Akses Tempahan
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
  1. Hotel
  2. Malaysia(11,411 hotel)
  3. Melaka(901 hotel)
  4. Bandaraya Melaka(848 hotel)
  5. Driftwood Guest House

Driftwood Guest House

Hotel
39 Lorong 2, Jalan Haji Pitchay, Jalan Ujong Pasir, Bandaraya Melaka, Melaka, Malaysia, 75050
Featured Image Driftwood Guest House
BATHROOM Driftwood Guest House
EXTERIOR_BUILDING Driftwood Guest House
BEDROOM Driftwood Guest House
Interior Detail Driftwood Guest House
Lihat semua gambar
NaN
Berdasarkan 66 ulasan tetamu
Kemudahan Hotel
Parkir

Tarikan berhampiran
Bukit China
(1.55 km)
Mahkota Medical Centre
(1.66 km)
Dataran Pahlawan Melaka Megamall
(1.78 km)
Mahkota Parade
(1.85 km)
Lebih murah jika anda tempah melalui aplikasi sekarang.
Klik di sini untuk muat turun.
disabledInputInfo
disabledInputInfo
Ulasan Pengguna Traveloka

Berdasarkan 51 ulasan

10
Sangat Hebat
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan
Belum ada ulasan dari tetamu
Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotellihat lagi

Kemudahan Hotel

Keterangan

Polisi Hotel

  • Perkhidmatan Hotel
    • Pekerja rencam
    • Perkhidmatan dobi
    • Penyimpanan bagasi
    • Kakitangan berbilang bahasa
  • Umum
    • Kawasan merokok
    • Kawasan merokok
  • Kemudahan Umum
    • Parkir
  • Aktiviti
    • Taman
  • Pengangkutan
    • Parkir terhad

    Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

    Daftar masuk: 14.00
    Daftar keluar: 12.00

    Melaka adalah salah satu destinasi pelancongan yang terkenal semasa musim cuti di Malaysia. Terdapat banyak hotel, inap desa dan jenis penginapan lain yang di seluruh negeri yang ditawarkan kepada para pelancong yang datang ke Melaka. Driftwood Guest House, bagaimanapun, tidak seperti mana-mana penginapan biasa. Ia adalah tempat penginapan yang unik untuk tinggal semasa bercuti di Melaka, terutamanya bagi yang bercuti dengan keluarga atau beberapa orang rakan. Rumah tamu ini terletak di bandar Melaka, tidak jauh dari semua tarikan bersejarah yang merupakan sebab orang yang datang ke negeri ini.

    Bagaimana untuk ke Driftwood Guest House

    Driftwood Guest House terletak berhampiran Jalan Ujong Pasir, salah satu jalan utama di Melaka. Pergi ke rumah tamu ini adalah sangat mudah dan cara terbaik adalah dengan memandu. Pemanduan dari Pusat Bandaraya Melaka akan mengambil masa kira-kira lima belas minit untuk sampai ke Driftwood Guest House. Perjalanan dari Kuala Lumpur pula akan mengambil masa hampir dua jam untuk sampai ke rumah tamu tersebut melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Bagi mereka yang lebih suka mengambil bas, perjalanan ke Melaka Sentral dari Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur akan mengambil masa kira-kira tiga jam dan harga untuk satu tiket bermula serendah RM 19. Melaka Sentral hanya sepuluh minit jauhnya dari Driftwood Guest House. Terdapat banyak teksi yang beroperasi di Melaka Sentral yang akan membawa penumpang mereka ke mana-mana tempat di negeri tersebut. Pastikan pemandu mahu menggunakan meter untuk mengira tambang perjalanan untuk mengelakkan dari di tipu.

    Pilihan Bilik di Driftwood Guest House

    Driftwood Guest House terletak di sebuah rumah teres lot tepi, dua tingkat. Terdapat dua jenis bilik tidur. Bilik tidur yang utama, mempunyai sebuah katil bersaiz Queen. Terdapat ruang duduk kecil di bilik tidur utama, sesuai untuk bersantai. Bilik air untuk bilik tidur ini dilengkapi dengan pancuran air panas. Tuala dan beberapa peralatan mandian penting disediakan. Bilik tidur kedua di Driftwood Guest House mempunyai dua buah katil bersaiz bujang. Bilik ini juga dilengkapi dengan bilik mandi peribadi. Bilik ini juga mempunyai satu ruang duduk. Kedua-dua bilik tidur ini mempunyai sebuah kipas angin siling dan juga sebuah pendingin hawa.

    Kawasan tamu Driftwood Guest House terletak di tingkat dua. Terdapat beberapa buah sofa dan satu set televisyen. Ruang tamu ini juga dipasang dengan sebuah pendingin hawa. Ruang makan pula, ia terletak di tingkat bawah, tepat di sebelah dapur. Terdapat sebuah meja makan yang boleh duduk enam orang pada satu-satu masa. Terdapat juga sebuah daybed terletak berdekatan yang boleh dijadikan sebagai kawasan duduk di ruang makan. Driftwood Guest House ini juga mempunyai sebuah ruang untuk pejabat. Ruang pejabat dilengkapi dengan sebuah meja tulis dan satu set kerusi. Sebuah peti sejuk kecil bersama-sama dengan satu pembuat kopi/teh diletakkan di ruang pejabat ini. Minuman yang tersedia di peti sejuk itu boleh dinikmati oleh semua para tetamu tanpa sebarang banyaran tambahan.

    Restoran dan Kafe di Driftwood Guest House

    Driftwood Guest House tidak mempunyai sebarang restoran mahu pun kafe di dalam rumah tamu mereka. Walau bagaimanapun, tuan rumah Driftwood Guest House menyediakan sarapan pagi yang percuma untuk para tetamu yang menginap di sana. Sarapan disajikan setiap hari.

    Kemudahan di Driftwood Guest House

    Driftwood Guest House mempunyai beberapa kemudahan untuk membuat penginapan di tempat mereka lebih selesa. Terdapat sebuah garaj di mana para tetamu boleh meletak kereta mereka dengan bebas. Garaj ini boleh memuatkan sekitar dua buah kereta pada satu-satu masa. Kawasan garaj ini juga berada di dalam kawasan berpagar rumah. Terdapat juga perkhidmatan dobi yang disediakan oleh pemilik Driftwood Guest House. Caj tambahan akan dikenakan kepada mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan mencuci baju ini. Sambungan Wi-Fi percuma disediakan di Driftwood Guest House. Balkoni Driftwood Guest House juga boleh diakses untuk para tetamu.

    Tempat Menarik berhampiran Driftwood Guest House

    Bukit Cina - Bukit Cina, Melaka adalah sebuah tanah perkuburan bagi masyarakat purba Cina Melaka. Ia adalah perkuburan Cina yang terbesar dan tertua di luar China. Terdapat lebih daripada 12 ribu buah kubur, yang tersebar di sepanjang 250 ribu meter persegi. Kebanyakan kubur ini bertarikh kembali kepada Dinasti Ming, sekitar tahun 1368-1644. Bukit Cina pada asalnya merupakan sebuah hadiah dari Sultan Mansor Shah kepada Puteri Hang Li Po untuk perkahwinan mereka. Bukit ini telah dijadikan sebagai kediaman rasmi puteri tersebut. Sebuah telaga telah dibina di kaki bukit oleh pengikut puteri untuk kegunaan peribadinya dan ia juga merupakan sumber air yang penting untuk bandar tersebut. Hari ini, telaga itu tidak lagi boleh digunakan. Perigi tersebut telah dijadikan sebagai tarikan para pelancong yang datang ke Bukit Cina dan juga sebagai sebuah perigi hajat. Bukit Cina juga mempunyai peringatan yang didirikan untuk menghormati penduduk China tempatan yang terbunuh dalam Perang Dunia Kedua. Bukit Cina ini dibuka setiap hari dan boleh sahaja datang pada bila-bila masa.

    You must present a photo ID when checking in. Your credit card is charged at the time you book. Bed type and smoking preferences are not guaranteed.Your reservation is prepaid and is guaranteed for late arrival. The total charge includes all room charges and taxes, as well as fees for access and booking. Any incidental charges such as parking, phone calls, and room service will be handled directly between you and the property.
    Extra-person charges may apply and vary depending on hotel policy.
    Government-issued photo identification and a cash deposit are required at check-in for incidental charges.
    Special requests are subject to availability upon check-in and may incur additional charges. Special requests cannot be guaranteed.
    Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.
    24 Jam Khidmat Pelanggan+6015 4840 9469 atau +603 7724 3501
    Perlu Bantuan?