amaran
Akses Tempahan
MYR
Akaun Saya

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2

Hotel Mewah di Pontian, Malaysia

Tentang

Pontian merupakan sebuah daerah di Selatan Johor. Pontian terbahagi kepada dua kawasan iaitu Pontian Besar dan Pontian Kecil di mana Pontian Kecil merupakan pusat pentadbiran bagi Daerah Pontian. Nama Pontian berasal dari perkataan melayu Perhentian yang bermaksud tempat berhenti. Antara bandar kecil lain yang terdapat di Daerah Pontian ialah Ayer Baloi dan Benut yang terletak di bahagian utara Pontian Kecil. Dibahagian selatan Pontian Kecil terletaknya bandar dikenali dengan nama Teluk Kerang dan Pekan Nanas. Kawasan perairan Pontian ini kebanyakannya dihuni oleh bangsa Melayu berketurunan Bugis dan Jawa, manakala bangsa Cina pula berasal dari keturunan Fujian (Hokkien). Muzium Bugis telah dibina disini untuk menyimpan sejarah keturunan Melayu Bugis.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Lapangan terbang berhampiran dengan Pontian ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Senai yang terletak di Senai lebih kurang 1 jam masa perjalanan dari Pontian. Anda boleh menaiki penerbangan Malaysia Airlines, Air Asia, Malindo Air dan Firefly untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Dari lapangan terbang anda boleh menaiki teksi, bas, uber atau grab untuk ke Pontian.

Menggunakan Kereta

Anda boleh memandu ke Pontian yang akan mengambil masa perjalanan selama empat jam dari Kuala Lumpur dengan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan. Sekiranya anda memandu dari Singapura, anda boleh menggunakan Tambak Johor atau Link Kedua yang menghubungkan Singapura ke Johor dan lain-lain tempat di Semenanjung Malaysia. Sekiranya anda memandu dari Johor Bharu anda boleh menggunakan jalan persekutuan menuju ke utara atau dengan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan ke Pontian.

Menggunakan Kereta Api

Anda boleh menaiki keretapi ETS dari Stesen Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) untuk ke Johor Bharu. ETS akan membuat perhentian di Gemas dan dari situ anda boleh menaiki KTM ke JB Sentral. Anda boleh membeli tiket perjalanan terus dan transit di Gemas selama 10 minit untuk menunggu keretapi seterusnya ke Johor Bharu. Sekiranya anda dari Singapura, anda boleh menaiki KTM di Stesen Woodland ke JB Sentral. Dari JB Sentral anda boleh menaiki teksi ke Pontian yang akan mengambil masa perjalanan selama 1 jam dari JB Sentral.

Menggunakan Laut

Terdapat perkhidmatan feri yang menuju ke Pontian dari Singapura dan Indonesia, kerana Pontian merupakan destinasi popular dikalangan pelancong Singapura. Anda boleh menaiki feri dari Singapura atau Indonesia dan turun di Terminal Feri Kukup. Dari Terminal Feri Kukup anda boleh menaiki teksi atau bas ke bandar Pontian.

Tarikan Pelancongan

Tanjung Piai

Taman Negara Tanjung Piai merupakan tarikan utama pelancongan yang terkenal di bahagian selatan Semenanjung Malaysia. Ianya merupakan sebuah kawasan paya bakau yang berlumpur. Terdapat papan tanda maklumat disepanjang pelantar jalan kaki untuk para pengunjung mengetahui mengenai jenis spesis dan habitat yang terdapat di situ. Setibanya anda di mercu tanda berbentuk bulat, bermakna anda berada di bahagian paling selatan di Semenanjung Malaysia.

Taman Negara Pulau Kukup

Taman Negara Pulau Kukup merupakan sebuah wetland yang menempatkan pelbagai jenis spesis pokok paya bakau. Terdapat tumbuhan dan bunga yang tumbuh dibawah permukaan air, tumbuhan yang terapung diatas permukaan air dan kawasan berlumpur yang anda belum pernah lihat sebelum ini. Terdapat beberapa habitat unik yang menempatkan beberapa spesis hidupan liar seperti babi hutan dan ikan belacak.

Muzium Nenas

Anda boleh melawat Muzium Nenas untuk mempelajari mengenai buah tropika iaitu nenas termasuk dari proses menyemai, menanam sehingga ke akhir prosesnya. Selain itu, muzium ini juga turut mempamerkan cara nenas diproses dan ditinkan. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan sedikit cenderamata, muzium ini turut menjual produk berasakan nenas seperti jem nenas, jus nenas dan lain-lain.

Muzium Bugis

Muzium Bugis merupakan antara tempat menarik yang boleh anda lawati sepanjang anda berada di Pontian. Muzium ini telah dibina oleh penduduk asal Bugis yang terdahulu dan penduduk yang tinggal disekitarnya kerana mereka mahu mengekalkan warisan dan sejarah tinggalan nenek moyang mereka. Terdapat lebih dari 2,000 artifaks dipamerkan di Muzium ini terdiri daripada peralatan senjata, pakaian, duit lama, barangan kemas, gambar dan lain-lain.

Teluk Kerang

Anda boleh beristirehat di Teluk Kerang untuk menyaksikan pemandangan yang indah terdapat disini. Teluk Kerang ialah sebuah perkampungan di dalam Daerah Pontian. Ianya terletak di bahagian selatan Pontian Kecil yang berada didalam perjalanan antara Kukup dan Tanjung Piai. Anda boleh merehatkan badan anda disni sambil menikmati pemandangan yang indah dengan susana yang bersih dan deruan angin yang menyegarkan.

Hotel

Pulai Springs Resort

Pulai Spring Resort terletak di Pulai dengan jarak hanya 27k dari Pontian. Hotel mewah bertaraf 5 bintang ini menawarkan kemudahan, perkhidmatan dan keselesaan yang hebat buat para pengunjungnya. Dengan lokasinya yang strategik, hotel ini merupakan pilihan tepat buat anda untuk berkunjung ke tarikan utama pelancongan yang terdapat disekitarnya. Hotel ini juga sesuai buat pasangan yang ingin berbulan madu atau mencari percutian yang romantik.

Anugraha Boutique Hotel

Penginapan di Hotel Butik Anugraha merupakan pilihan yang tepat sekiranya anda berada di Pontian. Hotel mewah bertaraf 5 bintang ini sangat mudah dikunjungi kerana ianya terletak berhampiran dengan kemudahan awam dan hanya 6km daripada Johor Premium Outlet. Hotel ini merupakan pilihan yang sesuai buat anda yang mencari penginapan mewah di Pontian.