Promosi Jadi Rakan KamiSimpanTempahan Saya
MYR

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
1
2
  1. Hotel>
  2. Malaysia (9562 Hotel)>
  3. Pahang (692 Hotel)>
  4. Kuantan (203 Hotel)>
  5. Hotel

Hotel Mewah di Kuantan, Malaysia

Perjalanan perniagaan
Apabila anda klik kotak semak, anda akan ditunjukkan penginapan yang sesuai untuk perjalanan perniagaan.
Bayar ketika Daftar Masuk
Traveloka Best Price Guarantee

Ulasan Tetamu dari Hotel di Kuantan

8.4
Mengagumkan

25833 ulasan dari hotel di Kuantan dengan purata penarafan 8.4/10

Ulasan daripada pengguna yang menginap di Kuantan akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!

M
Masyitah
Shahzan Hotel Kuantan
8.9
/ 10
8.9
11 Nov 2020
Overall okay la but at least tambah la pinggan n sudu kee, hmm. Cadar kotor.
SA
SITI A. A.
The Zenith Hotel
8.5
/ 10
8.5
29 Mac 2021
Bilik yang luas dan selesa..anak² sangat gembira..permandangan yang indah dari tingkat 18...layanan terbaik dari check in dan check out..kemudahan sangat memuaskan..breakfast juga sedap dan banyak pilihan..staff semua friendly dan helpful..kedudukan hotel yang strategic..tak susah untuk keluar cari kedai makan..tak puas hanya tinggal 1 mlm..akan repeat lagi lepas ni..
z
zainoniemaarof
Hotel Sentral Kuantan @ Riverview City Centre
6.0
/ 10
6.0
22 Ogo 2021
Staff @reception waktu siang semasa check in dan check out sangat x friendly.. Muka masam memanjang... Yg lain ok... Sgt puji staff perempuan @ cafe pada waktu pg.. Sgt friendly dan sangat lembut melayan tetamu...
m
matnasirzyahoocom
Cathayana Hotel Kuantan
8.0
/ 10
8.0
8 Sep 2020
Hotel ini berdekatan dengan kompleks membeli belah.
NH
NOR HASANUL HAYATI BINTI MOHD ROSDI
Residence Inn Cherating
9.1
/ 10
9.1
9 Apr 2021
Berbaloi bilik kemas dan bersih memuaskan.
AA
AIDI A. B. Y.
Sri Manja Boutique Hotel
8.5
/ 10
8.5
17 Sep 2020
Hotel bersih..suasana sekesa..sarapan sedap..parkir kereta luas n selamat.
CS
Che Sarini Bt Yusoff
Grand DarulMakmur Hotel Kuantan
9.7
/ 10
9.7
5 Dis 2020
Bilik luas dan selesa, sesuai untuk yang bekeluarga.
AA
Azhar A. M.
eRYA by SURIA Cherating
8.5
/ 10
8.5
9 Feb 2020
Bilik selesa, pemandangan laut sedikit terlindung walaupun memilih seaview

Tentang

Kuantan adalah sebuah perbandaran dan ibu negeri Pahang, Malaysia. Ia terletak berhampiran dengan muara Sungai Kuantan dan menghadap Laut China Selatan. Kuantan adalah bandar ke-17 terbesar di Malaysia berdasarkan bilangan penduduk dan juga merupakan bandar terbesar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Pusat pentadbiran negeri Pahang secara rasmi dipindahkan ke Kuantan pada 27 Ogos 1955 dari Kuala Lipis dan dirasmikan oleh Duli yang Maha Mulia Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Muadzam Shah, Sultan Pahang. Rancangan Fizikal Negara 2005 mengenal pasti Kuantan sebagai salah satu pusat pertumbuhan masa depan dan merupakan sebuah hab untuk aktiviti perdagangan, perdagangan, pengangkutan dan pelancongan. Kuantan dianggap sebagai sebuah hab sosial, ekonomi dan komersil untuk kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia kerana lokasinya yang strategik. Proses pembangunan pesat telah mengubah dan memodenkan Kuantan dengan begitu drastik.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kereta

Anda boleh memandu dengan kereta menggunakan Lebuhraya Segamat-Kuantan / Lebuhraya Tun Razak / Laluan 12 ke Kuantan. perjalanan boleh mengambil masa sehingga 4 jam 20 minit dari pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Tarikan Pelancongan

Taman Teman Bukit Gambang

Taman Air Bukit Gambang adalah sebuah taman tema air yang terbaik di Malaysia dengan keluasan 45.8 ekar yang direka dan dibina di dalam hutan yang subur. Landskap dan suasana sekitarnya secara semula jadi sebagai hutan yang matang telah menawarkan suasana tropika di taman air ini. Anda berpeluang untuk menikmati tarikan-tarikan air yang paling panjang, paling tinggi dan terbesar di negara ini. Terdapat banyak aktiviti seperti gelongsor 6 Lane Racer yang menakjubkan dengan papan skor masa. Setiap permainan bagi orang dewasa di taman ini mempunyai replika permainan kanak-kanak. The Children Fantasy Island (Pulau Penguin), Special Zon Kidz, The Typhoon River Adventure serta pantai berpasir buatan manusia sepanjang 1 kilometer, cabanas kayu untuk sewa, pelbagai loker untuk menyimpan barang yang boleh disewa, tiub pelampung untuk seorang, dua orang dan tiub keluarga untuk disewa, gerai makanan dan minuman dan bilik solat adalah antara kemudahan yang disediakan. Pengunjung dinasihatkan agar tidak merokok di kawasan yang ditetapkan dan tiada makanan atau minuman daripada luar yang dibenarkan masuk ke taman ini. Sila dengar nasihat staf yang ditugaskan untuk keselamatan anda dan patuhi peraturan taman. Kereta sorong bayi dan kerusi roda adalah dibenarkan di taman ini. Pengunjung juga diingatkan untuk memakai pakaian yang sesuai dan membawa pakaian tambahan untuk diri sendiri dan keluarga.

Air Terjun Berkelah

Air Terjun Berkelah adalah air terjun yang terletak kira-kira 31 hingga 35 kilometer jauhnya dari Bandar Kuantan ke arah Maran. Air terjun ini terdiri daripada tujuh peringkat, menurut data rasmi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, dengan air terjun ketujuh merupakan yang tertinggi sehingga mencapai ketinggian 50 meter. Sungai dan air terjun ini dinamakan "Berkelah" oleh sebab terdapatnya ikan kelah atau mahseer di sungai. Spesies ini telah mengalami penurunan populasi yang teruk, dan kini dianggap spesies terancam, akibat kehilangan habitat. Pada hari ini, terdapat ramai pengunjung yang datang bersama keluarga untuk menikmati perkelahan dan perkhemahan di tapak-tapak yang sesuai di sini kerana terdapat banyak kemudahan yang ditawarkan untuk kemudahan para pengunjung.

Hotel

The Zenith Hotel

Zenith Hotel adalah sebuah hotel yang ideal buat anda di Kuantan, Pahang. Hotel bandar bertaraf 5-bintang dilengkapi dengan bilik-bilik yang luas dan selesa serta terdapat kemudahan pilhan kedai makanan dan minuman, spa, ballroom mewah dan banyak kelengkapan lain. Hotel perniagaan ini mempunyai 519 buah unit penginapan moden dan selesa, termasuk 29 buah suite mewah. Semua bilik tamu dilengkapi dengan tingkap dari lantai ke siling bagimeningkatkan pengalaman penginapan anda dengan pemandangan panorama bandar Kuantan yang sejahtera. Zenith Hotel menawarkan pelbagai pilihan juadah yang lazat untuk memenuhi selera pengunjung apabila anda menikmati hidangan di restoran dan bar di sini. Hotel yang merangkumi pelbagai perkara ini juga mempunyai tempat untuk menenangkan fikiran dengan menawarkan rawatan spa yang ekslusif untuk berehat dan meremajakan tubuh dan minda.

Perlu Bantuan?