Dengan pengalaman hospitaliti lebih daripada 60 tahun, Hyatt Development telah berjaya menyerlahkan keupayaannya dalam menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada tetamunya yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Meluaskan empayarnya di Malaysia, hotel bertaraf 5 bintang yang serba mewah ini, iaitu Grand Hyatt Kuala Lumpur merupakan pilihan sempurna bagi urusan lawatan perniagaan, percutian romantik ataupun sekadar untuk beristirehat. Apabila berada di hotel ini, anda pasti akan terbuai dengan kemewahan dan penginapan yang selesa sambil ditemani pemandangan Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang menakjubkan. Hotel ini menonjolkan rekaan seni bina yang unik dan sesuai dengan lokasi hotelnya yang terletak di bandar paling sibuk di Malaysia dengan menggabungkan rekaan moden yang disulami dengan ketelitian yang tinggi dalam hiasannya di lobi dan biliknya.
Terletak di Jalan Pinang Kuala Lumpur, Grand Hyatt hotel terletak di kawasan tumpuan iaitu “Segitiga Emas” yang menawarkan pelbagai kemudahan membeli-belah dan hiburan. Di sini, terdapat stesen LRT serta monorel dalam jarak beberapa ratus meter dari hotel. Untuk datang ke Grand Hyatt dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), anda boleh menggunakan perkhidmatan ERL KLIA Transit ke KL Sentral yang merupakan hab pengangkutan awam utama di bandar raya ini. Dari sini, anda boleh memilih beberapa cara untuk ke hotel sama ada dengan menggunakan teksi ataupun perkhidmatan monorel ke hentian Raja Chulan.
Bagi mereka yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan teksi, anda dinasihatkan untuk membeli kupon teksi daripada kaunter di bahagian luar bangunan ini bagi mengelakkan anda daripada berurusan terus dengan pemandu teksi yang kadangkala mengenakan bayaran yang agak mahal. Dengan lokasinya yang strategik, Grand Hyatt juga boleh diakses dengan menggunakan bas awam ataupun perkhidmatan Uber.
Dari hotel ini, anda boleh berjalan kaki ke beberapa lokasi menarik antaranya Menara Berkembar Petronas (0.50 km), Aquaria KLCC (0.18 km) dan Jalan Bukit Bintang (0.61 km). Tempat-tempat ini menyediakan variasi pilihan pusat membeli-belah, pusat hiburan dan tempat makan yang menarik! Bagi yang bercuti bersama kanak-kanak, terdapat kemudahan taman air serta taman permainan di kawasan taman KLCC yang terletak tidak jauh dari kawasan hotel dan anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke sini.
Diiktiraf sebagai penginapan paling mewah di tengah bandar raya Kuala Lumpur, Grand Hyatt menyediakan 412 buah bilik dan suite yang menampilkan rekaan yang moden dan kontemporari dengan tona warna yang menenangkan. Terdapat beberapa pilihan bilik untuk anda iaitu standard, deluxe dan grand club, manakala bagi suite, anda boleh pilih untuk menginap di suite standard, diplomat ataupun presidential. Semua bilik tersebut dilengkapi dengan katil bersaiz king bagi memastikan tetamu mendapat keselesaan maksima. The Grand Club menawarkan kemudahan sarapan pada setiap pagi, minuman ringan sepanjang hari, minuman petang dan canapés.
Bagi yang menginap di suite pula, anda ditawarkan bilik yang cukup luas dengan ruang tamu yang berasingan dan dilengkapi dengan sofa yang empuk, sesuai bagi mereka yang bercuti bersama keluarga tersayang. Terdapat juga ruang makan yang mempunyai meja makan memuatkan 10 tempat duduk, dilengkapi dengan barangan dapur dan juga bar mini. Kebanyakan bilik di sini menampilkan cermin dari siling ke lantai yang memberikan pemandangan menara berkembar, taman KLCC dan bandar yang mampu menarik perhatian setiap yang melihatnya.
Di Grand Hyatt Kuala Lumpur, tetamu boleh meraikan saat-saat istimewa di Thirty8, restoran terbaik di bandar ini yang menawarkan pelbagai pilihan makanan dari barat, hidangan Jepun dan hidangan Cina sambil ditemani panorama menakjubkan dari tingkat atas bangunan hotel ini.
Restoran JP Teres pula menawarkan variasi makanan asli Melayu, Cina dan India antaranya roti canai, rendang daging, laksa, nasi ayam, ais kacang, teh tarik dan banyak lagi bagi memuaskan cita rasa anda. Tempat ini adalah pilihan yang tepat jika anda ingin meluangkan masa selepas pulang dari kerja, semasa acara keluarga dan untuk bersantai bersama sahabat. Sementara itu, bahagian sekitar kolam renang pula sesuai jika anda ingin menikmati makanan yang ringkas dan menyihatkan. Nikmatilah pengalaman makanan yang unik serta pilihan hidangan yang disediakan khas oleh chef-chef terkemuka di restoran ini.
Grand Hyatt Kuala Lumpur mensasarkan untuk memberikan kemudahan yang terbaik kepada para tetamu. Apabila anda menjejakkan kaki ke hotel ini, anda akan terasa seakan-akan berada di kawasan perlindungan, iaitu jauh dari kesibukan dan kepesatan ibu kota. Lobi Sky menawarkan perkhidmatan yang mesra dan sentiasa mengalu-alukan kedatangan tetamu sepanjang hari. Terdapat kemudahan WiFi di seluruh kawasan hotel bagi memastikan anda kekal berhubung walau di mana saja anda berada.
Selain itu, jangan lupa untuk ke Essa Spa yang menawarkan ruangan yang moden dengan kemudahan yang lengkap serta mempunyai mesin kardiovaskular yang serba canggih. Semua mesin-mesin ini dilengkapi platform untuk mengakses internet, memberikan peluang kepada para penggemar kecergasan untuk menonton video latihan ataupun televisyen semasa sesi senaman dijalankan. Kolam renang yang disediakan pula menawarkan keselesaan dan suasana yang serba selesa dikelilingi dengan pohon-pohon yang menghijau.
Sama ada anda merancang untuk mengadakan mesyuarat korporat untuk 10 orang mahupun majlis perkahwinan serba mewah, Grand Hyatt Kuala Lumpur menawarkan ruang dan kumpulan pekerja khas yang mampu memenuhi semua permintaan anda. Hotel ini menampilkan tujuh lokasi yang unik dan versatil seluas 3,400 meter persegi yang dilengkapi kemudahan untuk bermesyuarat, peralatan bertaraf tinggi, jaringan internet yang laju dan kemudahan alat jalur lebar yang memberikan pengalaman luar biasa. Kumpulan katering dan perancang acara Grand Hyatt pula sentiasa bersedia untuk menurut apa sahaja perancangan anda dan cuba sedaya upaya untuk merealisasikannya. Daripada penyediaan variasi makanan yang lazat sehinggalah pengalaman hospitaliti terbaik yang akan mengagumkan tetamu yang hadir ke acara anda.
Sepanjang berada di sini, terokailah pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan. Cubalah melawat ke tarikan utama bersama-sama teman dan keluarga ke
Di samping itu, rasailah pengalaman berjalan di sekitar
Akhir sekali, bagi yang ingin melihat keindahan bandar raya ini, anda boleh berkunjung ke aras tertinggi
Jadi, tunggu apa lagi? Buatlah tempahan untuk Grand Hyatt Kuala Lumpur di traveloka.com bagi mendapatkan promosi dan harga yang menarik.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Senarai di atas mungkin tidak menyeluruh. Bayaran dan deposit mungkin tidak merangkumi cukai dan tertakluk kepada perubahan.
Kakitangan meja hadapan akan menyambut tetamu ketika ketibaan.
Hotel only accepts guests with minimum age of 18
Kemudahan Popular | Kolam Renang, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi, Lif |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 15:00 - Sebelum 12:00 |
Ketersediaan Sarapan | Ya |