Akses Tempahan
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
  1. Hotel
  2. Malaysia(7,677 hotel)
  3. Perak(527 hotel)
  4. Kinta(282 hotel)
  5. Ipoh(272 hotel)
  6. Heritage Hotel Ipoh

Heritage Hotel Ipoh

Hotel
Jalan Raja Hilir,, Ipoh, Kinta, Perak, Malaysia, 30350
EXTERIOR_BUILDING Heritage Hotel Ipoh
LOBBY Heritage Hotel Ipoh
BEDROOM Heritage Hotel Ipoh
BATHROOM Heritage Hotel Ipoh
RESTAURANT Heritage Hotel Ipoh
Lihat semua gambar
Mengagumkan
8.4/10
Merujuk kepada 332 tetamu
Penginapan yang selesa dan memuaskan.
Murtazadi B. A.
Lihat semua ulasan
Berdasarkan 253 ulasan tetamu
Kemudahan Hotel
Penyaman Udara
Parkir
Meja Depan 24j
Lif
Restoran
WiFi

Tarikan berhampiran
Ipoh Heritage Walk
(0.00 km)
KPJ Ipoh Specialist Hospital
(0.42 km)
Parkson Ipoh Parade Mall
(1.11 km)
Hospital Raja Permaisuri Bainon
(1.39 km)
Log masuk untuk mendapat tawaran hotel hebat sehingga 25%!
Log masuk sekarang.
disabledInputInfo
disabledInputInfo
Ulasan Pengguna Traveloka

Berdasarkan 332 ulasan

8.4
Mengagumkan
Hebat
72
Bagus
196
Memuaskan
39
Biasa
25
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan
Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...
8.5
Bilik yang selesa dan ok untuk family.
8.5
- Perjalanan perniagaan
Hotel yang selesa dan dekat dengan padang polo dan boleh beriadah di sini sebagai aktiviti tambahan.
8.5
- Percutian keluarga
Service ok tapi bilik sangat malap waktu malam, lampu dekat master bed sangat malap, breakfast ok.
6.0
Bilik berbau rokok, telah diminta supaya semburan, tidak dibuat sehingga saya chek out, tuala tidak disediakan, lewat dihantar, katil patah masih di guna, tilam sudah uzur dan cadar lusuh perlu diganti.
10
- Percutian keluarga
Bilik yang selesa, luas dan bersih. Breakfast yg sedap dan menarik dgn byk pilihan makanan.
5.9
- Percutian keluarga
Air dekat shower bertakung bila mandi. Sink-nya pun bertakung. Breakfast is okay but not that great. The great thing is only the bed is very large and comfortable.
6.5
Penginapan yang selesa dan memuaskan.
5.1
- Percutian keluarga
Bilik kotor, cawan pinggan juga kotor.
6.7
Lantai melekit di bahagian belakang kerusi, tilam berbunyi dan agak keras, housekeeping tak pickup call, location and food okay.
10
- Percutian keluarga
Lokasi hotel sangat strategik, dekat dengan semua tempat yg ingin dituju, mudah untuk jumpa hotel ni, bilik, servis, cafe semua menarik, akan ke sini lagi nanti, terima kasih.
1
2
3
16
Seterusnya
Akhir
Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotellihat lagi

Kemudahan Hotel

Keterangan

Polisi Hotel

  • Kemudahan Umum
    • Parkir
    • Kedai kopi
    • Lif
    • Restoran
    • Pesanan bilik
    • Peti keselamatan
    • WiFi di kawasan umum
  • Perkhidmatan Hotel
    • Tukang angkut barang
    • Penyambut tetamu 24 jam
    • Keselamatan 24 jam
    • Perkhidmatan dobi
    • Penyimpanan bagasi
  • Kemudahan Dalam Bilik
    • Kaunter
    • Pengering rambut
    • Pancuran mandi
    • TV
  • Umum
    • Penyaman Udara
    • Bilik keluarga
    • Bilik larangan merokok
    • Kawasan merokok
  • Aktiviti
    • Pusat kecergasan
    • Urutan
    • Sauna
  • Kemudahan Perniagaan
    • Kemudahan mesyuarat
    • Mesin fotokopi
  • Kemudahan Internet
    • Internet LAN
    • WiFi percuma
  • Kemudahan OKU
    • Pembolehcapaian mudah

    Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

    Daftar masuk: 14.00
    Daftar keluar: 12.00

    Selamat datang ke hotel tiga bintang di Jalan Raja Hilir, Kinta. Heritage Hotel Ipoh menyediakan penginapan terbaik untuk kedua-dua pelancong masa lapang dan perniagaan yang inginkan kediaman sementara yang selesa pada harga yang berpatutan. Kedua-dua rekaan luaran dan dalaman hotel ini bersifat sederhana dan biasa, walau bagaimanapun, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan berada dalam keadaan terbaik bagi memberikan anda keselesaan yang diperlukan semasa penginapan anda. Terdapat 267 bilik lengkap dengan semua kemudahan asas dan ditambah dengan kemudahan istimewa bilik itu tersendiri. Bilik-bilik yang terdapat di hotel ini terdiri daripada enam jenis yang sesuai dengan keperluan masa lapang dan perniagaan anda. Selain itu, hotel juga menyediakan menu menarik di dua ruang makan yang menakjubkan. Sekiranya anda bernasib baik, anda mungkin berpeluang menikmati promosi makanan dan minuman. Satu perkara yang pasti, sepanjang penginapan anda di hotel ini, anda tidak hanya akan mendapati diri anda berada di dalam bilik yang selesa, tetapi selera anda juga akan bergembira dengan hidangan yang mereka tawarkan.

    Bagaimana untuk ke Heritage Hotel Ipoh

    Satu ciri bonus hotel ini ialah ia terletak di Bandaraya Ipoh. Apabila anda keluar dari Lebuhraya Utara-Selatan ke Bandaraya Ipoh, anda akan dapat melihat Hotel Heritage. Ia betul-betul terletak di seberang Hospital Pakar KPJ Ipoh. Jika anda menghadapi masalah mencari lokasi hotel ini, anda boleh mencari hospital tersebut. Hospital lain yang mungkin dapat membantu anda mencari jalan ke hotel ini ialah Hospital Raja Permaisuri Bainon dan Pusat Perubatan Kinta. Yang pertama terletak kira-kira 1.4 km dari hotel, manakala yang berikutnya ialah 1.6 km. Jika anda memandu dari Pulau Pinang, perjalanan ini akan mengambil masa kira-kira 2 jam dan 15 minit. Sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur, tempoh pemanduan lebih kurang sama, iaitu kira-kira 2 jam dan 30 minit. Walau bagaimanapun, masa mungkin berubah disebabkan oleh keadaan lalu lintas.

    Pilihan Bilik di Heritage Hotel Ipoh

    Terdapat 267 bilik lengkap dengan semua kemudahan asas dan ditambah dengan kemudahan istimewa bilik itu tersendiri. Kemudahan asas yang disediakan dalam semua bilik termasuk telefon IDD, penghawa dingin berpusat, televisyen, bilik mandian pancuran air panas, akses Wi-Fi, katil lipat, bar mini, seterika dan papan seterika, alat pengering rambut dan kemudahan membuat kopi/teh. Bilik-bilik yang terdapat di hotel ini terdiri daripada enam jenis yang sesuai dengan keperluan masa lapang dan perniagaan anda iaitu Deluxe, Deluxe Premier, Executive, Junior Suite, Family Suite dan Heritage Suite. Bagi mereka yang bersiar-siar dengan keluarga/kawan dan menginginkan bilik yang lebih besar, Junior Suite, Family Suite dan Heritage Suite sesuai untuk anda. Sementara itu, Deluxe, Deluxe Premier dan Executive pasti akan sesuai untuk mereka yang berada dalam urusan perniagaan atau ketika bercuti secara berdua/berpasangan. Setiap bilik menghadap ke pemandangan kota yang indah, dengan itu memberikan anda ruang penglihatan yang indah setiap kali anda bangun pada waktu pagi untuk menikmati pemandangan.

    Restoran dan Kafe di Heritage Hotel Ipoh

    Polo Coffee House dan Singgah Lounge Lobby adalah dua tempat makan di hotel ini yang memberi anda hidangan tempatan dan antarabangsa terbaik. Jika anda mencari masakan tradisional Ipoh atau hidangan Barat moden yang terbaik, anda akan gembira untuk ketahui bahawa restoran-restoran hotel ini merupakan tempat untuk anda dapatkannya. Polo Coffee House beroperasi dari jam 6:00 pagi hingga 1:00 pagi. Terletak di aras 2, rumah kopi yang menarik ini dihiasi dengan unsur-unsur bunga yang indah bercampur dengan perabot kayu tradisional di dalamnya. Ia sangat selesa dan luas untuk anda membawa keluarga anda atau mengadakan pertemuan kecil dengan rakan perniagaan anda sambil menikmati makanan dan minuman yang sangat enak. Singgah Lounge Lobby kini mempunyai persekitaran yang sederhana dan santai. Ini adalah tempat yang anda ingin pergi apabila anda ingin berehat dari tempat kerja atau dari bilik anda untuk menikmati beberapa masakan yang lazat. Ruang istirahat ini mempunyai kedua-dua makanan ringan dan berat di mana anda boleh memilih mengikut selera makan anda sendiri. Ia beroperasi dari jam 11:00 pagi hingga 11:00 malam.

    Sekiranya anda cukup bernasib baik, anda mungkin berpeluang menikmati promosi makanan dan minuman seperti Saturday Buffet Dinner Special, Weekday Set Lunch Special, In-House Long Term Guest Special, Singgah Cake Promotion Set dan Weekend Hi-Tea Special. Pastikan anda mendapaptkan pengesahan tentang promosi ini dengan hotel terlebih dahulu bagi memastikan tiada perubahan terkini dalam pakej promosi mereka.

    Kemudahan dan Aktiviti di Heritage Hotel Ipoh

    Hotel ini berusaha sebaik mungkin untuk memberi semua tetamu pengalaman hotel terbaik sepanjang tempoh penginapan mereka di sini. Setiap kemudahan di hotel disimpan dengan baik untuk kegunaan tetamu. Kemudahan awam yang disediakan untuk anda adalah tempat letak kereta yang mencukupi, kedai kopi, lif, restoran, perkhidmatan bilik, peti deposit keselamatan dan Wi-Fi di tempat umum. Perkhidmatan hotel yang ditawarkan kepada semua tetamu adalah khidmat pengemasan bilik, penyambut tetamu 24 jam untuk memenuhi semua keperluan anda, keselamatan 24 jam bagi memastikan keselamatan barang-barang dan diri anda sepanjang tempoh penginapan terjaga, perkhidmatan dobi dan simpanan bagasi. Hotel ini juga menyediakan bilik larangan merokok bagi mereka yang ingin keselesaan dari perokok dan bilik keluarga untuk anda menikmati masa yang berkualiti dengan keluarga anda. Hotel ini menyediakan kemudahan perniagaan yang disediakan termasuk kemudahan mesyuarat, mesin fotokopi dan lapan bilik mesyuarat khas yang lengkap dengan kemudahan persidangan dan peralatan audio-visual untuk kegunaan mesyuarat/seminar. Jika anda bosan tinggal di dalam bilik tetapi terlalu letih untuk bersiar-siar di luar hotel, anda boleh menggunakan pusat kecergasan, urutan dan sauna di dalam hotel dengan sepenuhnya.

    Tempat Menarik berhampiran Heritage Hotel Ipoh

    Banyan Spa - Ia sentiasa perkara terbaik untuk mencari masa untuk berehat, meremajakan dan memulihkan diri anda dengan rawatan spa istimewa. Tubuh dan minda juga perlu bercuti. Terletak kurang dari satu kilometer dari hotel, anda boleh mengalami rawatan badan dan wajah yang terbaik di tempat yang berorientasikan alam semula jadi ini.

    Laser Battle - Keseronokan selalu diperlukan apabila anda sedang berhibur. Laser Battle terletak satu kilometer jauhnya dari hotel. Pertempuran epik ini akan membuatkan anda dan rakan-rakan anda sentiasa bersedia untuk beraksi dalam suasana moden dan futuristik ini. Lengkapkan diri anda dan bersiap sedia untuk berperang.

    -
    Bayaran tetamu tambahan boleh dikenakan dan berbeza-beza mengikut dasar hotel.
    Pengenalan bergambar keluaran kerajaan dan kad kredit atau deposit tunai diperlukan semasa daftar masuk untuk bayaran sampingan.
    Permintaan khas adalah tertakluk kepada ketersediaan semasa daftar masuk dan boleh dikenakan bayaran tambahan. Permintaan khas tidak dapat dijamin.
    Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.