Promosi Jadi Rakan KamiSimpanTempahan Saya
MYR

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
1
2
  1. Resort
  2. Malaysia(9,547 Resort)
  3. Pahang(692 Resort)
  4. Kuantan(203 Resort)
  5. Balok(38 Resort)
  6. Holiday Villa Beach Resort & Spa

Holiday Villa Beach Resort & Spa

Resort
Lot 1303, Mukim Sungai Karang, Cherating, Kuantan, Pahang, Malaysia, 26080
LOBBY Holiday Villa Beach Resort & Spa
SWIMMING_POOL Holiday Villa Beach Resort & Spa
BEDROOM Holiday Villa Beach Resort & Spa
BEDROOM Holiday Villa Beach Resort & Spa
VIEW_ATTRACTIONS Holiday Villa Beach Resort & Spa
Lihat Semua Gambar
Traveloka
8.1 Menyenangkan

Daripada 335 ulasan

Lihat ulasan terbaik kami!

Baca ulasan ikhlas yang tersedia untuk mengetahui penginapan ini dengan lebih lanjut!

Bilik yang luas dan selesa untuk family.
Mohd S. H. H.
Kemudahan
AC
Restoran
Kolam Renang
Meja Depan 24 jam
Parkir
WiFi
See More Facilities
Dapatkan carian lebih pantas dengan menggunakan tapisan




Ulasan Pengguna Traveloka

Berdasarkan 335 ulasan

8.1
Menyenangkan
Hebat
62
Bagus
194
Memuaskan
26
Biasa
53
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan
Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...
MN
Mohd N. b. M. R.
9 Ulasan
5.9
/ 10
5.9
05 Okt 2021
Percutian pendek
Keluarga
Kali ke 3 repeat hotel ni kali ni betul2 teruk bahagian check in pkul 240pm smp smp 405pm baru dapat bilik…staff pun kurang mesra dah tau slh mtkla maaf kita byr ok…hrp perbaiki sikap kalo nak keje customer service ni…apepun kolam hotel ni memang terbaik anak ank suka tq

Suka ulasan ini?

MN
Mohd N. b. M. R.
9 Ulasan
8.3
/ 10
8.3
17 Sep 2021
Percutian pendek
Keluarga
Check in lambat dari yang sebelumnya Kupon breakfast tak dberikan terus semasa check in myebabkan kami lambat breakfast

Suka ulasan ini?

MN
Mohd N. b. M. R.
9 Ulasan
8.8
/ 10
8.8
11 Mac 2021
Percutian pendek
Keluarga
Tempat ada class dan recommended untuk berehat

Suka ulasan ini?

NM
NOR M. B. M. Z.
1 Ulasan
6.3
/ 10
6.3
31 Dis 2020
Hidangan breakfast xbyk pilihan.

1 menyukai ulasan ini

muhammad f. b. s.
3 Ulasan
9.1
/ 10
9.1
01 Nov 2020
Percutian pendek
Keluarga
Servis and layanan staff memang awesome... cuma dapat blik yang aircond xbpe sejuk.. repair ondespot.. boleh laa.. makanan bes cuma musim pkp ni xde buffet..utk percutian keluarga ok.. ad kolam mndi... pape pon trbaek.. recommended.. boleh datang lg..

Suka ulasan ini?

IH
IQMAL H. B. A. P.
1 Ulasan
6.2
/ 10
6.2
14 Sep 2020
Percutian pendek
Keluarga
Bilik air kurang memuaskan. Sinki tersumbat.

Suka ulasan ini?

NH
Norhazuwana H.
4 Ulasan
9.1
/ 10
9.1
27 Ogs 2020
Percutian
Keluarga
Tekanan air rendah dalam bilik, lain-lain okey.

Suka ulasan ini?

NB
Nurdiana B. B.
0 Ulasan
8.5
/ 10
8.5
24 Ogs 2020
Percutian pendek
Selesa. Dekat dengan pantai. Staf sangat-sangat friendly.

Suka ulasan ini?

AMIR B. H.
10 Ulasan
9.4
/ 10
9.4
23 Ogs 2020
Percutian pendek
Keluarga
Keadaan bilik sangat selesa dengan harga berpatutan. Tambahan pula ada kolam renang yang luas dan sesuai untuk aktiviti keluarga. Walaubagaimanapun pengurusan check in perlu diperbaiki lagi kerana melebihi masa yang ditetapkan, hampir lewat 45 minit daripada masa asal iaitu jam 3 ptg baru boleh memasuki bilik

Suka ulasan ini?

WN
WAN N. H. B. W. A. H.
0 Ulasan
8.5
/ 10
8.5
23 Ogs 2020
Percutian keluarga
Tempat cantik bersih & selesa ♥️♥️♥️

Suka ulasan ini?

An icon button
1
2
3
...
17
An icon button
Sebagai sebahagian daripada rancangan pemulihan ekonomi jangka pendek yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, tidak akan ada Cukai Pelancongan yang dikenakan dari 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021 untuklihat lagi
Keterangan Hotel
Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

Daftar masuk: Dari 15:00
Daftar keluar: Sebelum 12:00

Holiday Villa adalah salah satu jenama hotel terkenal di Malaysia. Ia mempunyai beberapa buah hotel di seluruh Malaysia dan beberapa negara lain seperti di China, Qatar dan juga di kota London. Salah satu resort Holiday Villa terletak di salah satu pantai yang terkenal di Pahang, Holiday Villa Beach Resort Cherating, Kuantan, Pahang. Resort ini terletak berhampiran sempadan Pahang dan Terengganu, kurang dari 20 kilometer dari pusat bandaraya Kemaman, Terengganu. Holiday Villa Beach Resort Spa Cherating adalah pilihan yang tepat untuk mencari tempat percutian di pantai. Ia mempunyai pantai peribadi yang dibuka kepada semua tetamu hotel.

Bagaimana untuk ke Holiday Villa Beach Resort Spa Cherating

Terdapat beberapa cara untuk sampai ke Holiday Villa. Memandu adalah cara paling mudah untuk ke Holiday Villa Beach Resort Spa Cherating dan ia akan mengambil masa kira-kira tiga jam dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Pantai Timur. Jika dari pusat bandar Kuantan, pemanduan akan mengambil masa lebih kurang empat puluh minit untuk sampai ke resort tersebut. Bagi mereka yang ingin pergi ke Cherating dengan menggunakan bas, ia adalah lebih mudah untuk menaiki bas yang ke Kemaman kerana lokasinya adalah lebih dekat dengan resort pantai tersebut berbanding hentian bas di Kuntan. Hentian Bas Kemaman Express hanya lima belas minit jauhnya berbanding Kuantan Terminal Sentral yang mengambil masa hampir empat puluh minit perjalanan ke Holiday Villa Beach Resort Spa. Terdapat teksi di kedua-dua terminal bas tersebut yang boleh membawa penumpang ke hotel tersebut. Terdapat juga pilihan mengambil pesawat ke lapangan terbang antarabangsa Kuantan iaitu Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, atau lapangan terbang Kerteh yang terletak di daerah Kemaman. Lokasi Holiday Villa Beach Resort Spa tepi pantai ini terletak di tengah-tengah di antara kedua lapangan terbang ini. Jaraknya antara kedua-dua lapangan terbang ini ke resort ini adalah hampir sama.

Pilihan Bilik di Holiday Villa Beach Resort Spa Cherating

Holiday Villa Beach Resort Spa Cherating ini menawarkan tiga jenis bilik dan satu jenis chalet. Bilik-bilik mereka terletak di dalam bangunan hotel manakala chalet-chaletnya pula tersebar di sekitar taman kompleks hotel, berdekatan dengan pantai. Semua bilik di hotel ini dilengkapi dengan sambungan Wi-Fi percuma, kemudahan bilik asas seperti sebuah televisyen kabel, bar mini dan set pembuat kopi dan teh serta meja dengan peti keselamatan dalam bilik. Bilik-bilik ini juga mempunyai bilik mandi dalam bilik dengan pancuran mandian dan air panas. Bilik paling murah di hotel adalah jenis bilik Superior yang bermula dengan harga RM 190 per malam. Superior datang dengan bilik bersaiz sebesar 20-meter persegi yang mempunyai pilihan untuk katil, sama ada untuk mempunyai satu katil ukuran Double atau dua buah katil bersaiz Single. Bilik yang lebih besar berbanding dengan Superior adalah bilik jenis Deluxe. Bilik jenis Deluxe ini terletak di bilik berukuran 25-meter persegi. Deluxe juga dilengkapi dengan pilihan katil seperti Superior. Harga Deluxe bermula dari RM 210 per malam. Suite Keluarga adalah satu-satunya suite yang tersedia di Holiday Villa Beach Resort Spa Cherating ini. Suite Keluarga bermula dengan harga RM 487 malam, mempunyai dua buah bilik tidur yang masing-masingnya mempunyai satu katil double. Ia juga mempunyai dua buah bilik mandi dan juga sebuah ruang keluarga. Suite Keluarga juga mempunyai sebuah katil sofa. Katil sofa ini boleh dijadikan sebagai sebuah tempat tidur yang sangat selesa. Bagi mereka yang ingin menginap di Garden Villa Chalet, ia bermula dari RM 248 per malam. Chalet ini dibina dengan menggunakan kayu dan mempunyai seni bina tempatan tradisional. Garden Villa juga mempunyai pilihan untuk katil, sama seperti bilik Standard dan Deluxe.

Kemudahan dan Aktiviti di Holiday Villa Beach Resort Spa Cherating

Resort pantai ini mempunyai dua buah kolam renang luaran, iaitu satu untuk kanak-kanak dan yang lagi satu adalah untuk orang dewasa. Terdapat juga spa yang menyediakan beberapa jenis urutan dan rawatan kecantikan di hotel ini. Holiday Villa mempunyai menu spa yang tersediayang boleh di muat turun, lengkap dengan penjelasan urut dan rawatan kecantikan. Terdapat juga pusat kecergasan yang disediakan untuk para tetamu. Resort pantai ini juga dilengkapi dengan beberapa bilik majlis yang sesuai untuk kedua-dua mesyuarat dan perkhidmatan jamuan. Hotel ini juga menyediakan ahli perancang mesyuarat/acara bagi mereka yang ingin mengadakan acara di sana.

Tempat Menarik berhampiran Holiday Villa Beach Resort Spa Cherating

Pantai Cherating - Pantai Cherating adalah salah satu pantai yang popular di daerah Kuantan. Selain pantai berpasir putih yang indah, Pantai Cherating juga popular kerana ia menjadi tempat penyu untuk datang dan bertelur di sana. Tiada penyelamat di pantai jadi jika ada yang merancang untuk berenang, sila berhati-hati. Holiday Villa Beach Resort Spa Cherating juga terletak di pantai Cherating dan bagi mereka yang menginap di hotel, mereka boleh menggunakan sepenuhnya pantai peribadi yang indah yang sentiasa bersih sepanjang masa.

Baca Lebih Lanjut
Polisi Hotel

Sarapan tambahan akan dikenakan caj sebanyak MYR 25.00 /orang.

Haiwan peliharaan adalah tidak dibenarkan.

1.To inform guest to get ready on their vaccinations requirement details prior to check in – especially for their spouses /room sharers in a way to ease a faster check in process . 2.To bring their swimming apparels in order for them to enjoy the pool as the management strictly prohibits users without proper swimming attires this is to ensure the well-being of other users and cleanliness of the pool is always maintain to the highest standard.

Baca Lebih Lanjut
Kemudahan
  • Kemudahan Dalam Bilik
    • Kabel TV
    • Kaunter
    • Pengering rambut
    • Peti besi dalam bilik
    • Bar mini
    • Pancuran mandi
    • TV
  • Perkhidmatan Hotel
    • Tukang angkut barang
    • Pekerja rencam
    • Meja depan
    • Penyambut tetamu 24 jam
    • Keselamatan 24 jam
    • Perkhidmatan dobi
    • Suratkhabar di lobi
  • Aktiviti
    • Pusat kecergasan
    • Karaoke
    • Urutan
    • Kolam renang terbuka
    • Sauna
    • Spa
  • Umum
    • Penyaman Udara
    • Bankuet
    • Bilik keluarga
    • Kawasan merokok
    • Bebas rokok
  • Kemudahan Berhampiran
    • ATM/Perbankan
    • Kedai runcit
    • Kedai
    • Pasar raya
  • Kemudahan Umum
    • Parkir
    • Restoran
    • Pesanan bilik
    • Peti keselamatan
  • Makanan dan Minuman
    • Bar
    • Sarapan
    • Hidangan vegetarian
  • Sukan & Rekreasi
    • Ping pong
    • Tenis
  • Mesra Keluarga
    • Kolam renang kanak-kanak
  • Pengangkutan
    • Pengangkutan dari lapangan terbang
  • Kemudahan Perniagaan
    • Kemudahan mesyuarat
  • Kanak-kanak dan Haiwan Peliharaan
    • Penjagaan anak dengan surcaj
  • Kemudahan Internet
    • WiFi percuma
      Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.
      Perlu Bantuan?