Muat Turun Aplikasi
MYR
Log masuk
Daftar
Pengangkutan
Penginapan
Aktiviti dan Hiburan
Produk Tambahan
  1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (8384 Hotel)
    >
  3. Perak
    (503 Hotel)
    >
  4. Batang Padang
    (14 Hotel)

Hotel Mewah di Batang Padang, Malaysia

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Sel, 06 Jun 2023
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar ketika Daftar Masuk

Facts about Batang Padang

Popular Area
Tapah, Sungkai
Popular Landmark
Tapah Hospital, Nasi Bamboo Sungai Klah

Ulasan Tetamu dari Hotel di Batang Padang

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Batang Padang dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Batang Padang akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
suzaiha
Ini adalah profil peribadi.
8.5
/ 10
15 Aug 2022
Bilik family room. luas dan bersih. Takde jumpa seekor semut pun dalam bilik. Terbaik. Cuma katil rasa spring. tak berapa selesa tidur. Air pun pressure mcm tak sekuat sebelum² ni. Tapi consider ok lagi laa. Kawasan sekitar kedai² byk. Mknn senang nak dapat. Ada Mr Diy, Eco, Family Mart, Tealive, Bakers Cottage, Guardian, Watson.. even TF pun tak jauh nak jalan kaki pergi. Hotel favourite kalau g Tapah. Staff at front desk sangat baik dan ramah.
Mohd A. B. A.
Ini adalah profil peribadi.
19 Sep 2022
Awesome hotel💪👍berdekatan sungkai(sungai klah,nasi bambo)
joe a.
Ini adalah profil peribadi.
14 Dec 2021
Bilik bersih, staff peramah , parking yang luas.. view depan jalan utama
joe a.
Ini adalah profil peribadi.
8.8
/ 10
29 Mar 2019
Bilik bersih, staff ramah , hotel area shop lot banyak fasiliti.
AHMAD F. B. O.
Ini adalah profil peribadi.
9.4
/ 10
19 Aug 2020
Sesuai bawa anak-anak. Tempat pun tenang penuh kehijauan. Cuma penat sikit kalau dapat cabin sebab nun di atas bukit.
Zahid b. D.
Ini adalah profil peribadi.
10 Jul 2020
Hotel ini tidak menyediakan Tempat untuk Kami

Hotel di kawasan popular

Tentang

Batang Padang terletak 116km, ke arah selatan dari Ipoh serta 94km ke arah barat dari Teluk Intan. Daerah Batang Padang merupakan sebuah daerah yang terletak dalam negeri Perak. Batang Padang meliputi kawasan Tapah, Kampar, Bidor, Mambang Diawan dan sebagainya. Pejabat pentadbiran terletak di bandar Tapah. Tapah terbahagi kepada Pekan Tapah dan Tapah Road. Sungai Batang Padang merentasi pekan Tapah, yang terletak bersebelahan dengan Masjid Tapah. Batang bermaksud sungai. Terbitnya nama Batang Padang dikatakan berpunca dari cerita sebatang pokok yang merentang sebuah padang.

Mengikut cerita, 7 batu jauh ke hulu Sungai Batang Padang itu terdapat sebuah kawasan atau padang yang begitu luas kira-kira 5 ekar. Di situ, tumbuhnya sebatang pokok merbau yang dipercayai keramat kerana seorang budak telah terkena penyakit gatal akibat menakik pokok itu hingga akhirnya, budak itu maut. Seorang pemuda yang menakik pokok itu juga ditimpa nasib malang juga seperti budak itu. Lalu orang kampung telah memagar pokok itu. Orang kampung pada masa itu percaya kepada perkara tahyul, mereka percaya bahawa pokok itu keramat. Tidak berapa lama kemudian, pokok itu tumbang lalu merentangi sungai itu.

Menurut cerita lain pula, Sungai Batang Padang ketika air naik atau banjir, sering membawa batang pokok, dan apabila surut, banyaklah batang-batang pokok yang terdampar di atas daratan. Bagi masyarakat orang asli, Batang Padang membawa maksud kawasan lapang atau tanah yang gondol tanpa pokok. Orang asli percaya bahawa ianya berasal daripada kisah seekor beruk yang telah dihidupkan oleh seorang penduduk kampung ribuan tahun dahulu. Oleh kerana terlalu murka dengan kejadian tersebut, Penjaga Alam telah memerintahkan petir, air panas dan juga naga-naga untuk menghukum penduduk kampung yang pernah mendiami kampung tersebut.

Tiga ekor naga yang perkasa telah turun dari kayangan untuk menyekat air sungai. Apabila air yang disekat itu menjadi tinggi, ketiga-tiga naga tersebut melepaskan air sungai itu dengan serentak. Kejadian itu ibarat sebuah empangan besar telah pecah dengan tiba-tiba. Air sungai yang mengalir deras telah membawa bongkah-bongkah batu yang besar dan merempuh kampung tersebut. Semua benda yang berada di laluannya telah musnah termasuklah kampung dan sebahagian hutan di kawasan tersebut. Keadaan kampung ibarat 'padang jarak padang tekukur'. Begitulah cerita bagaimana sungai ini mendapat nama.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Sekiranya anda menggunakan perjalanan udara, lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (IATA: PEN, ICAO: WMKP) yang merupakan lapangan terbang antarabangsa yang terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Lapangan terbang ini terletak kira-kira 2 jam 30 minit dari Batang Padang. Sebagai alternatif, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 dan 2, kedua-duanya terletak kira-kira 3 jam dari Batang Padang

Tarikan Pelancongan

Air Terjun Lata Kinjang

Sungai Batang Padang mengalir melalui bandar ini. Bandar-bandar utama yang berdekatan ialah Kampar dan Bidor. Air terjun Lata Kinjang adalah sekitar 18 km dari Tapah dan terletak bersebelahan jalan ke Chenderiang. Air terjun ini berketinggian 100 m dan dapat dilihat dari Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Hotel

Felda Residence Trolak

Terletak sekitar 15 minit pemanduan untuk ke Felda Residence Hot Springs Felda Residence dari Bandar Trolak. Hotel ini menawarkan bilik-bilik yang selesa dengan akses Wi-Fi percuma. Dihiasi secara unik dengan reka bentuk yang baik dan kontemporari, hotel ini sesuai untuk percutian perniagaan dan bersantai bersama keluarga. Hotel ini juga dilengkapi dengan pusat kecergasan yang dilengkapi dengan keperluan senaman yang sempurna. Bilik-bilik moden adalah berhawa dingin dan mempunyai TV satelit. Bilik mandi peribadi turut dilengkapi dengan pancuran mandian. Restoran Anjung dan Teratai Lake Café menyajikan pelbagai pilihan masakan autentik yang lazat. Aktiviti berkayak terletak dalam jarak 1 jam memandu dari Felda Residence Trolak. Hotel ini juga menawarkan kemudahan mengendalikan mesyuarat dan jamuan untuk kemudahan anda sama ada untuk percutian keluarga atau perjalanan perniagaan. Kaunter resepsi tetamu beroperasi 24 jam bagi menyediakan semua keperluan anda untuk penginapan yang selesa di hotel ini.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2023 Traveloka