Muat Turun Aplikasi
MYR
Log masuk
Daftar
Pengangkutan
Penginapan
Aktiviti dan Hiburan
Produk Tambahan

Euro Rich Hotel Melaka

Hotel
No.8, Jalan PM13, Plaza Mahkota , Pusat Bandar Melaka, Bandaraya Melaka, Melaka, Malaysia, 75000
Lihat Peta
EXTERIOR_BUILDING Euro Rich Hotel Melaka
EXTERIOR_BUILDING Euro Rich Hotel Melaka
EXTERIOR_BUILDING Euro Rich Hotel Melaka
EXTERIOR_BUILDING Euro Rich Hotel Melaka
EXTERIOR_BUILDING Euro Rich Hotel Melaka
EXTERIOR_BUILDING Euro Rich Hotel Melaka
LOBBY Euro Rich Hotel Melaka
Lihat Semua Gambar
8.1
Menyenangkan
Daripada 1,576 ulasan

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Euro Rich Hotel Melaka adalah hotel bertaraf tiga bintang di Plaza Mahkota di Bandar Melaka. Hotel mewah ini mempunyai rekaan dalaman yang sangat menarik dan unik yang akan membuatkan anda merasa seperti anda menginap di sebuah hotel mewah. Terdapat lapan jenis bilik yang disediakan oleh hotel ini untuk memastikan penginapan yang menyenangkan. Setiap bilik dilengkapi dengan ciri-ciri uniknya yang sesuai dengan keperluan anda. Sama ada jika anda melancong berseorangan, bersama keluarga atau ketika dalam perjalanan perniagaan, hotel ini dapat memenuhi keperluan anda. Selain itu, hotel ini dibina di lokasi yang sangat strategik. Melaka adalah tempat warisan bersejarah yang merugikan jika anda tidak pergi melawat lokasi-lokasi bersejarah tersebut dan memandangkan hotel ini sangat dekat dengan kebanyakan tempat-tempat bersejarah terkenal itu, anda akan mendapati betapa mudahnya untuk menjelajahi ke kawasan-kawasan itu. Pengurusan hotel sangat berminat untuk memberikan anda penginapan yang tidak dapat dilupakan.
Pemenang Traveloka Hotel Awards 2019: Perkhidmatan Terbaik

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Meja Depan 24 jam
Parkir
Lif
WiFi

Apa yang Dikatakan Tetamu Mengenai Penginapan Mereka

Lihat Semua Ulasan
Bilik Selesa (4)
Bilik Bagus (5)
Lokasi Strategik (16)
Bilik Mandi Bersih (2)
8.5
/ 10
Muhammad A. A. R.
Bilik yang bersih dan selesa untuk didiami, harga juga sangat berpatutan.

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
No.8, Jalan PM13, Plaza Mahkota , Pusat Bandar Melaka, Bandaraya Melaka, Melaka, Malaysia, 75000

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Euro Rich Hotel Melaka

Euro Rich Hotel Melaka adalah hotel bertaraf tiga bintang di Plaza Mahkota di Bandar Melaka. Hotel mewah ini mempunyai rekaan dalaman yang sangat menarik dan unik yang akan membuatkan anda merasa seperti anda menginap di sebuah hotel mewah. Terdapat lapan jenis bilik yang disediakan oleh hotel ini untuk memastikan penginapan yang menyenangkan. Setiap bilik dilengkapi dengan ciri-ciri uniknya yang sesuai dengan keperluan anda. Sama ada jika anda melancong berseorangan, bersama keluarga atau ketika dalam perjalanan perniagaan, hotel ini dapat memenuhi keperluan anda. Selain itu, hotel ini dibina di lokasi yang sangat strategik. Melaka adalah tempat warisan bersejarah yang merugikan jika anda tidak pergi melawat lokasi-lokasi bersejarah tersebut dan memandangkan hotel ini sangat dekat dengan kebanyakan tempat-tempat bersejarah terkenal itu, anda akan mendapati betapa mudahnya untuk menjelajahi ke kawasan-kawasan itu. Pengurusan hotel sangat berminat untuk memberikan anda penginapan yang tidak dapat dilupakan.

Bagaimana untuk ke Euro Rich Hotel Melaka

Melaka adalah sebuah negara yang sangat kecil, oleh itu, anda akan mendapati mudah untuk mencari hotel ini apabila anda tiba di negara ini. Memandu akan menjadi kaedah pengangkutan yang terbaik kerana Melaka dikenali dengan keadaan lalu lintas yang sibuk dan mungkin akan mengambil sedikit masa untuk menunggu pengangkutan awam yang ada tiba. Dari Lapangan Terbang Melaka, jarak ke hotel adalah sekitar 9 km dan kira-kira 30 minit tempoh memandu bergantung pada keadaan lalu lintas pada masa itu. Hotel ini terletak menghadap ke arah laut dan sangat dekat dengan Menara Taming Sari, Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade. Jika anda mendapati diri anda keliru di sepanjang jalan ke sana, anda sentiasa dapat mencari tempat-tempat yang dinyatakan tadi untuk bantu anda sampai ke hotel.

Pilihan Bilik di Euro Rich Hotel Melaka

Terdapat sejumlah enam jenis bilik tetamu yang ditawarkan oleh hotel. Setiap bilik menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan anda sama ada anda berada di sini untuk bercuti atau anda berada dalam urusan perniagaan. Enam jenis yang dinyatakan adalah Superior King (bilik tanpa tingkap), Deluxe King, Deluxe Twin, Superior King Plus (bilik tanpa tingkap), Family Junior, Family Junior Plus, Family Quad dan Family Premier Xtra.

Hanya bilik jenis Superior King dan Superior King Plus yang tidak mempunyai tingkap di hotel ini. Superior King menawarkan katil King manakala Superior King Plus menawarkan katil King dan katil bujang. Jika anda tidak memerlukan katil bujang tambahan, anda sentiasa boleh memilik bilik Superior King. Kemudahan lain yang disediakan di dalam bilik termasuk meja kerja, linen unggul & selimut kapas, akses kad kunci elektronik, televisyen plasma 32 inci dengan saluran satelit dan tuala mandi beserta peralatan mandian.

Deluxe King dan Deluxe Twin menyediakan anda dengan pilihan tempat tidur yang boleh anda pilih bersesuaian dengan keinginan anda. Jika anda inginkan katil yang berasingan, maka Deluxe Twin menawarkan dua katil bujang dan jika anda ingin berkongsi katil, Deluxe King menyediakan satu katil King untuk anda. Kemudahan lain yang disediakan termasuk penyaman udara, internet Wi-Fi, bilik mandi dalam suite dengan air mandi pancuran yang boleh dipanaskan, seterika bersama papan seterika yang akan disediakan atas permintaan, air mineral dan meja kerja.

Family Junior, Family Plus Junior, Family Quad dan Family Premier Xtra sesuai untuk mereka yang melancong bersama ahli keluarga anda. Family Junior dan  Family Plus Junior berbeza mengikut jenis katil yang mereka tawarkan. Yang pertama menawarkan katil Queen dan satu katil bujang manakala yang kedua menawarkan katil King dan satu katil bujang. Kedua-dua bilik menawarkan set ruang tamu untuk semua orang. Family Quad dan Family Premier Xtra menyediakan ruang tambahan mega untuk ahli keluarga anda nikmati. Family Quad menyediakan satu katil bersaiz King dan satu katil Queen, sementara Family Premier Xtra menyediakan satu katil King dan dua katil Queen. Kemudahannya sama dengan bilik-bilik lain. Bagi pelancong keluarga, bilik yang mereka tawarkan ini pasti akan menjadikan penginapan anda lebih selesa.

Restoran dan Kafe di Euro Rich Hotel Melaka

Melaka mempunyai beberapa restoran terbaik yang boleh anda kunjungi jika anda berada di bandar. Tidak banyak maklumat yang boleh diperolehi tentang restoran dan kafe yang disediakan di hotel, tetapi anda tidak perlu risau kerana terdapat banyak maklumat tempat-tempat makan menarik yang anda boleh temui untuk memenuhi selera makan anda. Berada dalam jarak 1 km dari hotel, anda akan teruja untuk mendapati bahawa terdapat sebilangan besar restoran yang anda boleh singgah. Restoran-restoran seperti Sam Pattissier Cake House, Ming Sate Hut, Sirocco Restaurant, Restoran Bukit Tinggi, Peach Square Kafeteria, Asam Pedas Selera Kampung dan Pak Putra Tandoori & Naan Restaurant adalah antara restora yang menyediakan hidangan kombinasi tempatan dan antarabangsa yang terbaik.

Kemudahan dan Aktiviti di Euro Rich Hotel Melaka

Untuk memastikan anda selesa dan berpuas hati dengan penginapan anda, hotel ini telah menyelenggara semua kemudahan awam dan hotel dengan baik untuk kegunaan anda. Perkhidmatan awam dan hotel termasuk penerimaan tetamu 24-jam, pengemasan harian, lif, bilik seminar, air mineral percuma dan internet Wi-Fi, saluran satelit dan pengawasan CCTV yang luas adalah sebahagian daripadanya. Hotel ini juga menyediakan bilik keluarga untuk anda berehat dan menikmati masa bersama ahli keluarga anda, serta bilik bebas rokok yang boleh anda nikmati jika anda bukan perokok dan inginkan tempat yang bebas zon merokok. Jika anda berada dalam urusan perniagaan, anda boleh menggunakan mesin fotokopi tersedia yang pasti akan membantu anda menguruskan kerja anda dengan mudah. Setiap kemudahan yang disediakan oleh hotel berada dalam keadaan baik untuk memastikan keperluan anda dipenuhi.

Tempat Menarik berhampiran Euro Rich Hotel Melaka

Mahkota Parade -

Tempat terbaik untuk membeli-belah. Mahkota Parade umpama pusat membeli-belah rasmi kerana ia adalah yang terbesar di Melaka. Beratus-ratus perniagaan tersedia di sini, yakni menjadikannya tempat yang sempurna untuk mencari hadiah untuk rakan-rakan dan keluarga anda di rumah.

A'Famosa -

Melaka dikenali dengan nilai sejarahnya dan A'Famosa mengandungi salah satu tempat bersejarah yang paling berharga di Melaka. Ia merupakan seni bina Eropah yang tertua di Asia Tenggara dan yang masih berdiri teguh hingga ke hari ini.

Muzium Maritim Flora de la Mar -

Diterjemahkan sebagai “Flower of The Sea”, kapal replika seberat 400 ton, Portugis Flor do Mar dari abad ke-16 akan memberi anda gambaran masa lalu untuk pelawat. Ini adalah tempat bersejarah yang sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga dan rakan anda untuk menikmati gambar-gambar dan peralatan yang menakjubkan dari masa lalu.

Semua Kemudahan

Lobi
Luar Bangunan
Bilik Tidur
Bilik Mandi dalam Bilik

Perkhidmatan Hotel

  • Meja depan
  • Penyambut tetamu 24 jam
  • Keselamatan 24 jam
  • Penyimpanan bagasi
  • Mudah alih
  • Kakitangan berbilang bahasa
  • Suratkhabar di lobi

Kemudahan Dalam Bilik

  • Kabel TV
  • Kaunter
  • Pengering rambut
  • Pancuran mandi
  • TV

Kemudahan Berhampiran

  • ATM/Perbankan
  • Kedai runcit
  • Dobi
  • Kedai
  • Pasar raya

Umum

  • Penyaman Udara
  • Bilik keluarga
  • Pemanas
  • Bilik larangan merokok

Kemudahan Umum

  • Parkir
  • Lif
  • Pesanan bilik 24 jam
  • WiFi di kawasan umum

Kemudahan Internet

  • Sudut internet
  • WiFi percuma

Kemudahan OKU

  • Pembolehcapaian mudah

Kemudahan Perniagaan

  • Mesin fotokopi

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan akan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara atau bukan penduduk tetap Malaysia. Harap maklum bahawa pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk. Kadar Cukai Pelancongan adalah RM10 untuk setiap bilik, setiap malam.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 14:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00

Instruksi Daftar Masuk Umum

On 01 April 2012, the Melaka State Government imposed a mandatory MYR 2.00 nett Heritage Tax Fee per occupied room per night for all hotel accommodation. This fee may change without prior notice. Hotel will collect this fee this fee directly from our guests upon their check-in.

Cukai Pelancongan

Anda akan membayar cukai pelancongan MYR 2.00 semasa daftar masuk (setiap bilik/setiap malam).
Baca Semua

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 14:00 - Sebelum 12:00

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di Euro Rich Hotel Melaka?
Berikut facilities yang ada di Euro Rich Hotel Melaka seperti AC, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Euro Rich Hotel Melaka?
Masa check-in di Euro Rich Hotel Melaka bermula dari Dari 14:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Penilaian & Ulasan Keseluruhan

Daripada 1,576 ulasan tetamu yang disahkan
8.1
Menyenangkan
Hebat
327
Bagus
861
Memuaskan
94
Biasa
294
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan

Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...

All
bilik selesa (4)
bilik bagus (5)
lokasi strategik (16)
bilik mandi bersih (2)
staf mesra (9)
perkhidmatan yang baik (6)
lokasi bagus (2)
bilik luas (22)
harga berpatutan (3)
Lihat Lebih 9
Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
MT
Myolie T.
Percutian
9.7
/ 10
02 Jul 2023
Hotel berhampiran dataran belanda, jonkerWalk. Sangat mudah. Bilik bersih. Namun, sinki tersumbat. Selain daripada itu semuanya baik
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

N2
Nugie 2.
8.8
/ 10
06 Jun 2023
Bagus dan bagus, tetapi penerimaan tidak mesra terima kasih.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

dA
dr Amnur R. K. M.
8.5
/ 10
01 Apr 2023
Tempatnya mewah dan bagus, bersih, AC dingin. Kamar mandi bagus. Fasilitas bagus. Handuk tebal. Resepsionis ramah dan melayani dengan baik.

Suka ulasan ini?

NH
Nor H.
9.7
/ 10
15 Nov 2021

1 menyukai ulasan ini

roni a.
Ini adalah profil peribadi.
Percutian pendek
8.5
/ 10
04 Nov 2023

Suka ulasan ini?

YD
Yuni D.
8.5
/ 10
20 Aug 2023
Bagus, enak, cuma tempat makan agak jauh sikit

Suka ulasan ini?

nf
nur f. s.
Percutian
5.1
/ 10
05 Aug 2022
Pelayan kuanter yang tidak peramah and sangat berlagak.

2 menyukai ulasan ini

nf
nur f. s.
4.8
/ 10
05 Aug 2022
First room I dapat aircon berhabuk, lantai lembab dan basah dan bilik berbau hapak. Then I dapat tukar bilik lain, tapi lantai bilik air sangat licin sampai my child jatuh. I tenguk lantai berlumut. Bilik seperti tidak di bersihkan. Penjaga kuanter and overall is foreigner yang sangat berlagak. And always perhatikan my sister like we all tak selesa.
Baca Lebih Lanjut

1 menyukai ulasan ini

KIEU D. L.
10
/ 10
21 Sep 2023
Semuanya ok cuma penyambut tetamu jarang senyum. Harap anda boleh ketawa lebih banyak
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

NM
Nazruddin M.
Percutian
9.7
/ 10
02 Jul 2022
Hotel yang bagus & bersih. Kakitangan yang mesra dan tempat letak kereta yang mudah.
Translated by Google Icon

1 menyukai ulasan ini

An icon button
1
2
3
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2023 Traveloka