Muat Turun Aplikasi
MYR
Log masuk
Daftar
Pengangkutan
Penginapan
Aktiviti dan Hiburan
Produk Tambahan
  1. >
  2. (9079 Hotel)
    >
  3. (649 Hotel)
    >
  4. (610 Hotel)
    >

Hotel Mewah di Bandaraya Melaka, Malaysia

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Ahd, 09 Okt 2022
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar ketika Daftar Masuk

Ulasan Tetamu dari Hotel di Bandaraya Melaka

8.4
Mengagumkan
113,701 ulasan dari hotel di Bandaraya Melaka dengan purata penarafan 8.4/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Bandaraya Melaka akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
RH
6 Sep 2022
TV tak bagus, kejap ok jemnya lama dah beritahu suruh betul tapi tetap tak ok, tak dapat tengok TV dua malam di sini
MA
Mohd A. B. N. A.
5 Sep 2022
Sinki dan lantai tersumbat, air bertakung & lambat surut. Cadar & selimut seperti tidak ditukar apabila check in. Ada kesan tompokan kotoran, tetapi lepas minta ditukar room servis terus tukar dengan pantas. Telefon tidak berfungsi untuk menghubungi front desk @ room servis.
SL
Syaz L.
27 Dec 2020
Good service /room clean /parking terbaik.. tapi swimming pool xbukak.. restaurant xbukak.. sebab musim2 covid.
nf
nur f. s.
5 Aug 2022
First room I dapat aircon berhabuk, lantai lembab dan basah dan bilik berbau hapak. Then I dapat tukar bilik lain, tapi lantai bilik air sangat licin sampai my child jatuh. I tenguk lantai berlumut. Bilik seperti tidak di bersihkan. Penjaga kuanter and overall is foreigner yang sangat berlagak. And always perhatikan my sister like we all tak selesa.
12 May 2022
Bilik air kurang bersih. Dah check in lama tuala masih blum disediakan dan terpaksa menunggu dengan alasan laundry lambat.
MF
Mohammad F.
5 Sep 2022
Bilik sangat berabu dan berdebu
IN
Intan N. B. I.
21 Aug 2022
Aircond bila pasang 16-20, air menitik, dah tukar 25 tutup kipas baru ok. Lepas tu bunyi apa tah bila bukak pili air kemain kuat bilik atas kitorang ni kot, tengah-tengah malam bunyi terkejut tengah tidur. So far bilik ok je kemas bersih selesa.

Tentang

Melaka telah dijumpai oleh Parameswara, yang dikenali dengan nama Iskandar Shah atau Sri Majara, Raja terakhir Singapura. Baginda melarikan diri daripada serangan Majapahit pada tahun 1377. Sebelum ketibaan Sultan pertama, Melaka merupakan sebuah perkampungan nelayan yang didiami oleh orang Melayu tempatan. Pada tahun 1400, pemerintah negeri itu pada masa itu telah menjelajah ke seluruh kawasan negeri Melaka, di mana baginda telah menemui sebuah pelabuhan yang boleh diakses dan terletak di sebuah kawasan yang strategik di Selat Melaka. Kawasan ini kemudiannya menjadi negeri Melaka yang makmur dan maju selepas kedatangan dan sumbangan beliau dalam menjadikan Melaka salah satu pelabuhan terkenal di dunia.

Pada tahun 2008, pihak UNESCO menyenaraikan Melaka sebagai salah sebuah Tapak Warisan Dunia disebabkan oleh banyak penemuan dan tempat-tempat bersejarah terletak di sini. Bandar ini juga merupakan rumah kepada ‘Eye on Malaysia’ yang baru dipindahkan di Melaka dan juga dua buah pusat membeli-belah terbesar di negeri tersebut iaitu Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan Melaka Megamall. Selain itu, bandar Melaka juga terkenal dengan masakan tempatan yang enak seperti asam pedas, air kelapa susu goncang dan banyak lagi.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kereta

Melaka boleh diakses dari Lebuhraya Utara-Selatan dan anda boleh memandu di sepanjang laluan E2 dan keluar dari lebuh raya di persimpangan Ayer Keroh. Anda boleh meninggalkan lebuh raya di jalan keluar Simpang Empat dan meneruskan jalan biasa, sebagai jalan alternatif. Bergantung kepada trafik semasa, perjalanan dari Simpang Empat ke Melaka akan mengambil masa kira-kira 20 hingga 30 minit.

Menggunakan Bas

Anda juga boleh sampai ke bandar Melaka dengan bas dari Kuala Lumpur yang biasanya mengambil masa 2 jam bergantung kepada lalu lintas. Bas biasanya berlepas daripada Terminal Bas Bersepadu (TBS).

Tarikan Pelancongan

Jonker Street

Terletak di kedua-dua belah jalan dengan rumah-rumah warisan yang dibina dari abad ke-17, Jonker Street adalah sebuah jalan di Chinatown, bersejarah Melaka, yang terletak di seberang sungai dari Dutch Square. Baba dan Nyonya yang juga dikenali sebagai Peranakans, merupakan keturunan kaum imigran Cina abad ke-15 hingga ke-16. Mereka berkahwin dengan wanita Melayu tempatan, dan kemudian hidup dan mengendalikan perniagaan mereka pada ketika itu. Sehingga hari ini, masih terdapat jejak sejarah mereka yang boleh dijumpai di sini. Jonker Street yang terkenal ini sentiasa dipenuhi dengan pelancong tempatan dan luar negara. Jalan ini ditutup untuk trafik pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada sebelah petang dan pasar lambak ini dibuka sehingga jam 12 tengah malam.

Hotel

The Imperial Heritage

Imperial Heritage Melaka menawarkan penginapan yang selesa dan bertaraf kelas atasan dengan akses Wi-Fi percuma di seluruh kawasan hotel. Semua bilik di sini berhawa dingin dan dilengkapi dengan almari pakaian, TV skrin rata, bar mini dan cerek elektrik. Bilik mandi peribadi juga mempunyai pengering rambut dan kemudahan pancuran mandian moden. Ia mempunyai pelbagai kemudahan seperti kolam mandi, pusat kecergasan, kaunter penerimaan tetamu 24-jam dan tempat letak kenderaan percuma di lokasi. Terdapat banyak perkhidmatan lain yang disediakan seperti perkhidmatan menyimpan bagasi, dobi / cucian kering dan kemudahan untuk mengadakan mesyuarat / jamuan. Hotel yang hebat ini menawarkan restoran yang menyajikan pelbagai pilihan masakan tempatan dan Asia yang sememangnya enak.

Hatten Hotel

Hatten Hotel Melaka adalah sebuah hotel bertaraf empat bintang yang terletak di pusat bandar Melaka dan hanya 15 minit berjalan kaki dari Jonker Street. Hotel ini juga berjarak 10 minit berjalan kaki dari A Famosa, Menara Taming Sari dan Muzium Warisan Baba dan Nyonya dan dihubungkan dengan Dataran Pahlawan melalui jambatan penghubung berpenghawa. Semua bilik di sini direka dengan seni bina dan hiasan dalaman yang anggun dan moden, serta dilengkapi dengan 2 TV skrin rata, peti keselamatan peribadi dan bilik mandi peribadi. Perkhidmatan bilik 24-jam juga disediakan atas permintaan dan perkhidmatan lain yang disediakan termasuk pengawasan keselamatan 24 jam dengan CCTV, perkhidmatan pencarian barang yang hilang, ruang letak kereta, Wi-Fi, perkhidmatan kerusi roda, perkhidmatan dobi / cucian kering, bantuan mengangkat bagasi, peti deposit keselamatan, perkhidmatan ulang-alik ke bandar dan perkhidmatan sewa basikal / kereta. Restoran di sini menyajikan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa. Terdapat juga kolam renang, sauna dan bilik wap untuk dinikmati oleh para tetamu.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2022 Traveloka