Akses Tempahan
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
  1. Hotel
  2. Malaysia(11,412 hotel)
  3. Melaka(901 hotel)
  4. Bandaraya Melaka(848 hotel)
  5. D'Coconut Cabin

D'Coconut Cabin

Inap Sarapan (B&B)
Lot 1127, Jalan Solok Bukit Tempayan, Pantai Puteri,, Bandaraya Melaka, Melaka, Malaysia, 76400
EXTERIOR_BUILDING D'Coconut Cabin
SWIMMING_POOL D'Coconut Cabin
Night view D'Coconut Cabin
Lihat semua gambar
NaN
Kemudahan Hotel
Penyaman Udara
Parkir
Meja Depan 24j
Kolam Renang
Restoran

Tarikan berhampiran
The Huskitory
(9.05 km)
Oriental Melaka Straits Medical Centre
(9.09 km)
Encore Melaka
(10.75 km)
Porto Historia Melaka
(11.21 km)
Lebih murah jika anda tempah melalui aplikasi sekarang.
Klik di sini untuk muat turun.
disabledInputInfo
disabledInputInfo
Ulasan Pengguna Traveloka
5.7
- Membeli-belah & Pemakanan
Tempahan dibuat tapi tiada bilik.
1
Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotellihat lagi

Kemudahan Hotel

Keterangan

Polisi Hotel

  • Umum
    • Kawasan merokok
    • Penyaman Udara
    • Bilik larangan merokok
    • Teres
    • Kolam renang
  • Kemudahan Umum
    • Pesanan bilik
    • Parkir
    • Restoran
    • Restoran sarapan pagi
  • Kemudahan Dalam Bilik
    • Kaunter
    • Peti besi dalam bilik
    • TV
    • Pancuran mandi
  • Kemudahan OKU
    • Bilik mandi mudah diakses OKU
    • Parkir mudah diakses OKU
    • Laluan mudah diakses OKU
  • Aktiviti
    • Barbeku
    • Kawasan berkelah
    • Kolam renang terbuka
  • Perkhidmatan Hotel
    • Penyambut tetamu 24 jam
    • Penyimpanan bagasi

Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

Daftar masuk: 14.00
Daftar keluar: 12.00

D'Coconut Cabin adalah tempat yang sesuai bagi mereka yang ingin menginap bersesuaian dengan bajet semasa melawat di Melaka. Semua bilik di homestay ini telah dilengkapi dengan kemudahan asas. Para tetamu juga boleh menjamu selera di sebuah restoran di dalam homestay ini. Selain itu, mereka telah menawarkan kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik untuk tetamu mereka. Sebagai contoh, mereka mempunyai Wi-Fi percuma, kolam renang, kawasan untuk barbeku dan berkelah serta perkhidmatan bilik. Bilik-bilik di homestay ini sentiasa dijaga dengan rapi dan dalam keadaan yang bersih. Tambahan pula, D’Coconut Cabin merupakan lokasi yang strategik untuk para pengunjung membuat lawatan ke pusat bandar Melaka.

Bagaimana untuk ke D’Coconut Cabin

Bagi para pengunjung yang berasal dari Kuala Lumpur dan ingin menaiki kereta, mereka perlu mengambil Lebuhraya Utara-Selatan ke Lebuh AMJ iaitu Laluan 19 di Alor Gajah. Kemudian, mereka perlu mengambil 227-Simpang Ampat dari Lebuhraya Utara-Selatan. Selepas itu, mereka perlu menggunakan M10, M153 dan Laluan 5 ke Tanjung Kling. Sebaik sahaja mereka sampai di Tanjung Kling, mereka akan sampai di destinasi mereka iaitu D'Coconut Cabin. Perjalanannya mengambil masa selama 1 jam 57 minit. Para pengunjung akan menghadapi beberapa tol apabila mengunakan laluan ini.

Pilihan Bilik di D’Coconut Cabin

terdapat dua jenis bilik di D'Coconut Cabin. antaranya ialah bilik Double dan bilik Triple. Bagi bilik Double, ia mempunyai saiz sebesar 240 meter persegi dan ia boleh memuatkan 1 katil Double. Para tetamu boleh menikmati Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Bilik ini telah dilengkapi dengan penyaman udara dan kemudahan menyeterika. Bagi bilik mandi, para tetamu akan diberikan peralatan mandian secara percuma. Walau bagaimanapun, sarapan pagi tidak termasuk dalam pakej bilik ini. Oleh itu, jumlah kos untuk bilik ini adalah RM 116.40 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.

Bagi bilik Triple, saiz bilik ini jauh lebih besar daripada bilik sebelumnya kerana ia boleh memuatkan 1 katil Double dan 1 katil bujang. Bilik ini mempunyai penyaman udara dan kemudahan menyeterika untuk para tetamu mengunakannya. Bagi bilik mandi, ia telah dilengkapi dengan pancuran mandian dan peralatan mandian secara percuma. Para tetamu juga boleh mengakses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Walau bagaimanapun, mereka tidak dapat menikmati sarapan secara percuma untuk pakej bilik ini. Oleh itu, jumlah bayaran untuk bilik ini adalah RM 145.50 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.

Restoran dan Kafe di D’Coconut Cabin

D'Coconut Cabin mempunyai sebuah restoran yang menyajikan pelbagai jenis hidangan. Kebanyakan hidangan yang ditawarkan oleh restoran ini telah menemui citarasa pelanggan mereka.

Kemudahan dan Aktiviti D’Coconut Cabin

D'Coconut Cabin telah menawarkan beberapa kemudahan dan perkhidmatan untuk keselesaan tetamu mereka. Antaranya adalah kaunter penyambut tetamu yang beroperasi selama 24-jam, tempat simpanan bagasi, perkhidmatan bilik dan tempat letak kereta secara percuma. Selain itu, para tetamu yang ingin mengisi masa lapang dengan melakukan beberapa aktiviti di luar. Antaranya adalah mereka boleh berenang di kolam renang yang telah disediakan oleh homestay ini atau melakukan sesi barbeku bersama keluarga, sahabat atau rakan sekerja mereka. Selain itu, homestay ini juga telah menyediakan kawasan berkelah untuk para tetamu.

Tempat Menarik berhampiran D’Coconut Cabin

The Huskitory - The Huskitory terletak di sepanjang Jalan Taman Asean dan ia juga terletak hanya 15 minit sahaja dari pusat bandar Melaka. Tempat ini adalah sebuah kafe haiwan peliharaan yang mempunyai lebih daripada 20 anjing Eskimo. Bagi peminat anjing, kafe ini adalah tempat yang harus dikunjungi. Para pengunjung dapat berseronok dan berpeluang untuk berinteraksi dengan anjing tersebut semasa dua sesi dalam sehari yang pada waktu petang dan malam. Selain itu, mereka juga boleh mengambil gambar anjing Eskimo. Tambahan pula, terdapat beberapa jenis minuman dan kopi serta kek yang ditawarkan kepada para pengunjung. Mereka boleh menikmati hidangan mereka sambil menunggu giliran mereka untuk bermain dengan anjing Eskimo. Para pelawat yang datang dari D'Coconut Cabin boleh mengambil masa selama 23 minit dengan memandu ke The Huskitory.

Oriental Melaka Straits Medical Centre - Oriental Melaka Straits Medical Centre terletak di Pusat Perubatan Klebang, Melaka. Ia adalah pusat pakar yang terletak berhampiran pantai Klebang. Hospital ini telah menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti dan beberapa kemudahan seperti perkhidmatan Diagnostik dan Pengimejan Intervensi, bilik operasi, pusat pemulihan dan pusat dialisis. Para tetamu dari D'Coconut Cabin boleh datang ke hospital ini sekiranya berlaku kecemasan. Perjalanan dari homestay ke hospital ini mengambil masa kira-kira 18 minit dengan memandu.

Encore Melaka - Encore Melaka mula dibuka pada 7 Julai 2018. Ia adalah sebuah teater yang terbesar di Malaysia Tempat ini telah menyediakan persembahan yang hebat iaitu berkisahkan tentang kehidupan masyarakat setempat dan budaya mereka. Selain daripada persembahan kebudayaan, tempat ini turut menyediakan persembahan tentang masyarakat berbilang kaum. Teater ini mempunyai 2,000 tempat duduk dan ia mempunyai teknologi yang merangkumi sistem hidraulik untuk menyokong dalam jangka masa yang lama dan untuk unjuran video serta audio yang maju. Para penonton dapat berpeluang untuk duduk di platform berputar 360 darjah yang akan dikelilingi oleh empat jenis pentas. Ia akan bergerak dari satu pentas ke pentas yang lain untuk memberikan pelbagai jenis persembahan kepada para penonton. Platform ini adalah yang pertama di Asia Tenggara. Terdapat juga persembahan selama 70 minit dengan secara langsung yang terdiri daripada 200 penari tempatan yang berusia 18 hingga 63 tahun. Pertunjukan tersebut adalah tentang sejarah Melaka pada abad ke-6. Para pengunjung yang berminat untuk ke Encore Melaka akan mengambil masa selama 23 minit dengan memandu dari D'Coconut Cabin.

Porto Historia Melaka - Porto Historia Melaka terletak di Jonker Street, Melaka. Terdapat ramai orang yang berkunjung ke Porto Historia Melaka pada waktu malam. Para pengunjung boleh mendapatkan pelbagai jenis makanan dan minuman ringan di beberapa gerai di Porto Historia Melaka. Terdapat minuman botol, ais kepal mangga, kambing panggang dan lain-lain. Selain itu, terdapat juga gerai yang menjual pakaian, kraf tangan, hiasan seramik dan barangan yang terpakai sebagai hadiah untuk keluarga dan rakan-rakan. Barang-barang ini dijual pada harga yang berpatutan. Para pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan nyanyian di jalan yang akan diadakan pada setiap malam. Tempat ini dibuka dari pukul 7 malam hingga larut malam. Mereka yang datang dari D'Coconut Cabin akan mengambil masa selama 22 minit dengan memandu ke Porto Historia Melaka.

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.
24 Jam Khidmat Pelanggan+6015 4840 9469 atau +603 7724 3501
Perlu Bantuan?