Akses Tempahan
MYR
Log Masuk / Daftar

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
  1. Hotel
  2. Malaysia(6,657 hotel)
  3. Pahang(483 hotel)
  4. Kuantan(182 hotel)
  5. Balok(28 hotel)
  6. eRYA by Suria Cherating Beach Resort

eRYA by Suria Cherating Beach Resort

Hotel
KM 32.5 Jalan Kuantan / Kemaman, Cherating, Kuantan, Pahang, Malaysia, 26080
EXTERIOR_BUILDING eRYA by Suria Cherating Beach Resort
EXTERIOR_BUILDING eRYA by Suria Cherating Beach Resort
EXTERIOR_BUILDING eRYA by Suria Cherating Beach Resort
LOBBY eRYA by Suria Cherating Beach Resort
LOBBY eRYA by Suria Cherating Beach Resort
Lihat semua gambar
Menyenangkan
8.0/10
Merujuk kepada 391 tetamu
2 tetamu mengulas tentang bilik selesa
Bilik yang selesa dan kemudahan yang baik.
Mohd Y. B. M. D.
Lihat semua ulasan
Berdasarkan 148 ulasan tetamu
Kemudahan hotel
Penyaman Udara
Parkir
Kolam Renang
Meja Depan 24j
Restoran
WiFi

Tarikan berhampiran
Cherating Turtle Sanctuary
(1.94 km)
Pantai Cherating
(1.94 km)
TMG Mart Kemaman
(6.72 km)
Masjid Pengkalan Pandan
(6.99 km)
Log masuk untuk mendapat tawaran hotel hebat sehingga 25%!
Log masuk sekarang.
disabledInputInfo
disabledInputInfo
Ulasan oleh pengguna Traveloka

Berdasarkan 391 ulasan

8.0
Menyenangkan
Hebat
46
Bagus
248
Memuaskan
40
Biasa
57
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan
Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...
5.9
Toilet tak bersih, mangkuk tandas kotor, singki pun kotor & sliding door shower rosak & nak jatuh, bilik 133 ☹️
8.5
- Percutian keluarga
Kami menginap di bilik Terrace Seaview (Bar), buka sliding door terus jumpa kolam. Penginapan yang berbaloi dengan harga yang berpatutan. Anak-anak sangat enjoy dapat mandi kolam, dan kolam yang best mesra kanak-kanak. Breakfast yang ringkas tetapi memuaskan.
8.5
Bilik yang selesa serta kolam mandi yg sesuai untuk kanak-kanak.
8.5
Penginapan yang baik, fasiliti yang menghiburkan, persekitaran hotel yang mendamaikan.
8.5
Bilik yang cantik dan selesa, cuma air dalam bilik mandi slow, lain-lain semua ok.
8.8
- Percutian keluarga
Hotel untuk percutian terbaik untuk sekeluarga. Ada hiburan untuk setiap ahli keluarga, mainan, pool dan aktiviti tepi pantai. Great place for a family vacation.
5.6
- Percutian keluarga
Bilik kotor, lipas merata-rata, tilam n bantal busuk, terpaksa sembur perfume sendiri, wayar paip rosak, wardrobe tunggu masa nak tercabut pintu, makanan ok, kolam bersih, pemandangan pantai cantik.
9.4
- Percutian keluarga
Sesuai dan selesa untuk keluarga.
8.5
- Percutian keluarga
Staf yang baik dan mesra, makanan yang sederhana, bilik selesa, sesuai untuk keluarga.
8.6
- Percutian keluarga
Saya suka hotel ni cuma bilik perlu diperbaharui, perabut nmpk buruk, toilet pun perlu diperbaiki, keadaan lampu bilik malap, tak ckup terang termasuk didalam toilet, banyak lipas, menganggu anak2, shower mcm dah rosak, saya terpaksa mandi mengunakan paip yg bersebelahan toilet bowl.. banyak aktiviti boleh dibuat, swimming pool agak kecil tp anak2 saya enjoy mandi pool since pantai dia mmg tak boleh mandi sal ombak yg sangat besar, takut, duduk main tepi2 boleh la, breakfast ok2 jer, staff sangat membantu, tq.
Pertama
Sebelumnya
1
2
3
20
Seterusnya
Akhir

Kemudahan hotel

Keterangan

Polisi hotel

  • Perkhidmatan Hotel
    • Meja depan
    • Penyambut tetamu 24 jam
    • Keselamatan 24 jam
    • Perkhidmatan dobi
    • Penyimpanan bagasi
    • Kakitangan berbilang bahasa
    • Perkhidmatan perkahwinan
  • Aktiviti
    • Taman
    • Karaoke
    • Urutan
    • Kemudahan luar
    • Kolam renang terbuka
    • Kawasan berkelah
    • Pantai persendirian
  • Sukan & Rekreasi
    • Badminton
    • Bot pisang
    • Bola tampar pantai
    • Memancing
    • Snorkel
    • Ping pong
  • Kemudahan Dalam Bilik
    • Pengering rambut
    • Peti besi dalam bilik
    • Bar mini
    • Peti sejuk
    • Pancuran mandi
    • TV
  • Kemudahan Perniagaan
    • Pusat perniagaan
    • Kemudahan perniagaan
    • Bilik persidangan
    • Kemudahan mesyuarat
    • Projektor
  • Umum
    • Penyaman Udara
    • Bilik keluarga
    • Bilik larangan merokok
    • Kawasan merokok
    • Teres
  • Makanan dan Minuman
    • Sarapan bufet
    • Makan malam bufet
    • Makan tengah hari bufet
  • Kemudahan Umum
    • Parkir
    • Restoran
    • Pesanan bilik
  • Kemudahan OKU
    • Pembolehcapaian mudah
  • Pengangkutan
    • Parkir yang selamat
  • Kemudahan Internet
    • WiFi percuma

    Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

    Daftar masuk: 15.00
    Daftar keluar: 12.00

    Dilabelkan sebagai “Best-Kept Hidden Treasures of Malaysia” di laman web rasmi mereka, hotel unik bertaraf satu bintang ini memberi anda pengalaman yang menyeronokkan di bawah harga yang sangat berpatutan. Jika anda mencari tempat tinggal yang berada dalam lingkungan perbelanjaan perjalanan anda dan selesa untuk keluarga serta perniagaan, hotel ini adalah tempat penginapan yang patut anda cari. Hotel ini terletak di tepi pantai Cherating yang popular. Terletak menghadap pantai, hotel ini menawarkan banyak aktiviti yang anda boleh nikmati dengan teman-teman anda. Terdapat lima jenis bilik yang ada dan masing-masing mempunyai keunikan tersendiri serta lengkap dengan kemudahan berkualiti tinggi untuk memastikan anda mempunyai penginapan yang selesa. Makanan yang disediakan di hotel ini juga sangat istimewa. Restoran Bunga Padi menawarkan pelbagai menu yang meliputi hidangan tempatan dan antarabangsa. Memandangkan betapa strategiknya kedudukan hotel ini, ia benar-benar dekat dengan tarikan pelancong utama yang boleh anda lawati pada bila-bila masa sepanjang hari.

    Bagaimana untuk ke eRYA by Suria Cherating Beach Resort

    Titik utama navigasi untuk sampai ke hotel ialah pantai. Pantai Cherating sangat popular di kalangan penduduk setempat dan teoerinya adalah jika anda mencari pantai, anda akan menemui hotel ini. Memandangkan ia sangat berdekatan dengan Suria Cherating Beach Resort, yakni usaha untuk mencari hotel ini menjadi lebih mudah. Sekiranya anda menaiki kapal terbang, anda perlu mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah. Jarak antara hotel dan lapangan terbang adalah sekitar 48 km. Walau bagaimanapun, perjalanan mungkin mengambil masa yang lebih lama bergantung kepada keadaan lalu lintas pada waktu itu. Jika anda mencari tanda tempat yang berdekatan untuk membantu pencarian anda, anda boleh mencari Cherating Turtle Sanctuary kerana ia merupakan tempat yang paling hampir dengan hotel.

    Pilihan Bilik di eRYA by Suria Cherating Beach Resort

    Terdapat lima jenis bilik yang ada dan masing-masing mempunyai keunikan tersendiri serta lengkap dengan kemudahan berkualiti tinggi untuk memastikan anda mempunyai penginapan yang selesa. Kemudahan dalam bilik yang boleh anda dapati di semua bilik termasuk pengering rambut, peti keselamatan dalam bilik, bar mini, peti sejuk, bilik mandian pancuran dan televisyen. Jenis bilik yang disebutkan adalah Superior Garden View, Deluxe Sea View, Terrace Garden View, Terrace Sea View dan Suria Suite.

    Superior Garden View menyediakan penginapan untuk dua orang. Terdapat sejumlah 45 bilik yang terdapat dalam kategori ini. Tetamu bilik ini akan mempunyai kebebasan untuk memilih katil yang diingini, sama ada ingin memilih katil jenis Double atau berkembar. Ini sesuai untuk mereka yang berpasangan atau rakan-rakan yang menjelajah secara berdua. Kemudahan lain yang disediakan termasuk sarapan untuk dua orang, unit penghawa dingin individu, kemudahan membuat kopi/teh, telefon IDD dan sambungan internet tanpa wayar di dalam bilik. Anda pasti akan menikmati pemandangan taman di luar setiap kali anda bangun pada waktu pagi.

    Deluxe Sea View menyediakan penginapan untuk dua orang. Terdapat sejumlah 48 bilik yang terdapat dalam kategori ini. Tetamu bilik ini akan mempunyai kebebasan untuk memilih katil yang diingini, sama ada ingin memilih katil jenis Double atau berkembar. Ini sesuai untuk mereka yang berpasangan atau rakan-rakan yang menjelajah secara berdua. Kemudahan lain yang disediakan termasuk sarapan untuk dua, bilik mandian pancuran panas/sejuk, bilik mandian dan tandas peribadi, telefon IDD dan sambungan internet tanpa wayar di dalam bilik. Anda pasti akan menikmati pemandangan laut di luar setiap kali anda bangun pada waktu pagi.

    Terrace Garden View/Terrace Sea View menyediakan penginapan untuk dua orang. Terdapat sejumlah 15 bilik yang terdapat dalam kategori ini, iaitu 10 bilik dengan pemandangan laut dan 5 bilik untuk pemandangan taman. Tetamu bilik-bilik pemandangan laut akan disediakan dengan katil bersaiz King manakala mereka yang berada di bilik dengan pemandangan taman akan mempunyai katil berkembar. Ini sesuai untuk mereka yang berpasangan atau rakan-rakan yang menjelajah secara berdua. Kemudahan lain yang disediakan termasuk sarapan untuk dua orang, unit penghawa dingin individu, kemudahan membuat kopi/teh, telefon IDD dan sambungan internet tanpa wayar di dalam bilik. Anda pasti akan menikmati pemandangan taman dan laut di luar setiap kali anda bangun pada waktu pagi.

    Suria Suite menyediakan penginapan untuk dua orang. Terdapat sejumlah 6 bilik yang terdapat dalam kategori ini. Tetamu dalam bilik dengan pemandangan laut ini akan disediakan dengan katil bersaiz King. Kemudahan lain yang disediakan termasuk sarapan untuk dua orang, unit penghawa dingin individu, kemudahan membuat kopi/teh, telefon IDD dan sambungan internet tanpa wayar di dalam bilik. Anda pasti akan menikmati pemandangan laut di luar setiap kali anda bangun pada waktu pagi.

    Restoran dan Kafe di eRYA by Suria Cherating Beach Resort

    Makanan yang disediakan di sini juga istimewa. Restoran Bunga Padi menawarkan pelbagai menu yang meliputi hidangan tempatan dan antarabangsa. Di sini, anda akan merasai pelbagai pilihan hidangan Malaysia dan Barat. Restoran ini sangat luas kerana anda akan mempunyai pilihan untuk makan sama ada di dalam atau di luar restoran bersebelahan dengan kolam renang hotel. Persekitarannya sangat bagus dan elegan serta sangat indah semasa matahari terbenam.

    Jika anda memilih untuk mencuba restoran lain di sekitar kawasan ini untuk merasa sesuatu yang baru, terdapat banyak restoran berdekatan dalam jarak empat kilometer dari hotel. Restoran-restoran tersebut ialah D’Beteng Cafe, Duyong Restaurant, Ombok Cherating, Intan Seafood Restaurant dan Cherating Beach Bar. Anda dapat merasakan kehebatan minuman, hidangan barat dan masakan tradisional sambilditemani oleh pemandangan laut.

    Kemudahan dan Aktiviti di eRYA by Suria Cherating Beach Resort

    Hotel ini mempunyai pelbagai kemudahan untuk kegunaan anda. Antara kemudahan hotel dan kemudahan awam yang disediakan oleh hotel termasuklah meja penyambut tamu, penyambut tetamu 24-jam, perkhidmatan perkahwinan, tempat letak kereta, perkhidmatan bilik, simpanan bagasi, teres, kawasan merokok dan bilik keluarga. Setiap kemudahan yang disediakan oleh hotel adalah untuk kegunaan semua tetamu yang menginap. Anda juga akan mempunyai akses Wi-Fi percuma mengikut terma dan syarat mereka. Pelancong perniagaan akan mendapati keperluan mereka juga dipenuhi dengan pelbagai kemudahan perniagaan yang disediakan. Kemudahan perniagaan yang disediakan termasuk pusat perniagaan, kemudahan mesyuarat, bilik persidangan dan projektor. Produktiviti kerja di sini adalah kemajuan yang berterusan.

    Jika anda sedang mencari beberapa aktiviti untuk dilakukan sepanjang penginapan anda di hotel ini, anda boleh menikmati pelbagai sukan dan hiburan yang tersedia khas untuk anda. Sekiranya anda seseorang yang suka bersukan, anda pasti akan mengetahui bahawa hotel ini menawarkan bola tampar pantai dan snorkeling serta aktiviti luaran lain yang boleh anda lakukan dengan rakan-rakan/keluarga anda di tepi pantai. Sekiranya anda memerlukan masa hiburan untuk diluangkan, hotel ini mempunyai sesi karaoke di mana anda boleh menikmati lagu-lagu kegemaran anda. Sekiranya anda memerlukan masa istirahat, anda boleh berehat di pusat urut dan menikmati masa rejuvenasi dari hari yang panjang.

    Tempat menarik berhampiran eRYA by Suria Cherating Beach Resort

    Cherating Turtle Sanctuary - Adakah anda seorang pencinta haiwan? Mungkin anda ingin menghabiskan masa keluarga di alam hidupan liar. Anda boleh membawa keluarga/kawan-kawan anda ke Cherating Turtle Sanctuary di mana anda akan dapat melihat penyu yang naik ke daratan untuk bertelur, menonton kura-kura yang baru menetas membuat perjalanan mereka kembali ke laut atau bahkan membantu mereka kembali ke laut. Ia adalah pemandangan kelas pertama terhadap alam semula jadi dan penghuninya yang hidup dalam persekitaran habitatnya sendiri.

    Taman Air Bukit Gambang - Ambillah rakan-rakan dan keluarga anda ke Taman Air Bukit Gambang di mana anda boleh menikmati adrenalin ketika melakukan aktiviti air. Percutian menjadi bosan tanpa aktiviti air. Ia semua tentang bersenang-senang dan tempat ini mempunyai keseronokan untuk meletakkan anda di dalamnya.



    -

    Haiwan peliharaan adalah tidak dibenarkan.


    Bayaran tetamu tambahan boleh dikenakan dan berbeza-beza mengikut dasar hotel.
    Pengenalan bergambar keluaran kerajaan dan kad kredit diperlukan semasa daftar masuk untuk bayaran sampingan.
    Permintaan khas adalah tertakluk kepada ketersediaan semasa daftar masuk dan boleh dikenakan bayaran tambahan. Permintaan khas tidak dapat dijamin.
    Perkhidmatan pengangkutan ulang-alik lapangan terbang tersedia atas permintaan. Sila hubungi hartanah lebih awal untuk membuat persiapan.
    Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.