OYO 90727 Hotel Mini Indah

Hotel
60-A, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia, 20000
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Hotel Mini Indah adalah sebuah hotel bajet kecil yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Terengganu. Ia adalah sebahagian daripada kedai tiga tingkat yang terletak di sepanjang jalan utama. Hotel Mini Indah adalah sebuah tempat yang baik untuk tinggal di Kuala Terengganu terutama sekali bagi mereka yang mencari tempat tinggal yang murah atau hanya mencari tempat tidur pada waktu malam. Ia adalah hotel bajet asas dengan kadar harga yang murah.

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Parkir
WiFi

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
60-A, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia, 20000
Lobi OYO 90727 Hotel Mini Indah
Lobi 2 OYO 90727 Hotel Mini Indah

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai OYO 90727 Hotel Mini Indah

Hotel Mini Indah adalah sebuah hotel bajet kecil yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Terengganu. Ia adalah sebahagian daripada kedai tiga tingkat yang terletak di sepanjang jalan utama. Hotel Mini Indah adalah sebuah tempat yang baik untuk tinggal di Kuala Terengganu terutama sekali bagi mereka yang mencari tempat tinggal yang murah atau hanya mencari tempat tidur pada waktu malam. Ia adalah hotel bajet asas dengan kadar harga yang murah.

Bagaimana untuk ke Hotel Mini Indah

Memandangkan hotel ini terletak di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu dan menjadikan perjalan ke tempat penginapan ini mudah. Memandu adalah pilihan terbaik untuk pergi ke hotel. Bagi mereka yang datang dari Kuala Lumpur, pemanduan akan mengambil masa kira-kira empat jam setengah untuk sampai ke hotel melalui Lebuhraya Pantai Timur.

Terdapat juga pilihan untuk mengambil perkhidmatan bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Terdapat banyak syarikat bas ekspres yang menyediakan perkhidmatan ke Kuala Terengganu. Harga untuk satu tiket bas dari Terminal Bersepadu Selatan di Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu bermula dari serendah RM 43 dan perjalanan biasanya akan mengambil masa kira-kira enam jam dan dua puluh minit. Terminal Bas Kuala Terengganu terletak hanya 350 meter dari Hotel Mini Indah, dalam jarak berjalan kaki.

Selain itu, terdapat juga pilihan untuk mengambil penerbangan ke Kuala Terengganu. Kuala Terengganu mempunyai sebuah lapangan terbang antarabangsa sendiri, Lapangan Terbang Sultan Mahmud, dua puluh minit dari Hotel Mini Indah. Lapangan Terbang Sultan Mahmud ini hanya mengendalikan dua penerbangan domestik, yang datang dari KLIA dan Lapangan Terbang Subang di Kuala Lumpur. Secara bermusim pula, Lapangan Terbang Sultan Mahmud juga mengendalikan penerbangan masuk dan pergi ke Jeddah dan Madinah. Terdapat banyak teksi di lapangan terbang yang boleh membawa penumpang ke mana-mana tempat di Kuala Terengganu dengan harga tambang yang berpatutan.

Pilihan Bilik di Hotel Mini Indah

Hotel Mini Indah mempunyai tiga jenis bilik. Bilik-bilik ini sesuai untuk pelbagai jenis pelancong yang datang ke Hotel Mini Indah dari yang berseorangan, kepada mereka yang datang dengan kawan-kawan dan juga keluarga kecil. Jenis bilik pertama di Hotel Mini Indah ini adalah bilik Standard. Bilik ini dilengkapi dengan sebuah katil bersaiz Queen dan dapat memuatkan dua orang dewasa dengan mudah. Bilik Standard bermula dari RM 72 untuk satu malam. Seterusnya adalah bilik Triple. Bilik ini mempunyai sebuah katil bersaiz Queen dan juga sebuah katil Single. Bilik Triple bermula pada RM 88 untuk satu malam. Bagi yang datang bersama keluarga, pilihlah Bilik Keluarga kerana ia mempunyai lebih banyak ruang. Bilik Keluarga di Hotel Mini Indah dilengkapi dengan dua buah katil ukuran Queen dan bermula dari hanya RM 106 untuk satu malam.

Semua bilik di Hotel Mini Indah lengkap dengan penyaman udara sepenuhnya. Tiada kemudahan lain yang disediakan di dalam bilik selain daripada sebuah meja kecil. Bilik mandi peribadi mempunyai pancuran mandian air panas dan tandas. Pengering rambut dan tuala disediakan atas permintaan di meja penyambut tetamu. Sambungan Wi-Fi percuma disediakan untuk para tetamu.

Restoran dan Kafe di Hotel Mini Indah

Hotel Mini Indah ini tidak mempunyai restorannya sendiri tetapi terdapat banyak restoran di luar. Restoran dan warung ini berada dalam jarak berjalan kaki.

Kemudahan dan Aktiviti di Hotel Mini Indah

Hotel Mini Indah mempunyai beberapa kemudahan untuk membuat penginapan menjadi lebih selesa. Salah satu kemudahan di Hotel Mini Indah ini adalah meja penyambut tetamu yang bertugas sepanjang waktu. Ia adalah untuk memudahkan pendaftaran masuk dan keluar lebih mudah dan pada bila-bila masa sahaja. Terdapat sebuah peti deposit keselamatan di meja penyambut tetamu yang boleh digunakan untuk menyimpan barangan berharga. Hotel Mini Indah juga menyediakan beberapa tempat letak kereta yang percuma untuk para tetamu yang menginap di hotel mereka. Sambungan Wi-Fi percuma disediakan di kawasan awam di hotel, termasuklah di lobi.

Menarik Tempat berhampiran Hotel Mini Indah

Pasar Payang -

Pasar Payang adalah pasar utama Kuala Terengganu. Ini adalah salah satu tempat yang mesti dilawati ketika bercuti di negeri Terengganu. Terdapat dua tingkat di Pasar Payang ini dengan pasaran basah yang terletak di tingkat bawah dan bahagian batik bersama-sama dengan pelbagai kedai yang menjual barangan tembaga terletak di tingkat atas. Pasar basah di Pasar Payang ini menjual pelbagai macam jenis barangan basah dari makanan laut segar, pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan dan juga hidangan tempatan seperti budu, sejenis sos yang diperbuat daripada ikan bilis yang disukai di seluruh Terengganu. Pasar Payang juga mempunyai pelbagai jenis manisan dan gula-gula buatan sendiri yang dicintai oleh penduduk tempatan dan tidak dapat ditemui di mana-mana tempat lain di luar Terengganu. Bahagian Batik Pasar Payang mempunyai banyak pakaian reka bentuk yang indah. Pakaian berasaskan batik yang tersedia adalah seperti kemeja, kaftan dan juga beberapa kain untuk menjahit. Pasar Payang hanyalah satu kilometer jauhnya dari hotel.

Semua Kemudahan

Lobi OYO 90727 Hotel Mini Indah
Lobi
Luar Bangunan OYO 90727 Hotel Mini Indah
Luar Bangunan

Kemudahan Dalam Bilik

  • Kaunter
  • Pengering rambut
  • TV
  • Pancuran mandi

Umum

  • Bilik keluarga
  • Penyaman Udara
  • Bilik larangan merokok

Kemudahan Umum

  • Parkir
  • Peti keselamatan
  • WiFi di kawasan umum

Kemudahan Internet

  • Internet LAN

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting
Ingin daftar masuk di luar waktu penerimaan tetamu (waktu awal pagi atau lewat malam)? Sila hubungi pihak penginapan secara terus untuk pengaturan daftar masuk.

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
14:00 - 22:00
Daftar keluar:
11:00 - 12:00

Instruksi Daftar Masuk Umum

-

Dasar Tambahan

-

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Parkir, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
14:00 - 22:00 - 11:00 - 12:00

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di OYO 90727 Hotel Mini Indah?
Berikut facilities yang ada di OYO 90727 Hotel Mini Indah seperti AC, Parkir, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di OYO 90727 Hotel Mini Indah?
Masa check-in di OYO 90727 Hotel Mini Indah bermula dari 14:00 - 22:00 manakala masa check-out ialah pada 11:00 - 12:00

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Penilaian & Ulasan Keseluruhan

Daripada 60 ulasan tetamu yang disahkan
7.1
Menyenangkan
Hebat
9
Bagus
17
Memuaskan
6
Biasa
28
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan
Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
Reza M.
9.7
/ 10
09 Mar 2023
Sistem check in nya mudah. Cukup Whatsapp atau telepon yang tertera dalam pintu lobby hotel. Saya tiba di hotel jam 3.30 pagi dan bisa check in dengan mudah
Imej Ulasan untuk OYO 90727 Hotel Mini Indah dari M R. A. M.

Suka ulasan ini?

SH
Siti H. N.
Percutian pendek
6
/ 10
31 May 2023
Parking tak disediakan hingga kena saman tapi pihak hotel tak bertanggungjawab. Tak disarankan bermalam di sini. Bad service. Customer service tak mesra pelanggan.👎🏿.

Suka ulasan ini?

ZA
ZAINAL A. B. M. A.
6
/ 10
04 Mar 2023
Parking kereta tidak disediakan, air panas pump rosak, mandi pakai cebuk baldi, harga sangat murah

Suka ulasan ini?

Endri S.
Ini adalah profil peribadi.
6
/ 10
28 Jul 2023
Tandas untuk bilik 205 bocor sehingga air keluar dari paip dan mengalir ke lantai, dan bilik itu tidak cukup bersih.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

MY
Mohd Y. M.
5.4
/ 10
21 Mar 2023
Mereka gagal mengurus keperluan pelanggan pada tarikh tersebut. Jadi saya membatalkan tempahan saya dengan kos saya sendiri walaupun saya dan keluarga saya sudah berada di sana. Saya tidak fikir untuk memilih kemudahan ini untuk perjalanan akan datang.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

An icon button
1
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Lobi 4 OYO 90727 Hotel Mini Indah

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved