1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (8929 Hotel)
    >
  3. Johor
    (851 Hotel)
    >
  4. Ledang
    (7 Hotel)

Hotel Mewah di Ledang, Malaysia

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Kha, 21 Mac 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel

Facts about hotel in Ledang

Popular Landmark
Gunung Ledang Johor National Park, Persatuan Kebajikan Sri Sakthi Ashram

Ulasan Tetamu dari Hotel di Ledang

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Ledang dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Ledang akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
SARIP B. H. M. Z.
Ini adalah profil peribadi.
28 Mar 2023
Hotel berdekatan dengan restoran dan berada di tengah2 bandar.
Tee C. G.
Ini adalah profil peribadi.
11 May 2023
Kakitangan mesra, tetapi bilik kotor, bilik basuh lebih kotor & berbau.

Hotel di kawasan popular

Tentang

Ledang ialah sebuah bandar yang terletak di bahagian utara daerah Muar dan dipisahkan dengan bahagian selatan oleh Sungai Muar. Majlis Perbandaran telah mengisytiharkan daerah Ledang sebagai salah satu daripada sepuluh buah daerah yang terdapat di negeri Johor. Pengisytiharan tersebut telah dilakukan pada 9 Jun 2008 oleh Sultan Johor. Daerah Ledang kemudiannya telah ditukarkan namanya kepada daerah Tangkak pada penghujung Tahun 2015. Bandar utama di dalam daerah tersebut ialah Tangkak dan daerah ini merangkumi Bandar Tangkak, Tanjung Agas, Kesang, Sungai Mati, Serom, Sagil dan Bukit Gambir.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kereta

Anda boleh memandu ke Ledang yang akan mengambil masa perjalanan selama 2 jam 18 minit dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Utara Selatan. Sekiranya anda dari Singapura anda boleh menggunakan Singapura Link Kedua yang menghubungkan Singapura dan Johor dan tempat-tempat lain dari seluruh Semenanjung.

Menggunakan Bas

Ledang juga boleh dihubungi dengan menaiki bas. Anda boleh menaiki bas ekspress dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Terminal Bas Tangkak. Sekiranya anda dari Johor Bharu, anda boleh menaiki bas ekspress dari Larkin ke Muar dan dari Muar anda boleh menaiki bas ke Tangkak.

Tarikan Pelancongan

Gunung Ledang, Guning Ophir

Gunung Ledang merupakan destinasi yang mesti anda lawati sekiranya anda berkunjung ke Ledang. Ianya merupakan sebuah tempat percutian yang sesuai untuk anda merehatkan diri dengan suasana alam semulajadi yang amat mendamaikan. Gunung Ledang merupakan puncak yang tertinggi di Johor yang juga terkenal dengan kisah Lagenda Puteri Gunung Ledang. Gunung Ledang juga dikenali dengan nama Gunung Ophir yang terletak di Taman Negara Gunung Ledang dan turut menempatkan Ledang Resort serta beberapa laluan trek hutan yang direka khas untuk penggemar alam semulajadi dan mereka yang sukakan aktiviti lasak. Aktiviti ini pasti akan memberikan anda kepuasan sambil menikmati keindahan alam semulajadi yang terdapat disini.

Kampung Sawah Ring, Ledang

Kampung Sawah Ring merupakan sebuah perkampungan Melayu yang kecil terletak di antara Bukit Gambir dan Gersik. Aktiviti utamanya adalah menanam padi dan kampung ini terkenal dengan pemandangan Gunung Ledang yang tersergam sebagai latar belakangnya. Selain itu, sawah padinya juga turut menarik perhatian penggemar peninjau burung untuk datang melihat burung yang terdapat dikawasan ini.

Syurga Tekstil

Industri tekstil merupakan industri yang terkenal di Tangkak. Kebanyakan pengunjung datang ke Tangkak untuk membeli kain dan lain-lain produk berkaitan tekstil yang terdapat disini. Terdapat banyak pilihan tekstil yang mempunyai rekabentuk uniknya yang tersendiri. Anda boleh membeli untuk keperluan sendiri atau untuk dijadikan sebagai cenderamata kepada orang tersayang.

Taman Tema Laman Tiga Budaya

Anda boleh meluangkan masa anda bersama keluarga dan sahabat handai di Taman Tema Laman Tiga Budaya yang terletak di Pekan Asahan, Jasin yang akan mengambil masa perjalanan selama 54 minit pemanduan dari Ledang. Ianya mempunyai pelbagai jenis kolam mandi yang sesuai untuk pelbagai lapisan umur. Kanak-kanak pasti akan teruja dengan kepelbagaian gelungsur air yang berwarna-warni yang terdapat disini. Anda boleh berkunjung ke taman ini bersama ahli keluarga anda dan menikmati keseronokan yang terdapat disini.

Hutan Lipur Jeram Tinggi Jementah

Sekiranya anda seorang penggemar alam semulajadi, anda boleh melawat Hutan Lipur Jeram Tinggi Jementah yang akan mengambil masa perjalanan selama 54 minit pemanduan dari Ledang. Jeram Tinggi merupakan salah satu kawasan rekreasi air terjun yang terletak di dalam kawasan Taman Negara Gunung Ledang Johor. Tempat ini juga merupakan tapak permulaan untuk para pendaki memulakan ekspedisi pendakian ke Gunung Ledang yang menggunakan laluan trek Jementah. Pengunjung boleh menikmati kesegaran air sungainya yang sejuk dan bersih yang berlatar belakang kan pemandangan indah Hutan Lipur Jeram Tinggi Jementah.

Hotel

Muar Traders Hotel

Menginap di Hotel Traders Muar merupakan pilihan tepat buat anda yang berkunjung ke Ledang. Hotel ini terletak di Pusat Bandar Muar dan jaraknya ke Ledang adalah lebih kurang 29 km. Hotel bertaraf 3 bintang ini menawarkan bilik yang selesa dengan perkhidmatan yang hebat. Dengan segala kemudahan yang terdapat di Hotel Muar Traders ini menjadikan ianya sebagai penginapan yang paling sesuai buat anda.

Tropicana Boutique Hotel

Hotel Boutique Tropicana ini merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang sesuai buat anda yang berkunjung ke Ledang. Buat para pengunjung yang mencari penginapan yang selesa pada harga yang berpatutan, Hotel Boutique Tropicana merupakan pilihan yang tepat buat anda kerana ianya turut menawarkan kemudahan dan perkhidmatan yang hebat.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka