amaran

Hotel Mewah di Setiu, Malaysia

Tentang

Setiu ialah sebuah Daerah yang terletak di Negeri Terengganu dengan jumlah penduduknya mencecah 55,517 orang pada tahun 2010. Daerah ini bersempadan dengan Besut di bahagian utara, Hulu Terengganu di bahagian barat, dan Kuala Nerus di bahagian selatan. Bandar Permaisuri merupakan pusat pentadbiran bagi Daerah Setiu yang terletak ditengah Daerah Setiu. Daerah ini dinamakan bersempena dengan nama seorang pahlawan Bugis. Kebanyakan penduduk di Setiu berbangsa Melayu dan sebahagian kecilnya terdiri dari kaum Cina dan India. Kebanyakan bangsa Melayu di Setiu bertutur menggunakan bahasa Melayu Kelantan-Patani dan mereka yang duduk berhampiran dengan Kuala Nerus bertutur menggunakan bahasa Melayu Terengganu.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur anda boleh menaiki penerbangan Malaysia Airlines atau Air Asia ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu. Dari sini, anda boleh menaiki teksi atau bas untuk ke Setiu yang akan mengambil masa perjalanan selama 1 jam.

Menggunakan Kereta

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Setiu akan mengambil jarak sejauh 483km atau 4 jam 55 minit masa perjalanan melalui Lebuhraya Pantai Timur. Anda boleh menikmati pemandangan yang indah disepanjang perjalanan anda.

Menggunakan Bas

Anda juga boleh ke Setiu dengan menaiki bas. Dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Kuala Lumpur, anda boleh menaiki Ekspress Mutiara terus ke terminal Setiu yang terletak di Bandar Permaisuri.

Tarikan Pelancongan

Setiu Wetland

Setiu Wetland merupakan salah satu tarikan utama pelancongan di Setiu yang anda mesti kunjungi. Setiu Wetlands menrangkumi 3 lembah sungai yang bertemu dan membentuk laguna sepanjang 14km. Ianya merupakan satu-satunya taman wetland yang mempunyai 9 jenis ekosistem iaitu laut, pantai, lumpur, laguna, muara sungai, sungai, pulau, hutan pantai dan hutau paya bakau.

Pantai Penarik

Pantai Penarik merupakan salah satu pantai yang tercantik di Setiu yang mesti anda kunjungi kerana keindahan pemandangan dan kedamaian suasananya. Dari pantai ini anda boleh melihat Pulau Bidong dan Pulau Redang yang boleh dihubungi dengan perjalanan singkat menaiki bot dari Jeti Merang. Anda akan bertembung dengan nelayan yang ingin keluar ke laut menangkap ikan atau pulang ke darat dengan hasil muatan tangkapan ikan yang penuh.

Pantai Rhu Sepuluh

Anda boleh melawat Pantai Rhu Sepuluh untuk menyaksikan keindahan pemandangan pantainya. Pantai Rhu Sepuluh dikenali kerana lokasinya yang terletak disepanjang laluan Kelantan ke Terenganu. Pantai ini masih mengekalkan keindahan semula jadinya kerana ianya belum diterokai dan belum tercemar.

Gunung Tebu

Sekiranya anda penggemar pada keindahan alam semulajadi, Gunung Tebu merupakan tempat yang sesuai untuk anda lawati. Gunung Tebu merupakan puncak yang tertinggi di Terengganu dengan ketinggian 1039 meter di atas paras laut. Puncaknya menjadi unik kerana terdapat kisah dan lagenda nya yang tersendiri. Anda boleh meuangkan masa seharian berjalan diatas puncak bukit ini untuk menikmati keindahan pemandangan Laut China Selatan dari atas puncak ini yang akan mengambil masa pendakian selama 5-6 jam.

Terengganu International Lasak Park

Taman Lasak Antarabangsa Terengganu terletak di Lembah Bidong di Setiu. Tapak ini menawarkan para pengunjung dengan layanan terbaik Malaysia dengan menyediakan kawasan kandang dan kuarantin kuda kelas pertama, trek berkuda, tapak untuk acara perlumbaan kuda yag selamat, kawasan berteduh dan berehat untuk kuda, kawasan rehat untuk peserta dan juga hospital veterinar.

Hotel

Sutra Beach Resort

Sutra Beach Resort merupakan sebuah resort bertaraf 3 bintang yang terletak di Merang, Setiu. Resort ini terletak dikawasan yang berhampiran dengan tarikan utama pelancongan seperti Taman Endurance Antarabangsa Terengganu pada jarak 1.9km dan Pantai Penarik pada jarak 3km. Dari sini, anda boleh melawat pelbagai destinasi pelancongan yang terdapat di sekitarnya.

Terrapuri Heritage Village

Terrapuri Heritage Village merupakan pilihan yang terbaik buat anda sekiranya anda berkunjung ke Setiu. Dikelilingi oleh taman wetland dan berhadapan dengan pantai, villa menghadap laut ini juga mempunyai garisan pantai sepanjang 1km di Pantai Penarik. Terrapuri Heritage Village merupakan pilihan tepat buat anda menginap yang menawarkan kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik buat para pengunjungnya.