Daripada 1,987 ulasan
Lihat ulasan terbaik kami!
Baca ulasan ikhlas yang tersedia untuk mengetahui penginapan ini dengan lebih lanjut!
Berdasarkan 1,987 ulasan
Daftar masuk: Dari 14:00
Daftar keluar: Sebelum 12:00
Grand Margherita Hotel menjamin penginapan seperti warga bangsawan. Ia adalah hotel antarabangsa pertama di Kuching. Ia terletak di kawasan Waterfront Kuching bersebelahan dengan Sungai Sarawak. Di sekitar kawasan itu terdapat banyak tarikan seperti Muzium Cina, Kuil Tua Pek Kong, Kubu Margherita dan Bazaar.
Hotel ini mempunyai 288 buah bilik untuk para tetamu yang datang ke hotel mereka. Mereka juga mempunyai restoran yang berupaya untuk menawarkan makanan yang lazat. Restoran mereka juga mempunyai sijil Halal. Selain daripada itu, hotel ini mempunyai banyak kemudahan untuk digunakan oleh para tetamu mereka.
Bagaimana untuk ke Grand Margherita Hotel
Ada beberapa cara untuk sampai ke Grand Margherita Hotel. Cara terbaik untuk ke sana adalah dengan mengambil penerbangan ke sana. Dari Kuala Lumpur, pelancong boleh mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 dan pergi ke Kuching, Sarawak terus dan mendarat di Lapangan Terbang Kuching. Ada beberapa syarikat penerbangan yang membuat perjalanan ke sana seperti Air Asia, Malaysia Airlines, Malindo Air dan beberapa syarikat lain. Dari Lapangan Terbang Kuching, ia adalah dalam 10.1 kilometer untuk sampai ke bandar Kuching.
Cara lain untuk sampai ke Grand Margherita Hotel adalah dengan memandu ke sana. Dari pusat bandar Kuching, pelancong boleh mengambil Jalan Abell dan pergi ke Jalan Chan Chin Ann. Seterusnya ambil Jalan Padungan untuk ke Jalan Tunku Abdul Rahman. Hotel akan kelihatan dari jalan ini. Ia akan mengambil masa 4 minit untuk sampai ke hotel ini kerana jarak antara pusat bandar ini dan hotel adalah sejauh 1.1 kilometer sahaja. Ia bagaimanapun bergantung kepada lalu lintas pada masa itu juga untuk menentukan masa untuk sampai ke hotel ini.
Pilihan Bilik di Grand Margherita Hotel
Grand Margherita Hotel mempunyai 288 buah bilik dari pelbagai jenis. Jenis bilik yang pertama adalah Superior King. Bilik ini mempunyai 1 katil King dan memuatkan 2 orang tetamu. Saiz bilik ini adalah 23 kaki persegi. Kemudian terdapat bilik Superior Twin. Bilik ini mempunyai 2 katil bujan dan 1 sofa. Ia boleh memuatkan 2 orang. Saiz bilik ini adalah 27 kaki persegi. Bilik seterusnya adalah Deluxe King. Ia mempunyai 1 katil King sesuai untuk 2 orang. Bilik ini juga mempunyai keluasan 27 kaki persegi. Hotel ini juga mempunyai bilik Deluxe Twin yang sesuai untuk 2 orang dan mempunyai 2 katil bujang. Bilik ini berkeluasan 29 kaki persegi.
Hotel ini juga mempunyai bilik Junior Suite. Ia mempunyai 1 katil king untuk 2 orang. Keluasannya adalah jauh lebih besar dengan 60 kaki persegi. Kemudian terdapat bilik Junior Studio. Ia mempunyai 1 katil king untuk 2 tetamu. Ia berkeluasan 55 kaki persegi dan mempunyai pemandangan bandar Kuching atau Sungai Kuching. Bilik terakhir adalah bilik Executive Studio. Ia mempunyai pilihan bilik 1 katil king atau 2 katil bujang. Ia sesuai untuk 2 tetamu. Ia berkeluasan 55 kaki persegi. Ia juga mempunyai pemandangan sungai atau bandar Kuching.
Setiap bilik di hotel ini dihiasi dengan penuh keselesaan. Ia mempunyai gambar Sungai Sarawak atau Bandar Kucing dengan ruang bekerja yang luas. Selain daripada itu, setiap bilik mempunyai tandas persendirian. Tandas itu juga dilengkapi dengan alat mandian percuma seperti sabun dan syampu, tab mandian dan alat pengering rambut. Tuala juga disediakan bagi tetamu. Bilik-bilik hotel ini juga dilengkapi dengan internet dengan kelajuan tinggi. Ia juga mempunyai televisyen dengan saluran rancangan satelit, bar mini dengan teh, kopi dan air minuman percuma. Ia juga mempunyai seterika, katil bayi dan juga katil Tarik dengan permintaan dari tetamu.
Kemudahan dan Aktiviti di Grand Margherita Hotel
Hotel ini mempunyai banyak kemudahan yang dapat menjadikan tetamu mereka selesa. Hotel ini mempunyai banyak hidangan makanan yang boleh dinikmati oleh para tetamu mereka. Mereka boleh menyediakan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam sama ada bufet atau hidangan persendirian di restoran berhawa dingin mereka. Selain daripada itu mereka juga boleh menyediakan sarapan pagi di kafe mereka selain daripada mempunyai bar di tepi kolam renang.
Selain daripada itu, mereka mempunyai bilik serba guna untuk tujuan majlis, bilik berhubung, kolam renang, bilik rekreasi dan juga ruang merokok. Tambahan lagi mereka mempunyai kemudahan untuk mengadakan mesyuarat, gimnasium, spa dan kawasan mainan kanak-kanak.
Hotel ini juga mempunyai banyak perkhidmatan yang ditawarkan seperti nurseri, pengambilan tetamu di lapangan terbang dan sewa kereta. Hotel ini juga mempunyai kemudahan asas seperti Wi-Fi dan juga kawasan letak kenderaan untuk para tetamu yang membawa kenderaan mereka sendiri.
Tempat Menarik berhampiran Grand Margherita Hotel
Kuil Tua Pek Kong - Kuil Tua Pek Kong terletak di Waterfront, Kuching. Ia adalah salah satu kuil yang penting di bandaraya Kuching. Apabila kuil ini dibina, ia terletak di kawasan yang dikatakan mempunyai feng shui yang sangat bagus. Ia mempunyai bukit di bahagian belakang kuil itu dan sebatang sungai di bahagian hadapan. Nama penuh kuil ini adalah Siew San Teng Tua Pek Kong. Ia merupakan kuil Cina tertua di Kuching. Ada banyak khabar berita untuk menerangkan tarikh sebenar pembinaan kuil ini tetapi berdasarkan sejarah di kuil itu, ia dikatakan bahawa kuil ini dibina pada tahun 1770. Mereka masih mengekalkan kesemua seni bina pada abad ke 19. Kuil ini adalah untuk agama Buddha di mana Guan Yin disembah di sini. Ada 4 festival utama diadakan di sini setiap tahun. Festival itu adalah hari jadi Tua Pek Kong, hari jadi harimau Tua Pek Kong, Festival Hantu Lapar dan Hari Tua Pek Kong Diturunkan.
Merokok adalah dilarang dalam bangunan penginapan, tetapi tetamu dibenarkan untuk merokok di kawasan yang ditetapkan.
Haiwan peliharaan adalah tidak dibenarkan.
For bookings made between 1 - 10 Oct 2020, Superior Twin/Double Room (with Breakfast) will have Guaranteed Free Upgrade to Deluxe Twin / Double Room (with Breakfast)
For bookings made between 1 - 10 Oct 2020, Superior Twin/Double Room (Room Only) will have Guaranteed Free Upgrade to Deluxe Twin / Double Room (Room Only)