Tempahan Saya
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
  1. Hotel
  2. Malaysia(11,364 hotel)
  3. Kedah(687 hotel)
  4. Langkawi(517 hotel)
  5. Kuah(168 hotel)
  6. Century Rest Inn

Century Rest Inn

HOTEL
65 & 67, Langkawi Mall, Pokok Asam, Kuah, Langkawi, Kedah, Malaysia, 07000
EXTERIOR_BUILDING Century Rest Inn
EXTERIOR_BUILDING Century Rest Inn
COMMON_SPACE Century Rest Inn
COMMON_SPACE Century Rest Inn
COMMON_SPACE Century Rest Inn
Lihat semua gambar
Bagus
7.0/10
Merujuk kepada 6 tetamu
Selesa dan bersih untuk penginapan keluarga.
Zulkarnian B. M.
Lihat semua ulasan
Berdasarkan 6 ulasan tetamu
Kemudahan Hotel
Penyaman Udara
Parkir
WiFi

Tarikan berhampiran
Lagenda Park
(1.92 km)
Dataran Lang (Eagle Square)
(2.19 km)
Kuah Jetty
(2.34 km)
Beringin Beach
(3.92 km)
Lebih murah jika anda tempah melalui aplikasi sekarang.
Klik di sini untuk muat turun.
disabledInputInfo
disabledInputInfo
Ulasan Pengguna Traveloka
8.8
- Percutian keluarga
Selesa dan bersih untuk penginapan keluarga.
1
Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotellihat lagi

Kemudahan Hotel

Keterangan

Polisi Hotel

  • Kemudahan Dalam Bilik
    • Kaunter
    • Peti sejuk
    • TV
    • Pancuran mandi
    • Kabel TV
  • Umum
    • Bilik keluarga
    • Kawasan merokok
    • Penyaman Udara
    • Bilik larangan merokok
  • Kemudahan Umum
    • Pesanan bilik
    • Parkir
    • WiFi di kawasan umum
  • Perkhidmatan Hotel
    • Lawatan
  • Kemudahan Internet
    • Internet LAN

    Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

    Daftar masuk: 15.00
    Daftar keluar: 12.00

    Hotel bajet ini terletak sangat strategik di perbandaran Kuah di Pulau Langkawi. Century Rest Inn menawarkan 52 bilik yang selesa dengan harga mesra bajet untuk penginapan jangka masa pendek serta penginapan jangka masa panjang. Hotel tiga tingkat ini mempunyai bilik-bilik bersih dan selesa untuk penginapan yang tidak akan dapat dilupakan. Century Rest Inn berjarak sekitar 20 hingga 25 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan hanya 10 minit dari Langkawi Jetty Point. Berdekatan hotel Century Rest Inn ini terdapat pelbagai kedai bebas cukai, restoran dan kedai serbaneka. Pasar malam juga agak dekat dengan hotel. Hotel Century Rest Inn terletak berhampiran dengan banyak tarikan pelancong seperti Lagenda Park dan Dataran Lang.

    Bagaimana untuk ke Century Rest Inn

    Jika tetamu tiba di Pulau Langkawi melalui penerbangan, maka mereka akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Anda boleh menyewa teksi atau perkhidmatan e-hailing untuk sampai ke hotel Century Rest Inn. Walau bagaimanapun, anda juga boleh menyewa kereta kerana terdapat banyak pilihan sewa kereta oleh syarikat dan individu persendirian yang tersedia di lapangan terbang. Ia akan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memandu lebih kurang 16 kilometer ke hotel Century Rest Inn jika anda menggunakan Jalan Padang Matsirat. Anda juga boleh mengambil Jalan Mata Air atau Jalan Ulu Melaka ke hotel Century Rest Inn. Perjalan untuk ke hotel ini cukup mudah jika menggunakan perkhidmatan GPS.

    Pilihan Bilik di Century Rest Inn

    Bilik-bilik Standard dilengkapi dengan satu katil ratu atau dua katil bujang. Bilik ini sesuai untuk dua orang dewasa sahaja. Bilik-bilik Triple disediakan dengan satu katil ratu dan satu katil bujang di setiap bilik. Bilik Triple adalah untuk kegunaan maksimum tiga orang dewasa sahaja. Bilik Deluxe adalah untuk sebanyak empat orang dewasa. Bilik-bilik Deluxe dilengkapi dengan dua katil ratu.

    Restoran dan Kafe di Century Rest Inn

    Lokasi hotel Century Rest Inn di perbandaran Kuah bererti terdapat banyak restoran yang menyajikan pelbagai masakan untuk dipilih oleh para tetamu. Kebanyakan restoran berada dalam jarak berjalan kaki yang dekat atau hanya memandu singkat dari hoyel Century Rest Inn. Untuk makanan laut, anda boleh mencuba Wonderland Food Store, Tanjung Tirai View Café, My Chef Seafood Restaurant atau Kuah Town Seafood. Di samping itu, di sekitar bandar Kuah anda boleh menemui Restoran Haroo + Korea, yang menyajikan hidangan Korea dan Hidayah Café, yang menyajikan hidangan Barat, Thai dan Melayu.

    Kemudahan dan Aktiviti di Century Rest Inn

    Kesemua 52 bilik-bilik di hotel Century Rest Inn berhawa dingin dan mereka juga menyediakan bilik tidak merokok serta bilik merokok. Setiap bilik mempunyai bilik mandi sendiri dengan pancuran mandian serta televisyen kabel dan meja. Selain LAN Internet, Wi-Fi disediakan di kawasan awam di hotel. Hotel Century Rest Inn ini juga menyediakan perkhidmatan bilik serta pakej pelancongan. Terdapat tempat letak kereta luaran yang disediakan untuk mereka yang memandu kenderaan mereka sendiri.

    Tempat Menarik berhampiran Century Rest Inn

    Taman Lagenda - Terbentang luas lebih daripada 20 hektar tanah, taman ini dinamakan sempena cerita dongeng rakyat dan mitos sejak zaman awal Pulau Langkawi. Pertama kali dibuka pada bulan April 1996, taman ini terletak di Kuah bersebelahan dengan Dataran Lang. Taman ini menawarkan penduduk tempatan dan pelancong sebuah kawasan rekreasi di mana mereka boleh menikmati taman-taman indah yang dihiasi dengan banyak pokok yang berasal dari pulau itu. Pintu masuk ke Taman Lagenda adalah melalui dinding batu Gondowana. Dinding ini menunjukkan peta pulau besar Langkawi serta 99 pulau kecil di sekelilingnya. Sekitar taman ini terdapat beberapa ukiran dan patung, masing-masing menggambarkan cerita atau mitos yang tertentu.

    Dataran Lang - Tarikan pelancong yang popular ini terletak sekitar 2.19 kilometer dari hotel Century Rest Inn dan bersebelahan dengan jeti. Dataran itu paling terkenal dengan patung burung helang berwarna coklat gelap yang berukuran 12 meter tinggi. Patung ini menceritakan asal-usul nama pulau itu. Nama Langkawi adalah gabungan “Helang” dan Kawi, yang bermakna warna coklat kemerahan dalam bahasa Melayu purba. Dataran Lang menyediakan pemandangan teluk yang menakjubkan di mana anda boleh melihat feri dan bot lalu lintas. Berhampiran kawasan ini adalah restoran makanan laut yang dinamakan Restoran Eagle View Seafood di mana anda boleh makan tengahari atau makan malam selepas melawat Dataran Lang.

    Pantai Beringin - Lokasi Pantai Beringin adalah di selatan timur Pulau Langkawi. Pantai ini terletak kira-kira 3.92 kilometer dari hotel Century Rest Inn. Pantai ini menghadap Pulau Dayang Bunting. Teluk terpencil ini dikelilingi oleh tebing yang mengagumkan dan juga pokok-pokok kelapa yang menyusuri pantai. Pantai ini tidak begitu terkenal di kalangan pelancong. Oleh sebab itu, ini menjadikannya tempat yang sempurna bagi mereka yang ingin bersantai di tepi pantai dan menikmati angin laut yang sejuk sambil mungkin membaca buku atau hanya tidur.

    Effective from 1st July 2016, the Kedah State Government imposed a mandatory Tourism Fee per occupied room per night for all hotel accommodation (maximum RM9.00 per room per night). This fee may change without prior notice. This fee will be collected by hotel upon guest arrival.
    Bayaran tetamu tambahan boleh dikenakan dan berbeza-beza mengikut dasar hotel.
    Pengenalan bergambar keluaran kerajaan dan kad kredit atau deposit tunai diperlukan semasa daftar masuk untuk bayaran sampingan.
    Permintaan khas adalah tertakluk kepada ketersediaan semasa daftar masuk dan boleh dikenakan bayaran tambahan. Permintaan khas tidak dapat dijamin.
    Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.
    24 Jam Khidmat Pelanggan+6015 4840 9469 atau +603 7724 3501
    Perlu Bantuan?