Popular Area | Si Rusa, Kampung Si Rusa |
Popular Hotel | Lexis Hibiscus Port Dickson, Grand Lexis Port Dickson |
Popular Landmark | Port Dickson, Port Dickson Ostrich Farm |
Port Dickson merupakan sebuah bandar di persisiran pantai, sebuah daerah dan kawasan parlimen di dalam Negeri Sembilan. Port Dickson juga turut dikenali sebagai PD yang merupakan sebuah pusat percutian hujung minggu yang terkenal di kalangan penduduk tempatan. PD hanya terletak pada jarak 38 km dari Seremban dan 98 km dari Kuala Lumpur. Ianya cuma mengambil masa 1 jam pemanduan dari Kuala Lumpur ke PD melalui Lebuhraya Utara Selatan dan hanya 32 km dari Seremban. PD mempunyai persisiran pantai yang panjang menghadap ke Laut China Selatan. Terdapat banyak pantai yang terkenal di sepanjang pantai ini seperti Pantai Teluk Kemang.
Bandar Port Dickson ini suatu ketika dahulu pernah menjadi pusat menghasilkan arang dan kemudiannya dijadikan sebagai pelabuhan oleh pihak British dibawah pemerintahan Negeri-Negeri Selat. Kini, PD telah membangun menjadi sebuah bandar yang sibuk. Laluan keretapi telah dibina untuk kemudahan pengangkutan barang dan pembangunan Port Dickson. Walaupun Port Dickson membangun dengan pesat, keindahan pantainya masih lagi terjaga dan terkekal cantik. Kini, Port Dickson bukan sahaja merupakan sebuah pusat percutian yang terkenal, namun ianya turut menempatkan sejumlah penduduk yang ramai iaitu berjumlah 89,000 penduduk.
Port Dickson boleh dihubungi dari Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak dan lain-lain tempat di Semenanjung Malaysia. Lapangan terbang berhampiran Port Dickson ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur serta mudah dihubungi dengan lebuhraya PLUS. Dari lapangan terbang anda boleh menaiki teksi untuk ke PD. Jarak dari lapangan terbang ke PD ialah 43.6 km atau 56 minit masa pemanduan.
Sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan susur keluar di persimpangan Port Dickson (EXIT 219) yang terletak diantara persimpangan Seremban dan Senawang. Perjalanan akan mengambil masa selama 1 jam 21 minit dari Kuala Lumpur ke Port Dickson. Port Dickson juga boleh dihubungi melalui lebuhraya LEKAS.
Anda boleh menaiki bas untuk ke Port Dickson. Terminal bas yang berhampiran terletak di Terminal One, Seremban. Anda boleh menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Seremban dengan menaiki perkhidmatan bas ekspress. Dari stesen Seremban anda boleh menaiki bas atau teksi ke Port Dickson. Terdapat juga perkhidmatan bas ekspress disediakan setiap hari dari Singapura ke Port Dickson.
Antara tempat menarik yang mesti anda kunjungi di Port Dickson ialah Rumah Api Cape Rachado yang terletak di Tanjung Tuan. Pihak Potugis telah membina rumah api Cape Rachado pada kurun ke-16 sebagai petunjuk laluan kepada kapal-kapal yang melalui Selat Melaka untuk ke Melaka. Pada hari ini, rumah api tersebut kekal dengan beberapa penambahbaikan untuk dijadikan sebagai tarikan pelancongan dan juga sebagai kawasan untuk meninjau burung dan dek pemandangan untuk melihat keindahan selat Melaka dari atas menara rumah api tersebut.
Muzium Tentera terletak di Kem Markas Tentera Malaysia Port Dickson. Muzium ini adalah tarikan pelancongan yang terbaru di Port Dickson. Beberapa kenderaan dan jet pejuang yang pernah digunakan oleh Tentera DiRaja Malaysia telah dijadikan sebagai bahan pameran di sini dan juga terdapat terowong komunis di Muzium ini.
Port Dickson Grand Lexis ialah sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang yang terletak di Port Dickson. Ianya mempunyai kedudukan lokasi yang terbaik dan berhampiran dengan tarikan pelancongan seperti Pantai Tanjung Gemuk pada jarak 0.3km. Port Dickson Grand Lexis merupakan pilihan terbaik buat anda yang mencari penginapan mewah sebagai destinasi percutian di Port Dickson.
Terletak di tepi pantai Port Dickson yang indah, resort pantai mewah bertaraf 4 bintang ini menawarkan 240 buah bilik yang dihiasi indah dan unik yang terdiri dari pelbagai unit chalet dan villa. Hotel ini merupakan pilihan yang tepat buat pengunjung yang inginkan percutian yang romantik sebagai destinasi untuk berbulan madu. Anda pasti akan terpukau dan mempunyai kenangan indah sepanjang penginapan anda di Hotel Avillion Port Dickson.