Hotel 99 Kuala Lumpur menyediakan penginapan yang selesa untuk para tetamu. Hotel bertaraf 3 bintang ini menjanjikan pengalaman hotel yang hebat pada harga yang berpatutan. Hotel 99 Kuala Lumpur terletak di Blok 44-A - 44-B, Jalan Pudu, Bukit Bintang Kuala Lumpur. Hotel ini terletak di tengah pusat bandaraya dan berhampiran dengan mercu tanda utama dan tarikan utama pelancongan. Hotel 99 Kuala Lumpur menawarkan setiap biliknya dengan pemandangan bandar yang mengagumkan. Terdapat 8 jenis bilik untuk pilihan para tetamunya. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas untuk keselesaan para tetamunya. Para tetamunya juga dihidangkan dengan kepelbagaian menu makanan di restoran yang terdapat di hotel ini. Para tetamu yang bercuti atau mempunyai urusan kerja pasti akan teruja disepanjang penginapan mereka di sini dengan layanan dan perkhidmatan serba hebat oleh kakitangan di Hotel 99 Kuala Lumpur.
Hotel 99 Kuala Lumpur boleh dihubungi dengan penerbangan domestik dan antarabangsa. Lapangan terbang berhampiran adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang terletak 56 km dari hotel. Dari lapangan terbang anda boleh menaiki teksi untuk ke hotel yang akan mengambil masa perjalanan lebih kurang 47 minit. Hotel 99 Kuala Lumpur juga boleh dihubungi dengan memandu. Hotel ini juga dihubungkan dengan pelbagai jaringan pengangkutan awam seperti monorel dan bas. Anda boleh menaiki monorel ke Stesen Monorel Bukit Bintang atau Stesen Monorel Imbi. Selain itu juga, anda boleh menaiki bas GO KL yang disediakan secara percuma ke kawasan Bukit Bintang. Terdapat beberapa mercu tanda yang berada berhampiran dengan hotel ini iaitu Wesley Methodist Church atau Stesen LRT Plaza Rakyat yang berada tidak jauh dari hotel. Sekiranya anda berada di kawasan ini bermakna anda telah berada berhampiran dengan hotel ini.
Hotel 99 Kuala Lumpur mempunyai 90 buah bilik yang dihias dengan bergaya untuk keselesaan para tetamu. Terdapat 8 jenis bilik yang ditawarkan iaitu Superior Single, Superior Single (beserta tingkap), Deluxe Twin, Deluxe Hollywood Twin (beserta tingkap), Deluxe King, Deluxe King with Window dan Junior Suite King. Semua bilik mempunyai TV LCD lengan dengan siaran satelit, Wi-Fi percuma, peti ais mini, meja kerja, bilik mandian pancuran, cadar mewah dan banyak lagi.
Superior Single (tanpa tingkap) mempunyai keluasan 120 kaki persegi dengan konsep serba moden. Bilik ini mempunyai 1 katil bujang yang khusus untuk tetamu yang bersendirian. Kemudahan asas di bilik termasuklah TV LED, telefon, bilik mandian pancuran, tuala mandi dan Wi-Fi percuma.
Superior Single (dengan tingkap) mempunyai pemandangan bandar dengan keluasan 120 kaki persegi. Bilik ini dilengkapi dengan 1 katil bujang sesuai untuk backpackers atau pengunjung bersendirian.
Deluxe Twin (tanpa tingkap) mempunyai keluasan 150 kaki persegi. Bilik ini dilengkapi dengan 2 katil bujang yang boleh memuatkan untuk 2 orang.
Deluxe Hollywood Twin (tanpa tingkap) mempunyai keluasan 150 kaki persegi dan dilengkapi dengan 2 katil bujang. Bilik ini boleh memuatkan 2 orang dewasa.
Deluxe Hollywood Twin (dengan tingkap) mempunyai pemandangan bandar dengan keluasan 150 kaki persegi. Bilik ini menyediakan 2 katil bujang yang boleh memuatkan 2 orang tetamu.
Deluxe King (tanpa tingkap) mempunyai keluasan 150 kaki persegi dilengkapi dengan 1 katil saiz raja. Bilik ini boleh memuatkan 2 orang dewasa dan seorang kanak-kanak.
Deluxe King (dengan tingkap) menawarkan pemandangan bandar dengan hiasan bilik serba moden yang mempunyai keluasan 150 kaki persegi. Bilik ini dilengkapi dengan 1 katil saiz raja dan tingkap. Bilik ini boleh memuatkan 2 orang dewasa dan seorang kanak-kanak.
Junior Suites King dikhaskan untuk tetamu yang inginkan bilik dengan ruang yang luas dan selesa. Bilik yang berkeluasan 172 kaki persegi dengan pemandangan bandar yang mengagumkan ini boleh memuatkan 2 orang dewasa dan seorang kanak-kanak.
Para tetamu boleh menikmati keenakan hidangan makanan yang disediakan di Hotel 99 Kuala Lumpur. Semua makanan yang ditawarkan akan disediakan secara segar selepas pesanan dibuat. Hotel ini menawarkan menu makanan tempatan, Asian dan juga Continental sebagai pilihan anda. Selain itu, anda juga boleh menikmati hidangan makanan yang terdapat di aras bawah hotel ini iaitu Restoran Hailam yang menawarkan pelbagai hidangan menarik untuk anda cuba.
Hotel 99 Kuala Lumpur menyediakan pelbagai kemudahan dan aktiviti yang menarik untuk para tetamu. Anda akan dapati bilik mesyuarat dan keperluan lain untuk urusan pekerjaan anda yang serba lengkap dengan kemudahan bankuet untuk majlis atau upacara rasmi di Hotel 99 Kuala Lumpur. Hotel ini turut menyediakan perkhidmatan pengangkutan pergi dan balik ke lapangan terbang. Selain itu, aktiviti lawatan juga turut disediakan oleh pihak hotel sekiranya anda memerlukan. Kemudahan lain yang terdapat di hotel ini adalah seperti kemudahan kaunter hadapan 24-jam, Wi-Fi percuma di setiap bilik dan kawasan awam, cadar mewah, bilik air persendirian dan banyak lagi.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Kemudahan Popular | AC, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 15:00 - Sebelum 12:00 |