amaran
Akses Tempahan
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2

Hotel Mewah di Petaling Jaya, Malaysia

EXTERIOR_BUILDING Hotel Armada Petaling Jaya

8.6/10

Sangat Baik

EXTERIOR_BUILDING Alia Damansara by Subhome

Alia Damansara by Subhome

Mutiara Damansara

8.0/10

Sangat Baik

EXTERIOR_BUILDING One World Hotel

One World Hotel

Bandar Utama

8.9/10

Sangat Baik

EXTERIOR_BUILDING Royale Chulan Damansara

Royale Chulan Damansara

Mutiara Damansara

8.7/10

Sangat Baik

EXTERIOR_BUILDING Crystal Crown Hotel Petaling Jaya

8.5/10

Sangat Baik

EXTERIOR_BUILDING New World Petaling Jaya

9.2/10

Cemerlang

Featured Image Hilton Petaling Jaya

8.8/10

Sangat Baik

EXTERIOR_BUILDING Qliq Damansara

Qliq Damansara

Mutiara Damansara

8.6/10

Sangat Baik

EXTERIOR_BUILDING Somerset Damansara Uptown Petaling Jaya

8.9/10

Sangat Baik

Featured Image Royale Chulan The Curve

Royale Chulan The Curve

Mutiara Damansara

8.3/10

Sangat Baik

EXTERIOR_BUILDING De Royal by Qliq

De Royal by Qliq

Mutiara Damansara

SWIMMING_POOL PJ8 Service Suites

PJ8 Service Suites

Petaling Jaya

  • 2 

Tentang

Menurut sejarah, Petaling Jaya atau PJ hanyalah sebuah bandar kecil dengan keluasan hanya 2.12 kilometer persegi dan telah berkembang sehingga menjadi salah satu bandar terpenting di Malaysia. Bandar ini dibangunkan semasa era pemerintahan British di Malaya di atas sebidang tanah seluas 1,200 ekar ladang getah (Estet Effingham) di sekitar Jalan Klang Lama untuk menangani jumlah penduduk yang padat di Kuala Lumpur pada tahun 1950-an. Sejak 1952, terdapat pertumbuhan dramatik dari segi populasi dan kepentingan geografi. Pembangunan Petaling Jaya bermula pada tahun 1952 dengan pembinaan 800 buah rumah yang berpusat di kawasan yang dikenali sebagai "Bandar Lama" hari ini. Pihak Berkuasa Bandar Petaling yang diketuai oleh N.A.J. Kennedy memulakan pemerintahan Petaling Jaya pada tahun 1954. Pada 24 Ogos 1959, Encik Abdul Aziz bin Haji Mohd Ali menjadi orang Malaya yang pertama untuk mengetuai Pihak Berkuasa PJ.


Juga dikenali sebagai adik kembar ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur, Petaling Jaya adalah bandar terancang pertama kali di Malaysia dan kini merupakan sebuah bandar metropolitan yang terkenal dengan jumlah penduduk tidak kurang daripada 500,000 orang. Selain daripada terdapat akses yang sangat mudah untuk sampai ke pusat bandar dari sini, Petaling Jaya yang kaya dengan kawasan membeli-belah dan tempat makan juga popular di kalangan mereka yang gemar membeli-belah dan mencuba pelbagai makanan. Dua jalan pertama yang dibina di Petaling Jaya dikenali sebagai Jalan 1 dan Jalan 2. Jalan 1 kemudiannya dinamakan Jalan Templer manakala Jalan 2 dinamakan Jalan Othman sempena Othman Mohamad, bekas Menteri Besar (Ketua Menteri) Selangor. Sehingga akhir tahun 1953, bandar ini ditadbir oleh pegawai daerah Kuala Lumpur.


Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kereta

Dari Kuala Lumpur, masa yang diperlukan adalah sekitar 25 minit untuk sampai ke Petaling Jaya melalui beberapa jalan. Jalan-jalan ini adalah Damansara Link, Jalan Syed Putra dan lebuh raya SPRINT.


Menggunakan Kereta Api

Anda juga boleh mengakses banyak tempat di Petaling Jaya melalui Komuter dan LRT dari KL Sentral.


Tarikan Pelancongan

Taman Tema Sunway Lagoon

Taman Tema Sunway Lagoon terletak di Petaling Jaya, iaitu kira-kira 15 kilometer barat daya dari pusat bandar Kuala Lumpur. Taman ini dibuka pada tahun 1992 dan dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir bin Mohamad pada 29 April 1993. Taman tema ini dibina di atas tapak bekas lombong timah dan kuari ketika pertama kali membuka tarikan utamanya seperti gelongsor air dan pantai luncur buatan manusia terbesar di dunia. Sejak pembukaannya, taman tema itu telah menambah simulator permainan luncur Malaysia yang pertama, FlowRider pada tahun 2010. Dengan pelbagai permainan air yang ditawarkan dan banyak aktiviti kering, terdapat juga aktiviti menelusuri 'sungai' buatan manusia, pantai luncur, kolam berombak, kapal lanun berputar 360 °. Ia telah berkembang dan merangkumi lima zon yang berbeza iaitu taman air, Scream Park, Taman Hiburan, Taman Ekstrem dan Taman Hidupan Liar. Selain itu, Sunway Lagoon telah menganjurkan beberapa aktiviti gaya hidup antarabangsa, muzik dan acara sukan termasuk MTV World Stage dan Quiksilver Revolution Tour. Banyak syarikat korporat juga telah menganjurkan aktiviti di Sunway Lagoon pada setiap tahun.


Kidzania Kuala Lumpur

KidZania Kuala Lumpur adalah sebuah pusat pendidikan di mana kanak-kanak boleh bebas meneroka, mengetahui nilai kerja berpasukan, membangunkan kemahiran bahkan pengetahuan kewangan. Di bandar berukuran 80,000 kaki persegi ini, kanak-kanak berumur 4-14 tahun akan mengalami pengalaman hidup sebenar dalam persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. Selain itu, KidZania Kuala Lumpur merupakan pusat pembelajaran bertema keluarga tertutup yang memenangi anugerah yang menawarkan pengalaman pembelajaran dan peranan pembelajaran interaktif untuk kanak-kanak sejak 2012. Diilhamkan oleh anak-anak dengan perasan ingin tahu, tempat ini mewujudkan komuniti yang lebih baik yang menyokong idea positif untuk anak-anak. Di samping itu, pusat ini juga dilengkapi dengan lif untuk membolehkan akses dengan kerusi roda ke tingkat atas, bilik bayi dan kemudahan mesin ATM.


Hotel

Crystal Crown Hotel

Terletak di tengah-tengah Petaling Jaya, Crystal Crown Hotel hanya berjarak 15 minit pemanduan, sementara memandu selama 30 minit menuju ke Pusat Membeli-belah One Utama, KL Sentral dan kawasan segi tiga emas. Bilik-bilik di sini menawarkan lantai kayu moden dan dilengkapi dengan TV berskrin rata satelit, cerek elektrik dan meja manakala bilik mandi peribadi menawarkan kemudahan pancuran mandian air panas dan pengering rambut juga disediakan. Tetamu boleh menggunakan pusat perniagaan atau bersenam di pusat kecergasan . Spa hotel merupakan tempat yang ideal untuk berehat selepas hari yang sibuk. Selain itu, hotel ini mempunyai kolam renang terbuka dan 3 pilihan tempat makan. Brass Cafe menyajikan hidangan tempatan dan barat Halal. Makanan Jepun dan Cina boleh dinikmati di Restoran Sango atau Restoran Chef Rasa Sayang.


One World Hotel

Hotel ini bersebelahan dengan Pusat Membeli-belah 1 Utama dan pengunjung dapat berbelanja di lebih daripada 600 buah kedai, menonton filem sensari terbaru di kompleks bioskop, atau menikmati 36 lorong boling. Menawarkan penginapan moden dengan TV berskrin rata dan akses internet, One World Hotel menawarkan kolam renang terbuka, spa dan 5 pilihan tempat makan. Bilik-bilik berhawa dingin yang luas di sini mempunyai bilik mandi peribadi dengan tab mandi dan pancuran mandian yang berasingan. Selain bar mini, perkhidmatan bilik juga disediakan. Kemudahan di Hotel One World termasuk kedai kecantikan / tukang gunting rambut dan pusat perniagaan serta urusan perjalanan yang boleh dibuat di meja tempahan lawatan. Bagi pilihan tempat makan, hidangan Kantonis, Jepun dan tempatan disajikan di 3 restoran di hotel. Lounge Sphere dan Poolbar & Grill menawarkan makanan ringan dan minuman dan Restoran Cinnamon memberi pelanggan pengalaman yang unik, di mana anda boleh menyaksikan chef masak di dapur terbuka restoran tersebut.