Akses Tempahan
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
  1. Hotel
  2. Malaysia(11,417 hotel)
  3. Terengganu(352 hotel)
  4. Kuala Terengganu(174 hotel)
  5. Batu Rakit(8 hotel)
  6. Ikhwah Homestay

Ikhwah Homestay

Rumah Tumpangan
Lot 81732, Kampung Pengkalan Maras, Jalan Pantai Batu Rakit, Batu Rakit, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia, 21030
EXTERIOR_BUILDING Ikhwah Homestay
EXTERIOR_BUILDING Ikhwah Homestay
EXTERIOR_BUILDING Ikhwah Homestay
LOBBY Ikhwah Homestay
COMMON_SPACE Ikhwah Homestay
Lihat semua gambar
NaN
Kemudahan Hotel
Penyaman Udara
Parkir
Meja Depan 24j

Tarikan berhampiran
Sultan Mahmud Airport (TGG)
(8.31 km)
Terengganu International Endurance Park
(10.10 km)
Penarik Beach
(14.79 km)
Sekolah Kebangsaan Lembah Bindung
(15.62 km)
Lebih murah jika anda tempah melalui aplikasi sekarang.
Klik di sini untuk muat turun.
disabledInputInfo
disabledInputInfo
Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotellihat lagi

Kemudahan Hotel

Keterangan

Polisi Hotel

  • Kemudahan Dalam Bilik
    • Kabel TV
    • Kaunter
    • Dapur kecil
    • Peti sejuk
    • Pancur mandi dan tab berasingan
  • Umum
    • Penyaman Udara
    • Bilik keluarga
    • Kawasan merokok
  • Kemudahan OKU
    • Parkir mudah diakses OKU
    • Akses kerusi roda
  • Kemudahan Umum
    • Parkir
  • Perkhidmatan Hotel
    • Penyambut tetamu 24 jam

    Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

    Daftar masuk: 14.00
    Daftar keluar: 12.00

    Ikhwah Homestay adalah sebuah inap desa yang terletak di Batu Rakit, Kuala Terengganu. Ia adalah tempat yang hebat untuk tinggal semasa bercuti di Kuala Terengganu. Kuala Terengganu dan Batu Rakit, khususnya, mempunyai jumlah tempat penginapan yang sangat terhad. Ikhwah Homestay adalah sesuai bukan sahaja untuk sebuah keluarga tetapi juga sesuai untuk berkumpul sehingga lebih daripada sepuluh orang kerana ia terletak di sebuah rumah kembar yang sangat luas. Inap desa ini terletak di tepi pantai, iaitu satu bonus hebat ketika bercuti!

    Bagaimana untuk ke Ikhwah Homestay

    Kuala Terengganu boleh diakses melalui beberapa cara pengangkutan, termasuk bas ekspres dan penerbangan. Memandu ke Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur kini lebih cepat berbanding dengan sebelumnya kerana Lebuhraya Pantai Timur 2 telah dibuka dan ini telah memotong masa memandu sehingga hanya empat jam dan lima puluh minit. Ikhwah Homestay terletak di luar bandar Kuala Terengganu dan ia adalah sekitar sepuluh minit tambahan memandu. Terdapat juga beberapa bas ekspres yang ke Kuala Terengganu setiap hari dari Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur. Harga untuk satu tiket bas bermula dari RM 40 untuk sebuah perjalanan sehala. Semua bas akan berhenti di Terminal Bas Ekspres Kuala Terengganu, setengah jam perjalanan dari inap desa. Di terminal, terdapat teksi yang akan membawa penumpang ke destinasi mereka. Kuala Terengganu mempunyai lapangan terbang antarabangsa yang tersendiri, Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud. Lapangan terbang ini kebanyakannya mengendalikan penerbangan-penerbangan domestik dari Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Terdapat penerbangan ke Jeddah dan Madinah secara bermusim. Lapangan terbang ini terletak hanya dua puluh minit dari Ikhwah Homestay. Terdapat teksi di lapangan terbang yang akan membawa penumpang ke destinasi mereka. Teksi di lapangan terbang ini menggunakan sistem kupon.

    Pilihan Bilik di Ikhwah Homestay

    Oleh kerana Ikhwah Homestay adalah sebuah inap desa, rumah itu disewa secara seluruh unit. Ikhwah Homestay adalah sebuah rumah berkembar dua tingkat di kawasan kediaman. Rumah ini mempunyai lima buah bilik tidur dan semuanya mempunyai katil samada berukuran Queen atau berukuran King. Secara keseluruhan, kira-kira sepuluh orang boleh tidur di atas katil yang selesa. Semua bilik dilengkapi dengan sebuah meja solek dan sebuah almari pakaian. Beberapa bilik mempunyai bilik mandi peribadi tetapi ada yang tidak. Bilik mandi berkongsi tersedia. Semua bilik mandi mempunyai pancuran mandian dan tandas.

    Rumah itu mempunyai perabot yang lengkap. Ruang tamu mempunyai sebuah set televisyen, termasuk saluran kabel dan satu set sofa. Terdapat juga ruang duduk yang lengkap dengan sebuah meja kopi. Di ruang makan, terdapat sebuah meja makan yang boleh diduduki oleh enam orang dengan selesa. Dapur di Ikhwah Homestay dilengkapi dengan sebuah dapur gas dua tungku, periuk dan kuali, pinggan mangkuk dan juga perkakas lainnya yang boleh digunakan secara bebas oleh tetamu yang menginap di sana. Terdapat sebuah peti sejuk bersaiz sederhana, sebuah pembakar roti dan juga sebuah ketuhar gelombang mikro. Terdapat juga sebuah mesin basuh dan cairan pembasuh baju bersama-sama dengan sebuah seterika untuk kegunaan dobi. Inap desa ini bagaimanapun tidak menyediakan sebarang Wi-Fi atau sambungan internet.

    Restoran dan Kafe di Ikhwah Homestay

    Tidak ada restoran ataupun kafe di inap desa tetapi terdapat beberapa buah warung dan gerai-gerai yang terdapat di sekitar kawasan kediaman.

    Kemudahan dan Aktiviti di Ikhwah Homestay

    Aktiviti terbaik untuk dilakukan di Ikhwah Homestay adalah menikmati hari di tepi pantai yang terletak di sebelah rumah. Terdapat sebuah alat BBQ mudah alih berukuran kecil yang boleh digunakan para tetamu secara bebas. Inap desa ini juga mempunyai tempat letak kereta berpagar yang boleh memuatkan dua buah kereta. Memandangkan para tetamu Ikhwah Homestay biasanya datang dengan keluarga dan anak kecil, kawasan di dalam rumah dan sekitarnya adalah kawasan dilarang merokok. Ini untuk memastikan keselesaan tetamu lain yang akan menginap di sana.

    Tempat Menarik berhampiran Ikhwah Homestay

    Pantai Penarik - Terengganu terkenal dengan pantai yang indah. Pantai Penarik merupakan salah satu pantai terkenal di Terengganu. Ia hanya setengah jam jauhnya tetapi perjalanannya akan sangat memuaskan. Pantai Penarik terletak di sepanjang sebuah perkampungan nelayan kecil dengan gaya hidup yang sangat relaks. Ia mempunyai pantai berpasir putih yang sempurna, lengkap dengan pokok kelapa dan pain yang menghiasi pemandangannya di sekitar pantai tersebut. Semasa hari-hari yang terang tidak berawan, beberapa buah pulau di perairan Terengganu akan terlihat dari pantai seperti Pulau Bidong, Pulau Redang dan juga Pulau Perhentian. Pantai Penarik adalah tempat yang bagus untuk mendapatkan hasil tangkapan laut yang segar pada hari tersebut dengan harga yang jauh lebih murah berbanding beli di pasar! Jangan lupa untuk menikmati makanan ringan kesukaan orang ramai seperti keropok lekor goreng, pisang goreng dan lain-lain yang sering dijual di tepi pantai. Minuman kelapa segar juga banyak dijual disamping ABC yang sememangnya sangat enak dihirup di tepi pantai.

    Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.
    24 Jam Khidmat Pelanggan+6015 4840 9469 atau +603 7724 3501
    Perlu Bantuan?