Hotel YT Midtown

Hotel
No 30, Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia, 20100
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Hotel YT Midtown adalah salah satu tempat penginapan yang terbaik di kawasan Kuala Terengganu. Hotel ini telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang sangat bagus untuk keperluan tetamu mereka. Semua bilik di hotel ini telah dilengkapi dengan kemudahan yang berguna. Para tetamu boleh merasa pelbagai jenis hidangan tempatan dan antarabangsa di sebuah kafe di dalam hotel ini. Selain itu, hotel ini terletak berhampiran dengan tempat-tempat yang menarik seperti pusat membeli-belah, tapak warisan dan tempat kemudahan awam yang hanya mengambil masa beberapa minit memandu dari hotel.

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Restoran
Meja Depan 24 jam
Parkir
Lif
WiFi

Apa yang Dikatakan Tetamu Mengenai Penginapan Mereka

Lihat Semua Ulasan
8.5
/ 10
Aqilah Z. A.
Selesa dan baik, lokasi di tengah bandar, dekat dengan dataran shahbandar.

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
No 30, Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia, 20100
Lobi Hotel YT Midtown
Luar Bangunan 2 Hotel YT Midtown

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Hotel YT Midtown

Hotel YT Midtown adalah salah satu tempat penginapan yang terbaik di kawasan Kuala Terengganu. Hotel ini telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang sangat bagus untuk keperluan tetamu mereka. Semua bilik di hotel ini telah dilengkapi dengan kemudahan yang berguna. Para tetamu boleh merasa pelbagai jenis hidangan tempatan dan antarabangsa di sebuah kafe di dalam hotel ini. Selain itu, hotel ini terletak berhampiran dengan tempat-tempat yang menarik seperti pusat membeli-belah, tapak warisan dan tempat kemudahan awam yang hanya mengambil masa beberapa minit memandu dari hotel.

Bagaimana untuk ke Hotel YT Midtown

Hotel YT Midtown terletak di tengah bandar Kuala Terengganu iaitu merupakan salah satu negeri di Pantai Timur Malaysia. Para pengunjung boleh memilih antara dua cara untuk sampai ke Hotel YT Midtown. Cara yang pertama adalah dengan menaiki kapal terbang. Para pengunjung dari Kuala Lumpur boleh mendapatkan penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menuju ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Terdapat dua penerbangan yang akan membuat perjalanan ke Terengganu iaitu AirAsia dan Malaysia Airlines. Para pengunjung boleh mendapatkan harga tiket penerbangan dari RM 146 hingga RM 371. Walau bagaimanapun, harga tiket penerbangan akan dinaikkan pada musim cuti. Perjalanan di dalam penerbangan akan mengambil masa selama 55 minit. Apabila para pengunjung sudah tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, para pengunjung boleh mengambil teksi atau menyewa kereta dan meneruskan perjalanan mereka ke Hotel YT Midtown.

Cara yang kedua adalah dengan menaiki kereta. Dari Kuala Lumpur, para pengunjung perlu mengambil Laluan E8 ke Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu. Kemudian, para pengunjung perlu melalui Jalan Tengku Mizan ke Jalan Tok Lam. Para pengunjung boleh sampai ke destinasinya apabila para pengunjung memasuki kawasan Jalan Tok Lam. Keseluruhan perjalanan dianggarkan dalam 5 jam dan 3 minit. Para pengunjung akan menemui beberapa tol di sepanjang perjalanan.

Pilihan Bilik di Hotel YT Midtown

Hotel YT Midtown telah menyediakan tujuh jenis bilik untuk dipilih oleh para tetamu. Antaranya Bilik Superior, Bilik Twin Superior, Bilik Deluxe, Bilik Triple Superior, Bilik Triple Deluxe, Bilik Suite dan Bilik Keluarga. Bagi Bilik Superior, ia mempunyai keluasan 17 meter persegi dengan 1 katil king. Para tetamu boleh mengakses Wi-Fi secara percuma dan mendapat sarapan pagi secara percuma untuk pakej bilik ini. Bilik ini mempunyai penyaman udara, air botol percuma, televisyen, pembuat kopi atau teh, meja dan peti keselamatan dalam bilik. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian, air panas dan peralatan mandian. Seterusnya ialah Bilik Twin Superior. Jenis katil untuk bilik ini ialah 2 katil single. Para tetamu boleh menikmati sarapan pagi percuma dan mendapat akses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Bilik ini mempunyai saiz dan kemudahan yang sama seperti bilik sebelumnya. Bagi Bilik Deluxe, ia mempunyai saiz sebesar 20 meter persegi. Jenis katilnya ialah 1 katil king. Terdapat sarapan pagi secara percuma dan akses Wi-Fi secara percuma turut disediakan dalam pakej bilik ini. Hotel ini telah menyediakan kemudahan dalam bilik dan bilik mandi yang sama seperti bilik-bilik sebelumnya.

Bagi Bilik Triple Superior, ia berukuran 17 meter persegi dan mempunyai 3 katil single. Para tetamu boleh menikmati sarapan pagi secara percuma dan akses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Bilik ini mempunyai kemudahan yang sama seperti bilik-bilik sebelumnya. Bagi Bilik Triple Deluxe, ia mempunyai keluasan 20 meter persegi. Jenis katilnya ialah 1 katil king dan 1 katil single. Para tetamu boleh menikmati kemudahan yang sama seperti bilik-bilik sebelumnya. Terdapat juga sarapan pagi percuma dan akses Wi-Fi secara percuma di dalam pakej bilik ini. Bilik yang berikutnya ialah Bilik Suite. Saiz bilik ini adalah 30 meter persegi. Jenis katilnya ialah 1 katil king. Para tetamu boleh mendapatkan Wi-Fi secara percuma dan sarapan pagi secara percuma untuk pakej bilik ini. Bilik ini mempunyai kemudahan yang sama seperti bilik-bilik sebelumnya dengan tambahan ruang tamu. Bilik yang terakhir ialah Bilik Keluarga. Saiz bilik ini adalah 30 meter persegi. Ia mempunyai 1 katil double dan 1 katil single. Para tetamu boleh mengakses Wi-Fi secara percuma dan menikmati sarapan pagi secara percuma untuk pakej bilik ini. Selain itu, bilik ini telah dilengkapi dengan kemudahan yang sama seperti kemudahan di bilik-bilik yang lain.

Restoran dan Kafe di Hotel YT Midtown

Hotel YT Midtown mempunyai sebuah kafe bernama Midtown Café yang menyajikan pelbagai jenis hidangan antarabangsa dan tempatan serta stimbot. Para tetamu boleh menikmati hidangan di restoran ini pada sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.

Kemudahan dan Aktiviti di Hotel YT Midtown

Hotel YT Midtown telah menyediakan beberapa kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik untuk keselesaan tetamu mereka. Antaranya adalah tempat letak kereta untuk para tetamu, perkhidmatan bilik, Wi-Fi di kawasan awam, kaunter penyambut tetamu selama 24 jam, kakitangan yang boleh bertutur pelbagai bahasa dan kemudahan mesyuarat. Selain itu, terdapat juga beberapa kedai berhampiran hotel ini.

Tempat Menarik berhampiran Hotel YT Midtown

Mydin Mall -

Mydin Mall terletak di Kuala Terengganu, Terengganu. Ia terdiri daripada pasar raya, kedai serbaneka, bazar, kedai francais, kedai premium dan beberapa buah restoran. Para pengunjung boleh membeli barang mentah seperti daging, ayam, sayur-sayuran dan beberapa makanan kering di pasar raya. Selain itu, para pengunjung juga boleh mendapatkan barangan elektrik, alat tulis, mainan dan banyak lagi. Perjalanan dari Hotel YT Midtown ke Mydin Mall mengambil masa selama 5 minit berjalan kaki.

Istana Badariah -

Istana Badariah mula dibina pada tahun 1940. Ia mempunyai kawasan seluas 16,933 hektar. Istana Badariah pernah menjadi kediaman rasmi bagi Sultan Ismail Nasiruddin Shah iaitu Sultan Terengganu yang ke-14 dan Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Sultan Terengganu yang ke-15. Kini, istana ini telah mempamerkan koleksi reka bentuk struktur yang menakjubkan. Koleksi yang telah dipamerkan merupakan warisan negeri dan kebangsaan. Selain itu, majlis raja-raja selalu diadakan di istana ini. Para pengunjung boleh melawat di Istana Badariah yang akan mengambil masa 9 minit memandu dari Hotel YT Midtown.

Mydin Emporium Kuala Ibai -

Mydin Emporium Kuala Ibai terletak di Jalan Tok Adis, Kuala Terengganu. Para pengunjung boleh mendapatkan barangan yang mereka ingin beli seperti barangan elektronik, pakaian, alat tulis, kelengkapan harian dan lain-lain. Para tetamu juga boleh membeli barangan runcit seperti sayuran, ikan, produk tenusu dan banyak lagi di pasar raya. Selain itu, para pengunjung juga boleh melihat banyak kedai runcit dan restoran di dalam tempat ini. Para pengunjung dari Hotel YT Midtown boleh sampai di Mydin Emporium Kuala Ibai dengan mengambil masa selama 11 minit memandu.

Green Acres Golf & Country Resort -

Terletak di Kuala Ibai, perjalanan dari Green Acres Golf & Country ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud mengambil masa 15 minit dengan memandu. Ia dikendalikan oleh Kelab Golf & Country Ibai. Tempat ini mempunyai 7150 meter dan 18 lubang Golf Championship Course. Ramai pengunjung suka bermain di padang golf ini kerana ia mencabar dan mempunyai persekitaran yang bagus. Para pengunjung dari Hotel YT Midtown akan mengambil masa selama 14 minit dengan memandu ke Green Acres Golf & Country Resort.

Semua Kemudahan

Ruang Umum Hotel YT Midtown
Ruang Umum
Lobi Hotel YT Midtown
Lobi
Luar Bangunan Hotel YT Midtown
Luar Bangunan
Bilik Tidur Hotel YT Midtown
Bilik Tidur
Bilik Mandi dalam Bilik Hotel YT Midtown
Bilik Mandi dalam Bilik

Kemudahan Umum

  • Parkir
  • Lif
  • Restoran
  • Restoran sarapan pagi
  • Restoran makan malam
  • Restoran makan tengah hari
  • Pesanan bilik
  • Peti keselamatan
  • WiFi di kawasan umum

Umum

  • Penyaman Udara
  • Bilik keluarga
  • Bilik larangan merokok
  • Kawasan merokok
  • Bebas rokok

Kemudahan Dalam Bilik

  • Kabel TV
  • Kaunter
  • Pancuran mandi
  • TV

Perkhidmatan Hotel

  • Meja depan
  • Penyambut tetamu 24 jam
  • Kakitangan berbilang bahasa

Makanan dan Minuman

  • Sarapan

Kemudahan Internet

  • WiFi percuma

Kemudahan Perniagaan

  • Kemudahan mesyuarat

Kemudahan Berhampiran

  • Kedai

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 14:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00

Polisi Hubungan Penginapan Sebelum Masa Daftar Masuk

Tetamu perlu menghubungi hotel 2 hari sebelum ketibaan.

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 14:00 - Sebelum 12:00
Ketersediaan Sarapan
Ya

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di Hotel YT Midtown?
Berikut facilities yang ada di Hotel YT Midtown seperti AC, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Hotel YT Midtown?
Masa check-in di Hotel YT Midtown bermula dari Dari 14:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00
Adakah Hotel YT Midtown menyediakan sarapan pagi?
Ya, Hotel YT Midtown menyediakan sarapan pagi. Walau bagaimanapun, anda perlu memilih bilik dengan sarapan pagi atau membayar caj tambahan jika anda menempah bilik tanpa sarapan.

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Penilaian & Ulasan Keseluruhan

Daripada 260 ulasan tetamu yang disahkan
8.3
Mengagumkan
Hebat
54
Bagus
160
Memuaskan
11
Biasa
35
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan
Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
AB
Azizul B. A.
8.5
/ 10
27 Jul 2022
Bilik family yang begitu selesa dan luas. Bilik single pun selesa. Penyediaan sarapan pagi memuaskan. Pekerja in front desk mesra dan ramah.
Imej Ulasan untuk Hotel YT Midtown dari Azizul B. A.
Imej Ulasan untuk Hotel YT Midtown 2 dari Azizul B. A.

1 menyukai ulasan ini

CF
Cik F.
Percutian
8.8
/ 10
08 Jun 2023
Hotel yang bagus berhampiran dengan Masjid Putih, 7E dan lain-lain, berjalan kaki sahaja.
Translated by Google Icon
Imej Ulasan untuk Hotel YT Midtown dari Fatin R.

Suka ulasan ini?

M.
MyHeRy ..
Percutian pendek
10
/ 10
05 Mar 2022
Bilik ok. Sarapan pagi pun ok. Terbaik hotel YT Midtown. 👍

Suka ulasan ini?

MZ
Muhammad Z. B. S.
Perubatan
9.7
/ 10
11 Jun 2021
Staff yang mesra, bertimbang rasa sebab saya datang tas urusan teman isteri bersalin. mereka terima. terbaik.

1 menyukai ulasan ini

NA
Noor A. J.
Percutian pendek
8.5
/ 10
12 Dec 2021
Makanan sangat sedap, layanan pun baik, dan bilik selesa. Boleh tidur dengan lena

Suka ulasan ini?

An icon button
1
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Bilik Tidur 4 Hotel YT Midtown

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved