Tempahan Saya
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
  1. Hotel
  2. Malaysia(11,364 hotel)
  3. Terengganu(351 hotel)
  4. Kemaman(46 hotel)
  5. Chukai(32 hotel)
  6. First Residence Hotel

First Residence Hotel

HOTEL
Lot 119, Jalan Sulaimani, Bandar Chukai, Chukai, Kemaman, Terengganu, Malaysia, 24000
EXTERIOR_BUILDING First Residence Hotel
LOBBY First Residence Hotel
BEDROOM First Residence Hotel
BEDROOM First Residence Hotel
BEDROOM First Residence Hotel
Lihat semua gambar
Menyenangkan
7.8/10
Merujuk kepada 35 tetamu
Berdasarkan 7 ulasan tetamu
Kemudahan Hotel
Parkir
Penyaman Udara
Meja Depan 24j
Lif
WiFi

Tarikan berhampiran
Kemaman Center Point Complex
(0.16 km)
Muzium Kemaman
(0.61 km)
Jamek Chukai Mosque
(0.71 km)
Pejabat Agama Daerah Kemaman
(0.78 km)
Lebih murah jika anda tempah melalui aplikasi sekarang.
Klik di sini untuk muat turun.
disabledInputInfo
disabledInputInfo
Ulasan Pengguna Traveloka

Berdasarkan 35 ulasan

7.8
Menyenangkan
Hebat
5
Bagus
18
Memuaskan
3
Biasa
9
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan
Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...
8.8
- Percutian keluarga
Lokasi yg strategik di tengah2 bandar kemaman, hanya berjalan kaki untuk mencari barangan keperluan, sarapan pagi, tengahari & malam.
10
- Percutian keluarga
Servis yg bgus..bilik yg baik sesuai dengan harga..
Diterjemahkan oleh Google
8.2
- Perjalanan perniagaan
Tinggal di Deluxe King (dengan tingkap). Luas dan bersih.
4.5
Kotor. Bantal dan selimut sangat bau. Saya tidak dapat nafas ketika bantal berhampiran saya. Saya perlu mengetepikan dan tidur tanpa bantal. By the way. Tidak ada tempat letak kereta yang disediakan abd kita perlu membeli kupon hari demi hari untuk meletak kereta di kawasan awam. Sekali tiba pada waktu petang, tiada ruang letak kereta dan saya perlu membawa bagasi saya sahaja dan berjalan sangat jauh ke hotel dan daftar masuk
8.8
- Percutian keluarga
Secara keseluruhannya okay. Bagi bilik mandi, masih ada ruang untuk penambahbaikan.
6.5
- Perjalanan perniagaan
bau bilik tandas walaupun pengalihudaraan pada. kawasan umum bau permaidani
9.7
- Perjalanan perniagaan
A nice hotel di kawasan itu. Lokasi-bijak, ia adalah baik.
1
Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotellihat lagi

Kemudahan Hotel

Keterangan

Polisi Hotel

  • Perkhidmatan Hotel
    • Meja depan
    • Penyambut tetamu 24 jam
    • Keselamatan 24 jam
    • Perkhidmatan dobi
    • Penyimpanan bagasi
    • Kakitangan berbilang bahasa
    • Suratkhabar di lobi
  • Kemudahan Dalam Bilik
    • Kabel TV
    • Kaunter
    • Peti besi dalam bilik
    • Pancuran mandi
    • TV
  • Umum
    • Penyaman Udara
    • Bilik keluarga
    • Pemanas
    • Kawasan merokok
  • Kemudahan Umum
    • Lif
    • Peti keselamatan
    • WiFi di kawasan umum
  • Kemudahan Berhampiran
    • ATM/Perbankan
    • Kedai
    • Pasar raya
  • Pengangkutan
    • Parkir terhad
    • Parkir dengan surcaj
  • Kemudahan OKU
    • Pembolehcapaian mudah
  • Kemudahan Internet
    • WiFi percuma

    Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

    Daftar masuk: 14.00
    Daftar keluar: 12.00

    First Residence Hotel terletak di Jalan Sulaimani, Bandar Chukai, Chukai, Kemaman. Ia adalah tempat penginapan yang tepat bagi mereka yang ingin melawat di Chukai. Hotel ini telah menawarkan bilik-bilik pada harga yang berpatutan. Selain itu, semua bilik di hotel ini telah dilengkapi dengan kemudahan asas. Pihak hotel juga telah menyediakan perkhidmatan pengemasan harian. Ini membuatkan semua bilik di hotel sentiasa dalam keadaan bersih dan dijaga dengan rapi. Di samping itu, hotel ini juga telah menyediakan layanan dan kemudahan yang terbaik untuk para tetamu. Lokasi hotel ini juga sangat bagus kerana ia berhampiran dengan kompleks membeli-belah dan kemudahan-kemudahan yang berdekatan.

    Bagaimana untuk ke First Residence Hotel

    Terdapat dua cara untuk sampai ke First Residence Hotel. Cara yang pertama adalah dengan menaiki kereta. Para pengunjung dari Kuala Lumpur akan menggunakan laluan E8 ke Jalan Air Putih yang berada di Laluan 237 di Kampung Pasir Gajah, Kemaman. Perjalanan diteruskan lagi di Jalan Air Putih ke Jalan Sulaimani di Chukai. Sebaik sahaja mereka tiba di Jalan Sulaimani, mereka boleh menemui First Residence Hotel.

    Cara yang lain adalah dengan menaiki kapal terbang. Mereka akan mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 menuju ke Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah. Sebaik sahaja mereka sudah mendarat di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, mereka boleh menyewa kereta atau mengambil teksi untuk melakukan perjalanan ke tempat penginapan mereka.

    Pilihan Bilik di First Residence Hotel

    First Residence Hotel mempunyai 3 jenis bilik untuk ditawarkan kepada para tetamu. Antaranya ialah Bilik Standard, King Standard dan Deluxe. Bagi Bilik Standard, ia mempunyai saiz sebesar 18 meter persegi dan ia boleh memuatkan satu katil bujang. Terdapat Wi-Fi secara percuma dan servis pengemasan harian untuk pakej bilik ini. Bilik ini telah dilengkapi dengan televisyen berskrin rata, cerek elektrik, air botol percuma, peti keselamatan peribadi, meja, telefon dan penghawa dingin. Di bilik mandi pula, ia mempunyai bilik mandi peribadi, pancuran mandian, peralatan mandian dan bidet. Walau bagaimanapun, tiada tingkap dan tiada sarapan percuma untuk pakej bilik ini. Oleh itu, jumlah harga untuk bilik ini ialah RM 107.07 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.

    Seterusnya ialah King Standard. Saiz bilik, kemudahan dalam bilik dan bilik mandi adalah sama dengan bilik sebelumnya. Perbezaannya adalah tempat tidurnya iaitu 1 katil raja. Jumlah kos untuk bilik ini ialah RM 125.70 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.

    Bilik yang terakhir ialah Deluxe. Bilik ini mempunyai keluasan sebesar 25 meter persegi dan ia boleh memuatkan 1 katil King. Bilik ini adalah satu-satunya bilik yang mempunyai pemandangan bandar. Selain itu, para tetamu boleh mengakses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Hotel ini juga telah menyediakan beberapa kemudahan dalam bilik seperti televisyen berskrin rata, cerek elektrik, air botol percuma, peti keselamatan peribadi, meja, telefon dan penghawa dingin. Selain tu, terdapat bilik mandi peribadi, pancuran mandian, peralatan mandian dan bidet di dalam bilik mandi. Walau bagaimanapun, para tetamu tidak akan dapat sarapan secara percuma untuk pakej bilik ini. Oleh itu, jumlah bayaran untuk bilik ini adalah RM 139.66 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.

    Restoran dan Kafe di First Residence Hotel

    Bagi pilihan tempat makan, First Residence Hotel tidak mempunyai sebuah restoran atau kafe di dalam bangunannya. Walau bagaimanapun, para tetamu boleh makan di restoran atau kafe yang berdekatan dengan First Residence Hotel.

    Kemudahan dan Aktiviti di First Residence Hotel

    First Residence Hotel telah menyediakan kemudahan yang terbaik untuk keselesaan tetamu mereka. Antaranya adalah Wi-Fi secara percuma di kawasan awam, kaunter penyambut tetamu dan penjagaan keselamatan selama 24 jam, perkhidmatan dobi, tempat penyimpanan bagasi, kakitangan yang boleh bertutur pelbagai bahasa, surat khabar di kawasan lobi dan tempat letak kenderaan yang terhad dan dikenakan bayaran tambahan. Selain itu, terdapat juga mesin ATM, pasar raya dan beberapa kedai berhampiran hotel ini.

    Tempat Menarik berhampiran dengan First Residence Hotel

    Kompleks Kemaman Centre Point - Kompleks Kemaman Centre Point terletak di Chukai, Kemaman. Bagi mereka yang suka membeli-belah, kompleks ini adalah salah satu destinasi yang harus dilawati. Terdapat beberapa kedai di kompleks ini yang menjual pelbagai jenis barang seperti selendang, pakaian, kosmetik, barang kemas, kasut dan lain-lain. Para pelancong juga boleh membeli beberapa barangan runcit di kedai runcit dan mereka boleh mendapatkan makanan dan minuman ringan untuk membawa kembali ke bilik mereka di hotel. Perjalanan dari First Residence Hotel ke Kompleks Kemaman Centre Point hanya mengambil masa selama 3 minit dengan berjalan kaki.

    Muzium Kemaman - Muzium Kemaman atau dikenali sebagai Muzium Jasamu Dikenang dibina untuk mengenang jasa penduduk Terengganu yang telah berjaya dalam banyak bidang sama ada di peringkat kebangsaan atau di peringkat antarabangsa. Para pelancong dapat mempelajari biodata, pengorbanan, perjuangan rakyat di Terengganu yang telah berjaya dalam bidang mereka dan telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Bagi yuran kemasukan, ia adalah percuma. Muzium ini akan dibuka pada hari Sabtu hingga Khamis dari jam 9 pagi hingga pukul 5 petang. Para pengunjung dari First Residence Hotel akan mengambil masa 7 minit dengan berjalan kaki ke Muzium Kemaman.

    Masjid Jamek Chukai - Bagi para pelancong yang beragama Islam, mereka boleh menunaikan solat di Masjid Jamek Chukai. Masjid ini terletak di Kerteh, Kemaman. Masjid Jamek Chukai adalah yang masjid yang tertua di daerah Chukai. Jarak antara masjid dan hotel hanyalah 0.71 km. Perjalanannya akan mengambil masa selama 11 minit berjalan kaki.

    Tasik Mak Dayang - Tasik Mak Dayang adalah merupakan salah satu tarikan pelancong di Kemaman. Tasik ini telah menerima ramai pelancong tempatan dan pelancong asing pada setiap tahun. Pelancong dapat mempelajari sejarah tasik dan sebab menamakan tasik itu sebagai Tasik Mak Dayang. Mereka juga dapat melihat pemandangan indah tasik dan tumbuh-tumbuhan. Jarak antara First Residence Hotel dan Tasik Mak Dayang hanyalah 0.85 km.

    Anda mesti menunjukkan ID bergambar semasa mendaftar masuk. Kad kredit anda akan dicaj semasa anda membuat tempahan. Pilihan merokok/jenis katil tidak dijamin. Tempahan anda dibayar dahulu dan dijamin untuk ketibaan lewat. Caj keseluruhan adalah termasuk semua caj bilik dan cukai, serta bayaran tempahan. Sebarang caj sampingan seperti bayaran tempat letak kenderaan, panggilan telefon dan perkhidmatan bilik akan diuruskan terus antara diri anda dan hartanah tersebut.
    Bayaran tetamu tambahan boleh dikenakan dan berbeza-beza mengikut dasar hotel.
    Pengenalan bergambar keluaran kerajaan dan kad kredit atau deposit tunai diperlukan semasa daftar masuk untuk bayaran sampingan.
    Permintaan khas adalah tertakluk kepada ketersediaan semasa daftar masuk dan boleh dikenakan bayaran tambahan. Permintaan khas tidak dapat dijamin.
    Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.
    24 Jam Khidmat Pelanggan+6015 4840 9469 atau +603 7724 3501
    Perlu Bantuan?