Camelia House terletak di Kempas, Johor Bahru. Ia terletak di kawasan yang sangat strategik kerana ia berada di kawasan pusat bandar yang sibuk. Terdapat banyak kemudahan awam yang ada berhampiran dengan Camelia House. Anda boleh mendapatkan pelbagai barangan runcit mahupun keperluan lain dengan mudah ketika menetap di Camelia House. Bukan itu sahaja, Camelia House juga menyediakan kemudahan yang sangat baik bagi tetamunya yang menetap di Camelia House. Camelia House ini merupakan sebuah rumah yang sangat ideal bagi anda yang berkunjung ke Johor Bahru dengan kumpulan atau keluarga yang besar. Sekiranya anda berada di Johor Bahru untuk membuat sebarang aktiviti seperti sambutan hari keluarga, Camelia House adalah pilihan yang tepat untuk anda.
Bagaimana untuk ke Camelia House
Terdapat banyak cara untuk sampai ke Camelia House kerana ia terletak berhampiran dengan bandar Johor Bahru. Dengan itu, sangat mudah bagi anda untuk sampai ke Camelia House. Terdapat banyak pilihan mod pengangkutan yang boleh digunakan oleh anda. Anda boleh sampai Camelia House dengan menggunakan bas, penerbangan atau memandu diri menggunakan kereta ke hotel.
Jika anda datang ke Johor Bahru dengan menggunakan bas dari Kuala Lumpur, anda boleh mengambil bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Larkin Sentral di Johor Bahru. Tambang bas adalah sekitar RM30 hingga RM35. Perjalanan dari TBS ke Larkin Sentral akan mengambil masa sehingga 3 jam dan 10 minit dari Kuala Lumpur bergantung kepada keadaan lalu lintas pada masa itu. Sebaik sahaja anda telah sampai ke terminal bas Larkin Sentral, anda boleh menggunakan teksi untuk ke Camelia House. Camelia House berjarak 9.9 km dari terminal bas Larkin Sentral.
Lapangan terbang yang terdekat dengan Camelia House adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Jika anda ingin menggunakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, anda boleh menempah penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Terdapat beberapa syarikat penerbangan yang menyediakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru seperti Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo Air. Anda boleh memilih untuk menaiki mana-mana penerbangan yang ada. Perjalanan dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai akan mengambil masa sekitar 50 hingga 60 minit perjalanan. Kemudian, dari lapangan terbang, anda boleh menggunakan teksi untuk ke Camelia House selama 21 minit.
Bagi anda yang membawa kenderaan sendiri untuk ke Camelia House. Anda boleh berbuat demikian. Sekiranya anda datang dari Kuala Lumpur dan melalui Plaza Tol Jalan Duta, anda boleh mengikuti cadangan laluan ini. Dari Plaza Tol Jalan Duta, ikuti Lebuhraya Utara-Selatan / E2 ke Jalan Bertingkat Skudai / Laluan 1 di Johor. Ambil jalan keluar 254 dari Lebuhraya Utara-Selatan / E2. Teruskan di Jalan Bertingkat Skudai / Laluan 1. Pandu ke Jalan Bukit Kempas 2 di Taman Bukit Kempas, Johor Bahru sebelum tiba di Camelia House.
Pilihan Bilik di Camelia House
Camelia House menyediakan sebuah rumah yang sangat selesa untuk tetamunya. Anda boleh menginap di Camelia House mengikut kesesuaian bajet dan keperluan anda. Sekiranya anda datang ke Johor Bahru dengan kumpulan yang besar, Camelia House adalah sebuah rumah yang sangat ideal untuk anda. Camelia House merupakan rumah yang mempunyai 2 tingkat. Ia mempunyai 6 bilik tetamu yang boleh memuatkan sehingga 28 orang dewasa pada satu-satu masa. Ia mempunyai ruangan dapur yang dilengkapi dengan kemudahan memasak dan bermacam-macam lagi. Anda pastinya akan berasa sangat selesa menetap di Camelia House.
Restoran dan Kafe di Camelia House
Tiada restoran dan kafe yang terdapat di Camelia House. Walau bagaimanapun, anda boleh mencari makanan dan minuman dengan sangat mudah ketika menetap di Camelia House. Terdapat beberapa restoran yang ada di sekitar Camelia House. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengunjungi beberapa gerai makanan tempatan yang terdapat berhampiran dengan Camelia House. Anda semestinya tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai masakan penduduk tempatan di sana yang semestinya berbeza dari tempat yang lain. Anda juga boleh membuat aktiviti barbeku bersama keluarga ketika menetap di Camelia House. Camelia House juga mempunyai dapur yang boleh digunakan oleh anda ketika menetap di Camelia House.
Kemudahan dan Aktiviti di Camelia House
Camelia House menyediakan pelbagai kemudahan dan aktiviti yang sangat baik untuk tetamunya bagi menjamin keselesaan mereka sepanjang menginap di Camelia House. Camelia House menyediakan perkhidmatan penghawa dingin dan Wi-Fi di dalam setiap bilik di Camelia House. Bukan itu sahaja, bagi anda yang membawa kenderaan anda sendiri, Camelia House menyediakan perkhidmatan tempat letak kereta secara percuma. Camelia House juga menyediakan perkhidmatan dobi. Ketika anda menetap di Camelia House, anda boleh membuat aktiviti barbeku bersama keluarga atau teman. Di Camelia House juga terdapat gelanggang tenis dalaman.
Tempat Menarik berhampiran Camelia House
Danga Bay – Anda boleh berkunjung ke sini untuk beriadah atau berjalan-jalan mengisi masa lapang bersama keluarga atau pasangan. Danga Bay ini terletak hanya 6.35 km daripada Camelia House.
Kemudahan | AC, Parkir, WiFi |
Jam Operasi | 15:00 - 23:00 - 07:00 - 11:00 |
Adakah mereka menghidangkan sarapan pagi? | Ya |
Berikut facilities yang ada di Camelia Homestay seperti AC, Parkir, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Masa check-in di Camelia Homestay bermula dari 15:00 - 23:00 manakala masa check-out ialah pada 07:00 - 11:00
Ya, Camelia Homestay menyediakan sarapan pagi. Walau bagaimanapun, anda perlu memilih bilik dengan sarapan pagi atau membayar caj tambahan jika anda menempah bilik tanpa sarapan.