seperti, Scream Park, Taman Hiburan, Taman Hidupan Liar, Extreme Park, Taman Air dan Nickelodeon Lost Lagoon. Pengunjung pasti perlu memperuntukkan satu hari suntuk untuk menamatkan lawatan dan melawati kesemua taman hiburan yang dinyatakan.


      Sunway Pyramid Shopping Mall terletak hanya bersebelahan Sunway Lagoon. Ia terkenal dengan patung singa besar yang dibina di pintu masuk pusat membeli-belah itu. Selain daripada kedai-kedai berjenama antarabangsa, ia juga menjadi pusat membeli-belah yang paling kerap dilawati untuk aktiviti luncur ais. Pengunjung juga datang ke sini untuk mencari makanan kerana terdapat berbagai-bagai restoran terkenal dibuka, sama ada di dalam atau di luar bangunan.


      Midvalley Megamall ialah pusat membeli-belah yang besar yang terdiri daripada kedai-kedai berjenama antarabangsa seperti Mac, Dior, Hush Puppies, Bershka dan banyak lagi. Pusat membeli-belah ini tidak hanya menarik bagi orang dewasa tetapi juga bagi kanak-kanak kerana ia mempunyai kedai Pets World. Tetamu juga boleh mengunjungi Mid Valley Megamall yang terletak tidak jauh, iaitu dalam kira-kira 10 minit jika menggunakan kereta. Mereka boleh menyewa teksi untuk ke sini.


      Tropicana Golf and Country Resort terletak kira-kira 10 minit dari hotel jika menggunakan kereta. Kebanyakan pelancong perniagaan akan sentiasa mencari padang golf sebelum mengakhiri perjalanan perniagaan mereka. Tropicana merupakan salah satu pusat golf yang terbaik di Malaysia dengan layanan yang sangat baik dan padang golf yang sangat indah.


      Tempahlah penginapan di Best Western Petaling Jaya di traveloka untuk mendapatkan tawaran dan promosi yang menarik.

      Extra-person charges may apply and vary depending on hotel policy. Government-issued photo identification and a credit card or cash deposit are required at check-in for incidental charges. Special requests are subject to availability upon check-in and may incur additional charges. Special requests cannot be guaranteed.
      Bayaran tetamu tambahan boleh dikenakan dan berbeza-beza mengikut dasar hotel.
      Pengenalan bergambar keluaran kerajaan dan kad kredit atau deposit tunai diperlukan semasa daftar masuk untuk bayaran sampingan.
      Permintaan khas adalah tertakluk kepada ketersediaan semasa daftar masuk dan boleh dikenakan bayaran tambahan. Permintaan khas tidak dapat dijamin.
      Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.