Casa Del Rio Melaka Hotel

Hotel
88, Jalan Kota Laksamana, Malacca City Center , Pusat Bandar Melaka, Bandaraya Melaka, Melaka, Malaysia, 75200
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Hidup mewah di hotel bertaraf 5 bintang Casa del Rio Melaka. Casa del Rio Melaka terletak di Jalan Kota Laksamana iaitu di pusat bandaraya Melaka. Ia menyediakan pemandangan yang menakjubkan terhadap seni bina hotel tersebut dan hiasan dalamannya yang pasti akan membuat. Hotel ini menempatkan empat jenis utama bilik dan suite dengan satu unit pangsapuri yang istimewa untuk mereka yang mencari penginapan jangka panjang di hotel. Berdasarkan ulasan tetamu yang diterima, hotel ini tidak akan mengecewakan mereka yang inginkan satu percutian mewah. Bukan sahaja hotel ini dibina secara strategik bersebelahan dengan tasik tetapi juga berhampiran beberapa tarikan utama seperti Kampung Morten, Chinatown dan Melaka River Private Park. Lengkap dengan kemudahan canggih dan berkualiti tinggi seperti pusat perniagaan, perkhidmatan perkahwinan dan kedai kopi, hotel ini dibina untuk memanjakan anda.

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Restoran
Kolam Renang
Meja Depan 24 jam
Parkir
Lif
WiFi

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
88, Jalan Kota Laksamana, Malacca City Center , Pusat Bandar Melaka, Bandaraya Melaka, Melaka, Malaysia, 75200
Lobi Casa Del Rio Melaka Hotel
Lobi 2 Casa Del Rio Melaka Hotel

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Casa Del Rio Melaka Hotel

Hidup mewah di hotel bertaraf 5 bintang Casa del Rio Melaka. Casa del Rio Melaka terletak di Jalan Kota Laksamana iaitu di pusat bandaraya Melaka. Ia menyediakan pemandangan yang menakjubkan terhadap seni bina hotel tersebut dan hiasan dalamannya yang pasti akan membuat. Hotel ini menempatkan empat jenis utama bilik dan suite dengan satu unit pangsapuri yang istimewa untuk mereka yang mencari penginapan jangka panjang di hotel. Berdasarkan ulasan tetamu yang diterima, hotel ini tidak akan mengecewakan mereka yang inginkan satu percutian mewah. Bukan sahaja hotel ini dibina secara strategik bersebelahan dengan tasik tetapi juga berhampiran beberapa tarikan utama seperti Kampung Morten, Chinatown dan Melaka River Private Park. Lengkap dengan kemudahan canggih dan berkualiti tinggi seperti pusat perniagaan, perkhidmatan perkahwinan dan kedai kopi, hotel ini dibina untuk memanjakan anda.

Bagaimana untuk ke Casa del Rio Melaka

Memandangkan Melaka merupakan negeri yang kecil, oleh itu, ia agak mudah untuk mencari hotel ini. Hotel ini betul-betul berada di tepi tepi sungai Melaka. Cara terbaik untuk mencari hotel adalah mencari lokasi sungai tersebut. Sekiranya anda tiba dari Terminal Bas Melaka Sentral, jarak antara stesen bas tersebut sehingga ke hotel adalah sekitar 5 km, maka perjalanan akan mengambil masa kira-kira 14 minit untuk tiba ke hotel. Pengangkutan awam boleh menjadi satu cabaran untuk anda, tetapi anda sentiasa boleh menggunakan aplikasi pengangkutan mudah alih seperti Uber atau Grab untuk membawa anda ke hotel. Sekiranya anda tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, perjalanan ke hotel akan mengambil masa kira-kira 23 minit atau lebih. Walau bagaimanapun, tempoh tersebut bergantung kepada keadaan lalu lintas pada masa itu. Melaka terkenal dengan keadaan lalu lintasnya yang sangat sibuk, jadi, tempoh yang diperlukan untuk tiba ke hotel akan mengambil beberapa minit tambahan.

Jika navigasi jalan kelihatan sedikit rumit, anda sentiasa boleh mencari beberapa mercu tanda terkenal yang dapat membantu anda. Perkampungan Morten terletak hanya 2.3 km dari hotel. Dari Perkampungan Morten, ia hanya akan mengambil 9 minit untuk tiba ke hotel. Bandar Hilir juga berada kurang daripada satu kilometer daripada hotel ini. Tanda tempat lain termasuk Muzium Warisan Baba dan Nyonya, Muzium Budaya Cheng Ho atau 3D Jonker Walk Melaka.

Pilihan Bilik di Casa del Rio Melaka

Hotel ini menempatkan empat jenis bilik dan suite utama yang sesuai dengan tahap jangkaan anda. Pilihan tersebut ialah Deluxe Lago/River View Room, Studio Lago King/River King Room, Suite Two-bedroom dan Premier Suites.

Deluxe Lago/River View Room ialah bilik Deluxe yang luas dengan sentuhan hiasan dalaman diilhamkan oleh Mediterranean. Terdapat dua jenis bilik untuk kategori ini iaitu Lago View atau River View. Anda boleh memilih pemandangan panorama yang sesuai dengan anda. Ruang keseluruhan ialah 50 meter persegi/538 kaki persegi dengan dua jenis katil pilihan, sama ada katil raja atau kembar Hollywood, iaitu 2 katil bujang yang terletak secara bersebelahan. Bilik ini terdiri daripada ruang persalinan, bilik mandi yang besar, bilik tidur dan balkoni peribadi.

Studio Lago King/River King Room terdiri daripada katil khas yang digelar Bed Day. Saiz keseluruhan bilik adalah 61 meter persegi/646 kaki persegi dengan dua jenis katil pilihan, iaitu katil raja dan katil Day Bed. Bilik studio mampu menampung 2 orang dewasa atau dua orang dewasa dengan seorang kanak-kanak di bawah usia 12 tahun, oleh itu, keluarga kecil akan merasa lebih selesa di dalam bilik ini. Balkoni peribadi yang disediakan adalah lebih besar, dengan itu, ia memberikan lebih banyak ruang kepada penghuninya.

Suite Two-bedroom menawarkan tiga jenis suite yang anda akan mendapati lebih menarik, iaitu River Suites, Cheng Ho Suites dan Suites Melaka. Setiap bilik mempunyai faedah tersendiri yang akan memberi kepuasan kepada anda sepanjang tempoh penginapan anda di sini. River Suites menawarkan ruang untuk percutian keluarga kerana terdapat ruang makan, ruang tamu, dan bilik tidur tetamu. Ia juga mempunyai balkoni berserta bilik tidur utama dengan katil bersaiz raja dan bilik mandi. Cheng Ho Suites menyediakan suasana yang lebih luas dengan ruang keseluruhan dengan katil bersaiz raja di bilik tidur utama dan dua katil bujang di bilik tidur tetamu. Keluarga besar akan mendapati bilik inii agak selesa dengan jumlah ruang yang disediakan. Suite Melaka mempunyai halaman luaran yang dilengkapi dengan jakuzi air sejuk unutk anda nikmati. Dari bilik ini, anda juga boleh menikmati pemandangan matahari terbenam yang sempurna dan Dutch Square.

Premier Suites menawarkan dua jenis suite, iaitu, Royal Suite dan Presidential Suite. Suite ini sesuai jika anda bercuti dengan keluarga yang besar atau dengan sekumpulan teman dalam bilangan yang ramai. Kedua-dua suite ini terletak di sudut barat daya hotel dengan pemandangan panorama dan ruang yang menakjubkan untuk dinikmati. Royal Suite menyediakan ruang yang selesa untuk mereka yang ingin menyelesaikan urursan pejabat, ruang makan yang berasingan dan ruang tamu yang luas untuk hiburan. Kedua-dua suite tersebut juga terdiri daripada patio yang lengkap berperabot beserta ruang masuk istimewa.

Restoran dan Kafe di Casa del Rio Melaka

Di hotel, anda bukan sahaja akan mendapat pengalaman penginapan yang sempurna, tetapi anda juga akan mendapat pengalaman menikmati hidangan terbaik. Melaka sangat terkenal dengan reputasinya untuk mempunyai makanan terbaik di Malaysia, tetapi anda boleh menikmati makanan yang lazat di hotel itu sendiri. Terdapat empat ruang hidangan utama yang boleh anda lawati untuk merasai pengalaman hidangan yang mengagumkan, iaitu, River Grill, River Cafe, Bar Rio dan Bar Sol.

Berharap untuk merasai sarapan pagi yang enak? River Grill boleh merealisasikan harapan anda itu. Hidangan sarapan pagi menawarkan menu tradisional antarabangsa dan tempatan yang lazat, termasuk pelbagai hidangan Barat untuk memenuhi kehendak pilihan sarapan pagi anda. Bersama-sama dengan jus segar, restoran ini juga menawarkan pengalaman Grand Grill Dinner, hidangan untuk dua orang dan perkhidmatan gueridon dengan pelbagai wain untuk mencerikan hari anda.

Jika anda ingin menikmati hidangan sambil disertai dengan muzik langsung, anda boleh melawat River Cafe, di mana mereka mempunyai pemandangan terbaik di bandar iaitu di Sungai Melaka. Apa lagi cara yang lebih baik untuk menikmati kopi, jus, smoothie dan sandwic? Waktu operasi bermula dari 11:00 AM hingga 12:00 AM setiap hari, jadi, pasti akan sentiasa ada waktu untuk menikmati makanan, muzik dan pemandangan di situ.

Ini merupakan tempat yang sempurna untuk menyaksikan matahari terbenam. Bar Rio memberikan suasana tenang dan ketenangan ketika anda menikmati minuman anda. Terdapat banyak wain, koktel, makanan ringan dan minuman yang membolehkan anda nikmati sehingga lewat malam. Bar Sol turut memberi anda akses ke bumbung, di mana anda boleh menikmati minuman anda di bawah langit malam yang terbuka. Pemandangan panorama langit Melaka dan kawasan Selat yang sempurna. Bar Sol menawarkan koktel khas campuran, pelbagai pilihan wain, minuman, tapas dan makanan ringan. Anda boleh menikmati bar ini untuk kedua-dua urusan perniagaan atau keseronokan.

Kemudahan dan Aktiviti di Casa del Rio Melaka

Untuk memastikan semua tetamu dihiburkan dan dijaga dengan baik, hotel ini menjadikannya keutamaan nombor satu mereka untuk memberikan kemudahan terbaik kepada penghuninya. Antara perkhidmatan hotel yang disediakan yang akan menjadikan penginapan anda lebih selesa ialah perkhidmatan dobi, daftar masuk dan daftar keluar ekspres, perkhidmatan perkahwinan, lawatan, penyimpanan bagasi dan banyak lagi. Mereka yang berada dalam urusan perniagaan akan merasa senang hati dengan kemudahan pusat perniagaan yang disediakan oleh hotel. Bukan setakat itu, terdapat juga kemudahan mesyuarat percuma dan stesen komputer untuk memastikan kerja anda berjalan dengan lancar. Hotel ini juga menyediakan pengangkutan ulang-alik di sekitar kawasan itu, supaya anda dapat mengalahkan trafik yang tidak berkesudahan.

Anda boleh berseronok di spa hotel, perpustakaan, pusat kecergasan dan kolam renang luaran, serta kolam kanak-kanak untuk memastikan setiap anggota keluarga anda dapat menikmati keseronokan sepanjang penginapan mereka di hotel ini.

Tempat Menarik berhampiran Casa del Rio Melaka

Muzium Warisan Baba & Nyonya

- Berikan diri anda pendedahan terhadap sejarah unik Melaka dengan melawat muzium bersejarah ini. Terletak hanya 0.14 km dari hotel, anda boleh menyelami kebudayaan Baba & Nyonya secara lebih dekat.

Perkampungan Morten

- Bawa diri dan keluarga anda kembali ke Kampung Morten, di mana semua rumah tradisional Melayu dapat ditemui di sebuah pulau kecil di pusat bandar. Terletak hanya kurang dari satu kilometer dari hotel, ini adalah tempat yang sempurna untuk mengenang kembali persekitaran masa lalu.

Melaka River Cruise

- Nikmati pelayaran sungai di sepanjang Sungai Melaka dan pemandangan yang menakjubkan. Terletak hanya 0.19 km dari hotel, tiada apa-apa yang lebih mengagumkan daripada pemandangan yang menakjubkan ini di sekitar bandar Melaka.

Semua Kemudahan

Kolam Renang Casa Del Rio Melaka Hotel
Kolam Renang
Pusat Kecergasan Casa Del Rio Melaka Hotel
Pusat Kecergasan
Lobi Casa Del Rio Melaka Hotel
Lobi
Perkhidmatan Hotel Casa Del Rio Melaka Hotel
Perkhidmatan Hotel
Luar Bangunan Casa Del Rio Melaka Hotel
Luar Bangunan

Kemudahan Dalam Bilik

  • Jubah mandi
  • Tab mandi
  • Kabel TV
  • Kaunter
  • Pengering rambut
  • Peti besi dalam bilik
  • Bar mini
  • Pancur mandi dan tab berasingan
  • Pancuran mandi
  • TV

Makanan dan Minuman

  • Makan malam a la carte
  • Makan tengah hari a la carte
  • Restoran dengan penyaman udara
  • Bar
  • Sarapan
  • Sarapan bufet
  • Kafe
  • Ruang makan
  • Sarapan panas

Kemudahan Umum

  • Parkir
  • Lif
  • Pesanan bilik 24 jam
  • Restoran
  • Restoran sarapan pagi
  • Restoran makan malam
  • Restoran makan tengah hari
  • Pesanan bilik
  • WiFi di kawasan umum

Umum

  • Penyaman Udara
  • Dewan besar
  • Bankuet
  • Bilik keluarga
  • Pemanas
  • Bilik larangan merokok
  • Kolam renang
  • Bebas rokok

Perkhidmatan Hotel

  • Daftar masuk ekspres
  • Daftar keluar ekspres
  • Meja depan
  • Penyambut tetamu 24 jam
  • Keselamatan 24 jam
  • Perkhidmatan dobi
  • Penyimpanan bagasi
  • Perkhidmatan perkahwinan

Aktiviti

  • Barbeku
  • Pusat kecergasan
  • Perpustakaan
  • Urutan
  • Kolam renang terbuka
  • Spa

Kemudahan OKU

  • Pembolehcapaian mudah
  • Kelengkapan Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Bilik mandi mudah diakses OKU
  • Parkir mudah diakses OKU
  • Akses kerusi roda

Kemudahan Perniagaan

  • Pusat perniagaan
  • Stesen komputer
  • Bilik persidangan
  • Kemudahan mesyuarat
  • Projektor

Pengangkutan

  • Shuttle kawasan berhampiran
  • Parkir yang selamat

Kemudahan Berhampiran

  • Kedai runcit
  • Kedai

Sukan & Rekreasi

  • Kecergasan

Kemudahan Internet

  • WiFi percuma

Khidmat Shuttle

  • Pengangkutan dari lapangan terbang dengan surcaj

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 15:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00

Notis Kemudahan

Kolam renang, Dear valued guests, Thank you for choosing Casa del Rio Melaka as your preferred hotel. As part of our continuous efforts to provide quality accommodations, the Rooftop Infinity Pool will be closed from 24 March to 7 April for maintenance works. Hotel guests and residents are welcome to visit the swimming pool at Residences block next door, open from 8am to 7pm daily. Thank you for your understanding and we apologise for any inconvenience that may cause. Warm Regards, Casa del Rio Melaka Team ditutup buat sementara waktu dari 24-3-2024 to 7-4-2024.

Deposit

Deposit 0 diperlukan semasa daftar masuk. Penginapan ini menerima wang tunai, kad debit, atau kad kredit.
Baca Semua

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 15:00 - Sebelum 12:00
Ketersediaan Sarapan
Ya

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di Casa Del Rio Melaka Hotel?
Berikut facilities yang ada di Casa Del Rio Melaka Hotel seperti AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Casa Del Rio Melaka Hotel?
Masa check-in di Casa Del Rio Melaka Hotel bermula dari Dari 15:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00
Adakah Casa Del Rio Melaka Hotel menyediakan sarapan pagi?
Ya, Casa Del Rio Melaka Hotel menyediakan sarapan pagi. Walau bagaimanapun, anda perlu memilih bilik dengan sarapan pagi atau membayar caj tambahan jika anda menempah bilik tanpa sarapan.

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Penilaian & Ulasan Keseluruhan

Daripada 28 ulasan tetamu yang disahkan
8.7
Mengagumkan
Hebat
13
Bagus
11
Memuaskan
0
Biasa
4
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan

Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...

All
lokasi bagus (1)
Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
zb
zamzurina b. h.
Percutian
10
/ 10
14 Dec 2021
Bilik yang luas dan bersih. Tempat tarikan just a walking distance. River view room yang sangat selesa. Peace of mind. Staff yang sangat-sangat helpful (credit to Fatin and team). Happy sangat stay di sini. Environment sangat best. Really recommended.
Imej Ulasan untuk Casa Del Rio Melaka Hotel dari Zamzurina H.
Imej Ulasan untuk Casa Del Rio Melaka Hotel 2 dari Zamzurina H.
Imej Ulasan untuk Casa Del Rio Melaka Hotel 3 dari Zamzurina H.
Imej Ulasan untuk Casa Del Rio Melaka Hotel 4 dari Zamzurina H.

Suka ulasan ini?

ak
adira k.
Percutian
6
/ 10
04 Sep 2020
Tidak benar-benar terkesan, tidak bernilai wang. Kolam renang adalah yang paling tidak teratur.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

HK
Heru K. A.
5.7
/ 10
26 Apr 2022
Saya memang membatalkan perjalanan saya dan cuba menjadualkan semula. Tetapi ia tidak dapat berbuat demikian walaupun usaha berterusan ke atas sistem.
Translated by Google Icon

1 menyukai ulasan ini

An icon button
1
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Luar Bangunan 4 Casa Del Rio Melaka Hotel

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka