Muat Turun Aplikasi
MYR
Log masuk
Daftar
Pengangkutan
Penginapan
Aktiviti dan Hiburan
Produk Tambahan
  1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (8367 Hotel)
    >
  3. Sabah
    (743 Hotel)
    >
  4. Mount Kinabalu
    (68 Hotel)

Hotel Mewah di Mount Kinabalu, Malaysia

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Rab, 04 Okt 2023
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar ketika Daftar Masuk

Facts about Mount Kinabalu

Popular Area
Kundasang, Ranau
Popular Landmark
Kinabalu Park, Desa Cattle Dairy Farm

Ulasan Tetamu dari Hotel di Mount Kinabalu

8.0
Menyenangkan
2,583 ulasan dari hotel di Mount Kinabalu dengan purata penarafan 8.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Mount Kinabalu akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Mohamad R.
Ini adalah profil peribadi.
18 Aug 2019
View cantik n staf peramah 👍
MOHAMMAD N. B. R.
Ini adalah profil peribadi.
5 Nov 2021
Kebersihan kurang memuaskan. dalam toilet kurang bersih..siap ada rmbut..kwsn persekitaran kurang maintenance..rmput pun dh panjang..mgkn sebab lama x ada guest..disarankn siapa yang nak mnginap bw bkalan makanan yang ckup..sbb bila dh check in mls dh nak kluar..jalan gravel hmpir 2km..rating mgkn 6/10
Mohd Y. B. J.
Ini adalah profil peribadi.
15 Oct 2022
Tepi Bukit nampak Gunung Kinabalu,
ajib a.
Ini adalah profil peribadi.
29 Oct 2019
D dapati bilik ini kurang ruangan udara hanya tingkap sahaja. Tingkap bahaya kalau nak buka waktu malam, kawasan berhutan di khuatiri binatang masuk. Sewajarnya ada louvers grill atau setidaknya perlu ada kipas. Setiap bilik dan ruang tamu. Ibarat tidur dalam khemah yang bertutup, bahaya untuk orang yang menghidap asthmah.
HASHROL B. J.
Ini adalah profil peribadi.
4 Jun 2023
Steady.Bilik bersih.katil bersih
Jubaidah B. J.
Ini adalah profil peribadi.
8.5
/ 10
5 Nov 2021
Selesa.. Tp jalan menuju penginapan agak curam.
Johari A. B.
Ini adalah profil peribadi.
5.5
/ 10
1 Jun 2023
1. Bekalan air JBA xda. Stok simpanan air x cukup. 2. Lantai berhabuk 3. Selimut ada rambut2 orang yang duduk lama 4. Siaran tv ada 4 channel tapi ada yang xda siaran daripada 4 channel. 5. Lantai di luar dah kembang dan apabila pijak berbunyi krak2 mcm nak pecah. 6. Tiada room servis utl bersihkan bilik. Selain Terpaksa ambik air snediri d kaunter. 7. Tiada cerek untuk panaskan air. 8. Seperti ada gangguan bunyi waktu tngah malam...Jin? Positif. 1. Staf mesra dan baik. Berbahasa lembut n berbudi bahasa. 2. Lokasi d bawah ada kedai runcit dan 2 restoran. 3. Parking space cukup luas. 4.
Nik N. B. N. A.
Ini adalah profil peribadi.
31 Mar 2019
Agak memuaskan, layanan staf baik, bilik ok, view sebelah pagi agak cantik, lagi cantik kalau halangan pokok2 tu di potong skit, supaya nampak pemandangan dengan jelas.
Rozanita S.
Ini adalah profil peribadi.
27 Dec 2022
Terbaikkkk 👍😁 Recommended 👍
Mohamad I. A. R.
Ini adalah profil peribadi.
13 Jul 2019
Bilik tak seperti di dalam gambar semasa booking. Dan mempunyai masalah air. Menyebabkan kami terpaksa tukar bilik dan malangnya bilik yang kami dapat tak seperti kehendak kami.

Hotel di kawasan popular

Tentang

Taman Negara Kinabalu ialah Tapak Warisan Dunia pertama di Malaysia. Taman negara ini juga merupakan Pusat Tumbuhan Kepelbagaian bagi Asia Timur, taman ini mempunyai lebih daripada 5000 spesis tumbuhan vaskular dan tidak dilupakan kehidupan fauna juga. Taman ini menjadi rumah kepada kira-kira 90 spesies mamalia tanah rendah dan lain-lain lagi. Tarikan utama di taman ini adalah tidak lain daripada kemegahan masyarakat Sabah, Gunung Kinabalu, salah satu gunung tertinggi di Asia Tenggara yang berdiri di ketinggian 4095,2 meter. Selain daripada mendaki gunung tersebut, pengunjung juga boleh mencuba Mountain Torq, 'jalan besi' tertinggi dan Via Ferrata yang pertama di Asia atau di dunia pada ketinggian 3,200 meter hingga 3,800 meter dari aras laut.


Kepada mereka yang sukakan cabaran, terdapat aktiviti gunung lain seperti Alpine Rock Climbing, Paragliding dan juga ekspedisi gunung. Kini terdapat 2 laluan yang indah untuk ke kawasan puncak, Ranau Trail dan Kota Belud Trail. Laluan akan bermula dari Panar Laban (sebelum ini dikenali sebagai Laban Rata) di 3,272 meter ke Sayat Sayat (3,668 meter). Dan kemudian terus ke kaki puncak di Puncak Low pada 4,095.2 meter. Laluan baru mungkin lebih mencabar daripada laluan sebelumnya, tetapi pendaki akan diberi ganjaran dengan pemandangan yang menakjubkan di sepanjang perjalan mereka.


Sekitar Taman Negara Kinabalu, ada pelbagai tarikan semula jadi dan aktiviti menyeronokkan seperti berbasikal gunung, golf, aktiviti memerhati burung setempat, lawatan ladang, meniti jambatan gantung dan sudah tentunya fotografi! Diingatkan bahawa pengunjung yang ingin mendaki Gunung Kinabalu adalah dinasihatkan untuk membuat tempahan seawal 6 bulan lebih awal untuk mengelakkan kekecewaan. Bilangan pendaki adalah dihadkan kepada 135 orang setiap hari.


Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Jika anda menggunakan perjalanan udara, lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (IATA: BKI, ICAO: WBKK), lapangan terbang antarabangsa, yang terletak di bandar Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah. lapangan terbang di Kota Kinabalu, kira-kira 1 jam 45 minit dari Taman Negara Kinabalu.


Menggunakan Kereta

Pintu masuk Taman Negara Kinabalu adalah sangat mudah untuk diakses dari Kota Kinabalu. Anda boleh menyewa kereta dan memandu ke Taman Negara Kinabalu. Jika anda memilih untuk membuat perjalanan dengan bas, bas biasanya memulakan perjalanan setiap awal pagi untuk ke Taman Negara Kinabalu. Bas menuju ke Ranau, Sandakan atau Tawau juga akan melalui pintu masuk taman. Perjalanan ini adalah kira-kira 1 hingga 2 jam dan tambang bas adalah di antara RM 10 hingga RM 15. Waktu yang terbaik untuk menaiki bas adalah sebelum lapan pagi - jika anda bernasib baik anda akan menangkap pandangan yang jelas yang indah gunung di luar sebelah kiri bas apabila anda mendekati taman.


Hotel

Celyn Resort Kinabalu

Celyn Resort Kinabalu terletak hanya beberapa meter sahaja daripada mercu tanda kebanggaan Sabah, iaitu Gunung Kinabalu. Pada suhu antara 15ºc hingga 32ºc, Resort ini adalah merupakan tempat percutian yang sempurna sama ada untuk perjalanan yang singkat atau yang panjang. Resort ini dikelilingi oleh flora & fauna yang dijaga dengan rapi, Resort ini menawarkan pelbagai aktiviti dan kemudahan untuk pengunjung. Terdapat pelbagai kawasan tarikan yang menakjubkan yang menjadi buruan tetamu di seluruh dunia seperti Gunung Kinabalu, Taman Kinabalu, Hot Spring dan Memorial Perang yang terletak tidak jauh dari resort.


Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa

Berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu, Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa terletak di atas kawasan bukit, mendominasi Tapak Warisan Dunia Malaysia yang pertama, di Taman Negara Kinabalu. Semua 98 bilik yang terdapat di hotel ini menyediakan kemudahan yang unggul, dengan kelengkapan asas yang sempurna untuk anda. Sesuai untuk pengunjung untuk lawatan perniagaan ataupun untuk bercuti, Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa akan memenuhi segala keperluan anda dan seisi keluarga. Alami penginapan yang selesa sambil menikmati pemandangan indah Gunung Kinabalu di Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa.


Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2023 Traveloka