Hotel My Home Station 18

Hotel
70 & 72, Medan Stesen 18/3, Station 18, Ipoh, Kinta, Perak, Malaysia, 31650
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Hotel 18 adalah hotel 1 bintang yang terletak di bandar Ipoh, Perak. Ia merupakan salah satu hotel yang menjaminkan penginapan seperti berada di rumah sendiri. Hotel ini juga terkenal kerana ia telah ditubuhkan dengan hasil titik peluh para pekerja yang setia dan berdedikasi. Hotel ini sentiasa mahu membaik taraf hasil perkhidmatan mereka dengan mendengar maklum balas para tetamu dan juga melalui kritikan yang diterima.Antara kemudahan dan perkhidmatan yang mereka sentiasa ingin menaik taraf adalah skil hospitality mereka, memberikan kemudahan yang lebih bagus, perkhidmatan layanan pelanggan yang lebih baik, kawalan sekuriti yang lebih ketat dan juga keperluan IT yang lebih canggih.Selain daripada itu, hotel ini menawarkan penginapan pada harga yang sangat berpatutan tetapi masih memberikan keselesaan pada taraf yang tinggi. Dengan cara ini, para pengembara bajet rendah atau pengembara dengan tujuan perniagaan. Hotel ini juga terletak di lokasi yang strategik. Ia berada di kawasan yang membangun di Ipoh. Ia dikelilingi dengan Pusat Membeli Belah, kedai makanan dari pelbagai bangsa, pusat hiburan seperti pub dan juga bistro.

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Meja Depan 24 jam
WiFi

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
70 & 72, Medan Stesen 18/3, Station 18, Ipoh, Kinta, Perak, Malaysia, 31650
Lobi Hotel 18
Luar Bangunan 2 Hotel 18

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Hotel My Home Station 18

Hotel 18 adalah hotel 1 bintang yang terletak di bandar Ipoh, Perak. Ia merupakan salah satu hotel yang menjaminkan penginapan seperti berada di rumah sendiri. Hotel ini juga terkenal kerana ia telah ditubuhkan dengan hasil titik peluh para pekerja yang setia dan berdedikasi. Hotel ini sentiasa mahu membaik taraf hasil perkhidmatan mereka dengan mendengar maklum balas para tetamu dan juga melalui kritikan yang diterima.

Antara kemudahan dan perkhidmatan yang mereka sentiasa ingin menaik taraf adalah skil hospitality mereka, memberikan kemudahan yang lebih bagus, perkhidmatan layanan pelanggan yang lebih baik, kawalan sekuriti yang lebih ketat dan juga keperluan IT yang lebih canggih.

Selain daripada itu, hotel ini menawarkan penginapan pada harga yang sangat berpatutan tetapi masih memberikan keselesaan pada taraf yang tinggi. Dengan cara ini, para pengembara bajet rendah atau pengembara dengan tujuan perniagaan. Hotel ini juga terletak di lokasi yang strategik. Ia berada di kawasan yang membangun di Ipoh. Ia dikelilingi dengan Pusat Membeli Belah, kedai makanan dari pelbagai bangsa, pusat hiburan seperti pub dan juga bistro.

Bagaimana untuk ke Hotel 18

Ada beberapa cara untuk sampai ke Hotel 18. Cara terbaik untuk ke sana adalah dengan memandu ke sana. Dari pusat bandar Kuala Lumpur, pengunjung boleh mengambil Lebuhraya Utara – Selatan untuk pergi ke utara. Dari Kuala Lumpur, ia akan mengambil masa 2 jam dan 9 minit untuk sampai ke hotel ini kerana jaraknya adalah hanya sejauh 200 kilometer. Memandangkan pelancong harus melalui lebuhraya oleh itu akan ada tol untuk sampai ke hotel ini.

Cara lain untuk menuju ke Hotel 18 adalah dengan mengambil bas ke Ipoh. Pengunjung boleh mengambil bas di Terminal Bersepadu Selatan. Terdapat pelbagai jenis syarikat bas yang membuat perjalanan ke sana pada setiap masa. Antaranya adalah Plusliner, Transnasional dan Konsortium. Ia akan mengambil masa 3 -4 jam untuk sampai ke Ipoh. Harga tiket bas pula adalah antara RM 17 hingga RM 30 sehala. Kemudian dari terminal bas Amanjaya Ipoh pengunjung boleh mengambil teksi untuk ke hotel.

Pilihan lain adalah dengan mengambil keretapi dari Sentral Kuala Lumpur. Keretapi ini adalah keretapi antara bandar. Ia akan mengambil 3 jam untuk sampai ke Ipoh kerana ia akan berhenti di beberapa bandar lain. Harga tiket pula adalah RM 35 sehala.

Pilihan Bilik di Hotel 18

Hotel ini mempunyai pelbagai jenis pilihan bilik yang boleh menempatkan para tetamu mereka mengikut kesesuaian. Pilihan bilik pertama adalah Deluxe Double Room. Ia mempunyai 1 katil queen dan sesuai untuk 2 tetamu. Seterusnya adalah bilik Deluxe Single Room dan juga Superior Single Room. Ia adalah bilik untuk 1 tetamu kerana ia mempunyai 1 katil bujang sahaja. Hotel ini juga mempunyai Deluxe Twin Room. Bilik ini mempunyai 2 katil bujan oleh itu sesuai untuk 2 tetamu. Bilik Deluxe Family Room juga ada untuk disewa. Ia mempunyai 2 katil queen dan sesuai untuk 4 orang tetamu. Selain daripada itu, hotel ini juga mempunyai Deluxe Triple Room. Bilik ini mempunyai 3 katil bujang dan boleh memuatkan 3 orang tetamu.

Seterusnya, hotel ini mempunyai Superior Family Room. Bilik ini mempunyai 1 katil bujang dan 1 katil queen. Ia boleh m memuatkan 3 orang tetamu. Pilihan bilik terakhir adalah Large Family Room. Bilik ini mempunyai 1 katil bujang dan 2 katil queen. Oleh itu mereka boleh memuatkan 5 orang tetamu di dalam bilik ini.

Setiap bilik mempunyai tandas persendirian yang dilengkapi dengan alat mandian percuma dan juga air panas. Selain daripada itu, setiap bilik mempunyai alat penghawa dingin, televisyen, cerek elektrik dan juga kopi, teh dan air muinuman percuma.

Kemudahan dan Aktiviti di Hotel 18

Hotel ini mempunyai banyak kemudahan yang dapat membuatkan tetamu mereka selesa. Hotel ini mempunyai Wi-Fi di kesemua ruang dan bilik. Hotel ini juga mempunyai tempat letak kenderaan bagi tetamu yang membawa kenderaan mereka sendiri. Selain daripada itu, hotel ini mempunyai penyambut tetamu yang beroperasi selama 24 jam oleh itu mereka boleh membantu para tetamu mereka pada bila – bila masa dan kerana itu mereka mempunyai kawalan sekuriti 24 jam juga. Para tetamu juga boleh meminta bantuan dari penyambut tetamu untuk mencarikan teksi untuk mereka. Hotel ini juga mempunyai tempat simpanan bagasi dan surat khabar di ruang lobi setiap hari. Di kawasan persekitaran hotel ini juga terdapat bank, kedai – kedai serbaneka, salun rambut, kedai buah tangan, supermarket dan juga kedai dobi.

Tempat Menarik berhampiran Hotel 18

Kuil Krishna -

Kuil Krishna adalah kuil untuk penganut agama Hindu. Ia adalah kuil Hindu utama di bandar Ipoh. Kuil ini mempamerkan banyak patung agama Hindu di pintu masuk kuil itu. Setiap patung dibuat dengan penuh teliti dan penuh kecantikan. Memandangkan kuil ini adalah kuil utama di Ipoh, ramai penganut agama Hindu datang ke sini untuk memuja Tuhan mereka. Selain daripada itu, ramai yang akan datang ke sini apapbila perayaan seperti Deepavali dan Thaipusam diadakan. Selain daripada penganut dari Ipoh, ada juga penganut dari bandar lain. Kuil ini juga mengalu – alukan pelancong untuk datang dan melihat kuil mereka dengan lebih dekat.

Semua Kemudahan

Lobi Hotel 18
Lobi
Luar Bangunan Hotel 18
Luar Bangunan
Bilik Tidur Hotel 18
Bilik Tidur
Bilik Mandi dalam Bilik Hotel 18
Bilik Mandi dalam Bilik

Kemudahan Berhampiran

  • ATM/Perbankan
  • Salun kecantikan
  • Kedai cenderamata
  • Kedai runcit
  • Salun rambut
  • Dobi
  • Kedai
  • Pasar raya

Umum

  • Penyaman Udara
  • Bilik keluarga
  • Pemanas
  • Bilik larangan merokok
  • Bebas rokok

Kemudahan Dalam Bilik

  • Kabel TV
  • Kaunter
  • Pengering rambut
  • Pancuran mandi
  • TV

Perkhidmatan Hotel

  • Penyambut tetamu 24 jam
  • Keselamatan 24 jam
  • Penyimpanan bagasi
  • Suratkhabar di lobi

Kemudahan Internet

  • WiFi percuma

Kemudahan Umum

  • WiFi di kawasan umum

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 14:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00

Instruksi Daftar Masuk Umum

-

Deposit

Deposit 0 diperlukan semasa daftar masuk. Penginapan ini menerima wang tunai dan kad debit.

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Meja Depan 24 jam, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 14:00 - Sebelum 12:00

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di Hotel My Home Station 18?
Berikut facilities yang ada di Hotel My Home Station 18 seperti AC, Meja Depan 24 jam, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Hotel My Home Station 18?
Masa check-in di Hotel My Home Station 18 bermula dari Dari 14:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Penilaian & Ulasan Keseluruhan

Daripada 73 ulasan tetamu yang disahkan
7.9
Menyenangkan
Hebat
8
Bagus
44
Memuaskan
3
Biasa
18
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan
Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
AR
Agatha R. P.
8.8
/ 10
09 Jun 2023
Bilik agak selesa, bersih, ada air untuk diminum di lorong hotel, berdekatan dengan AEON atau tempat makan lain, penyambut tetamu agak mesra, dan cukup membantu terutamanya kerana daftar masuk adalah di luar waktu yang sepatutnya.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

An icon button
1
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Bilik Tidur 4 Hotel 18

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka