Glory Beach Resort

Resort
Batu 2, Jalan Seremban, Tanjung Gemok, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia, 71000
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Glory Beach Resort Port Dickson merupakan sebuah resort berkonsepkan pangsapuri yang dapat menampung seisi keluarga. Resort ini terletak berhampiran dengan pantai dan sesuai kepada sesiapa yang menginginkan percutian berkonsepkan panorama laut. Pemandangan yang cantik juga merupakan tarikan utama resort ini kerana ia terletak berhampiran dengan laut dan alam semula jadi. Resort ini juga berhampiran dengan pekan yang menyediakan kemudahan kepada penghuni untuk membeli barangan keperluan sekiranya perlu. Tambahan pula, resort ini dilengkapi dengan pelbagai jenis kemudahan kepada pengguna.Tujuan utama kenapa ramai orang memilih Port Dickson sebagai satu tempat untuk bercuti adalah kerana pantainya yang cantik serta pemandangan alam semula jadi yang indah dapat menenangkan pemikiran dari kesibukan kerja sepanjang hari. Tambahan pula dengan kesibukan di bandar raya, ramai yang memilih untuk bercuti di luar bandar untuk merasai udara segar dan merehatkan diri di tempat yang tenang dan damai. Pemilihan tempat untuk menginap adalah penting kerana dapat memudahkan kita untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Glory Beach Resort Port Dickson terletak di tempat yang strategik, iaitu berhampiran dengan bandar Port Dickson serta bertempat di pinggiran pantai.

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Restoran
Kolam Renang
Meja Depan 24 jam
Parkir
Lif
WiFi

Apa yang Dikatakan Tetamu Mengenai Penginapan Mereka

Lihat Semua Ulasan
Pemandangan Memuaskan (17)
Mesra Keluarga (2)
Bilik Selesa (6)
Makanan Sedap (6)
8.4
/ 10
Annurlie B. R.
Apartmen selesa, sesuai untuk anak masih kecil dan lasak. Ada ruang untuk anak-anak bermain. Dapat apartmen 2 bilik. Hotel ada kemudahan kolam renang dan pantai. Dekat dengan tesco, giant, mcdonald, kfc, starbucks.

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
Batu 2, Jalan Seremban, Tanjung Gemok, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia, 71000
Lobi Glory Beach Resort
Lobi 2 Glory Beach Resort

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Glory Beach Resort

Glory Beach Resort Port Dickson merupakan sebuah resort berkonsepkan pangsapuri yang dapat menampung seisi keluarga. Resort ini terletak berhampiran dengan pantai dan sesuai kepada sesiapa yang menginginkan percutian berkonsepkan panorama laut. Pemandangan yang cantik juga merupakan tarikan utama resort ini kerana ia terletak berhampiran dengan laut dan alam semula jadi. Resort ini juga berhampiran dengan pekan yang menyediakan kemudahan kepada penghuni untuk membeli barangan keperluan sekiranya perlu. Tambahan pula, resort ini dilengkapi dengan pelbagai jenis kemudahan kepada pengguna.


Tujuan utama kenapa ramai orang memilih Port Dickson sebagai satu tempat untuk bercuti adalah kerana pantainya yang cantik serta pemandangan alam semula jadi yang indah dapat menenangkan pemikiran dari kesibukan kerja sepanjang hari. Tambahan pula dengan kesibukan di bandar raya, ramai yang memilih untuk bercuti di luar bandar untuk merasai udara segar dan merehatkan diri di tempat yang tenang dan damai. Pemilihan tempat untuk menginap adalah penting kerana dapat memudahkan kita untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Glory Beach Resort Port Dickson terletak di tempat yang strategik, iaitu berhampiran dengan bandar Port Dickson serta bertempat di pinggiran pantai.


Cara Untuk Ke Glory Beach Resort Port Dickson


Lokasi Glory Beach Resort ini terletak di Tanjung Gemok, iaitu di tepi pantai Port Dickson. Dari bandar Port Dickson akan mengambil masa selama 10 minit dengan pemanduan untuk ke resort ini. Sekiranya anda dari Kuala Lumpur, masa yang diambil untuk datang ke Glory Beach Resort ini adalah lebih kurang satu jam pemanduan dari Bandar Raya Kuala Lumpur.


Selain itu, anda juga boleh menaiki kapal terbang dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 untuk ke Negeri Sembilan dengan jarak sejauh 22.44km, manakala dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KUL) sejauh 23.65km.


Sekiranya anda merancang untuk menaiki bas ke Glory Beach Resort ini, masa yang diambil ialah selama lima minit dengan jarak sejauh 2.85km dari Terminal Bas Port Dickson.


Bilik Yang Ditawarkan Di Glory Beach Resort Port Dickson


Seperti yang sedia maklum, Glory Beach Resort menyediakan pangsapuri kepada penghuni yang akan menginap di resort ini. Antara pangsapuri yang tersedia di resort ini ialah Pangsapuri Satu Bilik, Pangsapuri Dua Bilik dan Pangsapuri Tiga Bilik. Setiap pangsapuri yang disediakan oleh resort ini mempunyai balkoni serta mempunyai ruang tamu dan ruang makan untuk keselesaan penghuni resort ini. Selain itu, apartment ini juga menyediakan dapur kecil serta cerek untuk kemudahan tetamu yang menginap di resort ini.


Pangsapuri Satu Bilik mempunyai kelengkapan perabot di ruang tamu, televisyen, ruang makan, bilik tidur dengan pilihan katil bersaiz queen ataupun bujang serta satu bilik air. Manakala, Pangsapuri Dua Bilik pula mempunyai satu bilik yang dilengkapi katil bujang dan satu bilik lagi dengan pilihan katil bersaiz queen mahupun double single. Pangsapuri yang terakhir ialah Pangsapuri Tiga Bilik yang menawarkan saiz katil yang berbeza pada setiap bilik.


Restoran Dan Kafe Yang Terdapat Di Glory Beach Resort Port Dickson


Resort ini juga mempunyai dua restoran iaitu Karah Cafe dan Glory Sport Bar. Restoran Karah kafe ini dibuka dari pukul 7.00 pagi sehingga 10.30 malam setiap hari. Karah kafe juga menyediakan pelbagai jenis makanan tempatan dan makanan barat yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Selain itu tedapat juga makanan laut yang boleh dinikmati oleh tetamu yang menginap di resort ini. Glory Sport Bar pula menyediakan minuman serta sesuai sebagai tempat bersantai bersama rakan-rakan. Glory Sport Bar ini dibuka pada hari selasa hingga jumaat dari pukul 6.30 petang sehingga 1.00 pagi. Manakala pada hujung minggu ia dibuka pada pukul 6.30 petang sehingga 2.00 pagi.


Kemudahan Dan Aktiviti Yang Ditawarkan Di Glory Beach Resort Port Dickson


Selain melakukan aktiviti riadah di tepi pantai, Glory Beach Resort juga menyediakan pelbagai jenis kemudahan kepada tetamu yang menginap di resort ini. Resort ini mempunyai kolam renang mengikut umur, iaitu kolam renang untuk orang dewasa dan kolam renang yang sesuai untuk kanak-kanak. Sekiranya para tetamu ingin mencuba mandian wap, resort ini juga ada menyediakan mandian wap kepada mereka yang ingin mencuba. Mandian wap ini dapat membantu merehatkan badan dari segala keletihan serta menyihatkan tubuh badan.


Sekiranya tetamu bercadang untuk membuat barbeku pada waktu malam, mereka tidak perlu bimbang untuk mencari tempat yang sesuai kerana resort ini juga ada menyediakan kawasan untuk barbeku, namun, tetamu perlulah menyewa kawasan tersebut sekiranya perlu. Kepada sesiapa yang meminati aktiviti sukan, mereka tidak perlu bimbang kerana resort ini juga menyediakan kemudahan untuk aktiviti sukan mengikut kesesuaian umur. Antaranya ialah gimnasium, tenis, bola jaring, bola sepak pantai dan bola tampar pantai.


Sekiranya anda mempunyai masa yang terluang, anda boleh membawa anak-anak anda melawati arnab dan kura-kura yang terletak di dalam kawasan resort. Selain itu, anda juga dibenarkan untuk bermain dan memberi makan kepada arnab dan kura-kura untuk seketika. Dengan adanya kemudahan ini, ia dapat membantu para tetamu menikmati masa percutian mereka dengan lebih bermakna serta dapat menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.


Tempat Menarik Sekitar Glory Beach Resort Port Dickson


Port Dickson merupakan salah satu tempat yang terkenal dengan keindahan pantai serta alam semula jadi. Pantai di Port Dickson merupakan pantai yang selamat dan sesuai untuk melakukan aktiviti riadah seperti bermandi-manda dan sukan pantai. Antara tumpuan utama yang terdapat di Glory Beach Resort adalah ia merupakan salah satu pusat penetasan penyu yang dibina dengan kerjasama dari jabatan perikanan.


Selain daripada keindahan laut, terdapat juga tempat menarik berhampiran yang boleh anda kunjungi dengan Glory Beach Resort ini, seperti Alive 3D Art Galerry yang terletak Lukut. Alive 3D Art Galerry ini mempunyai pelbagai jenis lukisan 3D seperti bertemakan pengembaraan, eksotik dan lain-lain. Selain menikmati keunikan lukisan 3D ini, pelancong juga boleh menangkap gambar dengan lukisan-lukisan tersebut dalam pelbagai gaya menarik.


Pelancong juga boleh melawat kota dan muzium Lukut yang terletak di Bukit Gajah Mati Lukut. Di sini, para pelancong boleh mengunjungi muzium yang menyimpan khazanah dan artifak peninggalan sejarah yang pernah bertapak di sini pada suatu ketika dahulu. Tempat menarik yang seterusnya ialah PD Ostrich Farm yang terletak tidak jauh dari pantai Teluk Kemang. PD Ostrich Farm merupakan tempat yang harus dilawati apabila berkunjung ke Port Dickson. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di PD Ostrich Farm ini adalah, anda berpeluang untuk menunggang burung unta serta memberi burung unta makanan.


Oleh itu, jadikanlah Glory Beach Resort ini sebagai salah satu daripada tempat penginapan yang bakal anda kunjungi. Jangan tunggu lagi. Tempahlah Glory Beach Resort Port Dickson sekarang di traveloka.com untuk mendapatkan harga yang berpatutan!

Semua Kemudahan

Pusat Kecergasan Glory Beach Resort
Pusat Kecergasan
Dewan Majlis Glory Beach Resort
Dewan Majlis
Lobi Glory Beach Resort
Lobi
Perkhidmatan Hotel Glory Beach Resort
Perkhidmatan Hotel
Luar Bangunan Glory Beach Resort
Luar Bangunan

Aktiviti

  • Barbeku
  • Tuala pantai
  • Kawasan kanak-kanak bermain
  • Pusat kecergasan
  • Taman
  • Urutan
  • Kolam renang terbuka
  • Kerusi berjemur kolam renang
  • Pantai persendirian

Kemudahan Umum

  • Parkir
  • Lif
  • Restoran
  • Restoran sarapan pagi
  • Restoran makan malam
  • Restoran makan tengah hari
  • Pesanan bilik
  • WiFi di kawasan umum

Makanan dan Minuman

  • Makan malam a la carte
  • Makan tengah hari a la carte
  • Bar
  • Sarapan bufet
  • Sarapan Eropah
  • Menu set makan malam
  • Menu set makan tengah hari

Perkhidmatan Hotel

  • Meja depan
  • Penyambut tetamu 24 jam
  • Keselamatan 24 jam
  • Pesanan bilik waktu terhad
  • Penyimpanan bagasi
  • Kakitangan berbilang bahasa
  • Suratkhabar di lobi

Kemudahan Dalam Bilik

  • Kabel TV
  • Dapur kecil
  • Bar mini
  • Peti sejuk
  • Pancuran mandi
  • TV

Umum

  • Penyaman Udara
  • Dewan besar
  • Bankuet
  • Bilik keluarga
  • Kolam renang

Kemudahan Perniagaan

  • Bilik persidangan
  • Kemudahan mesyuarat
  • Mesin fotokopi
  • Projektor
  • Teater/auditorium

Kemudahan Berhampiran

  • Kedai cenderamata
  • Kedai runcit
  • Kedai
  • Pasar raya

Sukan & Rekreasi

  • Bola tampar pantai
  • Gelanggang tenis terbuka
  • Tenis

Kemudahan Internet

  • Internet LAN
  • WiFi percuma

Kemudahan OKU

  • Parkir mudah diakses OKU
  • Pembolehcapaian mudah

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 15:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00

Instruksi Daftar Masuk Umum

-

Deposit

Deposit MYR 100.00 diperlukan semasa daftar masuk. Penginapan ini menerima wang tunai dan kad debit.
Baca Semua

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 15:00 - Sebelum 12:00
Ketersediaan Sarapan
Ya

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di Glory Beach Resort?
Berikut facilities yang ada di Glory Beach Resort seperti AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Glory Beach Resort?
Masa check-in di Glory Beach Resort bermula dari Dari 15:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00
Adakah Glory Beach Resort menyediakan sarapan pagi?
Ya, Glory Beach Resort menyediakan sarapan pagi. Walau bagaimanapun, anda perlu memilih bilik dengan sarapan pagi atau membayar caj tambahan jika anda menempah bilik tanpa sarapan.

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Penilaian & Ulasan Keseluruhan

Daripada 1,356 ulasan tetamu yang disahkan
8.1
Menyenangkan
Hebat
212
Bagus
826
Memuaskan
100
Biasa
218
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan

Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...

All
pemandangan memuaskan (17)
mesra keluarga (2)
bilik selesa (6)
makanan sedap (6)
mesra kanak-kanak (2)
sarapan percuma (3)
lokasi bagus (16)
pantai yang indah (4)
bilik luas (1)
Lihat Lebih 9
Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
NB
NURULHANA B. M. Y.
Percutian
9.7
/ 10
09 Jan 2023
Bilik bagus, sarapan oke, persekiran oke, sesuai untuk bawa anak-anak sebab ada swimming pool dan berdepan dengan pantai. Ada disediakan tempat untuk BBQ.
Imej Ulasan untuk Glory Beach Resort dari Nurulhana B. M. Y.

2 menyukai ulasan ini

NM
Nurul M. b. M. N.
Percutian pendek
9.4
/ 10
09 Dec 2022
Best jugak sini datang weekday, view pantai lawa dari atas. Sebelah lexis je. Swimming pool besar dan x ramai orang sgt. Breakfast pun berbaloi jugak pilihan yang ada, sedap2 semua. Untuk harga 142 inc breakfast memang ok. Utk family just nice je. Nak expect lebih dengan harga camni okay dh.
Imej Ulasan untuk Glory Beach Resort dari Nurul M. B. M. N.
Imej Ulasan untuk Glory Beach Resort 2 dari Nurul M. B. M. N.
Imej Ulasan untuk Glory Beach Resort 3 dari Nurul M. B. M. N.
Imej Ulasan untuk Glory Beach Resort 4 dari Nurul M. B. M. N.

Suka ulasan ini?

AB
Abdul B. B. A. H.
Percutian
8.5
/ 10
22 Aug 2022
Sesuai untuk yang berbudget rendah, anak-anak suka dengan kolam, boleh datang lagi InsyaAllah
Imej Ulasan untuk Glory Beach Resort dari Abdul B. A.

Suka ulasan ini?

F2
Farahanis 2.
Percutian
8.8
/ 10
27 Jun 2022
Semua perkhidmatan memuaskan. Housekeeping yang bertugas jam 12 pagi Ahad 26/6/2022 sangat membantu. Blok saya ialah B-2-8. Resort berhampiran dengan pantai. Kolam renang pon best.
Translated by Google Icon
Imej Ulasan untuk Glory Beach Resort dari Mohamad S. B. F.
Imej Ulasan untuk Glory Beach Resort 2 dari Mohamad S. B. F.
Imej Ulasan untuk Glory Beach Resort 3 dari Mohamad S. B. F.
Imej Ulasan untuk Glory Beach Resort 4 dari Mohamad S. B. F.
Imej Ulasan untuk Glory Beach Resort 5 dari Mohamad S. B. F.
Imej Ulasan untuk Glory Beach Resort 6 dari Mohamad S. B. F.
Imej Ulasan untuk Glory Beach Resort 7 dari Mohamad S. B. F.

Suka ulasan ini?

HM
Hasyidah M. F.
Percutian pendek
8.5
/ 10
11 Jun 2022
Proses daftar masuk/keluar sangat cepat. terbaik.
Translated by Google Icon
Imej Ulasan untuk Glory Beach Resort dari Hasyidah M. F.

Suka ulasan ini?

JH
Jie H. C.
4.8
/ 10
31 Dec 2022
Ini tidak sepatutnya dipanggil resort, ia sebenarnya sebuah apartmen sahaja. Bilik kotor, lipas boleh dilihat merangkak di atas katil semasa daftar masuk! Sarapan pagi sangat tidak kemas, tidak bersih dan rasanya sangat buruk! Malah buah-buahannya tidak segar! Zoo mini yang diiklankan juga adalah satu pembohongan, tiada seekor penyu mahupun arnab yang ada!
Baca Lebih Lanjut
Translated by Google Icon
Imej Ulasan untuk Glory Beach Resort dari Bmac M. S. B.

Suka ulasan ini?

MI
MOHD I. B. R.
8.5
/ 10
05 Jan 2024
Awesome place to be. Price not too high.
Imej Ulasan untuk Glory Beach Resort dari Mohd I. B. R.

Suka ulasan ini?

NR
Nasniza R.
Percutian pendek
8.5
/ 10
25 Dec 2023
Tempat yang sangat menarik best bawa family.
Imej Ulasan untuk Glory Beach Resort dari Romzi B. M. K.

Suka ulasan ini?

HABIBAH M.
8.5
/ 10
25 Oct 2022
Imej Ulasan untuk Glory Beach Resort dari Habibah M.

Suka ulasan ini?

NM
NOOR M. A. B. M. h.
9.7
/ 10
18 Jul 2022
Cuma katil queen tak ada, gantikan katil single. Makanan sedap sangat, kolam terbaik.

Suka ulasan ini?

An icon button
1
2
3
...
5
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Luar Bangunan 4 Glory Beach Resort

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka