1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9439 Hotel)
    >
  3. Sabah
    (944 Hotel)
    >
  4. Bahagian Pedalama...
    (28 Hotel)

Hotel Mewah di Bahagian Pedalaman, Malaysia

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Jum, 26 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel

Facts about hotel in Bahagian Pedalaman

Popular Area
Keningau, Tenom
Popular Landmark
Kuala Penyu Branch Library, Keningau Sports Complex

Ulasan Tetamu dari Hotel di Bahagian Pedalaman

8.8
Mengagumkan
89 ulasan dari hotel di Bahagian Pedalaman dengan purata penarafan 8.8/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Bahagian Pedalaman akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Mark A.
Ini adalah profil peribadi.
24 Aug 2022
Aircond sejuk,tandas dan bilik mandi terbaik.. tilam selesa
Gal Q.
Ini adalah profil peribadi.
26 Oct 2023
Keseluruhan penginapan yang selesa. Hanya semut datang untuk makanan & minuman anda.
SAHIDJUAN B. A. R.
Ini adalah profil peribadi.
11 Jan 2023
Jijik. Cadar kotor, lantai behabuk. Tidak berbaloi.
MA
Mohd Alpian Bin Sabrin
21 Sep 2020
Bau seperti rokok, tidak boleh tidur.
Rosli I.
Ini adalah profil peribadi.
25 Mar 2019
Lokasi menarik. Cuma tidak mesra untuk pihak Muslim d mana tandas tiada paip de sebelah mangkuk tangas yang kegunaannya tidak perlu di terangkan. Kalau kos menjadi isu. Sediakanlah baldi dan gayung sebagai alternatif.
Adnan R.
Ini adalah profil peribadi.
26 Dec 2017
Bilik adalah kecil tetapi bersih. Kawasan yang indah di hotel. Sempurna untuk percutian hujung minggu. Sangat mahal terutamanya pada musim cuti.

Tentang

Sabah ialah sebuah negeri yang sangat besar. Terdapat bandar – bandar besar dan terdapat juga bahagian pedalaman Sabah. Bahagian Pedalaman Sabah adalah sebenarnya bahagian pentadbiran negeri Sabah. Bahagian pedalaman Sabah juga bersempadan dengan negeri Sarawak di bahagian Barat. Kawasan Pedalam Sabah merangkumi kawasan barat Sabah. Lebih kurang sebanyak 14.7% penduduk Sabah tinggal di kawasan ini. Bandar terbesar di kawasan Pedalaman ini adalah Keningau. Antara bandar utama lain di bahagian pedalaman ini adalah termasuk Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang, Tambunan dan juga Tenom.

Kawasan persisiran pantai kebanyaknya didiami oleh orang Melayu Brunei dan juga Kedayan. Manakala kawasan dalaman pada bahagian timur Banjaran Crocker pula didiami secara berselerak oleh sebilangan kecil kaum Kadazan – Dusun. Dalam budaya Kadazan, Tambunan merupakan tiang utamanya. Manakala bagi orang Murut, Tenom adalah bandar terbesar bagi mereka. Long Pasia dan Long Mio adalah laluan untuk ke Lun Bawang/Lun Dayeh bagi puak Sipitang.

Antara daerah yang ada di dalam pedalaman Sabah adalah Daerah Beaufort, Daerah Keningau, daerah Kuala Penyu, Daerah Nabawan, Daerah Sipitang, Daerah Tambunan dan Tenom.

Di bandar seperti Beaufort, Keningau dan Tenom, terdapat ramai orang Cina yang tinggal di sana. Orang Cina ini tergolong daripada sebilangan kecil kaum Hakka. Sabah dikenali dengan mempunyai pelbagai kaum dan etnik dan setiap etnik pula mempunyai dialek tersendiri apabila bertutur dalam bahasa Melayu. Tambahan pula apabila terdapat bangsa Cina, bertambah banyaklah bahasa yang ditutur di kawasan pedalaman Sabah.

Bagaimana Untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Pengunjung boleh mengambil penerbangan seperti Air Asia atau Malaysia Airlines dan Firefly dan terbang ke Kota Kinabalu. Dari sana, terdapat banyak teksi menunggu di luar bangunan lapangan terbang untuk membawa pengunjung ke Keningau, Beaufort atau bandar utama lain di Kawasan Pedalaman Sabah. Jika pengunjung mahu ke bandar kecil lain, mereka boleh mengambil teksi atau menaiki bot untuk menyusuri sungai.

Menggunakan Kereta

Pengunjung boleh menggunakan lebuhraya dari Kota Kinabalu. Sebagai contoh, pengunjung boleh mengambil Lebuhraya Beaufort untuk ke Bandar Beaufort. Kemudian untuk ke bandar lain, pengunjung boleh menyewa/menaiki kereta dan memandu ke bandar – bandar bersebelahan.

Menggunakan Kereta Api

Terdapat kereta api yang membawa penumpang dari Tanjung Aru ke bandar lain di Sabah. Tanjung Aru adalah stesen di Kota Kinabalu berdekatan dengan Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Aliran kereta api ini dinamakan Landasan Negeri Sabah. Ia berlepas dari bandar Tanjung Aru setiap pagi pada jam 7.45 pagi. Perjalanan akan mengambil masa 2 jam oleh itu ia dijangka tiba di Beaufort lebih kurang pada jam 9.45 pagi. Kereta api akan berhenti di sini sebagai destinasi persinggahan sebelum meneruskan perjalanan ke Tenom. Ada juga stesen lain di aliran ini. Oleh itu, pengunjung boleh memilih untuk berhenti di stesen mana yang mereka mahu kunjungi di kawasan pedalaman Sabah.

Tarikan Pelancongan

Jambaran Beaufort

Jambatan Beaufort ini adalah mercu tanda bagi bandar Beaufort. Ia terletak di Sungai Padas di negeri Sabah, Malaysia. Ia merupakan sebuah jambatan yang telah lameterbina dan sehingga kini ia masih dijaga untuk memastikan ia boleh digunakan oleh orang ramai.

Pesta Rumbia

Kebiasaanya, pesta ini diadakan pada setiap bulan Ogos dan diacarakan oleh penduruk tempatan untuk meraikan pokok Sagu yang banyak ditanam di daerah ini. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian kepentingan dan kegunaan sagu. Pengunjung akan datang ke Kuala Penyu ketika festival ini berlangsung untuk mencuba hidangan tempatan yang diperbuat daripada sagu. Antara hidangan terkenal adalah Ambuyat. Pengunjung juga boleh cuba menikmati ulat sagu yang masih bergerak dan hidup seperti bagaimana penduduk tempatan memakannya!

Pantai Merintaman

Ia merupakan sebuah pantai berdekatan dengan bandar Sipitang. Penduduk tempatan ramai datang ke sini untuk menikmati deruan ombak dan juga permandangan matahari terbenam yang indah. Mereka juga biasanya akan berkelah bersama keluarga dan teman. Udara di sini sangat sesuai untuk bermain layang – layang pada waktu petang.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved