amaran

Hotel Mewah di Bandaraya Melaka, Malaysia

8.7/10

Sangat Baik

8.9/10

Sangat Baik

Moty Hotel

Bandar Hilir

9.2/10

Cemerlang

Avillion Legacy Melaka

Pusat Bandar Melaka

8.4/10

Sangat Baik

8.6/10

Sangat Baik

Mudzaffar Hotel

Ayer Keroh

8.9/10

Sangat Baik

Swiss-Garden Hotel Melaka

Pusat Bandar Melaka

8.4/10

Sangat Baik

The Shore Hotel & Residences

Pusat Bandar Melaka

8.2/10

Sangat Baik

The Pines Melaka

Pusat Bandar Melaka

9.0/10

Cemerlang

Hatten Place Melaka

Pusat Bandar Melaka

8.9/10

Sangat Baik

Bayview Hotel Melaka

Pusat Bandar Melaka

8.4/10

Sangat Baik

Novotel Melaka

Melaka Raya

8.8/10

Sangat Baik

Rosa Malacca

Melaka Raya

9.3/10

Cemerlang

The Settlement Hotel

Bandaraya Melaka

9.1/10

Cemerlang

8.7/10

Sangat Baik

9.1/10

Cemerlang

Doubletree by Hilton Melaka

Pusat Bandar Melaka

8.6/10

Sangat Baik

Bayou Lagoon Park Resort

Bandaraya Melaka

8.1/10

Sangat Baik

7.5/10

Bagus

8.3/10

Sangat Baik

Ramada Plaza Melaka

Pusat Bandar Melaka

8.7/10

Sangat Baik

MITC Hotel

Ayer Keroh

8.4/10

Sangat Baik

7.6/10

Bagus

9.1/10

Cemerlang

Kings Green Hotel

Bandaraya Melaka

8.5/10

Sangat Baik

StayGuarantee - Melaka

Pusat Bandar Melaka

The Sterling

Pusat Bandar Melaka

8.6/10

Sangat Baik

The Majestic Malacca

Pusat Bandar Melaka

Tentang

Melaka telah dijumpai oleh Parameswara, yang dikenali dengan nama Iskandar Shah atau Sri Majara, Raja terakhir Singapura. Baginda melarikan diri daripada serangan Majapahit pada tahun 1377. Sebelum ketibaan Sultan pertama, Melaka merupakan sebuah perkampungan nelayan yang didiami oleh orang Melayu tempatan. Pada tahun 1400, pemerintah negeri itu pada masa itu telah menjelajah ke seluruh kawasan negeri Melaka, di mana baginda telah menemui sebuah pelabuhan yang boleh diakses dan terletak di sebuah kawasan yang strategik di Selat Melaka. Kawasan ini kemudiannya menjadi negeri Melaka yang makmur dan maju selepas kedatangan dan sumbangan beliau dalam menjadikan Melaka salah satu pelabuhan terkenal di dunia.

Pada tahun 2008, pihak UNESCO menyenaraikan Melaka sebagai salah sebuah Tapak Warisan Dunia disebabkan oleh banyak penemuan dan tempat-tempat bersejarah terletak di sini. Bandar ini juga merupakan rumah kepada ‘Eye on Malaysia’ yang baru dipindahkan di Melaka dan juga dua buah pusat membeli-belah terbesar di negeri tersebut iaitu Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan Melaka Megamall. Selain itu, bandar Melaka juga terkenal dengan masakan tempatan yang enak seperti asam pedas, air kelapa susu goncang dan banyak lagi.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kereta

Melaka boleh diakses dari Lebuhraya Utara-Selatan dan anda boleh memandu di sepanjang laluan E2 dan keluar dari lebuh raya di persimpangan Ayer Keroh. Anda boleh meninggalkan lebuh raya di jalan keluar Simpang Empat dan meneruskan jalan biasa, sebagai jalan alternatif. Bergantung kepada trafik semasa, perjalanan dari Simpang Empat ke Melaka akan mengambil masa kira-kira 20 hingga 30 minit.

Menggunakan Bas

Anda juga boleh sampai ke bandar Melaka dengan bas dari Kuala Lumpur yang biasanya mengambil masa 2 jam bergantung kepada lalu lintas. Bas biasanya berlepas daripada Terminal Bas Bersepadu (TBS).

Tarikan Pelancongan

Jonker Street

Terletak di kedua-dua belah jalan dengan rumah-rumah warisan yang dibina dari abad ke-17, Jonker Street adalah sebuah jalan di Chinatown, bersejarah Melaka, yang terletak di seberang sungai dari Dutch Square. Baba dan Nyonya yang juga dikenali sebagai Peranakans, merupakan keturunan kaum imigran Cina abad ke-15 hingga ke-16. Mereka berkahwin dengan wanita Melayu tempatan, dan kemudian hidup dan mengendalikan perniagaan mereka pada ketika itu. Sehingga hari ini, masih terdapat jejak sejarah mereka yang boleh dijumpai di sini. Jonker Street yang terkenal ini sentiasa dipenuhi dengan pelancong tempatan dan luar negara. Jalan ini ditutup untuk trafik pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada sebelah petang dan pasar lambak ini dibuka sehingga jam 12 tengah malam.

Hotel

The Imperial Heritage

Imperial Heritage Melaka menawarkan penginapan yang selesa dan bertaraf kelas atasan dengan akses Wi-Fi percuma di seluruh kawasan hotel. Semua bilik di sini berhawa dingin dan dilengkapi dengan almari pakaian, TV skrin rata, bar mini dan cerek elektrik. Bilik mandi peribadi juga mempunyai pengering rambut dan kemudahan pancuran mandian moden. Ia mempunyai pelbagai kemudahan seperti kolam mandi, pusat kecergasan, kaunter penerimaan tetamu 24-jam dan tempat letak kenderaan percuma di lokasi. Terdapat banyak perkhidmatan lain yang disediakan seperti perkhidmatan menyimpan bagasi, dobi / cucian kering dan kemudahan untuk mengadakan mesyuarat / jamuan. Hotel yang hebat ini menawarkan restoran yang menyajikan pelbagai pilihan masakan tempatan dan Asia yang sememangnya enak.

Hatten Hotel

Hatten Hotel Melaka adalah sebuah hotel bertaraf empat bintang yang terletak di pusat bandar Melaka dan hanya 15 minit berjalan kaki dari Jonker Street. Hotel ini juga berjarak 10 minit berjalan kaki dari A Famosa, Menara Taming Sari dan Muzium Warisan Baba dan Nyonya dan dihubungkan dengan Dataran Pahlawan melalui jambatan penghubung berpenghawa. Semua bilik di sini direka dengan seni bina dan hiasan dalaman yang anggun dan moden, serta dilengkapi dengan 2 TV skrin rata, peti keselamatan peribadi dan bilik mandi peribadi. Perkhidmatan bilik 24-jam juga disediakan atas permintaan dan perkhidmatan lain yang disediakan termasuk pengawasan keselamatan 24 jam dengan CCTV, perkhidmatan pencarian barang yang hilang, ruang letak kereta, Wi-Fi, perkhidmatan kerusi roda, perkhidmatan dobi / cucian kering, bantuan mengangkat bagasi, peti deposit keselamatan, perkhidmatan ulang-alik ke bandar dan perkhidmatan sewa basikal / kereta. Restoran di sini menyajikan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa. Terdapat juga kolam renang, sauna dan bilik wap untuk dinikmati oleh para tetamu.