Tempahan Saya
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
  1. Hotel
  2. Malaysia(11,364 hotel)
  3. Selangor(1,366 hotel)
  4. Bandar Sunway(119 hotel)
  5. Hotel Sri Sutra (Bandar Sunway 1)

Hotel Sri Sutra (Bandar Sunway 1)

HOTEL
9, Jalan PJS 8/5, Mentari Business Centre, Bandar Sunway, Bandar Sunway, Selangor, Malaysia, 46150
EXTERIOR_BUILDING Hotel Sri Sutra (Bandar Sunway 1)
LOBBY Hotel Sri Sutra (Bandar Sunway 1)
Others Hotel Sri Sutra (Bandar Sunway 1)
Others Hotel Sri Sutra (Bandar Sunway 1)
LOBBY Hotel Sri Sutra (Bandar Sunway 1)
Lihat semua gambar
NaN
Kemudahan Hotel
Penyaman Udara
Lif
WiFi

Tarikan berhampiran
Sunway Pyramid Shopping Mall
(0.54 km)
Setia Jaya Station
(0.81 km)
Sunway Lagoon Theme Park
(0.86 km)
Sunway Medical Centre
(1.10 km)
Lebih murah jika anda tempah melalui aplikasi sekarang.
Klik di sini untuk muat turun.
disabledInputInfo
disabledInputInfo
Ulasan Pengguna Traveloka
Belum ada ulasan dari tetamu
Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotellihat lagi

Kemudahan Hotel

Keterangan

Polisi Hotel

  • Kemudahan Dalam Bilik
    • Kabel TV
    • Kaunter
    • Pengering rambut
    • Peti besi dalam bilik
    • Pancur mandi dan tab berasingan
    • Pancuran mandi
  • Kemudahan Umum
    • Lif
    • Pesanan bilik
    • Peti keselamatan
    • WiFi di kawasan umum
  • Umum
    • Penyaman Udara
    • Bilik keluarga
    • Kawasan merokok
  • Kemudahan OKU
    • Akses kerusi roda
  • Kemudahan Internet
    • Internet LAN

    Hotel Sri Sutra merupakan sebuah hotel bajet yang terletak di tengah-tengah Bandar Sunway yang cukup sibuk. Ia beralamat di No. 9, Jalan PJS 8/5, Mentari Business Centre, Bandar Sunway, Bandar Sunway, Selangor, Malaysia, 46150. Bangunannya terletak di deretan rumah-rumah kedai yang lain yang turut dijadikan sama ada pejabat, restoran, kedai serbaneka dan sebagainya. Oleh itu, hotel ini sangat sesuai bagi mereka yang bercuti secara berkelana kerana banyak kemudahan yang boleh didapati di sekitar hotel ini. Persekitarannya yang agak sibuk membuatkan hotel ini tidak menjadi pilihan utama bagi mereka yang menginginkan percutian santai. Walau bagaimanapun, hotel ini sering dipenuhi tetamu yang datang untuk meneroka Bandar Sunway terutamanya yang ingin berkunjung ke Pusat Membeli-belah Sunway Pyramid dan Taman Tema Air Sunway Lagoon.

    Bagaimana untuk ke Hotel Sri Sutra

    Jika anda dari KL Sentral, ambil kereta api Komuter menghala ke Shah Alam. Turun di stesen Setia Jaya. Daripada stesen tersebut, anda boleh menaiki teksi ke Hotel Sri Sutra. Hotel tersebut terletak hanya 800 meter dari stesen oleh itu, perjalanan dengan teksi mungkin akan mengambil masa hanya 5 minit.

    Jika anda memandu dari Kuala Lumpur. Anda boleh menggunakan Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway) atau Lebuhraya Baru Pantai (NPE) untuk menghubungkan anda terus dari Kuala Lumpur ke Bandar Sunway. Anda boleh jadikan Sunway Pyramid sebagai mercu tanda anda kerana pusat membeli belah terkenal itu terletak berhampiran Hotel Sri Sutra.

    Pilihan Bilik di Hotel Sri Sutra

    Hotel Sri Sutra menyediakan beberapa pilihan bilik untuk tetamu pilih berdasarkan keperluan. Sama ada bilik seorang atau berdua, bertingkap atau tidak, anda boleh terus bertanyakan di kaunter penyambut tetamu. Kesemua bilik yang disediakan cukup luas, kemas dan bersih. Bilik-bilik yang disediakan amat selesa untuk didiami dan beristirahat setelah tetamu penat meneroka Bandar Sunway.

    Kemudahan dan Aktiviti di Hotel Sri Sutra

    Seperti hotel-hotel bajet yang lain, Hotel Sri Sutra menyediakan penginapan dengan kemudahan dalam bilik yang serba lengkap bagi memastikan keselesaan para tetamu. Contoh kemudahan dalam bilik adalah, pendingin hawa, televisyen, pengering rambut, alat membuat teh atau kopi dan lain-lain lagi. Kemudahan hotel yang disediakan pula adalah kaunter penyambut tetamu 24 jam, Wi-Fi berkelajuan tinggi yang boleh diakses di mana-mana tempat dalam bangunan hotel, tempat letak kereta terbuka di kawasan depan bangunan hotel dan beberapa lagi. Dengan kesederhanaan kemudahan yang disediakan, untuk tujuan penginapan yang singkat dan kadar harga bilik yang bajet dan memadai terasa cukup sempurna.

    Restoran dan Kafe di Hotel Sri Sutra

    Hotel ini tidak menyediakan restoran atau pun kafe di dalam bangunan hotel ini. Tetapi, ia tidak menjadi masalah kepada para tetamu untuk mencari makanan dan minuman kerana seperti yang diberitahu, hotel ini dikelilingi dengan restoran-restoran yang menyajikan pelbagai jenis makanan. Kebanyakan para tetamu hotel sini memilih untuk mencari makanan di Pusat Membeli-belah Sunway Pyramid oleh kerana restoran-restoran yang terdapat di dalam sana sudah diyakini kelazatannya. Tetamu boleh pilih mana-mana satu restoran yang menjadi keinginan hati dan pergi sendiri sama ada dengan berjalan kaki atau pun dengan menaiki teksi.

    Tempat Menarik berhampiran Hotel Sri Sutra

    Sunway Lagoon - Sunway Lagoon adalah sebuah taman tema air paling terkenal dan dinobatkan taman tema air nombor satu di Malaysia. Ia juga terletak di Bandar Sunway dan mengambil masa hanya 5 minit menggunakan kenderaan dari Hotel Sri Sutra. Taman tema ini menjadikan segala tarikannya sesuai untuk bukan sahaja kanak-kanak tetapi juga orang dewasa. Oleh itu, tidak hairan lah jika taman tema ini dilihat penuh bukan sahaja semasa musim cuti sekolah dan dibaniri kanak-kanak, malah dipenuhi orang dewasa pada setiap hujung minggu juga. Dengan keluasan 88 ekar mempunyai 6 tema tarikan utama. Enam kategori tema untuk pengunjung lawati seperti Nickelodeon Lost Lagoon, Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Scream Park dan Extreme Park.Yang menjadi tumpuan utama semestinya Water Park dan permainan air yang terkenal adalah Monsoon 360, Congo Challenge, Vuvuzela, Waterplexx 5D, Surf Beach, Flowrider dan banyak lagi. Bukan itu saja, terdapat juga beberapa shows yang akan dimainkan pada waktu-waktu tertentu untuk menghiburkan anda seperti Call for Celebration, Mali Cove Dance Show, Spongebob & Patrick Meet and Greet dan lain-lain lagi. Melawat di sini memerlukan pengunjung untuk memperuntukkan satu hari suntuk untuk menamatkan lawatan dan melawati kesemua taman yang dinyatakan.

    Pusat Membeli-Belah Sunway Pyramid - Pusat Membeli-belah yang terkenal ini terletak hanya bersebelahan dengan Taman Tema Air Sunway Lagoon. Ia terkenal dengan patung singa besar yang dibina di pintu masuk pusat membeli-belah itu. Selain daripada kedai-kedai berjenama antarabangsa dibuka di pusat membeli-belah ini, ia juga menjadi pusat membeli-belah yang paling kerap dilawati kerana menyediakan aktiviti luncur ais. Pengunjung juga datang ke sini untuk mencari makanan kerana terdapat berbagai-bagai restoran terkenal dibuka sama ada di dalam bangunan atau di luar bangunan yang berkonsepkan ‘open-air’.

    Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.
    24 Jam Khidmat Pelanggan+6015 4840 9469 atau +603 7724 3501
    Perlu Bantuan?