Terletak di Tebrau, kawasan pinggiran pusat bandar, Hotel Shiki menjanjikan perjalanan dan percutian yang lebih daripada sekadar berbaloi. Hanya 15.9 km dari pusat bandar, lokasi strategik hotel ini memastikan tetamu boleh ke mana-mana sahaja tempat tarikan di sekitar johor dengan cepat dan mudah. Penginapan di hotel budget ini direka khas untuk para pelancong sama ada pasangan, rakan dan keluarga yang ingin bersantai dengan selesa tanpa perlu risau akan masalah lain. Perjalanan singkat dari Hotel Shiki akan membawa anda ke tempat-tempat menarik seperti Austin Heights Water & Adventure Park (0.59Â km), Mydin Mall (2.52Â km), Sultan Ismail Hospital (2.68Â km) dan AEON Tebrau Shopping Centre (3.02Â km). Taman tema yang terkenal di Johor seperti Taman Tema Angry Bird, Legoland dan juga Hello Kitty Town Malaysia juga terletak tidak jauh dari kawasan hotel ini.
Bagaimana untuk ke Hotel Shiki
Hotel Shiki terletak di Block A, Jalan Jaya Putra 1/1, Taman JP Perdana, Tebrau, Tebrau, Johor Bahru. Jika anda menggunakan laluan udara, lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (IATA: JHB, ICAO: WMKJ) ataupun Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail yang merupakan sebuah lapangan terbang yang terbaru terletak di Senai, berhampiran dengan Johor Bahru, di negeri Johor, Malaysia. Lapangan terbang ini terletak di Senai yang terletak kira-kira 30 kilometer dari ibu negeri Johor, Johor Bahru dan hanya 30 minit dari hotel ini yang terletak di Tebrau. Sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakan bas terus daripada mana-mana kawasan di Malaysia untuk ke JB Sentral. JB Sentral adalah hab pengangkutan awam utama di Johor. JB Sentral terletak kira-kira 30 minit dari Hotel Shiki.
Pilihan Bilik di Hotel Shiki
Terdapat pelbagai pilihan bilik dan juga suite di Hotel Shiki, iaitu Superior King Room, Deluxe King Room, Superior Twin Room, Family room dan Deluxe Suite.
Kesemua bilik direka untuk membuat anda merasa segar dan selesa sepanjang penginapan anda dengan hotel ini, semua bilik mempunyai bilik mandi peribadi yang bersambung dengan bilik mandi yang berasingan, tandas dan disertakan dengan kemudahan bilik mandi dan pengering rambut. Bilik tidur dilengkapi dengan cadar dengan selimut dan bantal. Kekal berhubung dengan akses internet Wi-Fi percuma di sekitar hotel ini. Lain-lain di dalam bilik termasuk sistem penghawa dingin, akses internet jalur lebar berwayar dan tanpa wayar, telefon IDD dan mel suara, televisyen skrin rata dan kemudahan membuat teh & kopi.
Restoran dan Kafe di Hotel Shiki
Nikmati pelbagai pilihan menu tempatan dan antarabangsa di restoran yang terdapat di dalam kawasan hotel, tak kira untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan juga makan malam. Tambahan pula, hotel ini terletak dalam jarak berjalan kaki dari pelbagai pilihan restoran, kedai-kedai dan juga kafe.
Kemudahan dan Aktiviti di Hotel Shiki
Hotel Shiki menawarkan pelbagai kemudahan untuk penginapan anda di Johor Bahru. Pilihan kemudahan seperti Wi-Fi percuma di semua bilik, kaunter penerimaan tetamu 24-jam, daftar masuk dan daftar-masuk ekspres, simpanan bagasi dan Wi-Fi di tempat awam boleh dinikmati oleh semua tetamu yang menginap di hotel.
Tempat Menarik berhampiran Hotel Shiki
Taman Tema Angry Bird - Ia meliputi kawasan seluas 26.000 kaki persegi, penuh dengan keriangan dan terletak di KOMTAR, Johor Bahru City Centre (JBCC). Di bahagian pintu masuk taman tema ini, anda akan di sambut dengan kartun Angry Birds yang ditayangkan di televisyen. Terdapat lima tarikan utama iaitu Danger Zone, Utopia, South Beach, Classic dan akhir sekali Kedai Angry Bird. Anda boleh membeli tiket secara atas talian atau terus ke kaunter. Tiket individual dan keluarga boleh di beli, masing-masing dengan harga bermula daripada RM 60 dan RM 280.
Legoland - Ia adalah sebuah taman tema antarabangsa di Malaysia yang terletak di Johor Bahru, bersebelahan dengan seberang tambak Singapura. Taman hiburan LEGOLAND Malaysia Resort turut dilengkapi dengan pelbagai tarikan aktiviti yang menyeronokkan untuk seluruh keluarga, bersama-sama dengan tarikan interaktif yang hebat. Selain Legoland Malaysia, tarikan lain yang bertemakan Lego turut telah dibuka di kawasan berhampiran. Taman Air Legoland yang pertama telah dibuka pada tahun 2013, adalah merupakan taman tema air bertema Lego, selain itu The Legoland Hotel, hotel bertema Lego yang terletak di dalam taman tema yang pertama di Asia Tenggara telah dibuka pada tahun 2014.
Hello Kitty Town Malaysia - Ia adalah sebuah taman tema Sanrio Hello Kitty yang pertama dibuka di luar Jepun. Melangkah ke dunia Hello Kitty dan jelajahi rumah dan kehidupannya! Diilhami oleh dunia Hello Kitty seperti Studio Wishful di mana anda boleh membuat cenderahati Hello Kitty anda sendiri atau bermain Tea Cup Rides dan yang paling penting jangan terlepas untuk menyaksikannya secara langsung di atas pentas. Ia terletak di tingkat pertama di Puteri Harbour Family Theme Park, hanya satu perjalanan singkat dari Jambatan Kedua Singapura-Malaysia.
Kemudahan | AC, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi |
Jam Operasi | Dari 14:00 - Sebelum 12:00 |
Berikut facilities yang ada di Hotel Shiki by Holmes Hotel seperti AC, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Masa check-in di Hotel Shiki by Holmes Hotel bermula dari Dari 14:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00