Grand Hyatt Kuala Lumpur

Hotel
12 Jalan Pinang, Bandaraya Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia, 50450
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Dengan pengalaman hospitaliti lebih daripada 60 tahun, Hyatt Development telah berjaya menyerlahkan keupayaannya dalam menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada tetamunya yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Meluaskan empayarnya di Malaysia, hotel bertaraf 5 bintang yang serba mewah ini, iaitu Grand Hyatt Kuala Lumpur merupakan pilihan sempurna bagi urusan lawatan perniagaan, percutian romantik ataupun sekadar untuk beristirehat.Apabila berada di hotel ini, anda pasti akan terbuai dengan kemewahan dan penginapan yang selesa sambil ditemani pemandangan Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang menakjubkan. Hotel ini menonjolkan rekaan seni bina yang unik dan sesuai dengan lokasi hotelnya yang terletak di bandar paling sibuk di Malaysia dengan menggabungkan rekaan moden yang disulami dengan ketelitian yang tinggi dalam hiasannya di lobi dan biliknya.

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
Kolam Renang
Restoran
Meja Depan 24 jam
Parkir
WiFi
Lif

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
12 Jalan Pinang, Bandaraya Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia, 50450

9.4

Lokasi Strategik
Lobi Grand Hyatt Kuala Lumpur
Lobi 2 Grand Hyatt Kuala Lumpur

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Grand Hyatt Kuala Lumpur

Dengan pengalaman hospitaliti lebih daripada 60 tahun, Hyatt Development telah berjaya menyerlahkan keupayaannya dalam menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada tetamunya yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Meluaskan empayarnya di Malaysia, hotel bertaraf 5 bintang yang serba mewah ini, iaitu Grand Hyatt Kuala Lumpur merupakan pilihan sempurna bagi urusan lawatan perniagaan, percutian romantik ataupun sekadar untuk beristirehat. Apabila berada di hotel ini, anda pasti akan terbuai dengan kemewahan dan penginapan yang selesa sambil ditemani pemandangan Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang menakjubkan. Hotel ini menonjolkan rekaan seni bina yang unik dan sesuai dengan lokasi hotelnya yang terletak di bandar paling sibuk di Malaysia dengan menggabungkan rekaan moden yang disulami dengan ketelitian yang tinggi dalam hiasannya di lobi dan biliknya.


Cara untuk ke Grand Hyatt Kuala Lumpur


Terletak di Jalan Pinang Kuala Lumpur, Grand Hyatt hotel terletak di kawasan tumpuan iaitu “Segitiga Emas” yang menawarkan pelbagai kemudahan membeli-belah dan hiburan. Di sini, terdapat stesen LRT serta monorel dalam jarak beberapa ratus meter dari hotel. Untuk datang ke Grand Hyatt dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), anda boleh menggunakan perkhidmatan ERL KLIA Transit ke KL Sentral yang merupakan hab pengangkutan awam utama di bandar raya ini. Dari sini, anda boleh memilih beberapa cara untuk ke hotel sama ada dengan menggunakan teksi ataupun perkhidmatan monorel ke hentian Raja Chulan.


Bagi mereka yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan teksi, anda dinasihatkan untuk membeli kupon teksi daripada kaunter di bahagian luar bangunan ini bagi mengelakkan anda daripada berurusan terus dengan pemandu teksi yang kadangkala mengenakan bayaran yang agak mahal. Dengan lokasinya yang strategik, Grand Hyatt juga boleh diakses dengan menggunakan bas awam ataupun perkhidmatan Uber.


Dari hotel ini, anda boleh berjalan kaki ke beberapa lokasi menarik antaranya Menara Berkembar Petronas (0.50 km), Aquaria KLCC (0.18 km) dan Jalan Bukit Bintang (0.61 km). Tempat-tempat ini menyediakan variasi pilihan pusat membeli-belah, pusat hiburan dan tempat makan yang menarik! Bagi yang bercuti bersama kanak-kanak, terdapat kemudahan taman air serta taman permainan di kawasan taman KLCC yang terletak tidak jauh dari kawasan hotel dan anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke sini.


Pilihan bilik yang ditawarkan oleh Grand Hyatt Kuala Lumpur


Diiktiraf sebagai penginapan paling mewah di tengah bandar raya Kuala Lumpur, Grand Hyatt menyediakan 412 buah bilik dan suite yang menampilkan rekaan yang moden dan kontemporari dengan tona warna yang menenangkan. Terdapat beberapa pilihan bilik untuk anda iaitu standard, deluxe dan grand club, manakala bagi suite, anda boleh pilih untuk menginap di suite standard, diplomat ataupun presidential. Semua bilik tersebut dilengkapi dengan katil bersaiz king bagi memastikan tetamu mendapat keselesaan maksima. The Grand Club menawarkan kemudahan sarapan pada setiap pagi, minuman ringan sepanjang hari, minuman petang dan canapés.


Bagi yang menginap di suite pula, anda ditawarkan bilik yang cukup luas dengan ruang tamu yang berasingan dan dilengkapi dengan sofa yang empuk, sesuai bagi mereka yang bercuti bersama keluarga tersayang. Terdapat juga ruang makan yang mempunyai meja makan memuatkan 10 tempat duduk, dilengkapi dengan barangan dapur dan juga bar mini. Kebanyakan bilik di sini menampilkan cermin dari siling ke lantai yang memberikan pemandangan menara berkembar, taman KLCC dan bandar yang mampu menarik perhatian setiap yang melihatnya.


Restoran & Kafe di Grand Hyatt Kuala Lumpur


Di Grand Hyatt Kuala Lumpur, tetamu boleh meraikan saat-saat istimewa di Thirty8, restoran terbaik di bandar ini yang menawarkan pelbagai pilihan makanan dari barat, hidangan Jepun dan hidangan Cina sambil ditemani panorama menakjubkan dari tingkat atas bangunan hotel ini.


Restoran JP Teres pula menawarkan variasi makanan asli Melayu, Cina dan India antaranya roti canai, rendang daging, laksa, nasi ayam, ais kacang, teh tarik dan banyak lagi bagi memuaskan cita rasa anda. Tempat ini adalah pilihan yang tepat jika anda ingin meluangkan masa selepas pulang dari kerja, semasa acara keluarga dan untuk bersantai bersama sahabat. Sementara itu, bahagian sekitar kolam renang pula sesuai jika anda ingin menikmati makanan yang ringkas dan menyihatkan. Nikmatilah pengalaman makanan yang unik serta pilihan hidangan yang disediakan khas oleh chef-chef terkemuka di restoran ini.


Kemudahan dan Aktiviti disediakan oleh Grand Hyatt Kuala Lumpur


Grand Hyatt Kuala Lumpur mensasarkan untuk memberikan kemudahan yang terbaik kepada para tetamu. Apabila anda menjejakkan kaki ke hotel ini, anda akan terasa seakan-akan berada di kawasan perlindungan, iaitu jauh dari kesibukan dan kepesatan ibu kota. Lobi Sky menawarkan perkhidmatan yang mesra dan sentiasa mengalu-alukan kedatangan tetamu sepanjang hari. Terdapat kemudahan WiFi di seluruh kawasan hotel bagi memastikan anda kekal berhubung walau di mana saja anda berada.


Selain itu, jangan lupa untuk ke Essa Spa yang menawarkan ruangan yang moden dengan kemudahan yang lengkap serta mempunyai mesin kardiovaskular yang serba canggih. Semua mesin-mesin ini dilengkapi platform untuk mengakses internet, memberikan peluang kepada para penggemar kecergasan untuk menonton video latihan ataupun televisyen semasa sesi senaman dijalankan. Kolam renang yang disediakan pula menawarkan keselesaan dan suasana yang serba selesa dikelilingi dengan pohon-pohon yang menghijau.


Sama ada anda merancang untuk mengadakan mesyuarat korporat untuk 10 orang mahupun majlis perkahwinan serba mewah, Grand Hyatt Kuala Lumpur menawarkan ruang dan kumpulan pekerja khas yang mampu memenuhi semua permintaan anda. Hotel ini menampilkan tujuh lokasi yang unik dan versatil seluas 3,400 meter persegi yang dilengkapi kemudahan untuk bermesyuarat, peralatan bertaraf tinggi, jaringan internet yang laju dan kemudahan alat jalur lebar yang memberikan pengalaman luar biasa. Kumpulan katering dan perancang acara Grand Hyatt pula sentiasa bersedia untuk menurut apa sahaja perancangan anda dan cuba sedaya upaya untuk merealisasikannya. Daripada penyediaan variasi makanan yang lazat sehinggalah pengalaman hospitaliti terbaik yang akan mengagumkan tetamu yang hadir ke acara anda.


Tempat menarik sekitar Grand Hyatt Kuala Lumpur


Sepanjang berada di sini, terokailah pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan. Cubalah melawat ke tarikan utama bersama-sama teman dan keluarga ke

Taman Burung Kuala Lumpur

. Taman burung ini merupakan sebuah taman burung dan taman tropika khas yang mempunyai 4 zon untuk dilawati. Taman burung ini dikatakan sebagai sebuah taman burung yang terbesar di rantau Asia Tenggara dengan merangkumi kawasan lembah menghijau seluas 20.9 ekar dan menjadi habitat kepada lebih dari 3,000 ekor burung dari 200 spesis yang berbeza.


Di samping itu, rasailah pengalaman berjalan di sekitar

Pasar Seni

,

Little India

dan

Chinatown

yang terkenal dengan jualan pelbagai barangan kraftangan pada harga yang amat berpatutan. Walaupun berada pada tahap yang berbeza jika dibandingkan dengan tempat membeli-belah bertaraf tinggi seperti Pavillion dan KLCC, kawasan ini sentiasa dipenuhi dengan pelancong dari dalam dan luar negara, menjadikannya pasar malam paling sibuk di Bandar Raya Kuala Lumpur ini. Selain itu, bagi penggemar makanan, terdapat banyak gerai yang menyediakan pelbagai jenis makanan yang lazat untuk dicuba di sekitar kawasan ini.


Akhir sekali, bagi yang ingin melihat keindahan bandar raya ini, anda boleh berkunjung ke aras tertinggi

Menara Berkembar Petronas

untuk mendapatkan pemandangan terbaik dan anda juga boleh ke

Batu Caves

serta

Royal Selangor Visitor Centre

.


Jadi, tunggu apa lagi? Buatlah tempahan untuk Grand Hyatt Kuala Lumpur di traveloka.com bagi mendapatkan promosi dan harga yang menarik.

Semua Kemudahan

Bar, Kafe dan Lounge Grand Hyatt Kuala Lumpur
Bar, Kafe dan Lounge
Kolam Renang Grand Hyatt Kuala Lumpur
Kolam Renang
Pusat Kecergasan Grand Hyatt Kuala Lumpur
Pusat Kecergasan
Dewan Majlis Grand Hyatt Kuala Lumpur
Dewan Majlis
Ruang Umum Grand Hyatt Kuala Lumpur
Ruang Umum

Perkhidmatan Hotel

  • Perkhidmatan dobi
  • Lawatan
  • Kakitangan berbilang bahasa
  • Daftar masuk ekspres
  • Perkhidmatan perkahwinan
  • Penyimpanan bagasi
  • Daftar keluar ekspres
  • Penjaga pintu
  • Penyambut tetamu 24 jam
  • Pekerja rencam

Aktiviti

  • Kolam renang terbuka
  • Spa
  • Sauna
  • Bilik wap
  • Kabana kolam renang
  • Kerusi berjemur kolam renang

Kemudahan Perniagaan

  • Kemudahan mesyuarat
  • Bilik persidangan
  • Pusat perniagaan
  • Bilik persidangan
  • Stesen komputer

Umum

  • Kolam renang
  • Kawasan merokok
  • Dewan besar
  • Parkir

Kemudahan Umum

  • OTHER
  • Lif
  • Restoran
  • Peti keselamatan

Makanan dan Minuman

  • Bar
  • Bar tepi kolam renang
  • Sarapan

Pengangkutan

  • Perkhidmatan limo atau kereta bandar
  • Parkir valet dengan surcaj

Mesra Keluarga

  • Kolam renang kanak-kanak

Kemudahan Internet

  • WiFi percuma

Sukan & Rekreasi

  • Kecergasan

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.



  • Fi untuk sarapan bufet: kira-kira MYR 115 untuk dewasa dan MYR 58 untuk kanak-kanak
  • Fi letak kenderaan valet: MYR25 sehari
  • Daftar keluar lewat tersedia dengan fi (tertakluk pada ketersediaan)
  • Bayaran katil lipat simpan: MYR 100.0 semalam

Senarai di atas mungkin tidak menyeluruh. Bayaran dan deposit mungkin tidak merangkumi cukai dan tertakluk kepada perubahan.

  • Bayaran tetamu tambahan mungkin dikenakan dan berbeza mengikut dasar hartanah
  • Pengenalan bergambar keluaran kerajaan dan kad kredit, kad debit atau deposit tunai mungkin diperlukan semasa daftar masuk untuk bayaran sampingan
  • Permintaan khas adalah tertakluk kepada ketersediaan semasa daftar masuk dan boleh dikenakan bayaran tambahan; permintaan khas tidak dapat dijamin
  • Hartanah ini menerima kad kredit, kad debit dan wang tunai

Kakitangan meja hadapan akan menyambut tetamu ketika ketibaan.

Hotel only accepts guests with minimum age of 18

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 15:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00
Polisi hotel belum tersedia.

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
Kolam Renang, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi, Lif
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 15:00 - Sebelum 12:00
Ketersediaan Sarapan
Ya

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di Grand Hyatt Kuala Lumpur?
Berikut facilities yang ada di Grand Hyatt Kuala Lumpur seperti Kolam Renang, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi, Lif. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Grand Hyatt Kuala Lumpur?
Masa check-in di Grand Hyatt Kuala Lumpur bermula dari Dari 15:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00
Adakah Grand Hyatt Kuala Lumpur menyediakan sarapan pagi?
Ya, Grand Hyatt Kuala Lumpur menyediakan sarapan pagi. Walau bagaimanapun, anda perlu memilih bilik dengan sarapan pagi atau membayar caj tambahan jika anda menempah bilik tanpa sarapan.

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Penilaian & Ulasan Keseluruhan

Daripada 136 ulasan tetamu yang disahkan
9.0
Mengagumkan
Hebat
77
Bagus
49
Memuaskan
3
Biasa
7
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan
AA
Adib A.
Percutian pendek
10
/ 10
25 May 2022
Perjalanan paling memuaskan pernah, mendapat daftar masuk awal disambut baik oleh kaunter penerimaan tetamu, pasti akan pergi lagi lain kali
Translated by Google Icon
Imej Ulasan untuk Grand Hyatt Kuala Lumpur dari Muhammad A. B. M. A.
Imej Ulasan untuk Grand Hyatt Kuala Lumpur 2 dari Muhammad A. B. M. A.

2 menyukai ulasan ini

Norhafiza A. K.
Percutian pendek
8.5
/ 10
26 Mar 2022
Imej Ulasan untuk Grand Hyatt Kuala Lumpur dari Norhafiza A. K.

3 menyukai ulasan ini

na
nova a. R.
Percutian
10
/ 10
22 Oct 2023
Hebat, berminat untuk kekal dan sangat disyorkan.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

Reyhan Y.
Ini adalah profil peribadi.
Percutian
10
/ 10
08 Jul 2023
Ia sangat baik dan selesa.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

IK
Idris K.
9.7
/ 10
08 Dec 2023
Sarapan pagi sangat lazat, suasana hotel juga selesa.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

SR
Suhendra R.
Percutian pendek
9.7
/ 10
16 Jul 2023
Hotel yang bagus, dengan pemandangan dan perkhidmatan yang terbaik!
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

GS
Goo S. T.
Percutian pendek
9.7
/ 10
12 Jun 2022
Mempunyai sambutan hari lahir yang menakjubkan di Grand Hyatt Kuala Lumpur dan perkhidmatan di sana adalah hebat. Amat disyorkan. Berbaloi dengan harga.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

NA
Norhayati A. H.
Percutian pendek
5.8
/ 10
05 Sep 2022
Saya baru nak masak air dalam cerek, bila saya cuba buka penutupnya, saya terkena renjatan elektrik. Saya dapat merasakan elektrik mengalir dari jari saya ke kaki kiri saya. Ia menakutkan dan saya harap tiada siapa yang akan mengalaminya. Peti ais bocor, ada titisan air di lantai bawah. Bantalnya rata, dan mempunyai bau lembap. Sila uruskan bilik anda, dan semak/uji peralatan anda dengan kerap. Semasa bufet sarapan pagi, saya memakai selipar pakai buang hotel. Ia tidak dibenarkan di kawasan restoran (tiada papan tanda/nota disiarkan). Pelayan di pintu masuk dengan kasar meminta saya kembali ke bilik saya untuk menukar pakaian. Saya tidak mempunyai masalah untuk mematuhi peraturan, namun intonasi dan ekspresi mukanya yang membuatkan saya berasa sangat tersinggung. Saya ingin memulakan pagi saya tanpa tekanan, oleh itu enggan berhujah. Mungkin kalau saya warga asing, lain pula layanannya. Ini jauh dari jangkaan kami dari hotel 5 bintang yang bereputasi. Pengalaman kami sebelum ini di sini pada 2021 di sini jauh lebih baik. Mungkin saya hanya bernasib malang kali ini. Sila improvisasi pada layanan dan kualiti!
Baca Lebih Lanjut
Translated by Google Icon

1 menyukai ulasan ini

FT
Fredrik T.
10
/ 10
08 Mar 2024
All great, location, room, services, access.

Suka ulasan ini?

DR NURUL N. B. A. N.
Percutian
10
/ 10
20 Aug 2022
We had the most pleasant moment stay here, thank you so much Grand Hyatt Kuala Lumpur ☺️

Suka ulasan ini?

An icon button
1
2
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Lobi 4 Grand Hyatt Kuala Lumpur

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka