Popular Area | Brinchang, Tanah Rata |
Popular Hotel | Zenith Cameron, Cameron Highlands Resort - Small Luxury Hotels of the World |
Popular Landmark | Cameron Highlands, Cameron Highlands Golf Club |
Cameron Highlands adalah sebuah daerah yang terkecil di negeri Pahang, yang terletak di sudut barat laut negeri ini. Selain itu, Cameron Highlands juga merupakan pengeluar bunga dan teh terbesar di Malaysia. Terdapat perbandaran utama diikuti penempatan kecil di ketinggian yang berbeza. Pekan pertama yang ditemui dari selatan adalah Ringlet, diikuti Tanah Rata, Brinchang, Kea Farm, Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja. Terletak di banjaran Titiwangsa isitu kira-kira 1500 meter di atas aras laut, suhu di sini boleh mencecah sehingga 16 ˚C atau lebih rendah lagi pada masa-masa tertentu.
Anda boleh menggunakan lebuh raya Utara-Selatan / E1 dan Laluan 59. Ia biasanya mengambil masa kira-kira 3 jam 7 minit perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur ke Cameron Highlandsm bergantung kepada keadaan lalulintas semasa.
Terletak di ketinggian 1,440 meter (4,720 kaki) dari aras laut dengan julat suhu harian dari 19 hingga 26 darjah Celcius, nama "Tanah Rata" sebenarnya bermaksud tanah datar dalam bahasa Melayu dan ia merujuk kepada kawasan yang agak rata di mana bandar itu terletak, iaitu di tengah bukit-bukit dan puncak gunung. Tanah Rata mempunyai bank, bar, premis menukar wang, kedai runcit, kafe siber, kaunter pelancongan, restoran, kedai makanan segera dan juga kafe Starbucks. Pengunjung sering memilih untuk menerokai kawasan hutan sub-gunung di sini kerana terdapat banyak laluan hutan dengan pelbagai ketinggian dan tahap kesukaran yang mudah untuk diakses dari kawasan ini. Beberapa laluan yang popular termasuk Laluan Trail 4 dari Air Terjun Parit dan laluan-laluan lain yang membawa kepada beberapa puncak gunung seperti Gunung Beremban (1,812 m), Gunung Mentigi (1,535 m), Gunung Perdah (1,551 m) dan Gunung Jasar (1,670 m).
Di sinilah, anda akan menemui pasar-pasar, ladang sayuran, taman bunga, taman lebah dan taman rama-rama. Bandar pertama di laluan ini ialah Tringkap yang merupakan sebuah komuniti pertanian kecil di mana anda dapat melihat banyak trak pikap dan kenderaan pacuan empat roda lama yang diletakkan di sepanjang jalan. Beberapa restoran dan kedai yang memenuhi keperluan masyarakat setempat boleh didapati di sini. Kuala Terla, satu lagi komuniti pertanian kecil dengan rupa yang sama seperti Tringkap dan ia merupakan salah satu kawasan pertanian besar di dataran tinggi ini selepas Lembah Bertam dan Ringlet. Kampung Raja adalah bandar terakhir di atas peta dan bandar ini mendapat bahagian pembangunannya. Ini juga merupakan sebuah bandar pertanian dan kebanyakan perniagaan di sini adalah untuk memenuhi keperluan penduduk tempatan. Sejak pembukaan Jalan Simpang Pulai, bandar ini menjadi pintu masuk ke dataran tinggi ini dari utara. Blue Valley yang pernah berada di hujung dataran tinggi dan merupakan kawasan terpencil sebelum tahun 90-an kini boleh diakses melalui dua jalan baru untuk ke sini.
Copthorne Hotel adalah sebuah resort yang terbesar dan terletak pada kedudukan yang tertinggi di Cameron Highland. Ia dibina di dataran dramatik yang terletak berhampiran dataran setinggi 1600 meter yang menghadap ke arah Lembah Brinchang dan taman rama-rama manakala bandar Brinchang adalah kurang dari lima minit perjalanan dengan kereta. Terletak di Kea Farm di sepanjang jalan utama ke Tringkap, bilik-bilik di tingkat bangunan utama di sini menawarkan pemandangan dramatik ladang dan kebun-kebun yang melintasi landskap. Para tetamu juga boleh menikmati kemudahan seperti kolam renang, gimnasium, sauna, spa dan banyak lagi.
Heritage Hotel terletak di 1300 meter di atas aras laut yang dikelilingi oleh hutan tropika yang rimbun dengan pemandangan mata burung dan panorama indah pekan Tanah Rata. Ia dilengkapi dengan 238 buah bilik dengan gaya Tudor butik resort yang terletak di bukit. Dikelilingi oleh taman-taman ukiran yang indah yang mengingatkan pengunjung dengan kawasan desa Inggeris yang lama, hotel ini dibina di hutan hujan tropika yang subur sebagai latar belakang. Ia menggabungkan tradisi dengan keselesaan moden untuk pengunjung. Terdapat perkhidmatan peribadi dan kakitangan yang ramah untuk membantu para pengunjung.