Akses Tempahan
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
  1. Hotel
  2. Malaysia(11,358 hotel)
  3. Kedah(687 hotel)
  4. Langkawi(517 hotel)
  5. Tanjung Rhu(8 hotel)
  6. De Balqis Resort

De Balqis Resort

RESORT
Tanjung Rhu, Mukim Ayer Hangat, Tanjung Rhu, Langkawi, Kedah, Malaysia, 07000
EXTERIOR_BUILDING De Balqis Resort
LOBBY De Balqis Resort
VIEW_ATTRACTIONS De Balqis Resort
VIEW_ATTRACTIONS De Balqis Resort
COMMON_SPACE De Balqis Resort
Lihat semua gambar
Mengagumkan
9.0/10
Merujuk kepada 6 tetamu
Kemudahan Hotel
Penyaman Udara
Parkir
WiFi

Tarikan berhampiran
Pantai Rekreasi Kastam
(0.15 km)
Tanjung Rhu Beach
(1.07 km)
Black Sand Beach
(2.14 km)
Hot Springs Village
(2.20 km)
Lebih murah jika anda tempah melalui aplikasi sekarang.
Klik di sini untuk muat turun.
disabledInputInfo
disabledInputInfo
Ulasan Pengguna Traveloka
Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...
Diterjemahkan oleh Google
9.7
Privasi, jauh dari hiruk-pikuk pantai Chenang yang sesak
8.5
- Membeli-belah & Pemakanan
Pandangan yang tidak ternilai dari matahari terbenam Tanjung Rhu dari sekeping kecil syurga.
9.1
- Percutian keluarga
Pemandangan yang hebat, bagus, wifi yang baik, akan kembali
1
Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotellihat lagi

Kemudahan Hotel

Keterangan

Polisi Hotel

  • Kemudahan Dalam Bilik
    • Kaunter
    • Peti sejuk
    • TV
    • Pancuran mandi
    • Bar mini
    • Kabel TV
  • Umum
    • Bilik keluarga
    • Kawasan merokok
    • Penyaman Udara
  • Kemudahan Umum
    • Parkir
    • WiFi di kawasan umum
  • Aktiviti
    • Barbeku
  • Kemudahan Internet
    • Internet LAN

    Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

    Daftar masuk: 15.00
    Daftar keluar: 12.00

    Inginkan percutian yang diidam-idamkan? Jauh dari kesibukan kota Langakawi? Anda berada di tempat yang betul. Resort De Balqis, sememangnya akan membawa anda percutian yang anda impikan. Terletak di salah satu pantai terbaik Langkawi, Tanjung Rhu, benar-benar terpencil dan mempunyai suasana yang tenang. Dengan pemandangan pantai yang indah, pasir yang lembut, perairan yang jernih dan angin laut yang lembut dan sejuk pastinya akan menjadi pil gembira anda. Oleh itu, Resort De Balqis terletak dengan strategik di persisiran pantai. Penginapan di sini akan memudahkan anda untuk meneroka dan menikmati kedamaian alam semula jadi, baik di darat mahupun di bawah laut. Tunggu apa lagi? Tempah kami sekarang!

    Bagaimana untuk ke Resort De Balqis

    Walaupun Pulau Langkawi adalah sebuah pulau terpencil di barat laut Semenanjung Malaysia, ia masih dihubungkan melalui pengangkutan udara dan air. Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi menerima beberapa laluan syarikat penerbangan seperti dari negara Singapura, Phuket (Thailand), Seoul (Korea Selatan), Australia, China, Jepun dan sebagainya.

    Perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ke Peach Blossom Village akan mengambil masa kira-kira 25 minit. Dari sana, para tetamu boleh mendapatkan akses ke perkhidmatan pengangkutan lapangan terbang yang menyediakan teksi, van dan kereta eksklusif. Pra-tempahan boleh dilakukan terlebih dahulu dari laman web mereka. Selain itu, lapangan terbang ini turut menyediakan beberapa perkhidmatan sewa kereta dari kedua-dua syarikat tempatan mahupun antarabangsa. Anda juga dapat membandingkan harga dan menempah sewa kereta secara langsung. Tambahan pula, terokai pulau ini dengan motosikal, skuter atau basikal dengan harga yang lebih murah.

    Jika anda memandu dari Semenanjung Malaysia melalui Lebuhraya Utara Selatan, anda boleh memilih untuk ke terminal feri di Kuala Kedah atau di Kuala Perlis. Ia mengambil masa kira-kira 6 jam pemanduan untuk sampai ke Kuala Kedah, manakala tambahan satu jam lagi ke Kuala Perlis. Bas ekspres juga boleh didapati dari Pudu Sentral atau Hentian Duta di Kuala Lumpur, yang akan mengambil masa sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam ke terminal feri. Feri-feri dari kedua-dua jeti ini akan membuat persinggahan di Jeti Kuah Pulau Langkawi yang akan memakan masa selama 1 jam dan 30 minit dari Kuala Kedah dan 1 jam dan 15 minit dari Kuala Perlis.

    Para tetamu boleh memilih sama ada untuk meninggalkan kenderaan mereka di tempat letak kereta berbayar yang terletak di perkarangan jeti dengan bayaran minimum tempat letak kereta sebanyak RM 15 sehari atau mengambil perkhidmatan Ro Ro untuk mengangkut kenderaan anda bersama ke Tanjung Lembong Pulau Langkawi. Tambang feri adalah kira-kira RM 100 hingga RM 200 setiap kereta bergantung pada saiznya. Jika tidak, nikmatilah perjalanan anda dengan menaiki Kereta Api Tanah Melayu (KTM) dari Kuala Lumpur ke jeti.

    Pilihan Bilik di Resort De Balqis

    Berhadapan dengan pemandangan indah Selat Melaka, Resort De Balqis ialah chalet kayu yang dibina dengan konsep tradisional Melayu lama. Setiap chalet adalah 20 meter persegi, dengan bilik mandi peribadi dan katil bersaiz king. Harga yang serendah RM 207 semalam pasti berbaloi. Harga pakej ini adalah tidak termasuk sarapan percuma.

    Semua chalet berhawa dingin dengan dilengkapi kipas, meja, almari, kemudahan menyeterika, televisyen plasma, pembuat kopi/teh, bar mini, air botol dan kopi segera yang percuma. Kemudahan tambahan lain yang disediakan adalah selipar, cermin, peralatan mandian dan tuala.

    Apa yang paling penting, sentiasa berhubung dengan akses internet Wi-Fi yang boleh dinikmati sepenuhnya di dalam bilik mahupun di seluruh kawasan hotel.

    Restoran dan Kafe di Resort De Balqis

    Resort De Balqis tidak mempunyai restoran atau kafe sendiri. Namun begitu, anda boleh menikmati masakan dari beberapa restoran tempatan yang berdekatan di sekitar kawasan hotel ini. Penuhi cita rasa dan selera anda dengan makanan laut yang baru segar di Pulau Langkawi ini atau dengan masakan antarabangsa yang lain seperti Barat, Cina, Thailand, Arab atau Pakistan. Antara restoran yang berdekatan ialah Martini Restoran dan Scarborough Fish n Chip. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati air kelapa segar sambil menikmati pemandangan panorama lautan yang indah!

    Kemudahan dan Aktiviti di Resort De Balqis

    Kemudahan hotel asas yang ditawarkan oleh Resort De Balqis ialah tempat meletak kereta percuma, pengemasan dan meja depan 24 jam dengan kakitangan yang ramah dan bersedia berkhidmat untuk anda. Dan apa lagi? Resort De Balqis ini turut menyediakan kemudahan barbeku untuk anda nikmati dengan orang tercinta. Bersedia untuk dipukau dan terpesona oleh pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan.

    Tempat Menarik Berhampiran di Resort De Balqis

    Pantai Pasir Hitam (Black Sand Beach) - Menawarkan percutian yang damai, maka jangan lepaskan peluang ini untuk melawat Black Sand Beach Langkawi, yang terletak 9 minit dari pantai barat Pantai Tanjung Rhu. Pantai ini pasti akan melebihi jangkauan anda, selain menjadi tempat popular untuk pengguna Instagram. Terkisah satu legenda yang berabad-abad lamanya di sebalik pantai berpasir hitam yang dipercayai oleh sebahagian penduduk tempatan Telah dikatakan bahawa pada suatu masa dahulu, seorang nelayan mencuri cincin duyung. Ini menjadikan ia marah dan mengakibatkan dia menjatuhkan sumpahan ke atas tanah itu. Tetapi, yang lain mendakwa bahawa ia adalah tanah dari sawah padi, yang dibakar oleh petani. Pantai ini juga merupakan tempat yang bagus untuk memancing!

    Kampung Ayer Hangat - Turut dikenali sebagai Ayer Hangat Village, Kampung Ayer Hangat ini adalah salah satu senarai yang mesti dilakukan apabila anda berkunjung ke Pulau Langkawi. Ia adalah salah satu lokasi daripada tiga negara di dunia yang mempunyai mata air panas yang mengandungi garam semula jadi. Terdapat juga satu siri hiburan yang ditawarkan di sini iaitu jakuzi, refleksologi kaki, pameran kebudayaan, tarian tradisional Malaysia, lukisan Batik, kickboxing dan restoran yang menyajikan hidangan asli Malaysia, Thailand dan Indonesia. Yuran pendaftaran adalah cukup murah dan berpatutan. Yuran dewasa hanyalah sebanyak RM 5 seorang dan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun adalah percuma.

    Effective from 1st July 2016, the Kedah State Government imposed a mandatory Tourism Fee per occupied room per night for all hotel accommodation (maximum RM9.00 per room per night). This fee may change without prior notice. This fee will be collected by hotel upon guest arrival.
    Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.
    24 Jam Khidmat Pelanggan+6015 4840 9469 atau +603 7724 3501
    Perlu Bantuan?