Hotel Sentral Melaka @ City Centre

Hotel
No. 20 Jalan Tun Sri Lanang, Pusat Bandar Melaka, Bandaraya Melaka, Melaka, Malaysia, 75100
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Hotel Sentral Melaka menyediakan keselesaan yang anda perlukan semasa anda bercuti atau semasa anda melakukan urusan perniagaan. Hotel bertaraf tiga bintang ini memberikan anda pengalaman hotel terbaik pada harga yang berpatutan. Hotel Sentral Melaka dibina di Jalan Tun Seri Lanang, Bandaraya Melaka. Memandangkan betapa dekatnya keduduakn hotel ini ke bandar utama, anda pasti tidak akan merasa bosan sepanjang tempoh penginapan anda di sini kerana selain terdapat beberapa lokasi tarikan pelancongan berdekatan, hotel itu sendiri dilengkapi dengan kemudahan dan perkhidmatan yang boleh anda gunakan. Terdapat lima jenis bilik utama untuk semua tetamu yang menginap di sini. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas dalam bilik serta ciri-ciri tambahan yang unik untuk bilik-bilik tertentu. Di bahagian ruang makan, tetamu pasti akan mempunyai pengalaman menjamu selera yang elegan di restoran utama hotel ini. Hotel Sentral Melaka mempraktikkan pelbagai gaya memasak dalam hidangan mereka, yakni menjadikannya menarik untuk para tetamu mencubanya. Kedua-dua pelancong yang datang bercuti dan datang atas urusan perniagaan akan mendapati kemudahan hotel yang disediakan memenuhi keperluan mereka dan banyak lagi.
Pekerja hotel telah menerima vaksinasi untuk COVID-19.

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Restoran
Kolam Renang
Meja Depan 24 jam
Parkir
Lif
WiFi

Apa yang Dikatakan Tetamu Mengenai Penginapan Mereka

Lihat Semua Ulasan
Bilik Bagus (3)
Lokasi Strategik (8)
Staf Mesra (7)
Makanan Sedap (2)
9.4
/ 10
Fadzil B. S.
Terbaik, memuaskan, bilik yang besar, bersih dan.selesa.

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
No. 20 Jalan Tun Sri Lanang, Pusat Bandar Melaka, Bandaraya Melaka, Melaka, Malaysia, 75100
Lobi Hotel Sentral Melaka @ City Centre
Luar Bangunan 2 Hotel Sentral Melaka @ City Centre

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Hotel Sentral Melaka @ City Centre

Hotel Sentral Melaka menyediakan keselesaan yang anda perlukan semasa anda bercuti atau semasa anda melakukan urusan perniagaan. Hotel bertaraf tiga bintang ini memberikan anda pengalaman hotel terbaik pada harga yang berpatutan. Hotel Sentral Melaka dibina di Jalan Tun Seri Lanang, Bandaraya Melaka. Memandangkan betapa dekatnya keduduakn hotel ini ke bandar utama, anda pasti tidak akan merasa bosan sepanjang tempoh penginapan anda di sini kerana selain terdapat beberapa lokasi tarikan pelancongan berdekatan, hotel itu sendiri dilengkapi dengan kemudahan dan perkhidmatan yang boleh anda gunakan. Terdapat lima jenis bilik utama untuk semua tetamu yang menginap di sini. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas dalam bilik serta ciri-ciri tambahan yang unik untuk bilik-bilik tertentu. Di bahagian ruang makan, tetamu pasti akan mempunyai pengalaman menjamu selera yang elegan di restoran utama hotel ini. Hotel Sentral Melaka mempraktikkan pelbagai gaya memasak dalam hidangan mereka, yakni menjadikannya menarik untuk para tetamu mencubanya. Kedua-dua pelancong yang datang bercuti dan datang atas urusan perniagaan akan mendapati kemudahan hotel yang disediakan memenuhi keperluan mereka dan banyak lagi.

Bagaimana untuk ke Hotel Sentral Melaka

Anda akan lega untuk ketahui bahawa Melaka bukan negeri yang besar, oleh itu, anda tidak akan mempunyai masa yang sukar untuk mencari lokasi Hotel Sentral Melaka. Untuk ke Melaka, anda boleh pilih sama ada ingin memandu, menaiki bas atau kapal terbang ke sini. Jika anda memandu dari Kuala Lumpur, perjalanan ke hotel akan mengambil masa sekitar 1 jam 58 minit. Masa mungkin berubah bergantung pada keadaan lalu lintas pada masa itu. Melaka terkenal dengan jalanrayanya yang sibuk, oleh itu, mungkin tempoh perjalanan anda akan ada beberapa minit tambahan untuk tiba ke destinasi anda. Sekiranya anda menaiki bas, anda akan diturunkan di Melaka Sentral. Ia adalah terminal bas utama di Melaka. Dari terminal ini, perjalanan ke hotel akan mengambil masa kira-kira 10 minit. Jika anda menaiki kapal terbang, anda akan mendarat di Lapangan Terbang Melaka. Dari sana, jarak ke hotel adalah sekitar 7 km, jadi, ia akan mengambil masa sekitar 16 minit untuk tiba ke hotel. Memandangkan Hotel Sentral Melaka terletak betul-betul di pusat Bandaraya Melaka, terdapat beberapa tanda tempat terkenal yang boleh membantu anda mencari hotel ini. Tanda tempat yang dimaksudkan ialah Kuil Cheng Hoong Teng, Muzium Budaya Cheng Ho dan Jalan Jonker. Tempat-tempat ini berada dalam jarak satu kilometer dari hotel. Tanda tempat yang paling dekat dengan hotel ialah Bukit China. Jika anda dapat mencari tempat-tempat ini, anda sudah hampir dengan hotel ini.

Pilihan Bilik di Hotel Sentral Melaka

Terdapat lima jenis bilik utama yang disediakan untuk semua tetamu yang menginap di Hotel Sentral Melaka, iaitu Superior Twin, Deluxe Room, Superior Triple, Deluxe Family dan Executive Suite. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas dalam bilik Hotel Sentral Melaka serta ciri-ciri tambahan yang unik untuk bilik-bilik tertentu. Kemudahan asas dalam bilik yang disediakan di semua bilik termasuk meja kerja, alat pengering rambut, perkhidmatan dalam bilik, televisyen, bilik mandian pancuran dan bar mini.

Superior Twin merupakan bilik bersaiz 18 meter persegi yang sesuai untuk dua orang. Bilik ini menyediakan dua katil bujang, oleh itu, jika anda melancong dengan rakan atau berada dalam urusan perniagaan, bilik ini sesuai untuk anda. Kemudahan lain yang disediakan dalam bilik ini termasuk bidet, kelengkapan membuat teh dan kopi, kunci pintu elektronik dan penghawa dingin.

Deluxe Room merupakan bilik bersaiz 20 meter persegi yang sesuai untuk pengantin baru atau pengembara korporat. Bilik ini menyediakan satu katil bersaiz King yang menjadikannya sempurna untuk dua orang. Kemudahan lain yang disediakan dalam bilik ini termasuk televisyen skrin LCD/Plasma, perkhidmatan dobi, seterika bersama-sama dengan papan besi dan kunci pintu elektronik.

Superior Triple merupakan bilik bersaiz 25 meter persegi yang sesuai untuk keluarga kecil atau orang dalam kumpulan tiga. Bilik ini menyediakan satu katil bersaiz Queen dan satu katil single. Sekiranya anda melakukan perjalanan bersama kanak-kanak, dia akan mempunyai katilnya sendiri. Kemudahan lain yang disediakan dalam bilik ini termasuk akses percuma Wi-Fi, penghawa dingin, kelengkapan membuat teh dan kopi serta seterika bersama-sama dengan papan besi yang akan disediakan atas permintaan.

Deluxe Family merupakan bilik bersaiz 28 meter persegi yang sesuai untuk keluarga besar. Bilik ini menyediakan dua katil bersaiz Queen, oleh itu, jika anda melancong dalam keluarga berempat, anda akan mendapati diri anda berada dalam bilik yang selesa. Kemudahan lain yang disediakan dalam bilik ini termasuk penghawa dingin, bilik bebas rokok, bilik mandian pancuran mandian, bidet dan televisyen skrin LCD/Plasma.

Executive Suite merupakan suite bersaiz 28 meter persegi yang sesuai untuk keluarga besar. Bilik ini menyediakan anda dengan dua pilihan katil. Anda boleh memilih sama ada inginkan satu katil bersaiz Queen atau dua katil berkembar. Bilik ini sesuai untuk lima orang atau ke atas memandangkan terdapat ruang tambahan yang disediakan. Kemudahan lain yang disediakan dalam bilik ini termasuk bilik bebas rokok, kelengkapan membuat teh dan kopi, kunci pintu elektronik, Wi-Fi percuma, televisyen skrin LCD/Plasma dan bilik mandian pancuran.

Restoran dan Kafe di Hotel Sentral Melaka

Di ruang makan, para tetamu akan menikmati pengalaman menjamu selera yang elegan di restoran utama Hotel Sentral Melaka ini, Sudut Selera. Hotel Sentral Melaka mempraktikkan pelbagai gaya memasak dalam hidangan mereka, yakni menjadikannya menarik untuk para tamu untuk mencubanya. Rekaan dalaman kelihatan sangat lembut dan sederhana. Restoran ini sangat luas, lalu menjadikannya selesa untuk anda menikmati sarapan, makan tengah hari dan makan malam bersama ahli keluarga yang lain. Restoran ini terletak di tingkat bawah dan mereka menyediakan beberapa menu hidangan yang terdiri daripada hidangan tradisional Melaka dan masakan Barat untuk menambahkan kepelbagaian kepada selera anda. Waktu operasi bermula pada pukul 7:00 pagi hingga 11:00 petang.

Kemudahan dan Aktiviti di Hotel Sentral Melaka

Hotel ini juga menyediakan kemudahan hotel dan awam kelas pertama untuk semua tetamu yang menginap. Ia adalah objektif utama hotel untuk memastikan setiap kemudahan disediakan dengan baik untuk memenuhi keperluan tetamu. Kemudahan hotel yang boleh didapati termasuk concierge, perkhidmatan dobi, surat khabar di lobi, tuan rumah, penyambut tetamu 24 jam dan tempat simpanan bagasi. Kemudahan awam lain yang boleh anda gunakan adalah kawasan letak kereta yang mencukupi, Wi-Fi yang boleh diakses di kawasan awam, lif, bilik keluarga dan bilik bebas rokok. Mereka yang menjalani urusan perniagaan juga boleh menikmati kemudahan yang disediakan seperti kemudahan mesyuarat, faks, perkhidmatan pos, serta bankuet jika anda perlu menganjurkan seminar atau apa-apa acara lain. Jika anda sedang mencari beberapa aktiviti yang menyeronokkan untuk anda nikmati dengan keluarga dan rakan anda. Anda boleh mencuba kolam luaran mereka yang bukan sahaja memberikan keseronokan di dalamnya tetapi juga pemandangan kota yang indah.

Tempat Menarik berhampiran Hotel Sentral Melaka

A'Famosa Fort -

Melaka terkenal dengan lokasi bersejarahnya. A'Famosa merupakan seni bina Eropah tertua yang masih berdiri hingga ke hari ini. Ia mempunyai begitu banyak cerita dan rahsia yang perlu ditemui apabila anda melawat tapak ini. Tapak bersejarah ini hanya 5 minit pemanduan dari hotel.

The Stadthuys -

Ini adalah satu lagi tapak bersejarah yang masih berdiri teguh merentasi zaman. Ini adalah bangunan Belanda tertua yang masih kukuh di Melaka. Di sinilah anda dapat melihat seni bina Belanda secara dekat. Waktu operasinya ialah 9:00 pagi sehingga 5:00 petang pada Isnin hingga Khamis dan 9:00 pagi hingga 8:30 petang pada hari Jumaat hingga Ahad. Tapak bersejarah ini hanya 4 minit memandu dari hotel.

Semua Kemudahan

Bar, Kafe dan Lounge Hotel Sentral Melaka @ City Centre
Bar, Kafe dan Lounge
Kolam Renang Hotel Sentral Melaka @ City Centre
Kolam Renang
Dewan Majlis Hotel Sentral Melaka @ City Centre
Dewan Majlis
Ruang Umum Hotel Sentral Melaka @ City Centre
Ruang Umum
Lobi Hotel Sentral Melaka @ City Centre
Lobi

Kemudahan Umum

  • Parkir
  • Kedai kopi
  • Lif
  • Pesanan bilik 24 jam
  • Restoran
  • Restoran sarapan pagi
  • Pesanan bilik
  • Peti keselamatan
  • WiFi di kawasan umum

Umum

  • Penyaman Udara
  • Dewan besar
  • Bilik keluarga
  • Pemanas
  • Bilik larangan merokok
  • Bebas rokok

Kemudahan Dalam Bilik

  • Pengering rambut
  • Peti besi dalam bilik
  • Bar mini
  • Pancuran mandi
  • TV

Kemudahan Berhampiran

  • ATM/Perbankan
  • Dobi
  • Kedai
  • Pasar raya

Perkhidmatan Hotel

  • Penyambut tetamu 24 jam
  • Keselamatan 24 jam
  • Penyimpanan bagasi

Kemudahan Perniagaan

  • Kemudahan mesyuarat
  • Mesin fotokopi

Makanan dan Minuman

  • Sarapan bufet

Aktiviti

  • Kolam renang terbuka

Kemudahan Internet

  • WiFi percuma

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 14:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00

Instruksi Daftar Masuk Umum

Please note that from 1 April 2014, all bookings are subjected to a MYR 2 Heritage Tax per room per day.

Dasar Tambahan

Please note that from 1 April 2014, all bookings are subjected to a MYR 2 Heritage Tax per room per day.

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 14:00 - Sebelum 12:00
Ketersediaan Sarapan
Ya

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di Hotel Sentral Melaka @ City Centre?
Berikut facilities yang ada di Hotel Sentral Melaka @ City Centre seperti AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Hotel Sentral Melaka @ City Centre?
Masa check-in di Hotel Sentral Melaka @ City Centre bermula dari Dari 14:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00
Adakah Hotel Sentral Melaka @ City Centre menyediakan sarapan pagi?
Ya, Hotel Sentral Melaka @ City Centre menyediakan sarapan pagi. Walau bagaimanapun, anda perlu memilih bilik dengan sarapan pagi atau membayar caj tambahan jika anda menempah bilik tanpa sarapan.

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Penilaian & Ulasan Keseluruhan

Daripada 1,609 ulasan tetamu yang disahkan
7.9
Menyenangkan
Hebat
261
Bagus
844
Memuaskan
109
Biasa
395
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan

Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...

All
bilik bagus (3)
lokasi strategik (8)
staf mesra (7)
makanan sedap (2)
bilik bersih (7)
harga berpatutan (3)
Lihat Lebih 6
Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
zh
zul h.
Percutian pendek
8.5
/ 10
29 Oct 2023
Terbaik, tuala tak cukup, yang lain oke.
Imej Ulasan untuk Hotel Sentral Melaka @ City Centre dari Zul H.

Suka ulasan ini?

HANIS N. B. A. H.
Percutian
10
/ 10
19 Dec 2022
The stay was awesome, will repeat! Bilik OK, makanan OK, swimming pool okay, check in & check out so smooth, good job staffs. 🙂🥰
Imej Ulasan untuk Hotel Sentral Melaka @ City Centre dari Hanis N.

Suka ulasan ini?

BASARUDDIN N.
9.4
/ 10
21 Oct 2022
Imej Ulasan untuk Hotel Sentral Melaka @ City Centre dari Basaruddin N.

Suka ulasan ini?

KA
Khairul A. B. A. L.
9.1
/ 10
03 Oct 2022
Imej Ulasan untuk Hotel Sentral Melaka @ City Centre dari Khairul A. B. A. L.

1 menyukai ulasan ini

nn
noni n.
10
/ 10
06 Sep 2022
Puas ati sebab anak suka ada swimming pool, breakfast pon ok, overall ok, next time boleh repeat

Suka ulasan ini?

Ika d.
9.4
/ 10
04 Feb 2024
Bersih dan indah, selesa dengan reservasi

Suka ulasan ini?

Respons Penginapan
11 Feb 2024
Ika Desi yang dihormati, Terima kasih kerana memilih hotel kami, dan kerana meluangkan masa untuk menulis ulasan! Kami gembira mendengar bahawa anda menikmati penginapan anda. Kami berharap dapat mengalu-alukan anda kembali ke hotel kami pada masa hadapan. Salam Sejahtera, Hotel Sentral Melaka.
Translated by Google Icon
fa
farhana a.
8.5
/ 10
27 Jan 2024
Bilik yang saya dapat tiada water heater, jadi mandi lah dengan air sejuk. Bilik yang dapat seperti untuk 4 orang sangat besar, tetapi towel yang disediakan didalam bilik hanya satu. Saya dapat tingkat 8 jadi malas nak ulang alik/ banyak songeh. Telepon ada tapi saya tak nampak guide yang senang untuk berhubung dengan reception di bawah.
Baca Lebih Lanjut

Suka ulasan ini?

Respons Penginapan
11 Feb 2024
Sayang Farhana. Kami memohon maaf atas pengalaman tidak menyenangkan yang anda temui semasa penginapan terakhir anda. Ini bukan jenis semakan yang kami suka lihat, dan kami memberi jaminan bahawa kami akan meneliti setiap perkara yang telah anda buat. Terima kasih sekali lagi atas maklum balas dan kami berharap lawatan anda yang seterusnya akan menyenangkan. Salam, Hotel Sentral Melaka.
Translated by Google Icon
Ahmad A.
Percutian
8.5
/ 10
25 Sep 2023
Staf hotel yang bagus. Bersih. Tapi iron takde dalam bilik. Kena iron dekat luaq.

Suka ulasan ini?

FH
FATIN H. B. A. M.
Percutian pendek
8.5
/ 10
08 Jul 2023
Aircond tak boleh setting sendiri. Setting aircond yang ada tak function. So rasa sejuk tu biasa sajoh macam kat rumah. peti sejuk tak sejuk. But so far okay, selesa. 👍🏻 Bilik deluxe ingat dapat 1 queen je sekali dapat 2. 😍

Suka ulasan ini?

Respons Penginapan
30 Jul 2023
Terima kasih atas ulasan anda. Kami sangat bersyukur. Namun begitu, kami akan memastikan komen anda diambil sebagai keutamaan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan yang kami berikan lebih kemudahan kepada anda pada masa hadapan. Semoga berjumpa lagi pada masa akan datang dan Selamat Hari Raya.
Translated by Google Icon
A
ANIK
Percutian pendek
8.2
/ 10
01 Jan 2024
My room is dirty ya banyak rambut and toilet banjir, tapi disebabkan staff tu baik carikan I and family meja for breakfast then okay la

Suka ulasan ini?

Respons Penginapan
21 Jan 2024
Anis yang dihormati, Kami memohon maaf atas pengalaman tidak menyenangkan yang anda temui semasa penginapan terakhir anda. Ini bukan jenis semakan yang kami suka lihat, dan kami memberi jaminan kepada anda bahawa kami akan meneliti setiap perkara yang telah anda buat. Terima kasih sekali lagi atas maklum balas dan kami berharap lawatan anda yang seterusnya akan menyenangkan. Salam, Hotel Sentral Melaka.
Translated by Google Icon
An icon button
1
2
3
...
5
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Kolam Renang 4 Hotel Sentral Melaka @ City Centre

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka