amaran
Akses Tempahan
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2

Hotel Mewah di Rompin, Malaysia

EXTERIOR_BUILDING Berjaya Tioman Resort

Berjaya Tioman Resort

Kampung Lalang

8.5/10

Sangat Baik

8.1/10

Sangat Baik

EXTERIOR_BUILDING Lanjut Golden Beach & Golf Resort

8.1/10

Sangat Baik

Tentang

Daerah Rompin adalah sebuah daerah yang terletak di tenggara negeri Pahang, Malaysia. Rompin adalah dibawah seliaan Majlis Daerah Rompin. Daerah ini meliputi kawasan seluas 5,296 km dan terletak kira-kira 130 kilometer dari Kuantan, ibukota Pahang. Ia bersempadan dengan utara oleh Daerah Pekan, ke barat oleh Daerah Bera, ke selatan oleh negeri Johor, dan ke timur oleh Laut China Selatan. Bandar utama, Kuala Rompin dan bandar lain yang terletak di daerah ini adalah Bandar Muadzam Shah. Tempat-tempat pelancongan utama di Rompin adalah seperti Pulau Tioman. Seperti namanya, Kuala Rompin terletak di sebelah sungai Rompin.


Kawasan ini dikenali kerana perladangan tembikai, udang dan perikanan komersial luar pantai. Pada hari ini, anda boleh menemui kedai serbaneka, 7-11, dan juga restoran makanan segera seperti Kentucky Fried Chicken. Di sebelah Kuala Rompin adalah salah satu hutan hujan tertua di dunia, taman negara Endau Rompin. Hutan hujan yang berusiakira-kira 200 juta tahun ini mempunyai banyak flora dan fauna yang tersembunyi termasuk badak Malaya, tapia, beruang matahari, harimau dan lain-lain. Anda juga boleh melihat babi hutan berkeliaran berhampiran dengan kawasan hotel atau sepasukan monyet yang terdiri daripada beberapa spesies di pinggir jalan. Mengkarung yang besar juga merupakan pemandangan biasa bila berada di sini. Malah burung kenyalang juga biasa dilihat di sini.


Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Bas

Terdapat bas yang beroperasi dari Kuala Lumpur ke Kuala Rompin. Bas dari KL berlepas dari Terminal Bersepadu Tasik Selatan, anda boleh sampai ke sana dengan teksi, LRT atau kereta api dari KL Sentral.


Tarikan Pelancongan

Pulau Tioman

Pulau Tioman berada di Pahang di dalam Taman Laut Mersing, yang mengandungi beberapa pulau-pulau komersial seperti Pulau Sibu. Gerbang utama untuk masuk ke Pulau Tioman adalah Mersing yang terletak di Johor. Pada tahun 1970-an, majalah Time memilih Tioman sebagai salah satu pulau paling indah di dunia. Pulau yang padat dengan hutan yang tidak dihuni. Pulau ini juga di dikelilingi oleh banyak terumbu karang putih, menjadikannya tempat kegemaran bagi penyelam skuba dari seluruh rantau ini. Menurut kisah dongeng yang dipercayai oleh penduduk tempatan, Tioman berasal dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami isteri (naga jantan dan naga betina) meninggalkan Tasik Chini ke laut melalui Sungai Pahang. Dalam perjalanan, naga ini tertinggal kain cindai lalu berpatah balik. Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok. Naga ini pantang mendengar ayam berkokok. Oleh sebab melanggar pantang, naga betina bertukar menjadi pulau. Sementara naga jantan bertukar mrenjadi Gunung Nenek Semukut iaitu sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman. Kampung terbesar di Pulau Tioman iaitu, Kampung Tekek, akan menjadi pintu masuk utama ke pulau ini sama ada bagi mereka yang menggunakan feri atau kapal terbang, pemindahan dari sana boleh diatur oleh resort pilihan anda.


Hotel

Lanjut Beach & Golf Resort

Meliputi kawasan lebih daripada 500 ekar tanah dan diapit dengan pantai persendirian sepanjang 3.5km, Lanjut Beach & Golf Resort menyediakan suasana yang sempurna untuk anda jatuh cinta dengan alam semula jadi. Resort ini menawarkan pelbagai kemudahan rekreasi termasuk sukan pantai, aktiviti memancing, trekking hutan, berbasikal, melihat kunang-kunang dan menangkap kerang. Terletak di Kuala Rompin, sempadan Johor-Pahang di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, resort yang menarik ini merupakan permata tersembunyi yang menunggu untuk diteroka oleh anda. Ia adalah pilihan penginapan yang sesuai untuk semua, sama ada korporat atau percutian keluarga. Lanjut Beach & Golf Resort terletak di persekitaran terbaik yang ditawarkan oleh Malaysia, dengan hutan hujan tropika yang berusia 130 juta tahun di Taman Negara Endau Rompin dan pantai berpasir keemas-emasan, yang hanya beberapa jam perjalanan dari ibu kota. Resort ini lengkap dengan 86 buah bilik yang terdiri daripada jenis Deluxe, Chalet, Villa untuk pilihan para tetamu. Terdapat lagi sebuah resort yang bakal dibuka tidak lama lagi di kawasan timur resort yang akan menawarkan bangunan dua tingkat yang menarik dengan 196 bilik dan suite tepi pantai, kolam renang luaran, spa, ballroom dan juga kemudahan mesyuarat. Resort moden dan kontemporari ini bersebelahan dengan padang golf 18-lubang dan pemandangan yang indah di hadapan Laut China Selatan yang murni.