Jika anda berfikir untuk datang ke Melaka sekali lagi untuk percutian hujung minggu anda yang singkat dengan keluarga dan rakan-rakan atau hanya berada di bandar Melaka untuk tujuan perniagaan, Kapitan Kongsi Hotel adalah satu lagi hotel yang mesti anda masukkan dalam senarai penginapan anda. Lagipun, hotel ini menawarkan penginapan yang berpatutan dengan harga yang berbaloi pula untuk dibayar. Hotel bertaraf dua bintang ini boleh didapati di alamat 53 Jalan KLJ 10, Taman Kota Laksamana Jaya, Melaka City, Melaka yang hanya terletak dalam jarak berjalan kaki atau memandu dalam masa singkat dari kawasan bandar. Oleh itu, anda dijamin untuk sebuah penginapan yang penuh dengan peluang untuk meneroka dan menikmati kawasan bandar sepertimana penduduk setempat.
Mencari Kapitan Kongsi Hotel akan menjadi sesuatu yang mudah memandangkan saiz negeri Melaka itu sendiri, maka banyak masa boleh diselamatkan daripada berada terlalu lama di jalan raya. Untuk sampai ke Melaka pada mulanya, anda boleh memilih untuk memandu, mengambil bas atau menaiki kapal terbang jika anda tidak menyukai perjalanan di atas jalan raya. Dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, memandu ke hotel akan mengambil masa kira-kira 2 jam dan sepuluh minit, namun anda dinasihatkan untuk bersabar jika keadaan jalan raya dan cuaca tidak begitu baik, terutamanya semasa hujung minggu. Jika anda berminat untuk pergi dengan bas, ingatlah bahawa anda perlu berhenti di Melaka Sentral, iaitu terminal bas utama di bandar. Dari terminal bas khusus ini, perjalanan ke hotel akan mengambil masa sekitar 10 hingga 15 minit menggunakan sama ada teksi, bas tempatan atau aplikasi perkongsian perjalanan. Sekiranya anda ingin menaiki penerbangan, kompleks Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka juga beroperasi dan anda boleh mendarat di sana dari mana-mana terminal lapangan terbang tempatan di seluruh negara. Dari lapangan terbang tersebut, jarak ke hotel adalah kira-kira 9 kilometer, maka ia akan mengambil masa sekitar 15 hingga 20 minit untuk sampai ke hotel. Apabila anda memasuki kawasan bandar, anda boleh melihat beberapa mercu tanda untuk membantu carian anda, seperti Straits Chinese Jewelry Museum Malacca dan Jonker Street Night Market.
Terdapat sejumlah lima jenis bilik utama yang disediakan untuk semua tetamu yang bercadang untuk menginap di Kapitan Kongsi Hotel dan ianya adalah Kapitan Twin, Kapitan Superior, Kapitan Deluxe, Kapitan Premium dan Kapitan Suite. Semua jenis bilik sudahpun dilengkapi secukupnya dengan kemudahan asas di dalam bilik yang termasuk penyaman udara, kelengkapan mandian, pancuran mandian, pengering rambut, selipar, almari, tirai gelap, air botol percuma, bar mini, meja, televisyen dan sambungan Wi-Fi. Kedua-dua Kapitan Twin dan Kapitan Superior mempunyai saiz 180 kaki persegi, namun Kapitan Twin akan memperuntukkan dua katil bujang, sementara Kapitan Superior akan memperuntukkan satu katil Queen. Semua bilik lain menyediakan katil King dengan perbezaan saiz sahaja, di mana Kapitan Deluxe adalah bersaiz 280 kaki persegi, Kapitan Premium adalah bersaiz 190 kaki persegi dan Kapitan Suite adalah bersaiz 330 kaki persegi.
Ketika jam berdetik dan masa makan semaking menghampiri, tetamu boleh memilih untuk pergi ke luar untuk menikmati makanan yang baik di restoran dan gerai-gerai yang berdekatan dengan lokasi hotel yang sememangnya strategik. Lagipun, terdapat juga pusat membeli-belah seperti Dataran Pahlawan Melaka Megamall dan Mahkota Parade dengan pilihan kedai-kedai makan yang akan menjadi lebih daripada cukup untuk menampung permintaan pengunjung. Walau bagaimanapun, jika tetamu tidak merasa seperti mahu keluar, itu juga baik, kerana hotel ini mempunyai restoran dan kedai kopi sendiri di dalam kawasal hotel. Jika anda ingin mengisi perut dengan cepat, premis itu tentu lebih daripada berkemampuan untuk memenuhi permintaan anda.
Kapitan Kongsi Hotel mempunyai beberapa jenis kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan untuk tetamu mereka sebaik sahaja mereka memasuki premis hotel. Antaranya ialah concierge, penyambut tetamu 24 jam dengan kakitangan berbilang bahasa, daftar masuk dan daftar keluar ekspres, simpanan bagasi, lawatan, perkhidmatan bilik, tempat letak kereta, bilik bebas-rokok dan Wi-Fi awam. Terdapat juga kemudahan mesyuarat dan mesin fotokopi yang disediakan khusus untuk pelancong dengan tujuan perniagaan.
Kemudahan Popular | AC, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 14:00 - Sebelum 12:00 |