Akses Tempahan
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
  1. Hotel
  2. Malaysia(11,411 hotel)
  3. Pulau Pinang(1,084 hotel)
  4. Pulau Pinang(989 hotel)
  5. Georgetown(553 hotel)
  6. Heritage Lodge Lorong Ceylon HGH 5

Heritage Lodge Lorong Ceylon HGH 5

Pangsapuri
39 Lorong Ceylon, Georgetown Heritage, Georgetown, Pulau Pinang, Pulau Pinang, Malaysia, 10050
BEDROOM Heritage Lodge Lorong Ceylon HGH 5
BEDROOM Heritage Lodge Lorong Ceylon HGH 5
BEDROOM Heritage Lodge Lorong Ceylon HGH 5
Lihat semua gambar
NaN
Kemudahan Hotel
Penyaman Udara
Meja Depan 24j
WiFi

Tarikan berhampiran
Glass Museum
(0.46 km)
Thean Hou Temple
(0.64 km)
Camera Museum
(0.77 km)
KOMTAR
(0.79 km)
Lebih murah jika anda tempah melalui aplikasi sekarang.
Klik di sini untuk muat turun.
disabledInputInfo
disabledInputInfo
Ulasan Pengguna Traveloka
Diterjemahkan oleh Google
8.5
- Percutian Romantik
Tenang, bersih dan selesa. Privasi terjamin.
9.0
- Percutian Romantik
Great! Ia adalah masa yang hebat di sana! Terima kasih! Jumpa awak lain kali! Selamat tinggal!
1
Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotellihat lagi

Kemudahan Hotel

Keterangan

Polisi Hotel

  • Umum
    • Bilik keluarga
    • Penyaman Udara
    • Bilik larangan merokok
  • Kemudahan Dalam Bilik
    • TV
    • Pancuran mandi
  • Kemudahan Umum
    • WiFi di kawasan umum
  • Perkhidmatan Hotel
    • Penyambut tetamu 24 jam
  • Kemudahan Internet
    • Internet LAN

    Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

    Daftar masuk: 14.00
    Daftar keluar: 12.00

    Heritage Lodge Lorong Ceylon HGH 5 telah menawarkan tempat penginapan yang terbaik di Pulau Pinang. Pangsapuri ini telah menyediakan semua bilik yang dilengkapi dengan kemudahan yang berguna pada harga yang berpatutan. Selain itu, pekerja pangsapuri juga telah menawarkan layanan yang begus kepada pelanggan mereka. Terdapat beberapa kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan oleh pangsapuri ini untuk membuatkan para tetamu berasa lebih selesa semasa menginap di sini. Selain itu, lokasi pangsapuri ini sangat strategik. Para tetamu dapat berpeluang untuk meneroka banyak tempat tarikan pelancong dengan hanya mengambil masa beberapa minit berjalan kaki dari pangsapuri.

    Bagaimana untuk ke Heritage Lodge Lorong Ceylon HGH 5

    Cara yang paling cepat untuk sampai ke Heritage Lodge Lorong Ceylon HGH 5 adalah dengan menaiki kapal terbang. Para pengunjung dari Kuala Lumpur perlu mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Sebaik sahaja mereka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, mereka boleh mengambil teksi atau menyewa kereta dan menyambungkan perjalanan ke pangsapuri tersebut. Sepanjang perjalanan di atas kapal terbang mengambil masa selama 50 minit.

    Cara seterusnya adalah para pengunjung boleh memilih untuk menaiki kereta. Mereka perlu mengambil Lebuhraya Utara-Selatan ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu di Gelugor. Kemudian, mereka perlu memandu sehingga mereka sampai di Lorong Ceylon di George Town di mana mereka dapat menemui Heritage Lodge Lorong Ceylon HGH 5. Keseluruhan perjalanan di atas jalan raya mengambil masa selama 3 jam dan 55 minit.

    Pilihan Bilik di Heritage Lodge Lorong Ceylon HGH 5

    Heritage Lodge Lorong Ceylon HGH 5 telah menyediakan lima jenis bilik untuk tetamu mereka. Antaranya ialah Bilik Dondang Sayang Katil Queen, Bilik Twin dengan Sarapan Pagi, Bilik Odissi Katil Queen, Bilik Keluarga Eurasia dan Bilik Keluarga Quad. Bagi Bilik Dondang Sayang Katil Queen, ia mempunyai saiz 14 meter persegi dan jenis katilnya ialah 1 katil queen. Bilik ini dilengkapi dengan penghawa dingin, mesin basuh pinggan mangkuk, ketuhar gelombang mikro, peti sejuk dan ruang makan yang berasingan. Bilik mandi dilengkapi dengan bilik mandi berkongsi dan pancuran mandian. Para tetamu boleh mengakses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Bagi Bilik Twin dengan Sarapan Pagi, ia berukuran 14 meter persegi dan ia mempunyai 2 katil bujang. Kemudahan di dalam bilik adalah penyaman udara, mesin pencuci pinggan, ketuhar gelombang mikro, peti sejuk dan ruang makan yang berasingan. Bilik mandi dilengkapi dengan bilik mandi berkongsi dan pancuran mandian. Terdapat Wi-Fi percuma di dalam bilik ini.

    Seterusnya ialah Bilik Odissi Katil Queen. Saiz bilik ini adalah 14 meter persegi dan jenis katil adalah 1 katil queen. Pangsapuri ini telah menyediakan beberapa kemudahan dalam bilik seperti penghawa dingin, mesin basuh pinggan mangkuk, microwave, peti sejuk dan ruang makan yang berasingan. Bagi bilik mandi, ia mempunyai bilik mandi berkongsi dan pancuran mandian. Bilik yang berikut ialah Bilik Keluarga Eurasia. Bilik ini mempunyai saiz 13 meter persegi dan ia mempunyai 3 katil bujang. Kemudahan dalam bilik adalah penyaman udara, mesin pencuci pinggan, microwave, peti sejuk dan ruang makan berasingan. Bagi kemudahan bilik mandi, ia mempunyai bilik mandi berkongsi dan pancuran mandian. Para tetamu boleh mendapat akses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Bilik yang terakhir adalah Bilik Keluarga Quad. Saiz bilik ini adalah 14 meter persegi dan jenis katil adalah 4 katil bujang. Bilik ini dilengkapi dengan penghawa dingin, mesin basuh pinggan mangkuk, microwave, peti sejuk dan ruang makan yang berasingan. Bagi bilik mandi, ia mempunyai bilik mandi berkongsi dan pancuran mandian. Para tetamu boleh menggunakan Wi-Fi secara percuma.

    Restoran dan Kafe di Heritage Lodge Lorong Ceylon HGH 5

    Heritage Lodge Lorong Ceylon HGH 5 tidak mempunyai restoran atau kafe di dalam kawasan pangsapuri. Para tetamu boleh singgah di restoran atau kafe yang berhampiran pangsapuri ni.

    Kemudahan dan Aktiviti di Heritage Lodge Lorong Ceylon HGH 5

    Heritage Lodge Lorong Ceylon HGH 5 telah menyediakan beberapa kemudahan untuk tetamu mereka. Antaranya adalah tempat letak kereta secra percuma bagi para tetamu dan perkhidmatan penyambut tetamu selama 24 jam.

    Tempat Menarik berhampiran Heritage Lodge Lorong Ceylon HGH 5

    Glass Museum - Glass Museum terletak di Jalan Burma, George Town. Sebelum ia menjadi muzium, tempat ini bermula sebagai syarikat reka bentuk kaca. Para pengunjung boleh mempelajari lebih banyak pengetahuan mengenai kaca di Glass Museum. Mereka juga dapat berpeluang untuk menghasilkan cenderahati kaca secara sendiri. Di samping itu, muzium ini telah mempamerkan arca kaca yang terbesar, imej objek tiga dimensi, cermin kaca Kristal dan Kaleidoskop yang terbesar. Bagi mereka yang berminat untuk melawat, Glass Museum dibuka pada hari Isnin hingga hari Sabtu dari jam 9.30 pagi hingga jam 6 petang pada hari minggu. Pada hari Sabtu, muzium akan dibuka dari jam 9.30 pagi hingga 5 petang. Perjalanan dari Heritage Lodge Lorong Ceylon HGH 5 ke Glass Museum mengambil masa selama 7 minit dengan berjalan kaki.

    Camera Museum - Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang dunia kamera, Camera Museum adalah destinasi yang harus dikunjungi di Pulau Pinang. Muzium ini dibuka pada 15 Januari 2014. Para pengunjung boleh melihat lebih daripada 1000 jenis kamera dan fotografi di muzium ini. Camera Museum telah mempamerkan majoriti kamera antik. Terdapat orang yang bertugas untuk mengiringi para pengunjung untuk melawat di dalam muzium ini. Para tetamu juga boleh mendapat pengalaman dengan mengambil gambar menggunakan kamera antik. Selain itu, terdapat bilik gelap yang digunakan untuk membuat filem. Para tetamu juga boleh berkunjung di tempat pembaikan kamera di mana tempat ini digunakan untuk membaiki dan memulihkan kamera mekanikal. Bagi yuran kemasukan, ia akan dikenakan sebanyak RM20 untuk seorang dewasa dan RM10 untuk seorang pelajar atau warga emas. Muzium ini dibuka pada setiap hari dari jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang. Para pengnjung boleh sampai ke Camera Museum dengan berjalan kaki selama 12 minit dari Heritage Lodge Lorong Ceylon HGH 5.

    KOMTAR - KOMTAR atau nama panjangnya ialah Kompleks Tun Abdul Razak terletak di tengah bandar George Town. Ia adalah menara tertinggi di Pulau Pinang dan ia merupakan salah satu pencakar langit yang tertinggi di Malaysia. Menara ini dibina pada tahun 1974 dan telah disiapkan pada tahun 1986. KOMTAR mempunyai beberapa kedai runcit, pejabat, hotel, muzium, auditorium dan tempat pengangkutan di dalam bangunannya . Para pengunjung dapat berpeluang untuk mencuba ‘skywalk’ tertinggi di Malaysia yang dipanggil sebagai Rainbow Skywalk di bahagian atas menara dan mencuba The Gravityz. Selain itu, mereka boleh membeli-belah di beberapa kedai di dalam menara ini. Para pengunjung juga dapat menikmati pemandangan Pulau Pinang dari dek dan mereka boleh makan di beberapa restoran di dalam menara ini. Bagi mereka yang minat pada sejarah, mereka boleh melawat beberapa jenis muzium di dalam menara ini. Para pengunjung yang datang dari Heritage Lodge Lorong Ceylon HGH 5, perjalanan mereka untuk ke KOMTAR mengambil masa selama 13 minit dengan berjalan kaki.

    Kimberly Street - Kimberly Street adalah salah satu destinasi yang harus dikunjungi bagi pencinta makanan di Pulau Pinang. Terdapat banyak gerai dan kedai kopitiam yang menjual pelbagai jenis hidangan di jalan ini. Semua makanan yang telah dijual di tempat ini dikenakan pada harga yang berpatutan. Para pelancong boleh mencuba pelbagai jenis masakan tempatan Pulau Pinang seperti Char Kuey Teow, Assam Laksa, Hokkien Prawn Mee, Lor Mee, Yong Tau Fu dan banyak lagi. Pasar ini dibuka pada setiap hari kecuali pada Khamis dari jam 6 petang hingga jam 10 malam. Perjalanan dari Heritage Lodge Lorong Ceylon HGH 5 ke Kimberly Street mengambil masa selama 11 minit dengan berjalan kaki


    This property is Syariah compliance property. All non-halal items and food will be strictly prohibited.
    Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.
    24 Jam Khidmat Pelanggan+6015 4840 9469 atau +603 7724 3501
    Perlu Bantuan?