Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating

Resort
Lot 1303, Mukim Sungai Karang, Cherating, Kuantan, Pahang, Malaysia, 26080
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Holiday Villa adalah salah satu jenama hotel terkenal di Malaysia. Ia mempunyai beberapa buah hotel di seluruh Malaysia dan beberapa negara lain seperti di China, Qatar dan juga di kota London. Salah satu resort Holiday Villa terletak di salah satu pantai yang terkenal di Pahang, Holiday Villa Beach Resort Cherating, Kuantan, Pahang. Resort ini terletak berhampiran sempadan Pahang dan Terengganu, kurang dari 20 kilometer dari pusat bandaraya Kemaman, Terengganu. Holiday Villa Beach Resort Spa Cherating adalah pilihan yang tepat untuk mencari tempat percutian di pantai. Ia mempunyai pantai peribadi yang dibuka kepada semua tetamu hotel.

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Restoran
Kolam Renang
Meja Depan 24 jam
Parkir
WiFi

Apa yang Dikatakan Tetamu Mengenai Penginapan Mereka

Lihat Semua Ulasan
Pemandangan Memuaskan (1)
Kolam Renang Bagus (2)
Bilik Bagus (1)
Staf Mesra (4)
8.5
/ 10
Mohd S. H. H.
Bilik yang luas dan selesa untuk family.

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
Lot 1303, Mukim Sungai Karang, Cherating, Kuantan, Pahang, Malaysia, 26080
Lobi Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating
Lobi 2 Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating

Holiday Villa adalah salah satu jenama hotel terkenal di Malaysia. Ia mempunyai beberapa buah hotel di seluruh Malaysia dan beberapa negara lain seperti di China, Qatar dan juga di kota London. Salah satu resort Holiday Villa terletak di salah satu pantai yang terkenal di Pahang, Holiday Villa Beach Resort Cherating, Kuantan, Pahang. Resort ini terletak berhampiran sempadan Pahang dan Terengganu, kurang dari 20 kilometer dari pusat bandaraya Kemaman, Terengganu. Holiday Villa Beach Resort Spa Cherating adalah pilihan yang tepat untuk mencari tempat percutian di pantai. Ia mempunyai pantai peribadi yang dibuka kepada semua tetamu hotel.

Bagaimana untuk ke Holiday Villa Beach Resort Spa Cherating

Terdapat beberapa cara untuk sampai ke Holiday Villa. Memandu adalah cara paling mudah untuk ke Holiday Villa Beach Resort Spa Cherating dan ia akan mengambil masa kira-kira tiga jam dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Pantai Timur. Jika dari pusat bandar Kuantan, pemanduan akan mengambil masa lebih kurang empat puluh minit untuk sampai ke resort tersebut. Bagi mereka yang ingin pergi ke Cherating dengan menggunakan bas, ia adalah lebih mudah untuk menaiki bas yang ke Kemaman kerana lokasinya adalah lebih dekat dengan resort pantai tersebut berbanding hentian bas di Kuntan. Hentian Bas Kemaman Express hanya lima belas minit jauhnya berbanding Kuantan Terminal Sentral yang mengambil masa hampir empat puluh minit perjalanan ke Holiday Villa Beach Resort Spa. Terdapat teksi di kedua-dua terminal bas tersebut yang boleh membawa penumpang ke hotel tersebut. Terdapat juga pilihan mengambil pesawat ke lapangan terbang antarabangsa Kuantan iaitu Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, atau lapangan terbang Kerteh yang terletak di daerah Kemaman. Lokasi Holiday Villa Beach Resort Spa tepi pantai ini terletak di tengah-tengah di antara kedua lapangan terbang ini. Jaraknya antara kedua-dua lapangan terbang ini ke resort ini adalah hampir sama.

Pilihan Bilik di Holiday Villa Beach Resort Spa Cherating

Holiday Villa Beach Resort Spa Cherating ini menawarkan tiga jenis bilik dan satu jenis chalet. Bilik-bilik mereka terletak di dalam bangunan hotel manakala chalet-chaletnya pula tersebar di sekitar taman kompleks hotel, berdekatan dengan pantai. Semua bilik di hotel ini dilengkapi dengan sambungan Wi-Fi percuma, kemudahan bilik asas seperti sebuah televisyen kabel, bar mini dan set pembuat kopi dan teh serta meja dengan peti keselamatan dalam bilik. Bilik-bilik ini juga mempunyai bilik mandi dalam bilik dengan pancuran mandian dan air panas. Bilik paling murah di hotel adalah jenis bilik Superior yang bermula dengan harga RM 190 per malam. Superior datang dengan bilik bersaiz sebesar 20-meter persegi yang mempunyai pilihan untuk katil, sama ada untuk mempunyai satu katil ukuran Double atau dua buah katil bersaiz Single. Bilik yang lebih besar berbanding dengan Superior adalah bilik jenis Deluxe. Bilik jenis Deluxe ini terletak di bilik berukuran 25-meter persegi. Deluxe juga dilengkapi dengan pilihan katil seperti Superior. Harga Deluxe bermula dari RM 210 per malam. Suite Keluarga adalah satu-satunya suite yang tersedia di Holiday Villa Beach Resort Spa Cherating ini. Suite Keluarga bermula dengan harga RM 487 malam, mempunyai dua buah bilik tidur yang masing-masingnya mempunyai satu katil double. Ia juga mempunyai dua buah bilik mandi dan juga sebuah ruang keluarga. Suite Keluarga juga mempunyai sebuah katil sofa. Katil sofa ini boleh dijadikan sebagai sebuah tempat tidur yang sangat selesa. Bagi mereka yang ingin menginap di Garden Villa Chalet, ia bermula dari RM 248 per malam. Chalet ini dibina dengan menggunakan kayu dan mempunyai seni bina tempatan tradisional. Garden Villa juga mempunyai pilihan untuk katil, sama seperti bilik Standard dan Deluxe.

Kemudahan dan Aktiviti di Holiday Villa Beach Resort Spa Cherating

Resort pantai ini mempunyai dua buah kolam renang luaran, iaitu satu untuk kanak-kanak dan yang lagi satu adalah untuk orang dewasa. Terdapat juga spa yang menyediakan beberapa jenis urutan dan rawatan kecantikan di hotel ini. Holiday Villa mempunyai menu spa yang tersediayang boleh di muat turun, lengkap dengan penjelasan urut dan rawatan kecantikan. Terdapat juga pusat kecergasan yang disediakan untuk para tetamu. Resort pantai ini juga dilengkapi dengan beberapa bilik majlis yang sesuai untuk kedua-dua mesyuarat dan perkhidmatan jamuan. Hotel ini juga menyediakan ahli perancang mesyuarat/acara bagi mereka yang ingin mengadakan acara di sana.

Tempat Menarik berhampiran Holiday Villa Beach Resort Spa Cherating

Pantai Cherating -

Pantai Cherating adalah salah satu pantai yang popular di daerah Kuantan. Selain pantai berpasir putih yang indah, Pantai Cherating juga popular kerana ia menjadi tempat penyu untuk datang dan bertelur di sana. Tiada penyelamat di pantai jadi jika ada yang merancang untuk berenang, sila berhati-hati. Holiday Villa Beach Resort Spa Cherating juga terletak di pantai Cherating dan bagi mereka yang menginap di hotel, mereka boleh menggunakan sepenuhnya pantai peribadi yang indah yang sentiasa bersih sepanjang masa.

Semua Kemudahan

Kolam Renang Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating
Kolam Renang
Dewan Majlis Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating
Dewan Majlis
Ruang Umum Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating
Ruang Umum
Lobi Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating
Lobi
Perkhidmatan Hotel Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating
Perkhidmatan Hotel

Kemudahan Dalam Bilik

  • Kabel TV
  • Kaunter
  • Pengering rambut
  • Peti besi dalam bilik
  • Bar mini
  • Pancuran mandi
  • TV

Perkhidmatan Hotel

  • Tukang angkut barang
  • Pekerja rencam
  • Meja depan
  • Penyambut tetamu 24 jam
  • Keselamatan 24 jam
  • Perkhidmatan dobi
  • Suratkhabar di lobi

Aktiviti

  • Pusat kecergasan
  • Karaoke
  • Urutan
  • Kolam renang terbuka
  • Sauna
  • Spa

Umum

  • Penyaman Udara
  • Bankuet
  • Bilik keluarga
  • Kawasan merokok
  • Bebas rokok

Kemudahan Berhampiran

  • ATM/Perbankan
  • Kedai runcit
  • Kedai
  • Pasar raya

Kemudahan Umum

  • Parkir
  • Restoran
  • Pesanan bilik
  • Peti keselamatan

Makanan dan Minuman

  • Bar
  • Sarapan
  • Hidangan vegetarian

Sukan & Rekreasi

  • Ping pong
  • Tenis

Mesra Keluarga

  • Kolam renang kanak-kanak

Pengangkutan

  • Pengangkutan dari lapangan terbang

Kemudahan Perniagaan

  • Kemudahan mesyuarat

Kanak-kanak dan Haiwan Peliharaan

  • Penjagaan anak dengan surcaj

Kemudahan Internet

  • WiFi percuma

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 15:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00

Instruksi Daftar Masuk Umum

1.To bring their swimming apparels in order for them to enjoy the pool as the management strictly prohibits users without proper swimming attires this is to ensure the well-being of other users and cleanliness of the pool is always maintain to the highest standard.
Effective 1st March 2022, guests are required to pay MYR 3 per room per night for Cukai Kelestarian (Sustainability Tax) by the State Government. This is not included in the room rate and will be paid directly at the hotel.

Deposit

Deposit 0 diperlukan semasa daftar masuk. Penginapan ini menerima wang tunai, kad debit, atau kad kredit.
Baca Semua

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 15:00 - Sebelum 12:00
Ketersediaan Sarapan
Ya

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating?
Berikut facilities yang ada di Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating seperti AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating?
Masa check-in di Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating bermula dari Dari 15:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00
Adakah Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating menyediakan sarapan pagi?
Ya, Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating menyediakan sarapan pagi. Walau bagaimanapun, anda perlu memilih bilik dengan sarapan pagi atau membayar caj tambahan jika anda menempah bilik tanpa sarapan.

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Penilaian & Ulasan Keseluruhan

Daripada 388 ulasan tetamu yang disahkan
8.2
Menyenangkan
Hebat
80
Bagus
214
Memuaskan
29
Biasa
65
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan

Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...

All
pemandangan memuaskan (1)
kolam renang bagus (2)
bilik bagus (1)
staf mesra (4)
mesra kanak-kanak (2)
perkhidmatan yang baik (1)
pantai yang indah (3)
lokasi bagus (3)
bilik bersih (2)
bilik luas (2)
Lihat Lebih 10
Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
MB
Maznita B. D.
Percutian
10
/ 10
01 Oct 2023
Sudah 2 Kali saya stay bersama family, sangat awesome. ada miniwater park satu kelebihan kepada resort ni. Anak-anak suka berada di sini. makanan dia pun best. staf pun peramah. Insyaallah akan stay lagi ke sini jika datang ke Cherating lagi.
Imej Ulasan untuk Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating dari Maznita D.
Imej Ulasan untuk Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating 2 dari Maznita D.
Imej Ulasan untuk Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating 3 dari Maznita D.
Imej Ulasan untuk Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating 4 dari Maznita D.

Suka ulasan ini?

Nb
Nordiana b. M. d.
Percutian pendek
9.7
/ 10
18 Dec 2023
Hotel yang selesa. View yang cantik. Dekat dengan pantai. Pool yang pelbagai.
Imej Ulasan untuk Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating dari Nordiana B. M. D.
Imej Ulasan untuk Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating 2 dari Nordiana B. M. D.
Imej Ulasan untuk Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating 3 dari Nordiana B. M. D.

Suka ulasan ini?

MA
Muhammad A. A. W.
Percutian
6
/ 10
17 Jun 2022
Check in Garden Villa, biasa-biasa je, bilik tak berapa bersih berpasir, dalam bilik pula lampu tak cukup gelap je. Alhamdulillah ada bawa lampu sendiri sebab saya dari Nismilan, rasanya tak baloi perjalanan jauh 4 jam itu, baik ke selatan banyak lagi tempat menarik. 1st and last dah kot.
Imej Ulasan untuk Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating dari Muhammad A. A. W.

Suka ulasan ini?

YR
Yoganthri R.
Percutian pendek
9.7
/ 10
05 May 2023
Berdekatan dengan pantai. Bilik bersih. Nah, penyambut tetamu yang membantu. Tempat yang damai dan tenang.
Translated by Google Icon
Imej Ulasan untuk Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating dari Yoganthri Y.

Suka ulasan ini?

SH
Syafiq H. B. Z.
9.4
/ 10
24 Oct 2023
Anak perempuan saya sangat suka tempat ini. Ia menyeronokkan untuk percutian keluarga.
Translated by Google Icon
Imej Ulasan untuk Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating dari Syafiq H. B. Z.

Suka ulasan ini?

AJ
Amanina J.
Percutian
9
/ 10
17 Jul 2023
Boleh tahan. Bilik ini memerlukan penyelenggaraan yang betul kerana terdapat jubin dan mangkuk tandas yang tidak digosok. Selain itu, kami menikmati vila. Sarapan pagi lumayan.
Translated by Google Icon
Imej Ulasan untuk Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating dari Nur A. J.
Imej Ulasan untuk Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating 2 dari Nur A. J.
Imej Ulasan untuk Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating 3 dari Nur A. J.
Imej Ulasan untuk Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating 4 dari Nur A. J.
Imej Ulasan untuk Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating 5 dari Nur A. J.

1 menyukai ulasan ini

Mohd I. Z.
Percutian
8.8
/ 10
19 May 2023
Nice view. Good for family vacation. Have mini waterparks. Breakfast was good. Near beach and very clean and crystal clear water. Will definitely recommend to others
Imej Ulasan untuk Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating dari Isamuddin Z.
Imej Ulasan untuk Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating 2 dari Isamuddin Z.
Imej Ulasan untuk Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating 3 dari Isamuddin Z.
Imej Ulasan untuk Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating 4 dari Isamuddin Z.
Imej Ulasan untuk Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating 5 dari Isamuddin Z.
Imej Ulasan untuk Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating 6 dari Isamuddin Z.

Suka ulasan ini?

gb
gaurav b.
Percutian
10
/ 10
09 Jan 2024
Imej Ulasan untuk Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating dari Gaurav B.
Imej Ulasan untuk Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating 2 dari Gaurav B.
Imej Ulasan untuk Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating 3 dari Gaurav B.
Imej Ulasan untuk Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating 4 dari Gaurav B.
Imej Ulasan untuk Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating 5 dari Gaurav B.
Imej Ulasan untuk Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating 6 dari Gaurav B.
Imej Ulasan untuk Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating 7 dari Gaurav B.
+3
Gambar

Suka ulasan ini?

MS
Mohd S. A.
Percutian
9.7
/ 10
11 Mar 2023
Bilik selesa kemudahan banyak, kolam renang pun selesa ade banyak dan staff pun baik-baik semua

Suka ulasan ini?

AR
Are R.
8.5
/ 10
28 Jan 2023
Suasana yang indah untuk beristirahat tapi air conditioning dalam chalet tidak cakap sejuk.

Suka ulasan ini?

An icon button
1
2
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Dewan Majlis 4 Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved