Homestay Johor East Ledang adalah penginapan 5 bilik tidur yang terletak di Nusajaya, Johor. Ia terletak di kawasan pelancongan utama di Gelang Patah dan menjanjikan lawatan santai yang indah kepada semua tetamu. Penginapan ini menawarkan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang direka untuk memberikan keselesaan dan kemudahan kepada para tetamu. Antara kemudahan hebat yang ditawarkan termasuk tab mandi panas, pusat kecergasan, taman permainan kanak-kanak dan taman untuk membantu anda berehat selepas hari yang penuh aksi di bandar. Terletak 7.1 km dari pusat bandar, homestay 3-bintang ini terletak di lokasi yang sangat strategik dan menyediakan akses kepada tarikan terbesar di bandar seperti Legoland dan Sanrio Hello Kitty Town. Homestay ini juga terletak hanya 30 km dari Singapura dan lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, yang terletak hanya 25 km dari homestay. Homestay East Ledang merupakan tempat yang sesuai untuk percutian yang menyeronokkan dan menarik.
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai mempunyai penerbangan domestik ke dan dari lapangan terbang utama di seluruh Malaysia, termasuk penerbangan yang menghubungkan ke lapangan terbang utama Malaysia, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Syarikat penerbangan yang menyediakan penerbangan domestik adalah Malaysia Airlines, AirAsia dan Firefly. Penerbangan dari Kuala Lumpur akan mengambil masa sekitar 1 jam untuk tiba ke Johor Bahru. Teksi boleh didapati di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan perjalanan akan mengambil masa kira-kira 30 minit untuk tiba di bandar. Teksi yang berlepas dari lapangan terbang beroperasi dengan sistem baucar dan setiap perjalanan akan dikenakan tambang sekitar RM 45 setiap 4 penumpang.
Bagi mereka yang memandu ke lokasi boleh sampai ke homestay ini dengan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan. Pemandu kemudian perlu megambil susur keluar dari Laluan Kedua Malaysia-Singapura (E3) dan terus ke Lebuhraya Nusajaya (laluan 52). Seterusnya pemandu harus ke Jalan Hang Jebat 2. Homestay ini akan berada di sebelah kiri jalan. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor akan mengambil masa kira-kira 3 jam 30 minit bergantung kepada keadaan trafik.
Terminal Bas Larkin berfungsi sebagai terminal bas jarak jauh utama di Johor Bahru. Bas-bas antara Johor Bahru dan bandar-bandar lain di Malaysia atau Thailand dan antara Johor Bahru dan Singapura biasanya akan berhenti dan berlepas di sini. Sesetengah bas dari Singapura juga akan menurunkan penumpang di JB CIQ. Terdapat banyak syarikat bas yang menawarkan laluan KL-JB seperti Causeway Link, Transnasional, Super Nice, Star Coach Express, Mega Star Transportation (Kejora Express) dan Maju Express. Tiket bas dari KL ke JB akan berharga RM35 dan perjalanan mengambil masa kira-kira 5 jam.
Semua kereta api di Johor Bahru beroperasi dari stesen keretapi JB Sentral di Jalan Tun Abdul Razak dan Jalan Jim Quee. Ia menyambung kedua-dua CIQ dan City Square dengan jambatan overhead pejalan kaki. Bagi mereka yang akan berangkat dari KL Sentral boleh menggunakan ETS ke Gemas dengan tambang RM 31 (sehala) dan kemudian mengambil keretapi ke Johor Bahru dengan tambang tambahan RM 21 untuk setiap tiket. Keretapi adalah pilihan yang sangat popular untuk perjalanan antara Kuala Lumpur dan Johor Bahru dan tiket sering dijual habis. Untuk memastikan anda mendapat tiket, tempahan awal amat digalakkan. Tiket boleh dibeli sehingga 30 hari lebih awal, samada di kaunter tiket KTM atau di atas talian melalui laman web e-tiket KTM
Homestay ini menawarkan 5 bilik penginapan yang selesa serta boleh memuatkan seramai 12 orang dewasa. Bilik Tidur Satu dilengkapi dengan 1 katil bersaiz Queen dan 1 katil dua tingkat, Bilik Tidur Dua dilengkapi dengan 1 katil raja manakala Bilik Tidur Tiga dilengkapi dengan 2 katil Queen. Keluarga besar juga boleh menggunakan Bilik Tidur Empat yang dilengkapi dengan 2 katil Single dan Bilik Tidur Lima yang dilengkapi dengan 1 katil raja. Lebih banyak ruang tidur boleh didapati di ruang umum di mana 4 futon telah disediakan untuk keselesaan para tetamu. Semua bilik adalah berhawa dingin sepenuhnya dan dilengkapi dengan Wi-Fi percuma. Beberapa bilik di homestay ini juga menyediakan televisyen skrin LCD/plasma, tab mandi dan balkoni/teres.
Tiada restoran atau kafe di homestay ini namun terdapat banyak restoran di sekitar kawasan ini yang menawarkan pelbagai pilihan makanan. Pusat membeli-belah, Mall of Medini juga berjarak hanya 10 minit pemanduan dari lokasi.
Homestay ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan para tetamu. Kemudahan yang terdapat di homestay ini adalah keselamatan 24 jam, kemudahan barbeku, tempat meletak kereta, bilik keluarga, Wi-Fi percuma di semua bilik, dapur umum, kawasan televisyen umum, Wi-Fi di kawasan umum, taman permainan kanak-kanak, pusat kecergasan, taman dan tab mandian panas.
Kemudahan Popular | AC, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 15:00 - Sebelum 12:00 |