Akses Tempahan
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
  1. Hotel
  2. Malaysia(7,653 hotel)
  3. Melaka(624 hotel)
  4. Bandaraya Melaka(591 hotel)
  5. Pusat Bandar Melaka(385 hotel)
  6. Home Sweet Home

Home Sweet Home

Hostel
270 A/B, Taman Raya 3, Jalan Melaka Raya, Pusat Bandar Melaka, Bandaraya Melaka, Melaka, Malaysia, 75000
Featured Image Home Sweet Home
EXTERIOR_BUILDING Home Sweet Home
LOBBY Home Sweet Home
BATHROOM Home Sweet Home
LOBBY Home Sweet Home
Lihat semua gambar
Biasa
4.9/10
Merujuk kepada 9 tetamu
Kemudahan Hotel

Tarikan berhampiran
Mahkota Medical Centre
(1.00 km)
Dataran Pahlawan Melaka Megamall
(1.18 km)
Mahkota Parade
(1.21 km)
A'Famosa
(1.31 km)
Log masuk untuk mendapat tawaran hotel hebat sehingga 25%!
Log masuk sekarang.
disabledInputInfo
disabledInputInfo
Ulasan Pengguna Traveloka
Diterjemahkan oleh Google
4.8
- Perjalanan perniagaan
Receptionist adalah perkhidmatan yang sangat buruk. tanda lokasi sangat buruk & walaupun tiada maklumat lebih baik mengenai lokasi hotel.
4.8
- Percutian Romantik
Hotel meminta lebih banyak wang. tempat yang begitu tidak sejuk. jangan tinggal di hotel di Melaka. bos begitu ramah. tetapi kakitangan adalah baik. Saya tidak mendapat wang deposit saya kembali, 10Ringgit. ahh..please tidak tinggal di hotel ini. hanya mencari hotel lain. okay
6.0
Kemarin pas mau check-in dr pihak hotel bilang dah full. malah mereka mempersoalkan darimana kita book hotel mereka. terpaksa door to door cari hotel lain yang rata2 full juga full. akhirnya dapat hotel bintang dengan rate terlalu tinggi daripada tidur dijalan.
4.0
- Percutian keluarga
Aduh ini hostel beda banget sama di foto, tempatnya jelek, kotor, kesannya setinggan. Perkhidmatan pun mengecewakan, saya sarankan jangan ada yang mau menginap di hostel ini deh
1
Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotellihat lagi

Kemudahan Hotel

Keterangan

Polisi Hotel

  • Aktiviti
    • Tab panas
    • Ruang TV
  • Kemudahan Umum
    • Peti keselamatan
  • Makanan dan Minuman
    • Sarapan
  • Perkhidmatan Hotel
    • Perkhidmatan dobi
  • Kemudahan Perniagaan
    • Stesen komputer
  • Umum
    • Kawasan merokok

Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

Daftar masuk: 14.00
Daftar keluar: 12.00

Rumah Tumpangan Home Sweet Home merupakan tempat penginapan serba ringkas yang direka bagi memenuhi keperluan pengembara yang mahu berjimat. Ia merupakan bangunan sederhana dengan perlindungan asas untuk suasana rehat yang selesa dan selamat. Pelawat disambut dengan mesra oleh petugas terlatih dan sekiranya anda agak bertuah, pemilik tempat penginapan ini yang akan mengalu-alukan kedatangan anda sambil berkongsi sejarah latar belakang rumah tumpangan tersebut.


Cara Menuju ke Rumah Tumpangan Home Sweet Home


Rumah Tumpangan Home Sweet Home terletak di dalam kawasan Melaka Raya di negeri Melaka. Ia terletak berdekatan dengan Stesen Bas Melaka Sentral, iaitu anda boleh mendapatkan khidmat teksi untuk perjalanan yang hanya mengambil masa selama 20 minit untuk tiba. Anda juga boleh meminta untuk mendapatkan khidmat jemputan daripada wakil rumah tumpangan yang mungkin merangkumi siri jelajah sekitar Bandar Melaka.


Alamat rasmi bagi Rumah Tumpangan Home Sweet Home ialah 270 A/B, Taman Raya 3, 75000 Melaka. Koordinat sistem penentududukan sejagat (GPS) pula ialah 2.18791 Latitud dan 102.253 Longitud.


Pilihan Jenis Bilik Tumpangan di Rumah Tumpangan Home Sweet Home


Rumah Tumpangan Home Sweet Home menyediakan 12 bilik tumpangan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan berdasarkan kesesuaian jenis penginapan. Bilik-bilik tumpangan memberikan pilihan jenis katil serta perabot mengikut bilangan pelawat sama ada mencakupi keperluan keluarga atau pengembara secara berkumpulan mahupun secara bersendirian. Perkakas umum pada setiap bilik termasuk kemudahan Internet Wi-Fi di kawasan umum, sebuah televisyen yang dilengkapi saluran wayang / satelit / kabel, sebuah peti sejuk serta kemudahan untuk menggosok pakaian. Bilik Keluarga turut disediakan untuk kemudahan melayani anak-anak kecil.


Restoran dan Kafe di Rumah Tumpangan Home Sweet Home


Tiada sebarang restoran mahupun kafe disediakan di Rumah Tumpangan Home Sweet Home. Namun begitu, penginap di Rumah Tumpangan Home Sweet Home disajikan dengan hidangan sarapan mudah yang diperuntukkan setiap hari seperti bijirin, roti bakar beserta mentega dan jem yang dihidangkan bersama kopi atau teh. Kemudahan mendapatkan makanan bagi pelawat Rumah Tumpangan Home Sweet Home adalah sekitar lot-lot rumah kedai sepanjang kejiranan Melaka Raya.


Kemudahan Perkhidmatan dan Aktiviti oleh Rumah Tumpangan Home Sweet Home


Rumah Tumpangan Home Sweet Home menyediakan perkhidmatan sewa basikal serta bantuan mendapatkan pakej jelajah sekitar Bandar Melaka. Anda juga boleh meminta untuk mendapatkan perkhidmatan persiaran dan penghantaran secara pergi balik ke lapangan terbang apabila diperlukan. Petugas Rumah Tumpangan Home Sweet Home sentiasa bersedia membantu untuk memenuhi sebarang keperluan pelawatnya. Mereka amat prihatin untuk mendengar dan memberikan pandangan tentang perkara menarik yang mungkin boleh diusahakan sepanjang tempoh penginapan.


Destinasi Menarik sekitar Rumah Tumpangan Home Sweet Home


Memandangkan Melaka Raya merupakan pusat budaya bagi negeri Melaka, anda boleh menjangkakan kemudahan perhubungan ke tempat-tempat menarik di sekitarnya. Antara tempat tumpuan pelancongan yang cukup terkenal termasuklah Kota A Famosa dan Gereja St Paul. Kota A Famosa yang tinggal hanyalah sebahagian daripada runtuhan Porta De Santiago, kubu yang dibina oleh bangsa Portugis sekitar tahun 1511, pihak Belanda kemudiannya memusnahkan kebanyakan bangunan terebut dan hanya meninggalkan kawasan yang menjadi tumpuan foto ketika ini. Kubu tersebut telah diselamatkan oleh usaha Sir Stamford Raffles pada tahun 1810. Struktur Roman ini dipercayai telah dibina oleh Alfonso de Albuquerque yang kini hanya meninggalkan pagar yang berwarna putih lusuh di kaki bukit bangunan Gereja St Paul.


Pasar raya tempatan beserta hiburan semasa terletak di tengah-tengah Bandar Melaka yang bernama Mahkota Parade.


Jika anda mengikuti sebarang pakej siri jelajah di sekitar Melaka, ia pasti menjadi pengalaman yang menakjubkan. Tersohor sebagai bandar bersejarah Malaysia, jika anda melawati Melaka ibarat merentasi masa untuk menyaksikan serta merasai sendiri kegemilangan era usia emasnya. Kawasan warisan lama yang dipelihara menyingkap seri sejarah Portugis dan Belanda. Ini turut ditujukan kepada sejarah kaum Peranakan yang boleh dilawati sekitar Muzium Warisan Baba Nyonya. Ia merupakan koleksi tiga buah rumah cantik yang telah dipulihara bagi mempamerkan keaslian kediaman Baba Nyonya pada abad ke-19. Rumah-rumah bandar ini telah dibina pada tahun 1896 dan merupakan contoh binaan Chinese-Palladian dengan pengaruh Belanda, lampu gantung Victoria, bidai-bidai Venetian serta tiang-tiang Greco-Roman.


Dalam usaha untuk memperingati hubungan perjanjian pendudukan, sekitar tahun 1949, Maharaja Yung Lo telah menghantar wakilnya, Laksamana Cheng Ho bagi menjalinkan hubungan komersil dengan negeri Melaka. Sultan Melaka pada waktu itu, iaitu Sultan Mansur Shah telah menikahi anak Maharaja Dinasti Ming ketika itu, iaitu Puteri Hang Liu. Sejarah ini boleh ditelusuri dengan menziarahi Bukit Cina, tempat terletaknya tanah perkuburan Cina terbesar dan tertua di luar daripada negara China. Pelawat mungkin juga berminat untuk melawat Muzium Budaya Cheng Ho yang telah dibuka pada tahun 2006. Ia dipercayai bahawa gudang yang merupakan muzium ini telah dibina sendiri oleh Laksamana Cheng Ho 600 tahun yang lalu bagi penempatan sementara untuk barang-barang keperluan sepanjang penjelajahan beliau.


Sejarah pembukaan negeri Melaka pastinya tidak terlepas daripada mengukir nama-nama seperti Parameswara beserta kelibat pendekar lima bersaudaranya yang bernama Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi. Makam Hang Jebat beserta petunjuk batu nisan bertarikh yang merakamkan pendudukan Portugis pada tahun 1512 boleh didapati di Jalan Kampung Kuli di Melaka.


Tujulah ke kawasan Ayer Keroh, pelawat berpeluang untuk meneroka taman-taman tema serta taman peranginan seperti Taman Mini Malaysia and Taman Mini ASEAN yang mempamerkan kepelbagian budaya Malaysia melalui binaan replika rumah-rumah etnik seperti Taman Buaya serta Zoo Melaka.


Pengalaman pembelajaran yang menarik turut boleh didapati oleh pelawat Ayer Keroh. Pada tahun 2009, Pusat Sains Pengembaraan Planetarium Melaka telah dibuka kepada pengunjung awam. Ia merupakan bangunan tiga tingkat berinspirasikan senibina kompleks Islamik yang dilengkapi dengan ruang pameran, perpustakaan, kafeteria serta menempatkan kubah teater terbesar di Malaysia yang menayangkan pertunjukan wayang berkala.


Tarikan terbaru yang telah dibuka pada tahun 2011 ialah taman batu karang yang pertama di Malaysia, Coral Wonderland, Melaka yang menempatkan lebih daripada 1000 spesis ikan marin serta batu karang. Ia menawarkan kolam terpanjang di Asia dan juga akuarium batu karang terpanjang di Malaysia. Pelawat boleh merancang untuk bersantai memandangkan ia terletak di dalam bangunan Dataran Pahlawan Mall yang memudahkan pengunjung mencari makanan serta membeli-belah di kemudian hari.


Sebuah lagi pengalaman unik yang boleh didapati di Melaka adalah untuk melawat D-Paradise yang menjanjikan pengetahuan berupa industri penanaman di Malaysia. Pelawat boleh datang dan mendekati koleksi terbesar dunia berkenaan tanaman labu, kaktus dan periuk kera; mengenali tenggiling serta menerokai bangsal biskut yang menyediakan kudapan tempatan.


Di bandar Melaka, pelawat boleh bersiar-siar dengan menaiki beca berhias mengharungi Perkampungan Portugis dan singgah menikmati keenakan minuman cendol di Jonker Street yang popular. Cendol merupakan minuman kegemaran tempatan yang berupa helaian agar-agar tepung pulut berwarna hijau yang dihidangkan dalam santan kelapa bersama sirap pekat gula Melaka dan parutan ais.


Saban tahun, tanpa perlu dipertikaikan lagi, Hard Rock Café telah diangkat menjadi suatu jenama yang membawa kepada perpaduan hiburan dan mengetengahkan suasana Amerika dengan menampilkan persembahan muzik secara langsung yang mengasyikkan. Hard Rock Café Melaka berhasrat untuk meneruskan tradisi ini di bangunan dua tingkat yang berkeluasan 9000 kaki persegi bertempat di sekitar Sungai Melaka.


Melaka juga termasuk sebagai antara destinasi makanan yang patut dicuba. Cabarlah diri untuk mencuba Coconut Shake Pantai Klebang, Asam Pedas Melaka, Ikan Bakar Parameswara di Umbai dan Kuih Keria Antarabangsa Masjid Limbongan.


Jadi, apakah yang anda tunggu lagi? Ayuhlah kemukakan tempahan untuk Rumah Tumpangan Home Sweet Home di traveloka.com hari ini bagi mendapatkan tawaran terbaik dan promosi istimewa!

Anda mesti menunjukkan ID bergambar semasa mendaftar masuk. Kad kredit anda akan dicaj semasa anda membuat tempahan. Pilihan merokok/jenis katil tidak dijamin. Tempahan anda dibayar dahulu dan dijamin untuk ketibaan lewat. Caj keseluruhan adalah termasuk semua caj bilik dan cukai, serta bayaran tempahan. Sebarang caj sampingan seperti bayaran tempat letak kenderaan, panggilan telefon dan perkhidmatan bilik akan diuruskan terus antara diri anda dan hartanah tersebut.
Bayaran tetamu tambahan boleh dikenakan dan berbeza-beza mengikut dasar hotel.
Pengenalan bergambar keluaran kerajaan dan deposit tunai diperlukan semasa daftar masuk untuk bayaran sampingan.
Permintaan khas adalah tertakluk kepada ketersediaan semasa daftar masuk dan boleh dikenakan bayaran tambahan. Permintaan khas tidak dapat dijamin.
Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.