1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (8961 Hotel)
    >
  3. Sabah
    (824 Hotel)
    >
  4. Tawau
    (137 Hotel)
    >
  5. Semporna
    (98 Hotel)

Hotel di Lapangan Terbang Semporna

Semporna, Lapangan Terbang Semporna · 0 hotel yang tersedia
Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Sab, 30 Mac 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel
Lapangan Terbang Semporna memfungsikan bandar Semporna. Dengan landasan yang pendek, lapangan terbang kecil ini hanya menerima beberapa jenis pesawat yang tertentu. Ia adalah sebuah daerah dan bandar di Bahagian Tawau, Sabah. Antara tarikan menarik yang terdapat di sini ialah Bukit Tengkorak, Pulau Bohey Dulang and Pelayaran Sungai Proboscis Monkey. Tamatkan hari anda di beberapa hotel di Lapangan Terbang Semporna yang boleh didapati di sini.

Hotel lain di Lapangan Terbang Semporna

Hotel berdekatan mercu tanda popular

Hotel popular di Lapangan Terbang Semporna

See all 0 Hotels near Lapangan Terbang Semporna

Facts about hotel in Lapangan Terbang Semporna

Popular Landmark
Semporna Airport (SMM)

Ulasan Tetamu dari Hotel di Lapangan Terbang Semporna

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Lapangan Terbang Semporna dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Lapangan Terbang Semporna akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!

Hotel di kawasan popular

Soalan lazim tentang Lapangan Terbang Semporna

Terdapat berapa hotel yang tersenarai di Lapangan Terbang Semporna?

Buat masa ini, terdapat sekitar 0 hotel yang boleh anda tempah di Lapangan Terbang Semporna

Tentang

Dikendalikan oleh Malaysia Airport Berhad, Lapangan Terbang Semporna memfungsikan bandar Semporna. Dengan landasan yang pendek, lapangan terbang kecil ini hanya menerima beberapa jenis pesawat yang tertentu.

Semporna ditubuhkan selepas British North Borneo Chartered Company menubuhkan Sandakan dan pada asalnya kawasan ini didiami oleh peniaga-peniaga dari China yang mana kebanyakan mereka telah melarikan diri daripada serangan sepanyol ke atas kesultanan sulu.Sebelum diberi nama Semporna kawasan ini dikenali "Tong Talun" dalam bahasa Bajau yang bermaksud "Hujung Hutan" dalam Bahasa Melayu atau "Pada penghujung hutan" dalam bahasa Inggeris. Mereka yang bertanggungjawab untuk penamaan ini adalah Panglima Uddang, Panglima Sallehangni dan Panglima Sakti dari keturunan Bajau Kubang. Tidak lama kemudian, nama secara perlahan ditukar kepada "Semporna" yang kemudian menjadi nama tetap untuk tempat ini.

Semporna adalah sebuah daerah dan bandar di Bahagian Tawau, Sabah, Malaysia. Semporna adalah sebuah pekan nelayan kecil di Pantai Timur Sabah, Borneo. Ia menghadap ke Laut Sulawesi dan dikelilingi oleh pelbagai pulau yang mempunyai perairan tropika yang tenang, kawasan ekosistem laut yang luas yang terpelihara, dan Semporna sangat terkenal dengan kekayaan laut sejak dahulu lagi. Ia dikenali sebagai tempat untuk menyelam di laut dalam dan snorkel (menyelam di separuh permukaan air). Semporna dijadikan sebagai pintu masuk untuk menyelam dan snorkel di kawasan pulau-pulau berhampiran seperti Pulau Sipadan, Mabul, Kapalai, Mataking, Maiga dan lain-lain. Selain perikanan, Semporna adalah pusat penanaman rumpai laut, ternakan udang, penanaman mutiara dan industri akuakultur . Bandar Semporna dihuni oleh masyarakat etnik Bajau Laut, atau dikenali sebagai Sea Gypsies di mana ramai daripada mereka tinggal di rumah yang luas yang bertiang tinggi di atas air atau di dalam bot tradisional Lepa.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Semporna yang terletak di pantai barat Sabah belum lagi mempunyai lapangan terbang. Lapangan terbang yang terdekat ialah di Tawau dan di sini terdapat penerbangan yang kerap dari Kota Kinabalu atau Kuala Lumpur. Taxi atau bas pelancong mengambil masa satu jam dari lapangan terbang untuk sampai ke Semporna. Penerbangan seperti Malaysia Airlines, Air Asia dan Malindo Air terbang ke Tawau dengan kerap.

Menggunakan Bas

Semporna adalah kawasan kecil dan mudah untuk bersiar-siar di dalam kawasan ini. Dari Kota Kinabalu anda boleh menaiki bas dari perhentian Inanam ke Semporna. Sekiranya anda memulakan perjalanan dari Sandakan di sana terdapat empat bas yang boleh anda naiki di mana ianya dikendalikan oleh Sida Express dan Dyana Express. Sekiranya anda terlapas bas anda boleh menaiki bas ke Lahad Datu dan dari sana anda boleh menaiki bas kecil untuk sampai ke Semporna.

Menggunakan Feri

Pelancong dari Labuan, Indonesia, dan Filipina boleh sampai ke sini melalui pengangkutan laut. Terminal Feri dan pusat pemeriksaan imigresen terletak di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. Dari Tawau anda boleh menaiki taxi untuk sampai ke Semporna.

Bahasa Melayu menjadi bahasa tempatan masyarakat di sini dengan menggunakan bahasa melayu “baku-sabah”. Tambahan lagi ada di antara suku kaum di sini yang menggunakan bahasa Bajau dan Suluk sebagai percakapan harian mereka. Bahasa Inggeris juga digunakan di sini dan hanya mereka boleh bertutur dan memahami asas Bahasa Inggeris.

Tarikan Pelancongan

Semporna dengan pemandangan yang indah, pantai yang putih bersih serta terdapat beberapa kawasan menarik untuk pengunjung mengalaminya. Para pengunjung boleh melihat terdapat beberapa tempat pelancongan dan kawasan sekitarnya yang menarik. Satu kemestian ketika berada di Semporna adalah melawat Bukit Tengkorak yang 10-15 minit memandu luar dari kawasan bandar. Bukit ini dinamakan sedemikian untuk mengenang pemotongan kepala beberapa tawanan perang oleh tentera Jepun yang berpangkalan di sana semasa Perang Dunia Kedua.

Satu lagi tarikan mendaki puncak yang menyeronokkan adalah Pulau Bohey Dulang. Untuk sampai ke pulau itu, anda mesti mengatur aktiviti untuk menyelam, snorkel atau mengambil package lawatan pelancongan dengan salah satu pengendali tempatan bagi aktiviti menyelam , yang biasanya akan turut menguruskan pendakian semasa waktu rehat tengah hari. Anda juga boleh melawat masyarakat Bajau yang mendiami rumah-rumah di atas tiang di tepi jeti dan di sekitar masjid bandar di mana rumah-rumah ini dibina dalam kumpulan yang besar, dikenali sebagai 'kampung air'.

Untuk pencinta alam semula jadi anda boleh menikmati Pelayaran Sungai Proboscis Monkey yang terletak di Kampung Tunggulangan. Kawasan ini dikelilingi oleh Proboscis monkey yang jarang dlihat, Pipe Hornbills, Borneo Eagles, Long Tailed Macaque, kelip-kelip di sepanjang laluan kayu jeti, buaya air tawar dan paling utama adalah Giant Fruit Bats (sejenis kelawar yang memakan buah-buahan dan nectars). Jangan lupa untuk menikmati aktiviti menyelam dan snorkel di pantai pasir putih yang indah dan dan pantai karang yang hebat dan menarik seperti Pulau Sipadan, Mabul, Pom Pom, Kapalai dan lain-lain.

Kaum Etnik Bajau terdiri daripada beberapa kumpulan sub-etnik dengan warisan yang kaya dengan budaya dan adat resam. Tarian Tradisional seperti Igal-Igal, Bolak-Bolak dan Daling-Daling adalah tarian popular di kalangan kumpulan etnik Bajau.

Semporna sebagai sebuah bandar pantai, pelbagai makanan laut yang segar dan lazat mudah didapati dengan harga yang murah. Restoran makanan laut tepi pantai ini mudah didapati kerana ia terletak dekat dengan kawasan kedai yang menjual peralatan menyelam. Nasi kuning (beras kuning), yang dijual di waktu pagi di sepanjang jalan merupakan sarapan tradisional di Sabah. Ia terdiri daripada beras, ikan yang dimasak dengan cili dan sayur-sayuran. Selain itu makanan tradisional Kumpulan Ethnik Bajau ialah Sagul, Putu Ubi, Egang, Kima, Latok, Tayum, dan Tehek-Tehek.

Kepada pengujung yang meminati alam semulajadi anda boleh menikmatinya dengan melihat kawasan kelip-kelip yang indah dan cantik di kawasan payau bakar dengan mengikuti pelayaran perjalanan Proboscis Monkey dan anda juga boleh menikmati makanan laut yang lazat dan segar di kawasan pekan Semporna. Selain itu anda juga boleh mengunjungi pasar malam untuk menikamti makanan tempatan dan membeli makanan laut yang segar, sayur-sayuran tempatan,pakaian , cenderahati serta banyak lagi.

Anda boleh melawat Semporna sepanjang tahun. Jika anda bercadang untuk ke Sipadan untuk menyelam, masa yang terbaik untuk anda pergi adalah sekitar bulan April hingga Jun. Ini adalah kerana dalam bulan ini penglihatan menyelam adalah kira-kira 30m ke 50m berbanding bulan-bulan lain hanya kira-kira 20m penglihatan.

Dari bulan Mei hingga Ogos, anda mungkin bernasib baik untuk melihat penyu bertelur di sepanjang pulau-pulau. Pada pertengahan bulan April setiap tahun, kawasan ini menyambut 'Pesta Air' di mana anda boleh menikmati pesta air di kawasan ini dengan pelbagai aktiviti. Sepanjang berada di sini anda mesti behati-hati dengan penyeluk saku, sekiranya sesiapa sengaja terlanggar atau memukul anda hendaklah periksa dompet anda dengan segera. Abaikan sahaja kanak-kanak yang melihat anda dan menyebut “I love u” kepada anda kerana hanya itu sahaja ayat atau perkataan yang boleh mereka sebut kepada pelancong asing.

Tiada sekatan berpakaian di pulau ini dan anda boleh memakai pakaian yang nipis diperbuat dari kapas ,baju t-shirt dan seluar pendek adalah amat sesuai. Jangan lupa untuk membawa baju hujan atau payung, kasut mendaki yang selesa, selipar, topi , penghalau serangga dan penapis matahari untuk aktiviti pantai dan alam semula jadi.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka