Evergreen Laurel Hotel adalah hotel 5 bintang yang terletak di Gurney Drive, Pulau Pinang, Malaysia. Hotel ini mempunyai banyak tarikan buat para tetamu mereka. Ia berupaya untuk menyediakan reka bentuk dalaman yang elegan dan pasti akan membuatkan pengalaman para tetamu tidak melupakannya. Hotel ini mempunyai 368 buah bilik selain daripada mempunyai pusat perniagaan yang lengkap dan pelbagai jenis kelengkapan lagi. Hotel ini juga mempunyai restoran yang berupaya untuk menawarkan makanan antarabangsa dan juga hidangan Cina.
Selain daripada itu, hotel ini juga terletak di lokasi yang sangat strategik. Ia terletak berhampiran dengan pusat bandar Pulau Pinang. Tambahan lagi, ia berhampiran dengan tapak warisan UNESCO yang memaparkan rumah kedai dan seni bina arkitek yang mengagumkan. Para tetamu boleh melawat kesemua warisan ini kerana jarak tapak warisan ini adalah dekat dengan Evergreen Laurel Hotel.
Ada beberapa cara untuk sampai ke Evergreen Laurel Hotel. Cara terbaik untuk ke sana adalah dengan mengambil penerbangan ke sana. Dari Kuala Lumpur, pelancong boleh mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 dan pergi ke Bayan Lepas, Pulau Pinang terus dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Penang. Ada beberapa syarikat penerbangan yang membuat perjalanan ke sana seperti AirAsia, Malaysia Airlines, Malindo Air dan beberapa syarikat lain. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Penang, ia adalah dalam 20 kilometer untuk sampai ke bandar Pulau Pinang. Ia adalah dalam 40 minit waktu memandu.
Cara lain untuk menuju ke Evergreen Laurel Hotel adalah dengan memandu ke sana. Dari pusat bandar Kuala Lumpur, pelancong boleh mengambil Lebuhraya Jalan Duta untuk pergi ke Lebuhraya Utara โ Selatan. Pelancong harus memandu ke arah utara melalui Perak. Jarak antara hotel ini dan bandar Bayan Lepas adalah 358 kilometer. Ia akan mengambil dalam 3 jam dan 56 minit untuk sampai ke hotel itu. Lebuhraya ini mempunyai tol.
Pilihan lain adalah dengan menaiki bas untuk ke bandar Bayan Lepas. Ia adalah antara laluan yang paling terkenal di Malaysia. Pelancong boleh ke Terminal Bersepadu Selatan untuk membeli tiket untuk ke bandar Bayan Lepas. Akan tetapi, bas Transnasional, Plusliner dan Nice akan bertolak dari Stesen Lama KTM Kuala Lumpur oleh itu para pelancong harus memilih syarikat bas yang ingin mereka gunakan. Ia akan mengambil lebih kurang 4 jam untuk tiba ke bandar Bayan Lepas. Harga tiket sehala untuk seorang adalah antara RM 33 - RM 40 bergantung kepada syarikat bas itu. Nama hentian bas di Bayan Lepas adalah Terminal Bas Sungai Nibong.
Evergreen Laurel Hotel mempunyai beberapa jenis bilik yang boleh ditawarkan pada para tetamu hotel ini. Pilihan bilik pertama adalah bilik Superior Room dengan pemandangan bandar Penang. Bilik ini boleh memuatkan 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Ia mempunyai 2 katil bujang. Kemudian terdapat Deluxe Room dengan permandangan laut. Bilik ini juga boleh memuatkan 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Bilik ini mempunyai 1 katil king. Pilihan bilik seterusnya adalah Executive Suite. Bilik ini juga boleh memuatkan 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Bilik ini mempunyai 1 katil king di dalam bilik yang tersendiri dan mempunyai 1 ruang tamu. Pilihan bilik terakhir adalah Deluxe Executive Suite. Bilik ini juga mempunyai 1 ruang tamu dan bilik tidur yang berasingan. Bilik tidur itu boleh memuatkan 2 dewasa dan 2 kanak-kanak untuk 1 katil king.
Kesemua bilik dilengkapi dengan televisyen, peti simpanan deposit, seterika, selipar bilik dan yukata. Selain itu, setiap bilik juga dilengkapi dengan bar kecil untuk membuat teh dan kopi. Setiap bilik juga mempunyai tandas tersendiri dan mempunyai alat pengering rambut, losyen badan, syampu, sabun badan, pad muka, berus gigi, kit menjahit dan juga jam loceng.
Hotel ini mempunyai banyak kemudahan yang dapat membuatkan tetamu mereka selesa. Hotel ini mempunyai restoran yang berupaya untuk menyediakan sarapan pagi untuk tetamu mereka. Makanan yang disediakan adalah dari hidangan antarabangsa, Cina dan juga hidangan tempatan. Selain daripada itu, hotel ini juga mempunyai Wi-Fi untuk digunakan oleh tetamu mereka. Hotel ini juga mempunyai perkhidmatan penyambut tetamu 24 jam. Tambahan lagi, hotel ini mempunyai kemudahan untuk tetamu yang mahu mengadakan mesyuarat dan majlis. Hotel ini juga mempunyai perkhidmatan menghantar para tetamu ke lapangan terbang. Hotel ini juga mempunyai bar di tepi kolam renang, kelab kesihatan Evergreen, kolam renang dewasa dan juga kanak-kanak, bilik stim dan sauna, salun, gelanggan tenis dan gimnasium.
Kemudahan Popular | AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 14:00 - Sebelum 12:00 |
Ketersediaan Sarapan | Ya |