amaran

Hotel di Sibu

Sarawak, Malaysia · 13 hotel yang tersedia

Cari dan tempah hotel murah dengan 3 langkah mudah di sini!

Langgan Surat Berita Traveloka

Langgan untuk diskaun sehingga 70% melalui tawaran penerbangan & hotel eksklusif yang dihantar terus ke peti masuk anda.

Jangan risau, bergembiralah!

Muat turun Aplikasi Traveloka PERCUMA untuk tempahan tiket penerbangan dan hotel sekarang!

Hotel di kawasan popular

Hotel di Sibu Town

Hotel popular di Sibu

Premier Hotel Sibu

Sarawak House Complex, Jalan Kampung Nyabor, Bahagian Sibu, Malaysia, 96000

8.6 / 10

Sangat Baik

Qu Lin Resident

S/L 7, No.17, Lorong Seduan 2, Pekan Sibu, , Bahagian Sibu, Malaysia, 96000

8.4 / 10

Sangat Baik

Teku Homestay

1C, Lorong 1, Jalan teku barat, Bahagian Sibu, Malaysia, 96000

The Paramount Hotel

3 Lorong 9A, Jalan Kampung Dato, Bahagian Sibu, Malaysia, 96000

8.4 / 10

Sangat Baik

Permai Hotel (Sibu)

9, 11 & 13, Lorong Ulu Oya 11A, Bahagian Sibu, Malaysia, 96000

8.0 / 10

Sangat Baik

Hi-Inn Sibu

1A/1B, 1st Floor, Emplam Lane, Bahagian Sibu, Malaysia, 96000

8.8 / 10

Sangat Baik

Salim Inn

Lot 21-22, Lorong Salim 17, Farley Commercial Centre, Bahagian Sibu, Malaysia, 96000

8.4 / 10

Sangat Baik

RH Hotel

Jalan Kampung Nyabor, Bahagian Sibu, Malaysia, 96008

8.4 / 10

Sangat Baik

Tanahmas The Sibu Hotel

Lot 277, Block 5, Jalan Kampung Nyabor, Bahagian Sibu, Malaysia, 96007

8.4 / 10

Sangat Baik

The Orchid Hotel

No 9, Brooke Drive, Bahagian Sibu, Malaysia, 96000

8.3 / 10

Sangat Baik

Ban Hin Hotel

12, 1st Floor, Island Road, Bahagian Sibu, Malaysia, 96000

丽都酒店

21, Blacksmith Road, Bahagian Sibu, Malaysia, 96000

8.3 / 10

Sangat Baik

H Homestay

Jalan Salim, 96000 Sibu, Sarawak, Bahagian Sibu, Malaysia, 96000

lain-lain

Tentang

Terletak di pertemuan Sungai Rajang dan Sungai Igan, Sibu merupakan sebuah bandar pedalaman di rantau tengah Sarawak. Ia adalah salah satu daripada tiga bandar di Malaysia yang majoritinya terdiri daripada penduduk China Foochow (dua lagi bandar ialah Yong Peng dan Sitiawan). Kumpulan etnik lain seperti Melanau, Melayu, dan Iban asli turut menetap di rantau ini. Sibu juga popular kerana ia merupakan kampung halaman bagi Rosli Dhoby, seorang patriot kebangsaan.

Pada tahun 1862, James Brooke telah membina sebuah kubu di bandar Sibu untuk menangkis serangan daripada orang asli Dayak. Kemudian, terdapat sekumpulan kecil orang Hokkien Cina yang menetap di sekitar kubu itu. Mereka juga menjalankan aktiviti perniagaan dengan selamat di bandar tersebut. Pada tahun 1901, seramai 1,118 orang pelarian dari Wilayah Fujian, China telah berhijrah ke Sibu. Hal ini telah menyebabkan Sibu dikenali sebagai "Fuzhou Baru". Pada tahun 1889 dan 1928, bandar Sibu telah dibakar keseluruhannya.

Selepas itu, Sarawak telah diserahkan kepada British dan dikenali sebagai Koloni Mahkota selepas kekalahan Jepun pada 1945. Fakta ini telah membawa kepada ketidakpuasan hati di kalangan sekumpulan orang muda Melanau di Sibu yang pro-merdeka. Berikutan itu, Sir Duncan George Stewart, gabenor British kedua Sarawak, telah dibunuh oleh Rosli Dhobi pada Disember 1949. Berikutan hal itu, Rosli telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati di Penjara Pusat Kuching pada tahun berikutnya.

Sibu berada di bawah pentadbiran bahagian Sibu yang meliputi kawasan seluas 2229.8 km2. Daerah ini dibahagikan kepada kawasan bandar (129.5 km2) dan kawasan luar bandar (2,100.3 km2). Sibu Jaya (26 km jauhnya dari bandar Sibu), merupakan sebuah bandar satelit yang termasuk di kawasan luar bandar.

Sibu didominasi terutamanya oleh kaum Cina Foochow dan Hokkien jadi, kebanyakan penduduk tempatan berbahasa Cina dengan dielek Fuzhou dan Hokkien. Walau bagaimanapun, kebanyakan penduduk Sibu dapat bertutur kedua-duanya, bahasa Melayu dan Inggeris. Bahasa-bahasa lain yang digunakan oleh kaum minoriti di sini seperti bahasa Melanau, Bidayuh dan Iban.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Dari Semenanjung Malaysia, Sibu boleh dikunjungi dengan tedapatnnya penerbangan kerap dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Lapangan terbang Sibu juga dihubungkan ke semua destinasi utama di Borneo Malaysia, termasuk Kuching dan Kota Kinabalu. Memandangkan tiada perkhidmatan bas yang menghubungkan lapangan terbang dan bandar Sibu, anda boleh membeli kupon teksi untuk ke pusat bandar Sibu. Biasanya, bayaran yang dikenakan adalah sekitar RM45.

Menggunakan Bas

Sibu boleh dikunjungi melalui bas dari bandar-bandar lain seperti Kuching, Miri, Mukah, Sarikei dan Bintulu dengan banyak perkhidmatan syarikat bas seperti Biaramas, Suria Bus Express dan Borneo Highway Express Miri. Jalan Pahlawan merupakan tempat terletaknya terminal untuk perjalanan jarak jauh sementara untuk perjalanan dekat, bas-bastiba di terminal bas pusat bandar, yang terletak berhampiran terminal bot ekspres.

Menggunakan Bot

Oleh kerana Sibu merupakan pintu gerbang ke hilir sungai Rajang, terdapat perkhidmatan bot ekspres (4 kali sehari) yang melalui antara Kapit dan Sibu. Selain itu, juga terdapat bot ekspres harian yang menghubungkan Sibu dan Kuching melalui Sarikei dan Tanjung Manis. Tambang bot adalah kira-kira RM55.

Tarikan Pelancongan

Pasar Utama Sibu

Dikenal sebagai pasar tertutup terbesar di Malaysia, Pasar Sibu ini menawarkan banyak pilihan barangan dengan harga yang berpatutan. Untuk mereka yang gemar mencuba pelbagai jenis makanan, jangan ketinggalan untuk mencuba makanan-makanan yang unik dan lazat di tingkat 1 pasar ini.

Dataran Bandar Sibu

Terletak betul-betul di pusat bandar Sibu, anda dapat menyaksikan pertemuan antra dua sungai besar, iaitu Sungai Rajang dan Sungai Igan. Terdapat sebuah pantai yang terkenal di kalangan penduduk tempatan untuk melepak.

Hotel

RH Hotel

Menawarkan 226 buah bilik yang luas dan bergaya, RH Hotel merupakan pilihan yang sesuai untuk menginap di bandar Sibu. Ia juga terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Sibu.

Premier Hotel Sibu

Tempat ini dikenali sebagai hotel yang terbaik di bandar kerana perkhidmatannya yang mesra pelanggan dan cemerlang.

Qu Lin Resident

Menawarkan penginapan yang selesa dengan harga yang rendah, Qu Lin Resident sesuai untuk mereka yang melancong dengan bajet rendah.

Hi-Inn Sibu

Tempat ini mempunyai bilik-bilik yang selesa dan sesuai untuk semua jenis pelancong. Dilengkapi dengan kemudahan yang sangat baik, Hi-Inn Hotel terletak di tengah-tengah bandar Sibu.

evtbvsrwfq