Akses Tempahan
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
  1. Hotel
  2. Malaysia(11,272 hotel)
  3. Kedah(691 hotel)
  4. Baling(3 hotel)
  5. Hotel Baling

Hotel Baling

Hotel
No. 1, Jalan Liku, Baling, Kedah, Malaysia, 09100
LOBBY Hotel Baling
BEDROOM Hotel Baling
BEDROOM Hotel Baling
BEDROOM Hotel Baling
BATHROOM Hotel Baling
Lihat semua gambar
Menyenangkan
7.9/10
Merujuk kepada 33 tetamu
Kemudahan Hotel
Penyaman Udara
Parkir
Meja Depan 24j
WiFi

Tarikan berhampiran
Baling Hospital
(0.91 km)
Kaki Gunung Baling
(1.26 km)
Kolej Komuniti Baling
(5.45 km)
Billion Shoping Centre
(5.56 km)
Lebih murah jika anda tempah melalui aplikasi sekarang.
Klik di sini untuk muat turun.
disabledInputInfo
disabledInputInfo
Ulasan Pengguna Traveloka

Berdasarkan 33 ulasan

7.9
Menyenangkan
Hebat
4
Bagus
18
Memuaskan
5
Biasa
6
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan
Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...
6.0
Takda bilik air dlm bilik,kena kongsi. TV signal tak elok,tak nampak siaran dari TV. Bilik memang bersih dan pekerja hotel peramah.
9.7
- Percutian keluarga
1. Harga murah sebab 2. Selesa 3. Sangat Luas 4. Bersih 5. Air panas ada disediakan di luar bilik. 6.Air dalam bilik sangat kuat 7. Servis yang diberikan penyambut tetamu memang best. Sangat peramah 8. Air mineral, tuala, tisu dan sabun diberikan free 9. Semua sy bg 5 bintang, bagi yang membawa ibu ayah yang kurang sihat perlu berhati-hati sebab perlu naik tangga, dan laluan tangga agak kecil. Kalau ada bilik kosong boleh tukar aras bawah 10. Akan kembali.
9.4
- Kembara Beg Galas
Staf is very friendly, aircond no problem, great for short time travelers.
6.2
Need upgrade the bathroom. And please take care the cleanness of the room. Price also quite expensive compare with other hotel.
Diterjemahkan oleh Google
8.5
- Kembara Beg Galas
Sesuai untuk backpackers dan saya suka saya tinggal
10
Perkhidmatan terbaik di bandar ini. penerimaan bapa saudara sangat sopan dan baik.
8.5
- Kembara Beg Galas
Hebat untuk backpackers, menjimatkan wang
8.5
Ia bagus dan sesuai untuk perjalanan percutian
8.5
- Percutian keluarga
Semuanya baik-baik saja untuk tinggal di sini.
8.5
- Kembara Beg Galas
motel baik, mempunyai cerek, air mineral percuma, sabun, tuala ..
1
2
Seterusnya
Akhir
Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotellihat lagi

Kemudahan Hotel

Keterangan

Polisi Hotel

  • Perkhidmatan Hotel
    • Penyambut tetamu 24 jam
    • Keselamatan 24 jam
    • Penyimpanan bagasi
    • Kakitangan berbilang bahasa
    • Suratkhabar di lobi
  • Umum
    • Penyaman Udara
    • Bilik keluarga
    • Pemanas
    • Bilik larangan merokok
  • Kemudahan Berhampiran
    • ATM/Perbankan
    • Dobi
    • Kedai
    • Pasar raya
  • Kemudahan Dalam Bilik
    • Kabel TV
    • Pancuran mandi
    • TV
  • Kemudahan Umum
    • Parkir
    • WiFi di kawasan umum
  • Pengangkutan
    • Parkir terhad
    • Parkir dengan surcaj
  • Kemudahan Internet
    • WiFi percuma

      Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

      Daftar masuk: 13.00
      Daftar keluar: 12.00

      Hotel Baling adalah pilihan yang sempurna untuk penginapan yang menyediakan kemudahan yang baik serta perkhidmatan hebat. Hotel bajet ini terletak kira-kira 1 km dari Hospital Baling dan kira-kira 2 km dari Kaki Gunung Baling. Untuk kemudahan anda, kaunter penerimaan tetamu 24 jam disediakan untuk melayani anda, dari urusan daftar masuk sehinggalah ke daftar keluar, atau untuk sebarang bantuan yang anda perlukan. Hotel Baling menawarkan sambungan Wi-Fi di kawasan awam untuk membantu anda untuk berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan. Baling adalah sebuah bandar di negeri Kedah, terletak berdekatan dengan sempadan Thailand. Baling bermaksud "membuang" dalam Bahasa Melayu dan dipercayai berkaitan dengan mitos Kedah yang terkenal iaitu Raja Bersiong, seorang raja yang membuang taringnya selepas musuhnya bangkit menentangnya. Pemanduan yang singkat dari hotel akan membawa anda ke Baling Hospital (0.91 km), Kaki Gunung Baling (1.26 km), Kolej Komuniti Baling (5.45 km) and Billion Shoping Centre (5.56 km).

      Bagaimana untuk ke Hotel Baling

      Hotel ini terletak di Jalan Liku, Baling, Kedah. Jika anda dalam perjalanan melalui udara, lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (IATA: AOR, ICAO: WMKA) yang merupakan sebuah lapangan terbang yang beroperasi di Alor Setar, sebuah bandar di negeri Kedah di Malaysia. Lapangan terbang ini terletak di Kepala Batas, kira-kira 1 jam 40 minit dari Hotel Baling. Sebagai alternatif, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (IATA: PEN, ICAO: WMKP), hanya terletak kira-kira 1 jam 30 minit dari kolej tersebut. Anda boleh ke Baling dari Kuala Lumpur dengan menggunakan bas. Tiket bas dari Terminal Bersepadu Selatan ke Baling adalah sekitar RM 30. Anda juga boleh mengambil bas dari Alor Setar dari Terminal Bas Shahab Perdana untuk ke stesen Baling. Terdapat hanya satu perjalanan ke Baling setiap hari, iaitu pada sembilan malam dan perjalanan sehala akan dikenakan bayaran sekitar RM 20. Daripada stesen bas, anda boleh mengambil teksi bermeter untuk ke hotel ini.

      Pilihan Bilik di Hotel Baling

      Terdapat enam jenis bilik di Hotel Baling, iaitu bilik dengan 2 katil bujang (bilik air yang berasingan), bilik untuk 2 orang (bilik air peribadi), bilik dengan 2 katil bujang (bilik air peribadi) dan bilik dengan 2 katil Double (bilik air peribadi). Kesemua bilik direka untuk membuat anda merasa segar dan selesa sepanjang penginapan anda dengan Hotel Baling, semua bilik mempunyai bilik mandi peribadi yang bersambung dengan bilik mandi yang berasingan, tandas dan disertakan dengan kemudahan bilik mandi dan pengering rambut. Bilik tidur dilengkapi dengan cadar dengan selimut dan bantal. Kekal berhubung dengan akses internet Wi-Fi percuma di sekitar hotel ini. Lain-lain di dalam bilik termasuk sistem penghawa dingin, akses internet jalur lebar berwayar dan tanpa wayar, telefon IDD dan mel suara, televisyen berskrin rata dan kemudahan membuat teh dan kopi.

      Restoran dan Kafe di Hotel Baling

      Tiada restoran yang terdapat di dalam hotel ini, walau bagaimana pun hotel ini terletak dalam jarak berjalan kaki dari pelbagai pilihan restoran, kedai-kedai dan juga kafe.

      \

      Kemudahan dan Aktiviti di Hotel Baling

      Tetamu yang menginap di Hotel Baling boleh menikmati perkhidmatan kaunter penyambut tetamu dan resepsi 24 jam. Di samping itu, terdapat juga tempat meletak kenderaan peribadi yang tertakluk kepada ketersediaan.

      \

      Tempat Menarik berhampiran Hotel Baling

      Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong - Terletak kira-kira 22 km dari Baling, adalah tempat yang popular bagi mereka yang ingin menikmati terapi air panas. Pusat rekreasi air panas ini merupakan satu-satunya yang beroperasi 24 jam dan berenang dalam air panas adalah sangat menyeronokkan terutamanya apabila suhu berkurangan pada waktu malam. Selain daripada mereka yang mencari mandian yang menyegarkan, mereka yang mempunyai penyakit dan masalah kulit juga pergi ke sana untuk mendapatkan rawatan terapeutik dengan merendam diri mereka di lima kolam air panas yang mengandungi kandungan sulfur yang tinggi dan suhu air antara 30ºC hingga 60ºC.

      Hutan Lipur Lata Bayu - Di Baling, Kedah adalah antara destinasi pelancongan dan rekreasi bersumberkan alam semula jadi di negara ini. Antara keistimewaan di hutan lipur ini yang turut dikenali Taman Eko Rimba Lata Bayu adalah kolam mandi luas yang terbentuk secara semula jadi dan air terjunnya yang bertingkat. Keunikan bentuk dan struktur semula jadi air terjun itu menjadikan ia sebagai tempat sesuai untuk melakukan aksi meluncur air kerana permukaan batunya yang licin. Bagi menjadikan lebih menarik, terdapat juga taman tema air dan tempat khas untuk mereka yang mahu melakukan aksi menggelungsur di atas batu licin di air terjun berhampiran. Meluncur air di Taman Eko Rimba Lata Bayu menjadi pilihan remaja dan kanak-kanak yang selamba saja beraksi di atas permukaan batu licin, seterusnya jatuh bebas di kolam luas. Hanya mereka yang berani, berjiwa kental dan berpengalaman sahaja boleh melakukan aksi itu. Hal ini kerana, permukaan batu yang sangat licin bakal mengundang padah sekiranya tersilap langkah.

      Please note that MYR 15/person will be charged for any Extra Bed or Additional person.
      Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.
      24 Jam Khidmat Pelanggan+6015 4840 9469 atau +603 7724 3501
      Perlu Bantuan?